Anda di halaman 1dari 6

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UPSI YANG MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL.

BAB 1

1.1

PENGENALAN

Kanak-kanak sejak dilahirkan telah mewarisi asas-asas kecerdasan. Kecerdasan ini membolehkan mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling mereka. Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yang diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh kecerdasan dan yang kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan atau pengalaman.Berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan media yang mampu mewujudkan rangsangan yang kemudiannya akan bertindak memperkembangkan kecerdasan dan pengalaman. Guruguru disarankan agar dapat menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik terutama dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan pengajaran, kerana inilah di antara aspek yang memberi kesan terhadap prestasi para pelajar. Seiring dengan peredaran zaman, Guru haruslah memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya berjaya mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Oleh itu, guru mestilah memainkan peranan yang penting bagi merealisasikannya denganmenjalankan tanggungjawab mereka dengan mendidik pelajar-pelajar dengan sebaiknya agar menjamin pelajarnya menguasai apa yang diajar. Antaranya, penggunaan bahan bantu mengajar(BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru praktikal yang mengajar Pendidikan Moral. Walaupun guru tersebut masih bergelar pelatih tetapi mereka sudah didedahkan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang kreatif dan inovatif yang diajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pendidikan Moral merupakan pendidikan yang wajib diambil oleh pelajar bukan Islam. Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral mengandungi banyak nilai-nilai murni yang

diambil dari persamaan amalan agama seperti menghormati kedua-dua ibu bapa, menjauhi berzina dan minum arak. Setiap agama yang ada di Malaysia mengkehendaki sama sekali penganutnya mematuhi amalan tersebut. Oleh itu, BBM ini dapat membantu guru praktikal menerangkan sesuatu perkara dan konsep isi kandungan pembelajaran dengan lebih tepat berbanding penerangan secara lisan. Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan alat bantu mengajar) bagi meransang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Lantaran itu guru-guru teknikal haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan memperbanyakkan penggunaan ABM dalam pengajaran mereka. ABM adalah penting dalam pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat meransang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar. Dengan itu, guru-guru teknikal hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan semasatentang teknik mengajar dan kesannya ke atas proses pembelajaran pelajar. Guru-guru teknikal juga perlu sentiasa berusaha ke arah pengajaran yang dapat memberikan kesan positif kepada pelajarnya. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malahan dapat melahirkan pelajar yang dapat menyumbang tenaga kepada pembangunan negara. 1.2 PENYATAAN MASALAH Sebelum kajian dijalankan, penyelidik telah mengenalpasti masalah yang terjadi terlebih dahulu sebelum membuat penyelidikan yang seterusnya. Masalah yang telah dikenalpasti oleh penyelidik untuk mengkaji samaada berkesan atau tidak penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru pelatih UPSI ketika mengajar matapelajaran Pendidikan Moral.. Penyelidik sedia maklum bahawa nilai-nilai murni yang terkandung di dalam Pendidikan Moral seperti sayang kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat dapat membentuk personaliti pelajar yang nakal kepada pelajar yang bertanggungjawab dan ia sangat penting dalam pembinaan modal insan yang berakhlak mulia dan dan lebih bertamadun. Nilai-nilai

moral perlu diserapkan dalam diri seseorang sejak kecil kerana apabila mereka dewasa keperibadian yang positif dapat dipupuk dan diamalkan sepanjang hayat. Penggunaan bahan bantu Mengajar ini telah lama digunapakai dalam sistem pendidikan negara tetapi guru-guru pelatih yang mengajar Mata Pelajaran Pendidikan Moral masih liat untuk menggunapakaibahan bantu mengajar tersebut di dalam kelas kerana wujud beberapa kekangan yang akan dialami oleh guru pelatih seperti kekurangan masa, kos yang mahal, kurangnya kreativiti dan sebagainya. Ia telah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi kurang menarik di mata pelajar dan menimbulkan ketidakfahaman pelajar akan sesuatu nilai di dalam pengajaran guru. Ia akan membuatkan imej sesebuah institut pendidikan dipandang rendah pihak sekolah. Berdasarkan

permasalahan tersebut maka beberapa persoalan dapat dikenal pasti dalam kajian ini. 1.3 PERSOALAN PENYELIDIKAN masalah yang

Terdapat beberapa persoalan terhadap kajian untuk menjawab segala diutarakan adalah seperti berikut: Siapakah yang terlibat dalam penggunaan bahan bantu mengajar ?

