Anda di halaman 1dari 33

165 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan DalamPendidikan Sekolah Rendah

UNIT 10
MENGHASILKAN PROPOSAL PENYELIDIKAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menyatakan maksud proposal penyelidikan.
2. Menghuraikan komponen yang perlu ada dalam proposal
penyelidikan
3. Menghasilkan satu proposal penyelidikan lengkap bermula dengan
pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kerangka
konseptual kajian, limitasi kajian, literatur kajian dan metodologi
kajian.

PETA KONSEP














KANDUNGAN PROPOSAL KAJIAN
Bab 1
PENGENALAN

Latar belakang
Penyataan masalah
Objektif kajian
Persoalan kajian
Kerangka konseptual
kajian
Batasan kajian
Definisi operasional

Bab 2

TINJ AUAN
LITERATUR

Teori
Kajian-kajian
terdahulu
Bab 3

METODOLOGI
KAJ IAN

Reka bentuk kajian
Populasi dan
sampel kajian
Instrumen
Analisis data

166 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan


PENGENALAN

Penyelidikan merupakan satu usaha menyelidiki dan mendapatkan jawapan
persoalan bagi sesuatu fenomena yang ingin diketahui. Sebelum memulakan
penyelidikan, satu proposal penyelidikan perlu dikemukakan sebagai satu
pendekatan yang sesuai untuk meyakinkan pihak lain tentang kepentingan suatu
fenomena yang ingin diselidik. J usteru proposal penyelidikan adalah suatu;

i. Rangka perancangan yang dilakukan oleh penyelidik sebelum penyelidikan
sebenar dijalankan.
ii. Menjadi panduan kepada penyelidik untuk mengenal pasti masalah,
metodologi, objektif dan jangkaan hasil penyelidikannya.
iii. Berfungsi sebagai buku perjanjian antara penyelidik dan penyelia supaya
dapat bekerjasama merancang sebuah penyelidikan yang baik dan
memastikan objektif kajian dicadangkan berhasil.
iv. Proposal tidak terhad kepada penulisan akademik seperti projek ilmiah,
latihan ilmiah, disertasi atau tesis tetapi juga digunakan dalam penyediaan
mendapatkan geran penyelidikan daripada institusi berkaitan
v. Proposal terbuka kepada pembetulan dan kritikan bagi memantapkan
penyelidikan.

Terdapat pelbagai bentuk dan format proposal penyelidikan bergantung kepada
bidang dan pendekatan penyelidikan yang digunakan. Namun demikian, menurut
Noraini (2010) penekanan haruslah diberikan kepada perkara-perkara berikut:
i. Memastikan masalah atau isu penyelidikan dikenal pasti, kontekstual dan
jelas.
ii. Memastikan persoalan kajian jelas tepat dan relevan dengan permasalahan
yang dikemukakan.
iii. Tinjauan literatur yang berkaitan dengan persoalan kajian atau hipotesis dan
metodologi penyelidikan.
iv. Memastikan kaedah penyelidikan yang digunakan sesuai dan dikemukakan
secara terperinci dan eksplisit.
v. Mengemukakan cara analisis data yang dilakukan.

167 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan DalamPendidikan Sekolah Rendah


Unit ini, akan memberikan panduan dan cadangan kepada pembaca khususnya
penyelidik baru dalam menyediakan proposal penyelidikan.

MENGAPA KITA PERLU MENYEDIAKAN PROPOSAL
PENYELIDIKAN?

Kertas cadangan atau proposal penyelidikan merupakan satu rangka perancangan
yang dilakukan oleh penyelidik sebelum penyelidikan sebenar dijalankan. Proposal
membantu penyelidik menjalankan kajian dengan lebih terancang. Satu proposal
yang lengkap biasanya akan mengemukakan aspek metodologi yang jelas,
persoalan penyelidikan, data yang diperlukan, pernyataan masalah, persoalan kajian
dan falsafah yang dapat memandu kepada proses perlaksanaan sesuatu
penyelidikan. Penyediaan proposal penyelidikan bertujuan untuk :

i. Memberi peluang penyelidik untuk menimbulkan permasalahan yang ingin
diselidik dan hasil penyelidikan yang dijangkakan.
ii. Meyakinkan pembaca atau penilai bahawa penyelidik mempunyai idea yang
bernilai, penting dan relevan untuk diselidiki.
iii. Penilai perlu mengetahui dengan jelas permasalahan sesuatu isu yang ingin
dikaji supaya penilai dapat menilai sama ada penyelidikan yang dicadangkan
itu signifikan dan boleh menyumbang kepada bidang pendidikan.
iv. Meyakinkan penilai bahawa penyelidik mempunyai kebolehan merancang
kerja yang sistematik.
v. Membantu penyelidik untuk terlibat sepenuhnya dalam setiap peringkat
sepanjang proses penyelidikan pendidikan itu dijalankan.

Proses menyediakan proposal memerlukan cara penulisan yang jelas, logik,
konsisten, meyakinkan, koheren dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh penilai.
Sungguhpun satu proposal yang disediakan itu lengkap mengandungi semua aspek
yang digariskan tetapi ia masih terbuka kepada pembetulan dan kritikan bagi
memantapkan penyelidikan sebenar yang akan dijalankan.

168 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan


TAJUK PENYELIDIKAN

Tajuk penyelidikan mestilah pendek, jelas dan deskriptif. Tajuk yang dipilih mesti
berkaitan dengan perkara yang hendak diselidik dan dapat mengemukakan idea
kepada pembaca tentang pemboleh ubah yang diselidik. Dua aspek penting yang
perlu dipertimbangkan semasa memilih dan menetapkan tajuk kajian. Pertama
pertimbangkan bidangan penyelidikan dan kedua lebih fokus kepada skop kecil
dalam bidang tersebut.

Penyelidik boleh mendapatkan isu yang menarik untuk membina tajuk melalui
dapatan atau persoalan dalam artikel jurnal, kertas kerja atau isu yang timbul dalam
media. Antara cara yang terbaik ialah penyelidik perlu menentukan bidang yang
diminati sepanjang pengajian dan mencari isu-isu dalam bidang yang diminati. Oleh
yang demikian fikirkanlah tajuk yang berinformatif tentang penyelidikan supaya
pembaca akan tertarik untuk mengetahui tentang penyelidikan berkenaan. Sebagai
contoh, bidang besar Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan dan domain yang
ingin dikaji ialah penerimaan. Contoh tajuk kajian ditunjukkan dalam contoh 1
(Rajah 10.1).


Rajah 10.1: Contoh Tajuk Penyelidikan




Contoh 1
1. Kesediaan penerimaan EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah di
Negeri Selangor
2. Tahap kemahiran penggunaan komputer dalam pembelajaran kalangan murid
tahun lima.
3. Penggunaan e-bahan dalam pembelajaran dalam kalangan pelajar tahun empat.
4. Tahap penerimaan Frog VLE dalam kalangan guru sekolah rendah.

169 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan DalamPendidikan Sekolah Rendah


KANDUNGAN DALAM PROPOSAL PENYELIDIKAN

BAB 1: PENDAHULUAN

Pengenalan

Dalam bahagian pengenalan, penyelidik akan menceritakan berkaitan dengan topik
kajian. Penceritaan perlu menggambarkan trend semasa pendidikan dengan
mengutamakan isu yang terdahulu berbanding isu yang terkemudian. Huraian
kandungan perlu menarik, jelas dan berkesinambungan dengan permasalahan
kajian, supaya dapat menyatakan terus maksud kajian yang akan dijalankan.
Pengenalan yang baik dapat memberi gambaran terus kepada pembaca atau penilai
terhadap rangka kerja yang hendak dibincangkan. Contoh pengenalan ditunjukkan
dalam contoh 2 (Rajah 10.2).




Rajah 10.2: Contoh Pengenalan.

Contoh 2:

Kesediaan penerimaan EduwebTV dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru
sekolah rendah
Pengenalan

Kemajuan penggunaan media elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran boleh menjadikan
persekitaran pembelajaran di sekolah lebih canggih, futuristik dan sesuai dengan perubahan era
teknologi maklumat. Bagi merangsang budaya pengajaran menggunakan ICT, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai inovasi teknologi yang bertujuan untuk
memantapkan operasi pembangunan pendidikan di Malaysia secara sistematik dan seragam. KPM
telah mengorak selangkah lagi ke hadapan lagi dengan menyiarkan TV Pendidikan melalui
Internet. Inovasi teknologi yang baru diperkenalkan ini dikenali sebagai EduwebTV. Inovasi ini
diwujudkan bagi membantu menyelesaikan masalah capaian sumber dan mengurangkan jurang
digital yang wujud dalam kalangan murid dan guru terutamanya di sekolah luar bandar dan
pedalaman (KPM 2008). Setiap projek inovasi yang dilaksanakan di sekolah seperti Projek
Sekolah Bestari, SchoolNet, penggunaan perisian kursus pendidikan dan Pusat Akses Sekolah
telah dirancang dengan baik di samping mempunyai matlamat serta objektif yang tersendiri ke
arah kesejahteraan pendidikan. Namun begitu, hal yang sebaliknya berlaku. Kadar tempoh
penerimaan sesuatu inovasi itu, didapati kerap kali mengambil satu tempoh masa yang agak
panjang untuk dibudayakan dalam PdP (Yusof & Razmah 2006; Paridon 2008; Noraini 2009).

