Anda di halaman 1dari 13

:

Kaedah Kelima
Dai perlu menggembelingkan sepenuh tenaga usahanya Demi Mengharapkan
Bantuan Rabbani

Dakwah akan hidup subur, berkembang dan makmur dengan mengambil kira faktor-
faktor usaha manusia. Dai yang sebenarnya ialah dai yang mampu menggunakan
setiap dimensi dan ruang yang mampu membantu dakwahnya.Rasulullah s.a.w. telah
berusaha sepanjang siang dan malamnya untuk mencari ruang-ruang dan
menggunakannya pendekatan dakwah sesuai pada zamannya. Nabi s.a.w. tidak
pernah menyatakan bahawa wahyu itu diturunkan kepadanya maka tersedia untuknya
pendekatan-pendekatan yang berbeza dengan manusia biasa dalam berdakwah.
Kita akan dapati bahawa dalam sirah baginda s.a.w. diceritakan tentang pelaksanaan
prinsip tersebut secara meluas. Dalam peperangan Uhud yang menyaksikan kekalahan
tentera Muslim, sebahagian sahabat r.a. berbeza pendapat dengan baginda dalam
perkara yang melibatkan strategi peperangan meskipun baginda berada dalam
kalangan mereka dan wahyu diturunkan kepada baginda s.a.w.
Allah S.W.T berfirman:


Maksudnya:
Allah S.W.T tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Al-Baqarah : 286

Ayat ini bermaksud beban atau taklif itu terikat dengan kemampuan dan kesungguhan
melaksanakan perkara tersebut.
Imam Al-Qurtubi di dalam tafsirnya menjelaskan: Allah s.w.t. telah menyatakan bahawa
Dia tidak akan membebankan seorang hamba pada waktu turunnya ayat mengenai
ibadat, (sama ada ibadat tersebut dilakukan dengan hati atau dengan anggota). Ibadat
tersebut hendaklah dilakukan mengikut keupayaan hamba tersebut, dalam lingkungan
kefahamannya terhadap ibadah yang dilakukan serta niatnya.Maka melalui ayat
tersebut, terjawablah persoalan yang bermain di minda orang-orang Islam mengenai
perkara-perkara yang berkaitan lintasan hati.
1

Bererti di sini, Allah S.W.T tidak akan mempertanggungjawabkan seseorang terhadap
lintasan dan perasaan yang terdetik dalam hati mereka.

Kesalahan Dalam Memahami Ayat
Kebanyakan manusia pada hari ini memahami bahawa keupayaan yang dimaksudkan
dalam ayat tersebut merujuk kepada keupayaan yang paling minimum yang mampu
dilakukan oleh manusia. Mereka juga menganggap bahawa keupayaan tersebut
merupakan sesuatu yang boleh berubah-ubah bergantung kepada dorongan yang ada.
Kefahaman tersebut kadang-kadang menyebabkan orang Islam mendakwa bahawa
mereka hanya mempunyai 1 jam waktu lapang untuk berdakwah. Kemudian mereka
berkata: Allah S.W.T tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya
olehnya. Seterusnya apabila mereka mempunyai masa untuk berusaha selama 2 jam,
mereka tetap berkata: Allah S.W.T tidak membebankan seseorang melainkan apa
yang terdaya olehnya. Dan begitulah juga setelah kita mendapati masa mereka
semakin bertambah kepada 3 jam untuk melakukan kerja-kerja dakwah, mereka masih
menyatakan: Allah S.W.T tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya
olehnya.
Keupayaan yang berubah-ubah mengikut pada waktu dan tempat yang tertentu ini
menunjukkan bahawa dakwaan ini adalah salah kerana orang yang menggunakan
alasan ini sebenarnya langsung tidak berusaha walaupun sekali.
Berdasarkan penerangan di atas, dapatlah diumpamakan bahawa dakwaan Muslim
tersebut umpama gelas-gelas A, B, C yang berisi air dengan isipadu yang sedikit.
Namun demikian terdapat gelas D yang mengandungi isipadu air yang penuh,
menggambarkan penuhnya keupayaan dan tenaga. Demikianlah bagi orang-orang



Islam yang memahami ayat tersebut dengan cara yang salah. Mereka diumpamakan
seperti gelas-gelas tersebut. Kalangan mereka ada yang hanya memberikan
sumbangan yang kecil tetapi mengharapkan kesan yang besar. Perlu diketahui bahawa
kepentingan dakwah amat besar dan meluas. Alam ini menuntut sesuatu yang besar
daripada para dai, sebagaimana luasnya bidang dakwah ini. Perlu juga diketahui
bahawa urusan dakwah ini adalah urusan Allah S.W.T yang Maha Mendalam
Pengetahuannya dan Maha Bijaksana. Hanya Allah S.W.T yang mengetahui tahap
keupayaan seseorang manusia.

