Anda di halaman 1dari 8

~Profesion Perguruan~

Tugasan 22 Guru Cemerlang (Kemahiran)


NOR HASMALIZA BT HASAN ~P 69386~

Sebagai bakal guru, banyak kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai dengan baik. 1)Nyatakan 5 kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap bakal guru dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah?

5 kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap bakal guru


Kemahiran Belajar
Kemahiran Merancang Kemahiran dalam menggunakan TMK dalam Pengajaran Kemahiran dalam menguruskan bilik darjah Kemahiran Komunikasi

2.Kemahiran abad ke-21 diberi penekanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Bincangkan:

Kenapa KPM memberi penekanan kemahiran abad ke-21 dalam sistem pendidikan negara?

Kemahiran abad ke-21 seperti kemahiran ICT diberi penekanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 kerana melalui penggunaan ICT dalam pembelajaran, ia dapat membantu mengembangkan kemahiran berfikir murid-murid di samping mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan buku teks dan bahan-bahan pengajaran yang terdapat di sekolah. Selain itu, kemahiran insaniah juga dilihat salah satu kemahiran yang amat penting pada abad ini kerana ia diperlukan bagi melengkapkan kemahiran kognitif dalam membentuk individu yang holistik. Dengan memberi penekanan terhadap penerapan kemahiran insaniah ini, ia akan melahirkan murid-murid yang aktif dan bermaklumat dalam memasuki dunia pekerjaan serta mempunyai sikap kompetitif dalam memberikan sumbangan kepada negara dan masyarakat.

Daripada semua kemahiran abad ke-21 itu, pilih satu kemahiran yang anda fikirkan perlu anda dan pelajar kuasai. Mengapa anda pilih kemahiran tersebut?

Kemahiran Komunikasi
Guru perlu menguasai kemahiran komunikasi dengan baik supaya dapat menyampaikan isi pengajaran dengan lancar, sistematik dan teratur. Ini akan membolehkan murid memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh guru dengan baik. Murid perlu juga menguasai kemahiran komunikasi untuk membolehkan mereka berinteraksi dengan baik apabila berkomunikasi dengan guru di samping ia juga dapat memupuk keyakinan diri murid apabila memberikan idea atau pendapat mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

Profesion Perguruan

TERIMA KASIH..

Anda mungkin juga menyukai