170 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan


Latar Belakang Kajian

Dalam bahagian ini penyelidik perlu mengemukakan latar belakang yang berkaitan
dengan permasalahan penyelidikan. Dalam menghuraikan latar belakang kajian,
penyelidik perlu memasukkan pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian tersebut
serta menyatakan objektif kajian yang ingin dicapai secara keseluruhan. Contoh latar
belakang kajian ditunjukkan dalam contoh 3 (Rajah 10.3).

Dalam penulisan berkaitan dengan latar belakang kajian, penyelidik harus
menekankan perkara yang dapat:

1. Membangkitkan minat pembaca terhadap topik yang diselidik.
2. Maklumkan kepada pembaca tentang kajian yang akan dilakukan dengan
menjustifikasikan mengapa ia penting dan sesuai untuk dilakukan.
3. Menjelaskan isu-isu utama yang akan diberi perhatian.
4. Mengemukakan rasional penyelidikan yang dicadangkan.
5. Menjelaskan kepentingan isu untuk diselidik.


Rajah 10.3: Contoh Latar Belakang Kajian.
Contoh 3

Latar belakang kajian

Penyiaran EduwebTV (Educational web television) yang beroperasi secara maya ini telah dapat
mengatasi beberapa masalah yang dihadapi oleh TV Pendidikan (TVP) terestrial. Antaranya
masalah pelarasan jadual waktu mengajar dengan waktu siaran dan kemahiran membina bahan
digital (Akma Nurashikin et al. 2011). Penyiaran TVP melalui web mempunyai kelebihan berikut; (a)
program dapat diakses dari mana juga lokasi pada bila-bila masa oleh sesiapa sahaja yang
mempunyai sambungan Internet, (b) kemudahan ICT sedia ada di sekolah dan institusi pendidikan
yang lain dapat dioptimumkan, (c) pengguna boleh muat turun dan mengulangi program yang ada
sehingga mereka faham kandungannya. Sungguhpun inovasi EduwebTV ini banyak menyediakan
pelbagai pilihan cara penggunaan yang boleh menguntungkan guru, namun begitu, hanya guru
yang kreatif sahaja dapat melihat berguna bahan video yang ada dalam EduwebTV secara positif.
Bahan video yang disediakan ini boleh dijadikan sebagai bahan sokongan yang bersesuaian dalam
PdP, misalnya bahan untuk set induksi, bahan pengukuhan atau bahan pengayaan pembelajaran.
Bagi guru yang kreatif, mereka akan memuat turun bahan lebih awal agar mereka tidak
menghadapi masalah kekangan masa semasa mengintegrasikan EduwebTV dalam PdP mereka.
Berdasarkan kebaikan-kebaikan inovasi yang telah dinyatakan, maka amat wajar inovasi
EduwebTV dimanafaatkan guru dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Atribut
inovasi yang membawa kelebihan secara bandingan, kesesuaian bahan keperluan pengajaran
pada masa kini, dijangka mudah kepada inovasi ini diterima oleh guru

171 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan DalamPendidikan Sekolah Rendah


Pernyataan Masalah

Permasalahan kajian adalah bahagian paling analitis dalam penulisan proposal.
J usteru apakah yang dimaksudkan dengan masalah kajian?

i. Masalah kajian adalah satu situasi yang menyebabkan penyelidik itu
bimbang, keliru serta tidak senang terhadap sesuatu fenomena yang sedang
berlaku.
ii. Masalah kajian merupakan suatu kesulitan atau kebuntuan yang
menggerakkan penyelidik memecahkannya.
iii. Masalah kajian menjadi rangsangan intelektual yang memerlukan gerak
balas dalam bentuk saintifik untuk direalisasikan
iv. Masalah yang dikemukan dapat menyatakan hubungan antara dua atau lebih
pemboleh ubah
v. Masalah kajian perlulah dinyatakan dengan jelas dan tidak kabur. Ia boleh
dinyatakan dalam bentuk pertanyaan yang boleh diuji secara empirikal.

Kesulitan atau kebuntuan dalam persekitaran pendidikan yang dikenal pasti itu akan
menggerakkan penyelidik, untuk memecahkannya bagi mendapatkan jawapan
kepada semua persoalan siapa atau apa, mengapa, bagaimana dan bila. J usteru
dalam menghuraikan permasalahan kajian, perkara berikut perlu diperjelaskan;

i. Senaraikan masalah sebenar yang akan dikaji.
ii. Nyatakan sumber yang menyokong kepada kewujudan masalah tersebut
iii. Huraikan senario isu yang ingin dikaji pada ketika itu. Tajamkan matlamat
serta rasional mengapa kajian ini dibuat.
iv. Nyatakan masalah atau kekangan yang sedang dihadapi. Yakinkan
kepada pembaca bahawa masalah tersebut memerlukan penyelesaian
melalui penyelidikan.
v. Perkukuhkan huraian pernyataan masalah dengan mengulas kajian lepas
yang berkaitan dengan isu atau masalah yang ingin dikaji khususnya
daripada aspek kepentingan dan kelebihan kajian tersebut kepada guru
atau sekolah.

172 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan


vi. Setiap satu permasalahan kajian mestilah membentuk kepada satu
objektif kajian.
vii. Masalah kajian perlu dinyatakan dalam bentuk penjelasan berkaitan
dengan masalah atau isu-isu yang menjadi tumpuan kajian supaya dapat
menjawab persoalan, mengapa kajian ini perlu dibuat, apa masalahnya
sehingga terpaksa perkara itu dikaji.
viii. Menerangkan konsep-konsep yang digunakan dalam konteks penyelidikan
yang dijalankan dan bukannya ditulis secara umum.

Permasalahan dalam pendidikan boleh diperoleh melalui pembacaan kajian lampau,
pemerhatian, amalan atau temu bual yang dijalankan. Selain itu, masalah juga boleh
diperoleh melalui penelitian dokumen atau soal selidik. Cara penyelidik
menyampaikan mesej permasalahan adalah penting kerana ia boleh memberi satu
impak kepada sejauhmana permasalahan itu dapat dilihat sebagai penting. Maka
urutan penyampaian mesej itu haruslah dimulakan dengan ;

i. Mengemukakan pengenalan kepada permasalahan kajian.
ii. Mengetengahkan latar sejarah permasalahan kajian.
iii. Mengaitkan permasalahan kajian dengan isu-isu kontemporari berdasarkan
data atau maklumat literatur.
iv. Menegaskan kepentingan permasalahan kajian untuk dikaji.

Antara lain yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan masalah kajian ialah;
J ika masalah itu baru, maka pastikan nilai tambah ilmu perlu diberikan
penekanan dalam menjalankan penyelidikan.
Pastikan masalah yang dipilih tidak terlalu kecil, ini mengelakkan berlaku
halangan dalam membuat perbincangan secara ilmiah dan mengurangkan
maksud penyelidikan yang hendak dicapai.
Pastikan masalah tidak terlalu besar, kerana penyelidik perlu mengambil kira
faktor batasan masa dan kos perbelanjaan. Ini juga mengelakkan dari
terjerumus dalam kajian berbentuk umum.


173 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan DalamPendidikan Sekolah Rendah


Contoh permasalahan kajian ditunjukkan dalam contoh 4 (Rajah 10.4).