Kita tidak lupa bahawa setiap manusia itu berbeza-beza dari sudut keupayaan dan juga
usahanya. Begitu juga, mereka mempunyai jurang perbezaan dari sudut diri mereka.
Meskipun begitu mereka dituntut untuk membawa diri mereka mencapai tahap bagi
memberikan sumbangan terbesar yang mampu diberikan serta menjadikan usaha yang
ada pada diri mereka bertambah dan meningkat dari hari ke hari.

Suatu keupayaan yang besar yang ada pada tenaga seorang dai itu akan menjadi sia-
sia sekiranya ia tidak diaplikasikan pada jalan yang benar dalam berdakwah. Para dai
yang mengerahkan sebahagian sahaja daripada kemampuannya hanya akan
menghalang dan menyesakkan jalan-jalan dakwah. Ia umpama kereta-kereta yang
memenuhi jalanraya namun malangnya hanya membawa muatan yang sedikit.

Allah s.w.t. menciptakan manusia dan menjadikan mereka mempunyai kadar
keupayaan yang tinggi. Dalam kehidupan ini, kita sering membaca mengenai
sebahagian manusia yang melanggar undang-undang dan gemar melakukan jenayah.
Mereka merupakan manusia yang bersungguh-sungguh berusaha dalam melakukan
kesalahan dan jenayah serta berterusan melakukannya sama ada siang dan malam.
Mereka juga sanggup menempuhi jarak yang jauh dan mengalami pelbagai bentuk
kesusahan.Mereka memiliki kesabaran yang amat mengkagumkan, serta sanggup
membelanjakan wang yang banyak.Malah mereka turut melalui pelbagai perkara yang
membahayakan mereka sehingga terbangkit rasa kagum terhadap mereka.

Sebenarnya, mereka yang mampu melakukan kejahatan sudah pasti mampu
melakukan kebaikan. Selain itu, mereka yang mampu melalui pelbagai risiko dalam
melakukan perkara batil, sudah pasti mampu melalui risiko yang sama untuk melakukan
kebaikan dan kebenaran.

Sumbangan Para Sahabat Dalam PiawaianSebenar Keupayaan
Menerusi kisah-kisah para sahabat r.a., kita dapati kebanyakan mereka wafat di luar
daripada tanah air mereka. Abu Ayyub al-Ansari wafat di Konstantinopel, Ummu Hiram
binti Milhan yang wafat di Kepulauan Cyprus, Uqbah bin Amir wafat di Mesir dan Bilal
pula wafat di Syria. Para sahabat Rasulullah ini dikebumikan di tempat-tempat tersebut
ketika mereka memartabatkan panji-panji Islam dan mencurahkan segala kemewahan
serta harta demi jalan dakwah. Inilah yang menjadi titik permulaan kepada keimanan
mereka sebagaimana firman Allah S.W.Tyang bermaksud: Allah S.W.T tidak
membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

Kita dapat melihat bahawasanya setelah berlakunya Perang Uhud, mereka tidak
berdiam diri malahan mereka menyahut seruan Allah S.W.T dan terus memerangi
orang Musyrikin. Pada ketika Usaid bin Hudhair ingin mengubati tujuh luka-luka perang
yang terdapat pada dirinya tatkala mendengar kembali seruan jihad seraya berkata:
Aku dengar dan aku taat kepada Allah S.W.T dan Rasulnya!!. Beliau terus bingkas
mengambil senjatanya dan membatalkan niat untuk merawat lukanya. Lalu menyertai
Rasulullah s.a.w. bertempur dalam medan perang.
Bahkan40 orang kalangan sahabat dari Bani Salamah yang sedang mengalami
kecederaan masih tetap utuh seiring keluar bersama-sama menyertai Rasulullah s.a.w.
Pada tubuh al-Tufayl bin al-Numan terdapat 13 luka perang, manakala pada tubuh
Kharash bin al-Shummah pula terdapat 10 luka perang.
2

