Anda di halaman 1dari 12

Adat melenggang perut merupakan adat Melayu yang telah lama diamalkan oleh masyarakat Melayu dan diwarisi

secara turun-temurun. Sesetengah masyarakat Melayu mengenali adat ini sebagai adat kirim perut (Semananjung Utara Malaysia) dan adat mandi tian.

Tujuan melakukan adat melenggang perut ini adalah untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak baik atau kecelakaan daripada berlaku dan bagi membetulkan kedudukan bayi dalam perut.

Upacara ini akan dijalankan kepada wanita yang sedang hamil ketika kandungannya berusia tujuh atau lapan bulan. Seorang bidan akan dipilih bagi mengetuai serta menjalankan adat ini.

PERINGKAT MELAKSANAKAN UPACARA INI

Dimulakan dengan bacaan mantera oleh bidan dan wanita hamil akan diandam

Melakukan adat mandi sintuk dan air buyung

Wanita hamil tersebut akan dibaringkan di atas 7 lapisan kain secara melintang

Bidan mengurut perut wanita hamil dengan menggunakan minyak urut

Bidan mengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung kakinya sebanyak tujuh kali

Adat mencukur rambut atau memotong jambul adalah adat yang biasa dilihat pada amalan orang Melayu. Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Pada hari upacara adat ini dijalankan, kebiasaannya bacaan doa selamat diikuti serta kenduri yang menyajikan nasi kunyit

Kelengkapan yang harus disediakan semasa adat ini hendak dilaksanakan antaranya ialah sebuah dulang yang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit, dan bertih. Selain itu, sebiji buah kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan yang kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Setelah itu, kelapa akan dihias dengan hiasan yang menarik dan cantik.

Aqiqah yang membawa maksud penyembelihan binatang ternakan seperti lembu, kerbau, unta ataupun kambing yang dilakukan selepas kelahiran bayi (lebih afdhal dilakukan pada hari ketujuh) sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Taala. Kurban yang dilaksanakan ini dapat mendekatkan anak kepada Allah dan pelbagai faedah yang lain. Aturcara ini biasanya dilakukan pada majlis kesyukuran yang biasanya turut diselitkan dengan aktiviti menggunting rambut bayi, berzanji, selawat, bacaan Al-Quran, solat sunat syukur, bacaan Yassin dan Tahlil Kesyukuran. Perbuatan menyembelih binatang selalunya tidak dilakukan dihadapan mata bayi yang hendak diraikan tetapi dilakukan sebelum majlis berlangsung. Makanan dan minuman turut diberikan pada hadirin dan anak fakir miskin dan yatim piatu.

Sunat (berkhatan/berkhitan/bersunat). Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan merupakan suatu kewajipan bagi lelaki. Namun begitu sesetengah ulama menafsirkan berkhatan bagi lelaki adalah hanya dikategorikan sebagai Sunat Muakkat(Sunat yang amat dituntut oleh syariat Islamiah).

Tujuan berkhatan adalah untuk menjaga kesucian zahir dan batin manusia. Disamping untuk menguatkan minda dan badan dan mencantikkan paras rupa dan wajah. Para saintis moden telah menggalakkan berkhatan kepada semua umat manusia bagi membendung masalah jangkitan penyakit kelamin yang merbahaya seperti HIV dan AIDS. Bagi kanak-kanak lelaki yang berumur antara umur 8 hingga 12 tahun boleh disunatkan oleh Tok Mudim. Manakala kanakkanak lelaki dibawah umur itu serta kanak-kanak perempuan boleh disunatkan oleh doktor dan bidan yang berkebolehan.

Adat resam bertindik dahulunya dilakukan dengan mengadakan kenduri kendara di mana tukang tindik cuma perlu menebuk kedua-dua cuping telinga anak perempuan yang berumur antara lima hingga sepuluh tahun dengan menggunakan sejenis daun. Adat bertindik ini sebenarnya dilakukan untuk meraikan anak perempuan yang dianggap akan meningkat remaja bagi mendidik mereka agar pandai berhias apabila meningkat dewasa kelak.

adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau tujuh hingga Sembilan bulan. Adat ini diadakan pada hari dan masa yang baik menurut calendar India. Upaca ini juga dilakukan di rumah suami atau ibu bapa dan disertai oleh kaum wanita yang telah bersuami dan mempunyai anak yang dipanggil cumanggali. Kemudian, upacara mutuguniir-kulittal, iaitu memandikan wanita hamil akan diadakan dengan memandikan wanita tersebut di bilik mandi dengan air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan. Seterusnya lampu minyak, kuttu vilakku, akan dihidupkan bagi simbolik kepada memohon restu Tuhan.

Adat valaikaappu

dimulakan dengan upacara sembahyang. kemudian, para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua-dua belah tangan dan pipi wanita hamil, kumkum diletakkan di dahi dan gelang tangan dipakaikan. Seterusnya, upacara aalatti, iaitu upacara yang menyediakan air kunyit yang dicampurkan kapur sireh dijalankan. Dulang diangkatoleh tiga orang cumanggali dan diputar arah jam dan dilambai sebanyakl tiga kali di hadapan wanita tersebut. Salh seorang cumanggali mencelup jarinya ke dalam air aalatti dan menyapunya ke dahi wanita hamil itu. Selesai upacara Valaikaappu, wanita hamil tersebut akan tinggal di rumah ibu bapanya selama sebulan selepas bersalin.

Adat valaikaappu

Anda mungkin juga menyukai