Rajah 10.4: Contoh Permasalahan Kajian

Objektif Kajian

Tujuan objektif kajian ialah untuk memberitahu mengapa kajian ini dibuat dan
matlamat yang hendak dicapai. Ini bermakna, objektif kajian mestilah berakar
umbikan dengan permasalahan kajian yang dibincangkan. Objektif kajian juga
hendaklah menjelaskan halatuju kajian dan perkara-perkara yang diharap akan
dapat dicapai di akhir kajian nanti. Oleh yang demikian objektif yang ditetapkan
haruslah mampu dicapai dan pencapaiannya itu sewajarnya boleh diukur seperti ;

i. Untuk mengenalpasti (to identify)
ii. Untuk mencari hubungan (to correlate)
iii. Untuk mengukur (to measure)
iv. Untuk mengkaji (to examine)
v. Untuk menjelaskan (to clarify, illustrate)
vi. Untuk menganalisa (to analyze)
vii. Untuk menilai (to evaluate)
viii. Untuk membandingkan (to compare)
Contoh 4

Permasalahan Kajian

Berdasarkan laporan BTP (2010), semenjak EduwebTV mula dilaksanakan pada Ogos 2008,
didapati sebanyak 82,832 orang pengguna telah berdaftar dalam portal EduwebTV. Namun begitu,
hanya sebanyak 7,1058 buah video yang pernah di muat turun oleh pengguna, antara 2008 hingga
2010. Turut dilaporkan juga sepanjang tempoh lima bulan pertama iaitu J anuari hingga Mei pada
tahun 2010 hanya 474 buah video yang dimuat turun oleh pengguna. J umlah muat turun video
yang sedikit ini jika dibandingkan dengan bilangan guru di sekolah memberi petanda awal bahawa
ada kelesuan penerimaan inovasi EduwebTV dalam kalangan guru di sekolah. Kajian Siti Salbiah
et al. (2010), J ohari dan Nor Hafiza Azne (2010), Akma Nurashikin et al. (2011) dan Shamsuddin
(2011) mendapati, tahap kesediaan guru menggunakan EduwebTV adalah rendah, walaupun
didapati guru mempunyai sikap yang positif terhadap penerimaan EduwebTV. Ini menggambarkan
sebahagian daripada tanda-tanda awal kelesuan penerimaan inovasi EduwebTV di sekolah
termasuk penggunaan inovasi tersebut dalam PdP mereka. Persoalannya adakah guru-guru
disekolah merasakan penggunaan EduwebTV itu sukar untuk guna, atau adakah EduwebTV tidak
dapat memenuhi keperluan guru atau guru kurang bersedia mencuba sesuatu teknologi baru dalam
PdP.

174 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan


ix. Untuk menentukan (to determine)
x. Untuk membuktikan (to prove)
xi. Untuk mencadangkan (to propose)

Objektif yang jelas akan dapat memandu penyelidik memilih reka bentuk kajian,
bahan sokongan kajian dan seterusnya boleh menghasilkan bab penulisan yang
berstruktur. Contoh objektif kajian ditunjukkan dalam contoh 5 (Rajah 10.5).


Rajah 10.5: Contoh Objektif Kajian

Persoalan kajian

Daripada objektif kajian, penyelidik perlu bina persoalan kajian. Persoalan kajian ini
akan menjawab kepada objektif kajian yang telah ditetapkan. Soalan kajian perlu
jelas, berfokus dan selari dengan objektif kajian. Selain itu, soalan yang dibina harus
mampu untuk dijawab dalam soal selidik. Contoh persoalan kajian ditunjukkan dalam
contoh 6 (Rajah 10.6).



Contoh 5

Objektif Kajian

1. Mengenal pasti tahap penerimaan EduwebTV dari aspek persepsi mudah guna dan
persepsi berguna dalam kalangan guru sekolah rendah.
2. Mengenal pasti tahap penerimaan EduwebTV dari aspek sikap, keinginan mengguna
dan penggunaan sebenar dalam kalangan guru sekolah rendah.
3. Menentukan hubungan antara persepsi mudah guna dengan keinginan mengguna
EduwebTV, dalam kalangan guru sekolah rendah.

175 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan DalamPendidikan Sekolah Rendah



Rajah 10.6: Contoh Persoalan Kajian.
Hipotesis Kajian

Hipotesis adalah satu penyataan yang dibuat tentang sesuatu fenomena yang
diselidiki dalam bentuk ramalan tentang hubungkait antara dua atau lebih pemboleh
ubah yang dijangka mempunyai kaitan (Noraini 2010). Hipotesis juga adalah
andaian penyelidik tentang hasil kajian berdasarkan objektif. Ia merupakan satu
pernyataan sementara, tentang hubungan antara unsur yang dikaji atau tentang cara
penyelesaian bagi sesuatu masalah. Hipotesis perlu dibentuk berdasarkan teori atau
dapatan lalu. Penyataan hipotesis bersifat sama ada positif atau negatif. Hipotesis
yang mempunyai penyataan berbentuk negatif dikenali sebagai hipotesis Nul.

Contohnya, tidak terdapat perbezaan kemahiran menggunakan komputer antara
pelajar lelaki dan perempuan dalam kalangan murid tahun enam di Selangor.
Manakala hipotesis yang mempunyai penyataan positif digelar sebagai hipotesis
Alternatif. Contohnya terdapat perbezaan kemahiran menggunakan komputer
antara pelajar lelaki dan perempuan dalam kalangan murid tahun enam di Selangor.
Contoh permasalahan kajian ditunjukkan dalam contoh 7 (Rajah 10.7). Berdasarkan
persoalan kajian (iii) dan (iv) dalam contoh 6 di atas, hipotesis Nul diwujudkan
(Rajah 10.7)


Contoh 6

Persoalan kajian
i. Apakah tahap penerimaan inovasi EduwebTV daripada aspek persepsi mudah guna
dalam kalangan guru sekolah rendah?
ii. Apakah tahap penerimaan inovasi EduwebTV daripada aspek penggunaan sebenar
dalam kalangan guru sekolah rendah?
iii. Adakah terdapat hubungan di antara persepsi mudah guna dengan keinginan
mengguna EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah?
iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi min penerimaan EduwebTV dalam
kalangan guru berdasarkan jantina?

176 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan



Rajah 10.7: Contoh Persoalan Kajian

Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual kajian adalah satu bentuk kerangka atau gambar rajah yang
menerangkan secara ringkas bentuk kajian, hala tuju kajian, format kajian, peringkat-
peringkat atau fasa-fasa dalam sesuatu kajian yang akan dijalankan. Ia juga
merupakan satu model konseptual tentang urutan logikal perhubungan antara
pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikenal pasti penting dan berkaitan dengan
masalah kajian. Kerangka konseptual penting kerana ia menjadi panduan kepada
kajian akan dilaksanakan. Bagaimana membina kerangka konseptual kajian?

i. Rujuk kepada permasalahan kajian serta teori atau model yang telah
penyelidik pilih untuk mendasari kajian.
ii. Kenal pasti semua pemboleh ubah utama yang terlibat dalam kajian.
iii. Berpandukan teori atau model dan kajian lepas, bentukkan perkaitan atau
hubungan di antara satu pemboleh ubah dengan pemboleh ubah lain yang
terlibat.
iv. Tentukan arah perkaitan atau hubungan yang dikenal pasti wujud di antara
pemboleh ubah.
v. Kesemua hubungan antara pemboleh ubah tersebut dinyatakan dalam bentuk
rajah.
Contoh 7

Hipotesis kajian

Adakah terdapat hubungan di antara persepsi mudah guna dengan keinginan
mengguna EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah?

Ho1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi mudah guna dengan
keinginan mengguna EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi min penerimaan EduwebTV dalam
kalangan guru berdasarkan jantina?

Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min penerimaan EduwebTV dalam
kalangan guru berdasarkan jantina

177 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan DalamPendidikan Sekolah Rendah


Contoh kerangka konseptual kajian ditunjukkan dalam contoh 8a (Rajah 10.8a) dan
contoh huraian kerangka konseptual kajian ditunjukkan dalam contoh 8b (Rajah
10.8b).



Rajah 10.8a: Contoh Kerangka Konseptual Kajian



Rajah 10.8b: Contoh Huraian Kerangka Konseptual Kajian

Kepentingan Kajian

Dalam bahagian ini penyelidik perlu meyakinkan pembaca sejauh mana hasil kajian
itu nanti boleh memberi implikasi terhadap amalan, teori, praktis, pembentukan polisi
pendidikan dan kaedah atau kerja-kerja penyelidikan pada masa akan datang.
Penyelidik juga perlu meyakinkan pembaca bagaimana kajian yang akan dilakukan
Contoh 8a

Kerangka konseptual kajian


Contoh 8b

Kerangka konseptual kajian

Salah satu model yang boleh menjelaskan penerimaan individu terhadap teknologi baru ialah Model
Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model -TAM) yang diketengahkan oleh Davis
(1989). Aspek penerimaan dalam model ini diukur melalui lima aspek utama iaitu persepsi berguna,
persepsi mudah guna, sikap, keinginan mengguna dan penggunaan sebenar. J usteru dalam kajian
ini penyelidik cuba melihat kekuatan hubungan kedua-dua persepsi dalam model penerimaan
teknologi iaitu persepsi berguna dan persepsi mudah guna dengan sikap terhadap EduwebTV dan
keinginan mengguna inovasi EduwebTV. Penyelidik juga cuba untuk melihat sama ada terdapat
perbezaan penerimaan inovasi EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah berdasarkan
jantina, pengalaman menggunakan Internet dan kemahiran menggunakan internet.
.

