Pelihara…dipelihara
Abu ‘Umar
Brotherhood-arts.blogspot.com
Ibn_zain@yahoo.com
Maksud Hadith ke-19
“Daripada Abdullah bin Abbas r.a. katanya: “Pada suatu hari saya
berada di belakang Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda:
“Wahai budak! Sesungguhnya saya ingin mengajarkanmu beberapa
perkataan:
“Perliharalah Allah, nescaya kamu akan mendapatiNya dihadapanmu
(bersamamu). Jika kamu meminta sesuatu, mintalah daripada Allah.
Apabila kamu meminta pertolongan, mintalah pertolongan Allah.
Ketahuilah, jika seluruh umat bersepakat untuk memberi manfaat
kepadamu, mereka sama sekali tidak akan dapat memberi manfaat
tersebut melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu.
Sekiranya mereka bersepakat untuk memudaratkan mu dengan
sesuatu, mereka tidak akan mampu mendatangkan apa-apa
mudarat ke atasmu melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah
untukmu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.”
(Hadith riwayat: at-Tirmizi, katanya hadith ini adalah hadith hasan sahih)
Peliharalah Allah…
Maksud kalimah حفيط: kelakuan yang sangat
memelihara dengan sebaik2nya
Pelihara batas, hak, perintah dan laranganNya, iaitu:
Pelihara perintah Allah dengan melaksanakannya
Pelihara larangan Allah dengan menjauhinya (larangan tersebut)
Pelihara batas Allah dengan tidak melampaui semua perintah
dan keizinan Allah dengan melakukan laranganNya
Lihat surah Qaf:32-33:
“Inilah yg dijanjikan kepadamu, kepada setiap hamba yg
sentiasa kembali kpd Allah (beribadah), lagi yg sangat
memelihara dengan sebaik2nya (segala hukum dan peraturan
Allah)…”
Peliharalah apa?
Pelihara Solat
Pelihara Sumpah
Pelihara Kepala dan Perut?
Pelihara Lidah dan kemaluan
1. Peliharalah Solat
Perintah Allah supaya wajib memelihara solat.
Al-Baqarah:238 “Peliharalah kamu semua solat fardu…”
Allah memuji hambanya yg solat ketika diakhirat kelak.
Al-Ma’arij:34 “Dan mereka yg tetap memelihara solat”
Hadith Rasulullah s.a.w. ttg pelihara solat akan dijanjikan syurga
oleh Allah s.w.t.
“Sesiapa yg memeliharanya (solat), dia telah memperolehi janji Allah
agar dia dimasukkan ke dalam Syurga” (Hadith riwayat: Ahmad, Abu
Daud, an-Nasa’ie, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, menyatakan bahawa
haadith ini sahih)
Hadith Rasulullah s.a.w. ttg jaminan keselamatan di akhirat
“Sesiapa yg menjaganya (solat), diciptakan untuknya cahaya, petunjuk
dan keselamatan pada hari kiamat” (Hadith riwayat: Abdullah bn Amru,
ad-Dailami dan Ibnu Hibban menyatakan hadirh ini sahih)