Apakah punca yang menyebabkan gagalnya penggunaan bahan bantu mengajar di kalangan guru pelatih?

Apakah kesannya kelak ke atas sistem pendidikan di Malaysia jika strategi pengajaran ini tidak dikembangkan dan digunapakai sebaik mungkin?

Bagaimana masalah kekurangan penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru pelatih yang mengajar pendidikan moral dapat diatasi?

1.4

OBJEKTIF PENYELIDIKAN Beberapa objektif penyelidikan telah dikenalpasti adalah seperti berikut : Mengenalpasti ciri-ciri bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru pelatih yang mengajar pendidikan moral. Mengkaji faktor-faktor yang mendorong kurangnya penggunaan bahan bantu mengajar di kalangan guru pelatih yang mengajar pendidikan moral. Mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral oleh guru pelatih.

1.5 TUJUAN DAN KEGUNAAN PENYELIDIKAN Tujuan khusus kajian ini dapat membantu pihak pengurusan Institusi Pendidikan X mengenalpasti samaada guru-guru pelatih UPSI yang mengajar Pendidikan Moral ini menggunakan bahan bantu mengajar atau tidak ketika melakukan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.. Di samping dapat memberi panduan kepada pihak pengurusan universiti dalam usaha untuk membantu permasalahan ini dengan menggunakan perkembangan ilmu dalam menerapkan nilai bertanggungjawab dan amanah dalam diri guru pelatih dalam melaksanankan tugas yang diberikan oleh pihak sekolah. Tujuan umum kajian ini mencari alternatif terbaik dan mengambil tindakan sewajarnya terutama dalam memberikan kesedaran kepada guru pelatih tentang kepentingan penggunaan bahan bantu mengajar matapelajaran pendidikan moral melalui kerjasama daripada semua pihak. Dari segi perkembangan ilmu, diharap hasil kajian ini dapat memperkayakan hasil kajian berkaitan dengan isu-isu di Institut Penguruan dan melanjutkan penyelidikan yang sedia ada.

1.6 BATASAN KAJIAN Kajian ini merupakan kajian tentang keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar oelh guru pelatih yang mengajar matapelajaran Pendidikan Moral yang akan membentuk keperibadian pelajar yang nakal menjadi pelajar yang baik melalui nilai-nilai murni yang terkandung di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Moral. Kajian ini merupakan kajian kes di institusi pendidikan X untuk mendapatkan data dan maklumat bagi memenuhi matlamat serta objektif kajian maka subjek yang dipilih adalah terdiri daripada guru pelatih UPSI yang sudah selesai menjalani praktikum di sekolah. Antara maklumat yang diperlukan dalam kajian ialah seperti mengetahui faktor yang mendorong seseorang guru pelatih itu kurang menggunakan bahan bantu mengajar ketika mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Kajian juga ingin melihat pandangan atau penerimaan guru-guru pelatih yang menggunakan bahan bantu mengajar yang berbentuk bahan bercetak atau bahan tidak bercetak dari sudut pandangan mereka sendiri. Melalui kajian juga, pengkaji ingin mendapatkan pandangan daripada pelajar-pelajar tentang cara-cara untuk mengatasi masalah kekurangan keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru pelatih yang mengajar Pendidikan Moral dan hasil daripada penyelidikan ini tidak boleh digeneralilasi oleh mana-mana institusi pendidikan di tempat lain.

1.7

TEMPAT DAN MASA KAJIAN

Kajian dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan. Penyelidik telah membuat penyelidikan pada semester dua sesi 2012/2013.