178 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan


ini boleh memberi sumbangan kepada pihak yang terlibat dengan bidang pendidikan
seperti sekolah atau Kementerian Pendidikan Malaysia. Contoh kepentingan kajian
ditunjukkan dalam contoh 9 (Rajah 10.9). Persoalan berikut boleh membantu dalam
menghujahkan kepentingan penyelidikan yang ingin dijalankan:

i. Adakah dapatan dalam penyelidikan boleh memberi implikasi kepada polisi
pendidikan?
ii. Apakah implikasi dapatan penyelidikan kepada praktis guru?
iii. Apakah cadangan yang boleh dikemukakan untuk penyelidikan seterusnya?
iv. Adakah dapatan penyelidikan boleh memberi sumbangan untuk membantu
menyelesaikan masalah dalam pendidikan?
v. Apakah inovasi yang dapat dihasilkan?


Rajah 10.9: Contoh Kepentingan Kajian

Limitasi kajian

Limitasi kajian bermaksud skop kajian yang akan dijalankan. Penjelasan ini penting
bagi memastikan penilai dapat memahami sempadan kajian yang dilakukan. Ini
bermakna penyelidik perlu menjelaskan batasan atau limitasi dalam kajian seperti
sampel kajian, batasan lokasi kajian, tempoh kajian, bidang kajian, limitasi tempat,
Contoh 9
Kepentingan kajian
Peranan guru perpustakaan media (GPM) kini, bukan hanya sekadar perlu mengetahui setiap
inovasi EduwebTV tetapi GPM perlu menjadi pengguna awal dan menguasai pengetahuan
tentang inovasi EduwebTV yang dilaksanakan di sekolah. Beberapa persoalan timbul berkaitan
dengan kesediaan menerima dan menggunakan inovasi teknologi khususnya inovasi EduwebTV
dalam kalangan guru. Apakah cirri demografi yang boleh di manipulasi supaya kesediaan
penerimaan dalam kalangan GPM boleh ditingkatkan? .J usteru kajian ini amat penting dan perlu
dilaksanakan. Hasil kajian ini boleh menyumbangkan maklumat berkaitan GPM dan perananya
sebagai agen perubahan kepada J abatan Pelajaran Negeri (J PN) dan Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri (BTPN) dalam pemilihan calon GPM. Selain itu hasil kajian ini boleh dijadikan
rujukan dan panduan kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung seperti pihak
sekolah, J PN, BTPN, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
untuk merancang program atau kursus yang bertujuan untuk membina atau meningkatkan tahap

179 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan DalamPendidikan Sekolah Rendah


skop metodologi kajian dan sebagainya supaya bidang kajian supaya tidak terlalu
luas. Ini akan memudahkan penyelidik meneliti proses penyelidikan mengikut skop.
Selain itu, dengan adanya kenyataan skop kajian ini tidak menimbulkan persoalan
kepada pembaca atau mengelakkan penilai dari mempersoalkan apa sahaja yang
menurut pandangan mereka relevan dengan kajian. Contoh limitasi kajian
ditunjukkan dalam contoh 10 (Rajah 10.10).



Rajah 10.10: Contoh Limitasi Kajian

Definisi Operasional

Ada kemungkinan pembaca kurang faham maksud perkataan-perkataan utama yang
digunakan dalam penulisan. Perkataan yang dipilih ini hendaklah dihuraikan
maksudnya berdasarkan konteks kajian. Hal ini adalah supaya perkataan tersebut
dapat diertikan sebagaimana yang penyelidik inginkan dan bukan berdasarkan erti
dalam kamus atau berdasarkan pandangan penulis lain. Ini bertujuan bagi
mengelakkan pembaca daripada terkeliru atau berkemungkinan mempunyai maksud
berbeza daripada maksud yang sebenar. Namun begitu dalam konteks ini definisi
operasional bukannya mendefinisikan tajuk kajian atau menjelaskan maksud yang
remeh temeh seperti perkataan lelaki atau guru. Prosedur ini digunakan bagi
menghasilkan ukuran yang tepat bagi pemboleh ubah yang dikaji. Biasanya
pemboleh ubah ini dinyatakan dalam bentuk yang boleh diukur atau
dimanipulasikan. Contoh definisi operasional ditunjukkan dalam contoh 11(Rajah
10.11).

Contoh 10
Limitasi Kajian
Kajian ini hanya difokuskan kepada masalah penerimaan EduwebTV dalam kalangan guru sekolah
rendah sahaja dan tidak melibatkan guru sekolah menengah dan juga pelajar. Kajian ini pula akan
dijalankan di negeri Selangor sahaja. Kajian tidak melibatkan negeri lain di Malaysia. Manakala guru
yang akan terlibat adalah guru yang mengajar tahap satu sahaja.

180 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan



Rajah 10.11: Contoh definisi operasional

AKTIVITI 10.1
1. Apakah kepentingan menyediakan proposal penyelidikan?
2. Berdasarkan idea penyelidikan yang ingin anda laksanakan, huraikan permasalahan
kajian anda.

BAB 2: TINJAUAN LITERATUR

Literatur kajian merupakan satu sorotan kajian yang menjadi rangka kepada kajian.
Ia merupakan salah satu bahagian yang penting dalam penulisan kajian. Dalam
penyediaan proposal penyelidikan, penulisan literatur perlu ditulis secara ringkas
tetapi menyeluruh. Pendekatan ini bagi mengatasi beberapa kemungkinan. Pertama,
ada berkemungkinan bahawa kajian sebenar tidak dapat dilaksanakan seperti mana
yang dicadangkan dalam proposal penyelidikan. Kedua, ada berkemungkinan juga
penyelidik tidak dapat mengutip sebahagian data yang diperlukan.Ini bermakna
terdapat beberapa persoalan kajian yang tidak terjawab. Manakala yang ketiga pula,
ada berkemungkinan juga penyelidik dapat mengutip data tambahan, maka
penyelidik perlu menjawab beberapa persoalan tambahan dalam kajian tersebut. Ini
bererti setiap keputusan yang berlaku, akan mendorong penyelidik untuk meneliti
semula kandungan literatur yang telah sediakan, samaada ia telah mencakupi setiap
Contoh 11
Definisi operasional

i. Penerimaan

Berdasarkan Mayer (1992) penerimaan ditakrifkan sebagai satu proses peresapan maklumat, dengan
berkesudahan untuk membuat satu pilihan yang rasional sama ada untuk menggunakan atau tidak
sesuatu sistem itu. Dalam kajian ini penerimaan merujuk kepada kesanggupan guru menggunakan
EduwebTV secara sukarela dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka.

ii. Persepsi mudah guna

Menurut Davis (1989), persepsi mudah guna, merujuk kepada tahap di mana seseorang percaya
bahawa menggunakan satu sistem tertentu itu mudah untuk diguna. Dalam kajian ini persepsi mudah
guna merujuk kepada kepercayaan guru bahawa EduwebTV itu mudah diguna dan bebas daripada
masalah besar jika menggunakanya.

181 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan DalamPendidikan Sekolah Rendah


pemboleh ubah yang dikaji, atau perlu dikurangkan sebahagian daripadanya atau
sebaliknya perlu ditambahkan lagi literatur yang sedia ada.

Antara aspek yang perlu ada dalam Bab 2 ialah pengenalan, teori yang berkaitan,
kajian-kajian lepas dan maklumat tambahan berkaitan dengan pemboleh ubah yang
digunakan. Namun begitu untuk mempersembahkan kandungannya, penyelidik
haruslah memastikan maklumat ;

i. Disusun secara sistematik.
ii. Disusun secara kronologi.
iii. Perincian tajuk dan penerangan isi ikut urutan logik.
iv. Disusun daripada umum kepada khusus.
v. Disusun dapatan mengikut tema atau tajuk, bincangkan dapatan yang
menyokong dan yang berlawanan serta rumuskan dapatan tersebut supaya
boleh dikaitkan dengan kajian yang dibuat.
vi. Perbincangan masalah meliputi konsep-konsep utama, teori, dan model
berkaitan.
vii. Maklumat pengarang dan tarikh dicatatkan dengan tepat dan jelas.
viii. Berhenti apabila dirasakan sudah mencukupi (sorotan literatur sebagai
sebahagian proses penyelidikan dan bukannya hasil penyelidikan)

Pengenalan

Dalam topik kecil ini penyelidik perlu membuat satu sinopsis berkaitan apa yang
penyelidik tuliskan dalam Bab 2. Biasanya penyelidik akan menulis kenyataan yang
berkait dengan isi penting yang dibincangkan agar penilai boleh mendapat
gambaran awal secara keseluruhan dan seterusnya berminat untuk mengetahui
aspek-aspek yang dibincangkan. Contoh pengenalan dalam Bab 2 ditunjukkan
dalam contoh 12 (Rajah 10.12).