Kejadian tersebut berlaku ketika Perang Hamraa al-Asad. Ini merupakan dalil terbaik
yang menunjukkan bahawa keinginan yang kuat akan mengerahkan seluruh
kemampuan meskipun terpaksa berdepan dengan kesukaran dan kesakitan.
Sebaliknya keinginan yang lemah pula tidak akan menghasilkan kemampuan meskipun
terdapat pelbagai wasilah dan keperluan yang mencukupi.
Allah S.W.Ts.w.t. telah menyebutkan tentang para sahabat ini di dalam al-Quran
melalui firmanNya:





Maksudnya:
Iaitu orang-orang yang menjunjung perintah Allah S.W.T dan RasulNya (supaya keluar
menentang musuh yang menceroboh), sesudah mereka mendapat luka (tercedera di
medan perang Uhud) untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka dan
yang bertaqwa, ada balasan yang amat besar.
Surah Aali Imraan : 172
Kemampuan dan Keinginan
Amat penting untuk dinyatakan bahawa di sebalik suatu kemampuan terdapat keinginan
jiwa yang mendorong kepada kemampuan tersebut.Keinginan jiwa tersebut juga
berfungsi melaksanakan kemampuan tersebut dengan izin Allah S.W.T. Sekiranya
keinginan tersebut hilang, maka seseorang dai akan hilang kemampuan. Sehubungan
dengan itu, Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan kita agar berdoa kepada Allahs.w.t.:
..

3


Maksudnya:
Ya Allah S.W.T, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan.Aku
berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian.Aku berlindung kepadaMu dari
perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada
hutang dan penindasan manusia.
: :

4

Maksudnya:
"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah S.W.T daripada orang
mukmin yang lemah, pada masing-masing itu ada kekuatan.Bersungguh-sungguhlah
terhadap perkara yang memberi manfaat kepada kamu.Mintalah pertolongan daripada
Allah S.W.T dan jangan lemah.

3
HP Bukqoi 8/97
4
HP Muoi 4/2052

Perasaan lemah dan berasa tidak mampu yang sering dilafazkan oleh lidah para dai ini
kadang-kala adalah kerana berasa rendah diri. Perbuatan ini hanya akan
mengakibatkan berlakunya pembaziran tenaga umat Islam dan juga akan melambatkan
proses dakwah.Selagimana seorang dai tidak mencabar dirinya untuk menempuh
medan dakwah dengan perasaan berani menghadapi kegagalan, serta tidak sanggup
menerima kritikan terhadapnya, maka selagi itu dai tersebut tidak akan sekali-kali maju
ke hadapan. Dia tidak akan dapat menjadi penggerak dan pencetus perubahan.

Batas-Batas Kemampuan dan Piawaiannya
Kadang-kala seseorang akan bertanya: Apakah batas-batas kemampuan dan
keupayaan seseorang?
Jawapan kepada persoalan tersebut terkandung di dalam ayat al-Quran berikut:


Maksudnya:
dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah S.W.T
(untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan
pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang
yang beriman dengan sebenar-benarnya. mereka beroleh keampunan dan limpah
kurnia yang mulia. Surah al-Anfaal : 74

( )
Maksudnya:
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan
Allah S.W.T dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi
darjatnya di sisi Allah S.W.T (daripada orang-orang Yang hanya memberi minum orang-
orang Haji dan orang yang memakmurkan Masjid sahaja); dan mereka itulah orang-
orang yang berjaya. Surah al-Taubah : 20

)


Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang
yang percaya kepada Allah S.W.T dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya
dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa
mereka pada jalan Allah S.W.T; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan
imannya).
Surah al-Hujuraat : 15

)
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang
boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?Iaitu, kamu
beriman kepada Allah S.W.T dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan
menegakkan ugama Allah S.W.T dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian
itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang
sebenarnya). Surah al-Shaff : 10-11


Maksudnya:
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah S.W.T), sama ada
Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat
(disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan
jiwa kamu pada jalan Allah S.W.T (untuk membela Islam).Yang demikian amatlah baik
bagi kamu, jika kamu mengetahui.Surah al-Taubah : 41
Maksud ((

)) ialah sama ada kamu semua dalam keadaan ringan dan mudah
untuk berjihad mahupun dalam keadaan berat dan sukar untuk melakukannya.