182 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan



Rajah 10.12: Contoh Pengenalan Dalam Bab Tinjauan Literatur

Perbincangan Teori yang Berkaitan

Dalam bahagian ini penyelidik perlu memaparkan fakta atau model, atau teori atau
konsep secara bersepadu dengan idea penyelidikan. Teori berperanan sebagai asas
yang dapat membentuk kerangka kerja dalam kajian. Teori juga dapat digunakan
bagi menjelaskan sesuatu perkara dan menjangkakan sesuatu perkara yang baru.
Contoh perbincangan teori dalam Bab 2 ditunjukkan dalam contoh 13 (Rajah 10.13).



Rajah 10.13: Contoh Aplikasi Teori Dalam Kajian



Contoh 12
Kajian tentang penerimaan inovasi kini semakin berkembang dan mendapat perhatian luas
pelbagai pihak terutama dalam bidang pemasaran, pengurusan, pentadbiran organisasi dan tidak
kurang pentingnya dalam bidang pendidikan. Kepentingannya dalam menjayakan matlamat
pendidikan menjadikan kesediaan menerima dan mengguna inovasi teknologi
komputer dalam pengajaran sebagai kualiti teras yang perlu dimiliki oleh setiap guru. Sehubungan
itu kajian ini memberikan tumpuan khusus untuk melihat kesediaan terhadap penerimaan dan
penggunaan inovasi EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah di sekolah-sekolah
Malaysia.

Contoh 13

Teori penyebaran inovasi

Teori penyebaran inovasi oleh Rogers (1995) mempunyai hubungan yang kuat dengan
penyebaran inovasi teknologi dalam pendidikan. Apabila sesebuah komuniti masyarakat
menerima sesuatu inovasi, maka perlulah ada medium pengantara atau saluran untuk
menyalurkan inovasi tersebut dengan lebih berkesan kepada ahli lain dalam masyarakat. Oleh
itu, teori ini secara umumnya menekankan kepada proses penyebaran maklumat setelah
berlakunya inovasi. Dalam konteks kajian ini, inovasi teknologi merujuk kepada pelaksanaan
EduwebTV sebagai media dan sumber dalam membantu proses PdP. Melalui teori
Penyebaran Inovasi, kita dapat menerangkan mengapa sebahagian inovasi berjaya
disebarkan dan diadaptasi, manakala sebahagiannya mengalami kegagalan. Menurut Rogers
(1995) proses penyebaran melibatkan tiga pihak utama iaitu (a) inovasi itu sendiri, (b) individu
yang mengetahui tentang inovasi tersebut, dan (c) individu yang belum mengetahui tentang
inovasi tersebut. Oleh yang demikian teori penyebaran inovasi (Rogers 1995), amat sesuai
untuk digunakan dalam kajian ini khususnya bagi melihat seawal mana guru bersedia
menerima dan mengguna inovasi EduwebTV.

183 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan DalamPendidikan Sekolah Rendah


Kajian-kajian lepas yang berkaitan

Dalam mengulas dapatan kajian-kajian lepas, penyelidik perlu memilih kajian-kajian
lepas yang ada kaitan sahaja dengan pemboleh ubah yang dikaji. Nyatakan
perkaitan di antara kajian-kajian yang lakukan oleh penyelidik yang berbeza dan
jelaskan bagaimana isu tersebut berkait dengan kajian yang akan dijalankan. Oleh
yang demikian penulisan harus memetik perkara-perkara utama sebagai
perbandingan antara kajian-kajian tersebut termasuk;

i. Metodologi kajian.
ii. Populasi dan sampel kajian.
iii. Instrumen atau alat kajian serta prosedur kajian yang digunakan.
iv. Teknik pengumpulan data.
v. Tatacara menganalisis data.
vi. Hasil kajian dan penemuan baru.

Terdapat pelbagai cara dalam membahaskan sorotan kajian lepas. Antaranya:

i. Kumpulkan kajian-kajian lepas yang mempunyai permasalahan dan cara
penyelesaian yang sama dengan pemboleh ubah dalam kajian, rumuskan
bacaan tersebut dan teliti sekiranya terdapat sesuatu yang baru dan
kombinasinya.
ii. Boleh juga tunjukkan perkembangan kajian-kajian dalam satu komuniti atau
organisasi. Berdasarkan kajian yang telah diteliti penyelidik boleh
menjustifikasikan mengapa kajian ini penting dan perlu dilakukan, antaranya
kajian yang sedia ada kurang fokus untuk menjawab permasalahan yang
ingin dikaji.
iii. Penyelidik boleh merujuk kepada penyelidik terdahulu yang mengkaji
fenomena yang sama, tetapi penyelidik tidak setuju dengan pendekatan atau
kesimpulan yang diperoleh dengan memberi justifikasi pendekatan yang ingin
penyelidik jalankan.

Masalah yang seringkali ditemui dalam kebanyakan penulisan tinjauan literatur
adalah dari segi persembahannya. Antara masalah yang sering kali ditemui ialah:

184 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan



i. Skop tinjauan terlalu sempit dan ringkas.
ii. Kurang membuat organisasi dan penstrukturan maklumat yang ingin
dipaparkan.
iii. Tidak membina kerangka konsep yang sesuai untuk kajian.
iv. Memaparkan fakta secara berasingan tanpa fokus tema tertentu.
v. Penulis gagal menunjukkan literatur itu penting dan terkini dalam bidang
kajian yang dikaji.
vi. Penulis tidak menilai kajian lepas secara kritis dan
vii. Penulis tidak memaparkan fakta
viii. Penulisan terlalu panjang dan membosankan.



BAB 3 METODOLOGI

Dalam metodologi kajian, biasanya menghuraikan dan membincangkan tentang
sampel kajian, kaedah atau cara pengumpulan data, instrumen yang digunakan
untuk mengumpul data dan bagaimana data-data tersebut itu akan dianalisis. Bab ini
merupakan bahagian yang perlu jelas dan dibincangkan dengan meyakinkan.
Kaedah yang dirangka dengan baik akan membolehkan objektif yang ditetapkan
dalam kajian tersebut boleh dicapai. Oleh yang demikian setiap pemilihan sesuatu
kaedah, prosedur pengumpulan data atau teknik perlu diberi justifikasi dengan jelas
dan mempunyai logik yang boleh diterima.





AKTIVITI 10.2

Pilih teori yang bersesuaian dengan kajian anda dan huraikan mengapa
teori tersebut dikatakan sesuai untuk mendasari bidang kajian anda?

185 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan DalamPendidikan Sekolah Rendah


Reka Bentuk Penyelidikan

Reka bentuk kajian merupakan aspek perancangan yang penting dalam
melaksanakan sesuatu kajian. Ia merujuk kepada satu tatacara pengolahan data
yang dipungut berdasarkan kepada perancangan yang khusus dan sistematik
terhadap konsep pembentukan rangkaian serta hubungan antara pemboleh ubah
(Creswell 2008) serta dapat menjelaskan bagaimana untuk mendapatkan maklumat
bagi mencapai matlamat kajian (Noraini 2010) serta menetapkan prosedur-prosedur
yang diambil untuk mencapai objektif kajian (Ahmad Mahdzan 2002).

Dalam topik kecil ini, penyelidik perlu membincangkan pemboleh ubah yang terlibat
dalam penyelidikan dan bagaimana pemboleh ubah tersebut akan diukur. Penyelidik
perlu menjelaskan bagaimana reka bentuk kajian itu dipilih, sama ada dengan
merujuk kepada soalan penyelidikan, pengetahuan yang diperoleh berdasarkan
bacaan-bacaan yang berkaitan, atau metodologi kajian-kajian lepas. Penyelidik juga
perlu menjustifikasikan mengapa, reka bentuk itu dipilih. Penyelidik harus
meyakinkan penilai bahawa reka bentuk yang dipilih tersebut adalah yang paling
sesuai dengan memberikan sokongan hujah daripada penulis lain. Penulisan reka
bentuk kajian ditunjukkan dalam contoh 14 (Rajah 10.14).



Rajah 10.14: Contoh Penulisan Reka Bentuk Kajian
Contoh 14

Reka bentuk kajian

Dalam kajian penerimaan EduwebTV ini penyelidik memilih reka bentuk kajian tinjauan berbentuk
kuantitatif. Melalui reka bentuk kajian ini penyelidik akan dapat mengumpul maklumat secara
langsung daripada responden berkaitan dengan perasaan motivasi, sikap, kepercayaan, tingkah
laku dan lain-lain maklumat yang berkaitan dengan sekumpulan orang iaitu guru. J usteru
rekabentuk ini didapati bersesuaian dengan tujuan kajian ini iaitu mengkaji kesediaan penerimaan
guru yang mencakupi pemboleh ubah, pengetahuan, sikap dan kemahiran dalam kalangan guru
serta saling perkaitannya antara pemboleh ubah tersebut dengan penerimaan EduwebTV. Reka
bentuk kaedah tinjauan ini dipilih kerana kajian ini lebih bersifat laporan kendiri (self-report) yang
menghendaki guru menilai perasaan, kekuatan serta kekurangan diri secara introspektif (J ackson
2006). Menurut Wiersma (2000) pula, kaedah tinjauan amat bersesuaian untuk membincangkan
beberapa aspek termasuk peristiwa atau fenomena, pembahagian dan perhubungan dalam
pemboleh ubah pendidikan. Dengan itu pengkaji juga dapat mengumpulkan data berhubung
dengan fenomena yang tidak dapat diperhatikan secara langsung (Noraini 2010) yang melibatkan
ramai ahli iaitu guru di Malaysia. Pemerolehan dapatan dalam kajian ini, boleh menggambarkan
kesediaan guru menerima inovasi EduwebTV yang baru dilaksanakan di sekolah oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.

186 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan


Pensampelan

Menentukan populasi kajian merupakan langkah terpenting perlu dilakukan di
peringkat awal proses pemilihan sampel. Pensampelan pula adalah berkaitan
dengan proses memilih sebilangan subjek daripada sesuatu populasi untuk dijadikan
responden kajian. Masalah yang dikenal pasti itu wujud samaada dari dalam
kumpulan, individu atau objek yang dicerap. Penggunaan sampel yang tidak sesuai
akan mengurangkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian. Perancangan dalam
menentukan pensampelan yang rapi akan dapat mengumpulkan data dengan
mudah, mengurangkan ralat pengukuran dan menjimatkan masa serta perbelanjaan.
Oleh yang demikian dalam penulisan proposal, terangkan secara ringkas bagaimana
cara pensampelan itu dilakukan, sama ada pensampelan mudah, pensampelan
bertujuan, pensampelan bola salji (snowball) atau pensampelan kuota (quota
sampling). Berikan justifikasi mengapa cara pemilihan sampel dan penetapan saiz
sampel yang itu digunakan. Pengkaji perlu meyakinkan kepada pembaca dengan
menyertakan beberapa sokongan kepada setiap yang dihujahkan. Contoh
pensampelan kajian ditunjukkan dalam contoh 15a dan 15b (Rajah 10.15a dan
Rajah 10.15b).



Rajah 10.15a: Contoh Pensampelan Kajian
Contoh 15a
Sampel kajian
Dalam kajian ini populasi mampu tadbir adalah zon-zon yang berada di Semenanjung Malaysia
iaitu Zon Barat. Kajian ini tidak dapat dijalankan di Zon Sabah, Zon Utara, Zon Selatan, Zon
Timur dan Zon Sarawak disebabkan kekangan kewangan dan masa. Seterusnya teknik
persempelan rawak berkelompok melalui cabutan, digunakan bagi menentukan negeri-negeri
yang mewakili zon barat. Teknik persempelan rawak berkelompok ini digunakan bagi
mempertimbangkan sampel kajian adalah bertaburan di merata tempat (Creswell 2008; Mohd
Majid 2005; Noraini 2010). Selain itu teknik ini dapat menjimatkan masa serta mengurangkan
pelbagai masalah. Pengkaji telah membuat pemilihan negeri daripada kelompok zon dengan
cabutan fishbowl. Sebanyak dua kali cabutan negeri digunakan bagi memilih negeri-negeri yang
mewakili zon barat. Melalui teknik persampelan tersebut, dua buah negeri yang terpilih bagi
mewakili zon barat ialah Negeri Selangor dan Negeri Perak.

187 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan DalamPendidikan Sekolah Rendah




Rajah 10.15b: Contoh Pensampelan Kajian

Pengumpulan Data.

Dalam topik kecil ini, penyelidik perlu menyatakan apakah jenis data yang akan
dikumpulkan dalam penyelidikan yang akan dijalankan. Seterusnya penyelidik
menentukan jenis instrumen yang akan digunakan untuk mengutip data dalam
kajianitu nanti. Antara instrumen yang dipilih misalnya penggunaan soal selidik,
senarai semak pemerhatian, protokol temu bual atau analisis dokumen. Penyelidik
perlu menjelaskan semua yang berkaitan dengan instrumen yang dipilih dalam
penulisan proposal, antaranya;

i. Menyatakan jenis instrumen yang digunakan untuk mengutip data dalam
kajian nanti.
ii. Menjelaskan dalam proposal, bagaimana penyelidik menentukan kesahan
dan kebolehpercayaan instrumen yang akan digunakan dalam kajian itu
nanti
iii. Menjelaskan bagaimana penyelidik akan mentadbir instrumen tersebut
soal selidik, temubual, pemerhatian atau lain-lain cara pengumpulan data
akan dilakukan sepanjang kajian.

a. Soal selidik

J ika penyelidik menggunakan kaedah tinjauan untuk penyelidikan terutamanya
apabila melibatkan sampel yang ramai, penggunaan soal selidik merupakan satu
Contoh 15b
Jadual 3.1 Bilangan sampel kajian
Negeri Bil. Sek. Ren . Bil. Guru SK. Bil. Sampel guru SK.
Perak 267 2500 200
Selangor 261 1500 150

J umlah
populasi
4000 350 (sampel)

188 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan


alat ukur yang paling praktikal. Soal selidik sesuai digunakan untuk mengukur
pendapat, sikap atau pengetahuan. J usteru dalam proses penyediaan proposal
penyelidikan, penyelidik perlu menjelaskan berkaitan dengan soal selidik yang akan
digunakan dalam kajian sebenar nanti. Penyelidik perlu menjelaskan kepada
pembaca atau penilai dari mana soal selidik itu diperoleh, sama ada;

i. dibina sendiri oleh penyelidik. Oleh yang demikian penyelidik perlu
menjelaskan semua langkah dalam proses pembinaan instrumen kajian.
ii. mengubah suai daripada instrumen yang sedia. Maka penyelidik perlu
menjelaskan bahagian mana atau item mana yang diubah suai bagi
kesesuaian mengikut konteks kajian sebenar. J elaskan juga bagaimana
instrumen yang telah diubah suai itu mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi.
iii. Menggunakan instrumen yang telah sedia ada tetapi instrumen tersebut
dalam Bahasa Inggeris. Maka penyelidik perlu membuat proses terjemah dan
terjemah semula (back to back translation). J elaskan juga instrumen yang
telah melalui back to back translation mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi.
iv. Penyelidik juga perlu menjelaskan jenis skala pengukuran yang akan
digunakan dalam instrumen soal selidik

Contoh instrumen kajian ditunjukkan dalam contoh 16 (Rajah 10.16).


Rajah 10.16: Contoh Instrumen Kajian



Contoh 16
Dalam kajian ini instrumen penerimaan EduwebTV dibina berdasarkan adaptasi beberapa instrumen
yang digunakan oleh Venkatesh et al. (2003), Gong et al.(2004) dan Hu et al. (2003). Penyelidik
mengekalkan lima variabel utama berdasarkan kepada model TAM yang dibina iaitu aspek persepsi
berguna, persepsi mudah guna, sikap terhadap teknologi, keinginan mengguna dan penggunaan
sebenar. Kesemua item-item yang mewakili aspek kebergunaan, kesenangan mengguna, sikap dan
keinginan mengguna diukur menggunakan skala pemeringkatan iaitu skala likert 5 point; daripada 1 =
Sangat Tidak Setuju, 2 =Tidak Setuju, 3 =Kurang Setuju, 4 =Setuju, hingga ke 5 =Sangat Setuju

189 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan DalamPendidikan Sekolah Rendah


b. Temu bual

Sokongan data yang berbentuk pendapat atau pandangan daripada responden
mungkin diperlukan dalam kajian. Penyelidik boleh menemubual responden untuk
tujuan pengumpulan data.Oleh yang demikian, tentukan terlebih dahulu bentuk temu
bual yang ingin dilakukan samaada temu bual berstruktur, temu bual tidak
berstruktur atau temu bual semi berstruktur. Harus dijelaskan juga dalam penulisan
proposal, bagaimana cara merekodkan data temubual dilakukan. Adakah penyelidik
akan menggunakan pita rakaman, mengambil nota semasa temu bual atau dengan
merekodkan seberapa banyak maklumat temu bual yang dapat diingat selepas
sahaja tamat temu bual dijalankan. Contoh protokol temubual berstruktur ditunjukkan
dalam contoh 17 (Rajah10.17)



Rajah 10.17: Contoh Soalan Temubual Berstruktur

c. Pemerhatian

Kadang kala sesuatu fenomena yang ingin dikaji itu sukar untuk diterjemahkan
melalui soal jawab. Kaedah pemerhatian adalah sesuai untuk merekodkan tingkah
laku serta merakamkan keadaan sebenar apa yang sedang berlaku. J usteru jika
penyelidik bercadang untuk menggunakan kaedah ini, prosedur pemerhatian perlu
jelaskan dalam proposal seperti bagaimana penyelidik merekodkan pemerhatian,
sama ada mengambil nota, pemantauan, merakam peristiwa atau perlakuan. Dalam
proposal perlu dijelaskan semua yang berkaitan dengan prosedur pemerhatian
termasuk jenis mod pemerhatian dan subjek atau aktiviti yang difokuskan semasa
pemerhatian.