Keadaan ini terbahagi kepada beberapa kategori:
Pertama :Berasa ringan dan mudah untuk keluar berjihad disebabkan tubuh
badan yang cergas atau berasa berat kerana berasa berat untuk
keluar berjihad.
Kedua :Berasa ringan dan mudah untuk berjihad kerana sedikit bilangan
ahli keluarga, atau berasa berat disebabkan bilangan ahli keluarga
yang ramai.
Ketiga : Ringan atau beratnya senjata-senjata yang digunakan.
Keempat :Ringan kerana adanya kenderaan, ataupun berat kerana
perluberjalan.
Kelima : Ringan kerana masih muda, atau berat disebabkan tua.
Keenam : Ringan kerana fizikal yang kurus, atau berat kerana gemuk.
Ketujuh : Ringan kerana tubuh badanyang sihat, atau berat kerana ditimpa
penyakit.

Hakikatnya, setiap keadaan yang dinyatakan di atas termasuk dalam sifat ringan dan
berat yang termaktub dalam firman Allah S.W.T tersebut, kerana ia bersifat menyeluruh.
Sebilangan besar para sahabat dan tabiin dapat memahami ayat tersebut dengan
sebaik-baiknya. Mujahid berkata:
Abu Ayyub telah bersama menyertai Rasulullah s.a.w. dalam peperangan
Badar.Selepas daripada itu, beliau tidak pernah menguzurkan diri daripada menyertai
kesemua peperangan orang Islam. Beliau berkata: Allah S.W.Ts.w.t telah berfirman:
((Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah S.W.T), sama ada
Dengan keadaan ringan ataupun Dengan keadaan berat)).
Dan aku dapati pada diriku ini hanya terdapat keringanan dan keberatan.
Daripada Safwan bin Amru, beliau berkata: Aku menjadi pemerintah di Hims, kemudian
telah datang kepadaku seorang lelaki tua yang telah jatuh keningnya. Beliau
merupakan penduduk dari Damsyiq, dan datang dengan menaiki unta.Beliau ingin
menyertai peperangan. Aku berkata kepadanya: Wahai pakcik, engkau diberikan
keuzuran oleh Allah S.W.T. Kemudian lelaki tersebut mengangkat keningnya dan
berkata: Wahai anakku, Allah S.W.T memerintahkan kita berperang pada waktu ringan
mahupun berat kerana Dia akan menguji sesiapa sahaja yang dicintaiNya.
Al-Zuhri berkata: Suatu ketika Said bin Musayyib keluar untuk berperang, sedangkan
sebelah matanya telah buta. Kemudian seseorang berkata kepadanya: Sesungguhnya
engkau termasuk dalam golongan yang ditimpa mudarat. Namun kata Said: Allah
S.W.T memerintahkan untuk berperang meskipun dalam keadaan ringan atau berat.
Sekiranya aku tidak mampu berperang, sekurang-kurangnya aku boleh
memperbanyakkan bilangan tentera Islam dan juga dapat menjaga barang-barang
tentera Islam.
Pernyataan yang serupa dikatakan kepada al-Miqdad bin al-Aswad ketika beliau ingin
berperang: Engkau ini telah uzur. Al-Miqdad menjawab: Allah s.w.t. telah menurunkan
perintahNya kepada kita dalam Surah al-Taubah: ((Pergilah kamu beramai-ramai (untuk
berperang pada jalan Allah S.W.T), sama ada dalam keadaan ringan atau dalam
keadaan berat)). Dan aku dapati pada diriku ini hanya terdapat keringanan dan
keberatan)).
5


Dakwah Merupakan Keberangkatan Pada Jalan Allah S.W.T

Berangkat ke jalan Allah S.W.T ini bukan bererti dalam satu bentuk sahaja iaitu dalam
bentuk peperangan tetapi pengertiannya lebih meluas. Setiap bentuk dakwah kepada
Allah s.w.t termasuk dalam pengertian berangkat ke jalan Allah S.W.T. Oleh yang
demikian, ayat di dalam Surah al-Taubah sendiri telah menerangkan mengenai
pengertian ini.
Allah S.W.T berfirman:

5
To|oi oPo,i 16/70

Maksudnya:
Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi
berperang); Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara
mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu
yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang
keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan
mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah S.W.T).Surah al-Taubah:
122
Al-Raziberkata: kewajipan berdakwah para sahabat terbahagi kepada dua kumpulan.
Pertama adalah kumpulan yang menyertai peperangan dan berjihad pada jalan Allah
S.W.T, manakala kedua ialah kumpulan yang terus tinggal bersama Rasulullah s.a.w.
Oleh yang demikian, kumpulan yang pergi berperang akan menjadi wakil kepada
mereka yang tinggal di tanah air umat Islam. Manakala kumpulan yang tidak menyertai
peperangan akan menjadi wakil kepada mereka yang berperang bagi mendalami ilmu
agama. Justeru, urusan agama akan menjadi lengkap dengan adanya kedua-dua
kumpulan ini.
6

Kesimpulannya, terdapat hubungan antara mereka yang berangkat untuk memberikan
peringatan dan juga mereka yang berangkat untuk mendalami ilmu agama.
Berdasarkan perkara tersebut, orang-orang Islam dituntut supaya menggunakan
sedaya upayanya serta bertanggungjawab terhadap bebanan yang ditaklifkan ke
atasnya mengikut kemampuan yang ada pada dirinya, demi untuk membantu agama
Islam dengan cara mempelbagaikan bentuk-bentuk jihad.
Bentuk pertama adalah berdakwah dengan berhikmah dan memberikan nasihat yang
baik.Islam tidak menuntut mereka yang buta untuk melakukan sesuatu yang hanya
mampu dilakukan oleh mereka celik.Setiap daripada orang yang buta dan celik ini
masing-masing mempunyai tahap kemampuan. Maka mereka dituntut untuk
menggunakan segala kemampuan mereka mengikut apa yang terdaya sebagaimana
firman Allah S.W.T:
((Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah S.W.T), sama ada
Dengan keadaan ringan ataupun Dengan keadaan berat)).
Orang-orang beriman mengetahui bahawa setiap daripada usaha yang diberikan dalam
urusan ketaqwaan merupakan usaha yang diukur mengikut kemampuan

6
To|oi oPo,i 16/225
kemanusiannya yang lemah. Justeru, usaha ini tidak dapat mencapai tahap yang layak
bagi Allah S.W.T. Melalui pernyataan ini, sebahagian ahli tafsir dapat memahami
maksud firman Allah S.W.T:


Maksudnya:
Bertaqwalah kamu kepada Allah S.W.T dengan sebenar-benar taqwa.
Surah Ali Imran: 102
Ayat ini telah dimansukhkan oleh firman Allah S.W.Ts.w.t.:


Maksudnya:
Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah S.W.T sedaya upaya kamu;
Surah al-Taghaabun: 16
Berdasarkan dua ayat ini, ulama tafsir telah berhujah melalui sebab penurunannya
iaitu:
Ketika turunnya ayat yang pertama itu, orang-orang Islam berasakan bahawa ia adalah
suatu yang berat untuk dilaksanakan kerana maksud sebenar-benar taqwa ini ialah
sentiasa mentaati perintah Allah S.W.T dan tidak sesekali melakukan maksiat walaupun
sekelip mata.Sentiasa bersyukur dan tidak kufur.Sentiasa mengingati Allah S.W.T dan
tidak lupa padaNYa.Malangnya, seseorang yang bergelar hamba tidak mempunyai
kekuatan untuk melakukan perkara sedemikian.
Faedah daripada pemansukhan ayat ini boleh dikatakan kerana terdapat dua ukuran
ketaqwaan iaitu:
Pertama: Ukuran ketaqwaan yang layak bagi yang Disembah iaitu Allahs.w.t.
Kedua:Ukuran ketaqwaan yang bersesuaian dengan kemampuan hamba iaitu
ukuran yang berbentuk individu. Ukuran ini berbeza dari seorang
kepada seorang yang lain mengikut keadaan.
Diantara kedua ukuran ini, orang-orang yang beriman akan cuba untuk mendaki dari
ukuran keupayaan seorang hamba menuju kepada ukuran yang dimiliki oleh Allah
S.W.T. Menjadi kewajipan ke atas seorang muslim untuk memperbaiki dirinya pada
hari ini agar lebih baik dari hari sebelumnya, manakala hari esok lebih baik pada hari
ini. Umat Islam juga wajib meningkatkan ketaqwaan mereka seiring dengan
peningkatan ilmu, nikmat dan usia.
Seandainya seseorang yang beriman itu memahami perkara ini, sudah tentu akan lahir
dalam dirinya perasaaan bimbang sekiranya tidak dapat menunaikan kewajipannya
dengan sedaya upayanya. Kebimbangan itu akan sentiasa ada dalam dirinya. Kesan
daripada kebimbangannya, beliau akan sentiasa berasakan bahawa segala kerja-
kerjanya, usahanya dan kesungguhannya masih tidak cukup untuk memenuhi apa yang
menjadi tuntutan keatasnya. Sifat orang beriman ini telah dinyatakan oleh Allah S.W.Tdi
dalam firmanNya:

)
(


Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada
(kemurkaan) Tuhan mereka; dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan
mereka; dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan
Tuhan mereka; dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati
mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka; mereka
itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang
Yang mendahului pada mencapainya. dan Kami tidak memberati seseorang melainkan
apa Yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang
menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.Surah al-
Muminuun : 57-62

Rasa Takutdan Waspada
Ayat-ayat tersebut menerangkan mengenai sifat-sifat orang beriman.Antaranya ialah al-
ishfaq dan al-wajl.Al Ishfaq bererti sesuatu yang mengandungi ketakutan yang berserta
dengan kelembutan dan kelemahan.
7
Tambahan al-Razi: Sebahagian daripada ulama
mentafsirkan al-Ishfaq sebagai kesan daripada ketakutan tersebut.Kesan tersebut ialah
berterusan dalam ketaatan. Justeru ayat tersebut bermaksud: Orang-orang yang

7
To|oi oPo,i 23/106
beriman yang takutkan Allah S.W.T akan sentiasa taat kepadaNya, serta bersungguh-
sungguh dalam memohon keredaan Allah S.W.T.
Sesiapa sahaja yang ada dalam dirinya perasaan takut yang mencapai tahap al-Ishfaq
ini adalah orang yang telah memiliki ketakutan yang menyeluruh terhadap Allah S.W.T.
Orang yang beriman ini telah sampai ke had tertinggi rasa takutnya kepada kemurkaan
Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat. Beliau juga telah berada di had tertinggi dalam
menjaga dirinya daripada melakukan maksiat.
Orang-orang yang bersifat demikian, dia telah menyahut perintah Allah S.W.Tdalam
berdakwah.Orang sedemikian juga sentiasa berterus terang dalam melaksanakan
perintah dan menjauhi larangan Allah S.W.T.
Berikutnya adalah sifat orang beriman yang dinyatakan dalam ayat tersebut ialah
mereka sentiasa memberikan kepada orang lain setiap sesuatu yang diberikan oleh
Allah S.W.T kepadanya dalam keadaan hatinya gementar. Termasuklah dalam perkara
ini setiap kebenaran yang wajib disampaikan. Oleh itu, setiap seseorang yang ingin
melakukan ibadah dan kemudian dia berasa gementar dan takut terdapat kekurangan
dan kecacatan pada ibadahnya, dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk
menyempurnakan haknya.
8

Rasa takut terhadap kekurangan yang dilakukan dalam ibadah akan menyebabkan
seseorang itu berusaha sedaya upaya bagi mencapai ketaqwaan. Ini merupakan salah
satu peringkat daripada peringkat orang-orang yang benar. Allahs.w.t. telah
menjelaskan bahawa ketakutan itu hadir disebabkan mereka tahu bahawa mereka akan
kembali kepada Allah s.w.t.
Alangkah beruntungnya orang yang memiliki sifat luhur yang tinggi menjadikan mereka
terhindar daripada sifat riya dan ingin dipandang tinggi (sumah) serta mampu
mengarahkan kemahuan melakukan kerja dengan lebih baik.
Kesemua penerangan ini merupakan satu bentuk dorongan dan motivasi untuk
meningkatkan keupayaan dan kemampuan diri. Jelaslah bahawa terdapat sifat saling
melengkapi antara ukuran kemampuan manusia terhadap tanggungjawab yang
diberikan kepadanya dan juga apa yang diajarkan oleh Allah S.W.T mengenai
kemampuan manusia berdasarkan keupayaan dirinya. Seorang dai akan mencapai
tingkat ketakwaan kepadaAllah S.W.Tdalam menentukan kemampuan dirinya serta
mengukur tahap usahanya dengan betul.


8
To|oi oPo,i 23/107

Anda mungkin juga menyukai