Contoh 17
1. Adakah anda pernah mendengar EduwebTV?
2. Di sekolah siapakah yang memperkenalkan EduwebTV kepada anda?
3. Adakah anda suka meneroka kandungan dalam EduwebTV? Mengapa?
4. Bagaimanakah anda menggunakan EduwebTV semasa pengajaran anda dalam bilik
darjah?

190 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan


d. Analisis dokumen.

Dalam pengumpulan data, penyelidik mungkin perlu meneliti dokumen penting yang
berkaitan seperti rekod pencapaian pelajar atau hasil kerja pelajar. Oleh yang
demikian dalam menyediakan proposal, penyelidik perlu jelaskan dalam dalam Bab
3 ini bagaimana penyelidik akan menganalisis dokumen tersebut, apakah dokumen
yang ingin diteliti, dan bagaimana ia boleh diperoleh.

Menganalisis Data Kuantitatif

Setelah penyelidik merancang untuk menggunakan instrumen bagi mendapatkan
data, penyelidik seterusnya perlu menjelaskan kepada pembaca atau penilai;

i. bagaimana data yang diperoleh itu akan dianalisis.
ii. Ujian yang akan digunakan untuk menganalisis data samaada menggunakan
analisis deskriptif dan analisis inferensi.
iii. skala pengukuran yang akan digunakan bagi menentukan tahap atau
hubungan pemboleh ubah yang dikaji berdasarkan persoalan kajian yang
telah ditetapkan.

a. Analisis deskriptif

Biasanya analisis deskriptif digunakan bagi tujuan membuat huraian secara
terperinci tentang tahap sesuatu pemboleh ubah yang dikaji. Sebagai contoh ciri-ciri
demografi guru, tahap pendidikan, pengalaman menggunakan Internet, pengalaman
mengajar, pengalaman menjadi guru Bestari, kekerapan menghadiri kursus ICT dan
pengetahuan guna ICT dan sebagainya. Data tersebut perlu dianalisis dan
dibincangkan dalam bentuk statistik deskriptif yang menggunakan indeks min, mod,
frekuensi dan peratusan. Data boleh diproses menggunakan program Statistical
Package for the Sosial Science (SPSS). Bagi menjawab persoalan tahap
pengetahuan guna ICT misalnya, penyelidik perlu menggunakan menggunakan
interpretasi skor min untuk melihat tahap guru dalam pengetahuan ICT. Nilai skor
ditetapkan dengan merujuk buku-buku rujukan analisis data dalam penyelidikan

191 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan DalamPendidikan Sekolah Rendah


pendidikan. Skor min ini akan digunakan untuk menjawab persoalan kajian
persoalan dalam kajian sebenar nanti. Contoh jadual skor analisis deskriptif
ditunjukkan dalam contoh 18 (Rajah 10.18) dan contoh 19 (Rajah 10.19).


Rajah 10.18: Contoh Interpretasi Skor Tahap Pengetahuan Guna ICT




Rajah 10.19: Contoh interpretasi skor min bagi tahap persepsi berguna
Contoh 18
Jadual 3.2 Interpretasi skor dan tahap pengetahuan guna ICT
Nilai min Tahap
<2.33 Rendah
2.33-3.66 Sederhana
>3.66 Tinggi
Sumber: Diubah suai daripada J amil (2002)
Bagi menjawab persoalan tahap pengetahuan guna ICT kajian ini menggunakan interpretasi
skor min untuk melihat tahap. Pada J adual 3.3 menunjukkan, interpretasi skor min bagi
menentukan tahap pengetahuan GPM. Skor min yang kurang daripada 2.33 menunjukkan
tahap pengetahuan guna ICT dalam PdP adalah rendah. Skor min 2.33 hingga 3.66 pula
menunjukkan tahap pengetahuan guna ICT dalam PdP adalah sederhana. Manakala skor min
yang melebihi 3.66 menunjukkan tahap pengetahuan guna ICT dalam P& P adalah tinggi.
Contoh 19
Jadual 3.3 Interpretasi skor dan tahap persepsi berguna
Nilai min Tahap Intepertasi
<2.33 Rendah Merasakan inovasi EduwebTV tidak boleh membantu
mempermudahkan proses P&P.
2.33-3.66 Sederhana Merasakan inovasi EduwebTV kurang membantu
mempermudahkan proses P&P.
>3.66 Tinggi Merasakan inovasi EduwebTVsangat membantu
mempermudahkan proses P&P.
Sumber: Diubah suai daripada J amil (2002)
Bagi menentukan tahap penerimaan EduwebTV daripada aspek persepsi berguna dalam
kalangan guru, pengkaji merujuk kepada jadual 3.3. J adual 3.3 menghuraikan interpretasi skor
min bagi menentukan tahap persepsi berguna. Bagi skor min kurang daripada 2.33 menunjukkan
tahap persepsi kebergunan EduwebTV adalah rendah. Diinterpretasikan bahawa, mereka
berasa tidak yakin bahawa inovasi EduwebTV boleh membantu mempermudahkan PdP. Skor
antara 2.33 hingga 3.66 pula menunjukkan tahap persepsi kebergunan EduwebTV adalah
sederhana. Diinterpretasikan bahawa mereka kurang pasti EduwebTV boleh membantu
mempermudahkan PdP. Skor min yang melebihi 3.66 menunjukkan tahap persepsi kebergunan
EduwebTV adalah tinggi. Diinterpretasikan bahawa mereka berasa sangat pasti EduwebTV
dapat membantu mempermudahkan P&P

192 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan


b. Analisis inferensi

Bagi tujuan untuk mengetahui sama ada terdapat kesan interaksi antara pemboleh ubah
pemboleh ubah bebas dan bersandar yang dikaji, analisis inferensi digunakan. Misalnya
analisis korelasi digunakan untuk melihat hubung kait antara dua pemboleh ubah. Sejauh
manakah hubungan antara pemboleh ubah diukur melalui pekali korelasi Pearson jika data
yang diperoleh berbentuk sela atau nisbah. Nilai pekali korelasi Pearson ini digunakan untuk
menjawab persoalan kajian ke 3 iaitu mengetahui hubungan (ii) persepsi berguna dengan
keinginan mengguna EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah. Bagi mendapatkan
nilai pekali data maklumat daripada soal selidik akan diproses menggunakan program
Statistical Package for the Sosial Science (SPSS). Contoh jadual skor bagi analisis inferensi
ditunjukkan dalam contoh 20 (Rajah 10.20).




Rajah 10.20: Contoh Tafsiran Nilai Pekali Korelasi.

Menganalisis Data Kualitatif

Bagi kajian yang melibatkan pengumpulan data lapangan secara kualitatif,
penyelidik hendaklah menjelaskan secara terperinci dan meyakinkan penilai
bagaimana prosedur data yang diperoleh akan dianalisis. Dalam penulisan proposal
penyelidik perlu memperjelas bagaimana data yang banyak akan disusun atur
mengikut kepada pola, kategori, atau tema tertentu. Data kualitatif boleh dianalisis
secara manual atau menggunakan perisisian khas seperti Nvivo atau Atlas.ti. Secara
umumnya penyelidik dicadangkan menjalankan langkah-langkah berikut untuk
menganalisis data lapangan:
Contoh 20
Jadual 3.4 Tafsiran nilai-nilai pekali korelasi
Nilai pekali (r) Tafsiran
.10 hingga .29 atau-.10 hingga -.29 Hubungan positif atau negatif lemah
.30 hingga .49 atau -.30 hingga .49 Hubungan positif atau negatif sederhana
teguh
.50 hingga 1.0 atau -.50 hingga -1.0 Hubungan positif atau negatif teguh
Sumber: Cohen (1988)
J adual 3.4 menunjukkan tahap korelasi mengikut skala tafsiran Cohen (1988). Nilai pekali melebihi
atau sama dengan 0.5 hingga 1.0 dianggap mempunyai hubungan positif atau negatif yang teguh.
Nilai pekali 0.30 hingga 0.49 menunjukkan hubungan positif yang sederhana teguh. Seterusnya,
hubungan positif atau negatif yang lemah pula melibatkan nilai pekali 0.10-0.29. Maka hipotesis
yang diuji menggunakan statistik korelasi Pearson r adalah Ho 1

193 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan DalamPendidikan Sekolah Rendah



a) Menyusun data mengtranskrip temu bual atau membuat catatan
pemerhatian. Baca transkrip atau catatan pemerhatian untuk
mendapatkan gambaran keseluruhan atau idea-idea yang timbul
b) Menanda transkrip atau catatan pemerhatian untuk mendapatkan petikan
terbaik, padat, dan berkaitan dengan persoalan kajian. Tandakan kod
pada petikan transkrip atau catatan.
c) Senaraikan kod mengikut tema atau kategori yang telah dikenal pasti
dengan petikan transkrip atau catatan pemerhatian. Kelompokan mengikut
topik yang sama dan bentukkan mengikut lajur.
d) Persembahkan data kualitatif menggunakan jadual atau rajah dengan
menyenaraikan kod atau tema dengan petikan transkrip atau catatan
pemerhatian.
e) Tentukan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif melalui salah satu
daripada strategi berikut; member checking, peer checking, trangulasiatau
persetujuan penilai Cohen Kappa. J ika perlu buat pengekodan/ tema
semula.

Berdasarkan langkah-langkah umum menganalisis data kualitatif yang dicadangkan,
penyelidik boleh menggunakan idea umum tersebut untuk disesuaikan dengan
penyelidikan yang dirancang.

Penutup

Dalam topik kecil ini, penyelidik perlu meringkaskan semula cadangan kajian yang
akan dilaksanakan termasuk tujuan kajian, persoalan kajian dan bagaimana
metodologi kajian ini dilaksanakan termasuk. Ini termasuk pensampelan, instrumen
yang digunakan dan bagaimana data-data ini dianalisis.

RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI

Senarai rujukan ialah satu senarai yang mencatatkan semua bahan rujukan yang
telah digunakan atau dirujuk oleh penyelidik dalam menyediakan proposal kajian.
Kesemua sumber rujukan yang digunakan untuk menulis proposal penyelidikan

194 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan


termasuk buku, artikel jurnal, majalah, surat khabar, sumber Internet dan lain-lain
perlulah disenaraikan dalam senarai rujukan. Format penulisan sumber rujukan perlu
mengikut format penulisan yang dicadangkan mengikut panduan American
Psycological Assosiation (APA). Walau bagaimanapun penyelidik boleh
menggunakan format penulisan yang mungkin telah ditetapkan oleh fakulti masing-
masing.

KRITERIA PROPOSAL PENYELIDIKAN YANG BAIK

Adalah penting untuk meyakinkan pembaca atau penilai tentang potensi
penyelidikan yang ingin dijalankan. Cara penyelidik berkomunikasi dalam proposal
boleh memberi impak kepada cadangan penyelidikan yang dikemukakan. Antara
kriteria-kriteria proposal penyelidikan yang baik adalah;

i. Maklumat yang ada dalam proposal penyelidikan jelas dan meyakinkan
penilai.
ii. Dapat meyakinkan kepada penilai atau pembaca bahawa kepentingan isu
yang ingin diselidik.
iii. Dapat menjelaskan fokus penyelidikan dengan tepat.
iv. Menggunakan bahasa yang mudah difahami dan penggunaan istilah yang
diperjelaskan serta tepat.
v. Dapat mengemukakan idea atau cadangan yang logik dengan
menjustifikasikan setiap keputusan yang dipilih dalam penulisan proposal
penyelidikan khususnya untuk meyakinkan penilai bahawa keputusan yang
dipilih itu adalah yang terbaik.

Kelemahan Lazim Dalam Penulisan Proposal Penyelidikan

Kadangkala terdapat beberapa kelemahan yang biasa ditemui dalam proposal
penyelidikan yang dihasilkan oleh pelajar. Antaranya menurut Noraini (2010):
i. Kegagalan mengemukakan permasalahan penyelidikan dalam konteks yang
sesuai.
ii. Kegagalan untuk menetapkan fokus penyelidikan yang dijalankan.

195 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan DalamPendidikan Sekolah Rendah


iii. Kegagalan untuk mempersembahkan dengan tepat dan jelas sumbangan
teori dan empirikal penyelidik-penyelidik lain terhadap konteks penyelidikan
yang dicadangkan.
iv. Kegagalan untuk mengekalkan fokus penulisan kepada persoalan-persoalan
penyelidikan yang telah dikemukakan.
v. Kegagalan untuk membina idea dan perbincangan yang koheren dan
meyakinkan pembaca atau penilai.
vi. Terlalu banyak perbincangan difokuskan kepada isu-isu sampingan yang
kurang relevan tanpa memberi tumpuan kepada isu-isu penting berkaitan
dengan permasalahan penyelidikan.
vii. Kurang berfokus, tanpa tujuan dan arah yang konkrit tentang perkara yang
mahu diselidik.
viii. Terlalu banyak rujukan yang hilang dan rujukan yang tidak tepat.
ix. Proposal terlalu panjang atau terlalu ringkas.
x. Kegagalan untuk mengikut format penulisan akademik yang betul seperti
yang disarankan oleh American Psychological Assosiation (APA) .
xi. Penulisan yang umum dan kabur serta sukar difahami.

RUMUSAN

1. Menyediakan proposal penyelidikan adalah suatu proses membina cadangan
perbincangan atau justifikasi yang menyokong kajian yang dicadangkan.
2. Proposal penyelidikan bertujuan untuk meyakinkan pembaca atau penilai
bahawa penyelidikan yang dicadangkan mempunyai reka bentuk yang
mantap, relevan dengan isu semasa dalam pendidikan dan penyelidik
mempunyai kebolehan untuk menjalankan kajian.
3. Kandungan yang perlu ada dalam proposal penyelidikan:
a. Pengenalan
i. Latar belakang
ii. Permasalahan kajian
iii. Objektif kajian
iv. Persoalan kajian (dan penyataan hipotesis sekiranya diperlukan
dalam metodologi tertentu)

196 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan


v. Kerangka konseptual kajian
vi. Kepentingan dan tujuan kajian
vii. Batasan kajian
viii. Definisi operasional

b. Tinjauan literatur
i. Teori berkaitan
ii. Kajian-kajian lepas yang berkaitan

c. Metodologi Kajian
i. Reka bentuk kajian
ii. Populasi dan pensampelan
iii. Pengumpulan data
iv. Analisis data
4. Proposal penyelidikan yang berkualiti adalah penting kerana sesuatu
penyelidikan yang baik bermula daripada cadangan penyelidikan yang baik.

PENILAIAN KENDIRI

1. J elaskan maksud proposal penyelidikan.
2. J elaskan komponen yang perlu ada dalam proposal penyelidikan
3. Apakah ciri-ciri proposal penyelidikan yang baik
4. Hasilkan satu proposal penyelidikan yang lengkap bermula dengan
pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kerangka konseptual
kajian, limitasi kajian literatur kajian dan metodologi kajian

RUJUKAN
Ahmad Mahdzan Ayob. (2002). Kaedah Penyelidikan Sosio Ekonomi (2nd ed). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cohen, J . 11088. Statistical Power Analysis for the Behavioral Sciences (2nd ed). New York:
Academic Press.

197 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan DalamPendidikan Sekolah Rendah


Creswell, J .W. (2008). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating
Quantative and Qualitative Research (3rd ed). Boston: Pearson.
Creswell, J .W. (2008). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating
Quantative and Qualitative Research (3rd ed). Boston: Pearson.
J ackson S.L. (2006). Research Methods and Statistics: A Critical Thinking Approach (2nd
ed).Belmont, CA: Thomson Wadsworth.
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.
Bhd.
Noraini Mohamed Noh.(2012). Kesediaan penerimaan inovasi teknologi dalam kalangan
Guru Perpustakaan Media. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia
Wiersma,W. & J urs, S. (2005). Research Methods in Education: An Introduction (8th ed).
Boston: Allyn and Bacon.

Anda mungkin juga menyukai