Anda di halaman 1dari 7

Modul: Ekosistem

Keterangan Modul Pengenalan


Dalam modul ini pelajar akan diminta membantu dalam satu kajian tentang sebatang sungai di Malaysia. Dalam episod pembelajaran 1, pelajar akan mengenal pasti organisma yang telah dikumpul melalui kad padanan dan bagaimana organisma tersebut mendapatkan makanan. Mereka mengaplikasikan perkara yang telah dipelajari oleh mereka untuk membina rantai makanan dan seterusnya, siratan makanan. Pelajar akan dicabar untuk memikirkan punca tenaga dan cara tenaga mengalir dalam suatu ekosistem dan perkara yang akan berlaku kepada tenaga tersebut. Dalam episod pembelajaran 2, pelajar akan menjalankan penyiasatan untuk mengkaji keseimbangan ekosistem sungai serta kitaran karbon dan kitaran oksigen. Mereka dicabar untuk menjelaskan dapatan kajian mereka dan menerangkan kepentingan tumbuhan untuk kehidupan di Bumi ini. Dalam episod pembelajaran 3, pelajar akan menggunakan satu program modeling untuk mengetahui perhubungan mangsa-pemangsa, kesan persaingan dan penyakit terhadap suatu populasi dan seterusnya, mengaplikasikan kefahaman mereka.

Topik Ekosistem

Tingkatan Tingkatan 2

Cadangan masa yang diperlukan 10 waktu

Episod Pembelajaran

Tajuk episod Pautan kepada kurikulum: Isi kandungan

Episod 1: Sungai Tema: Manusia dan kepelbagaian benda hidup 2. Saling bersandaran antara organisma hidup dan persekitaran. 2.3 Mensintesis siratan makanan.

Pautan kepada Memerhatikan kurikulum: Kemahiran Mengelaskan Berkomunikasi Pautan kepada kurikulum: Sikap saintifik dan nilai murni Sumber pembelajaran Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling. Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam. Menghargai keseimbangan alam semula jadi. Panduan Mengajar Episod Persembahan Prezi Persembahan PowerPoint Lembaran Kerja Pelajar 1.1: Apakah yang telah kita temui? Lembaran Kerja Pelajar 1.2: Rantai makanan Lembaran Kerja Pelajar 1.3: Siratan makanan Kad Padanan: Apakah yang telah kita temui?

Tajuk episod Pautan kepada kurikulum: Isi kandungan

Episod 2: Kitaran gas Tema: Manusia dan kepelbagaian benda hidup 2. Saling bersandaran antara organisma hidup dan persekitaran. 2.1 Menganalisa saling bersandaran antara organisma hidup.

Pautan kepada Memerhatikan kurikulum: Kemahiran Mengukur dan menggunakan nombor Membuat inferens Meramalkan Mentafsir data Mendefinisi secara operasi Membuat hipotesis Mengeksperimen Berkomunikasi Pautan kepada kurikulum: Sikap saintifik dan nilai murni Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling. Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar. Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam. Menghargai keseimbangan alam semula jadi. Luwes dan berfikiran terbuka. Adil dan saksama. Berfikir secara rasional. Panduan Mengajar Episod Persembahan Prezi Persembahan PowerPoint 2.1 Mengkaji keseimbangan antara gas karbon dioksida dengan oksigen.

Sumber pembelajaran

Tajuk episod Pautan kepada kurikulum: Isi kandungan

Episod 3: Populasi Tema: Manusia dan kepelbagaian benda hidup 2. Saling bersandaran antara organisma hidup dan persekitaran. 2.2 Menilai interaksi antara organisma hidup.

Pautan kepada Membuat inferens kurikulum: Kemahiran Meramalkan Mentafsir data Berkomunikasi Pautan kepada kurikulum: Sikap saintifik dan nilai murni Sumber pembelajaran Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling. Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam. Menghargai keseimbangan alam semula jadi. Berfikiran kritis dan analitis. Panduan Mengajar Episod Persembahan Prezi Persembahan PowerPoint Interaktif

Pautan TIMSS
Domain isi kandungan Biologi: Ekosistem 1. Aliran tenaga dalam ekosistem 1.1. Mengenal pasti dan memberi contoh pengeluar, pengguna dan pengurai 1.2. Menerangkan tentang aliran tenaga dalam suatu ekosistem (tenaga dipindahkan daripada pengeluar ke pengguna dan hanya sebahagian daripada tenaga dipindahkan dari satu peringkat ke peringkat yang berikutnya). 1.3. Melakar dan mentafsir piramid tenaga atau gambar rajah siratan makanan. 2. Kitar nutrien dalam ekosistem 2.1. Menerangkan peranan organisma hidup dalam kitar oksigen dan kitar karbon dalam satu ekosistem. 3. Saling bersandaran populasi organisma dalam satu ekosistem 3.1. Menerangkan dan memberi contoh persaingan antara populasi organisma dalam satu ekosistem. 3.2. Menerangkan dan memberi contoh mangsa-pemangsa dalam satu ekosistem. 4. Faktor-faktor yang menjejaskan saiz populasi dalam satu ekosistem 4.1. Mengenal pasti faktor yang menghadkan saiz populasi seperti penyakit, pemangsa, sumber makanan dan musim kemarau. Domain kognitif Pengetahuan Pelajar akan terlibat dalam mengingat kembali, mengenal pasti, menerangkan dan memberikan contoh. Aplikasi Pelajar akan terlibat dalam membanding, mengelas, menggunakan model, mentafsir dan memberikan penerangan. Penaakulan Pelajar akan terlibat dalam mensintesis, menggubal soalan, membuat hipotesis dan ramalan, mereka bentuk penyiasatan, menilai dan membuat keputusan. .

Strategi Pentaksiran Kriteria pentaksiran berasaskan sekolah yang sesuai perlu disertakan di sini. Pembelajaran di luar sekolah Kami akan mencadangkan dua aktiviti yang berikut untuk dijalankan di rumah oleh pelajar: Minggu 1: Membuat kajian tentang satu kawasan perhutanan di Malaysia atau satu ekosistem marin. Menyenaraikan haiwan dan tumbuhan yang terdapat di situ dan cara haiwan dan tumbuhan mendapatkan mendapatkan makanan. Membina beberapa rantai makanan dan kemudian membina satu siratan makanan untuk ekosistem tersebut. Minggu 2: Mengenal pasti haiwan dan/atau tumbuhan yang terancam dalam ekosistem yang telah mereka pilih pada aktiviti di minggu 1. Menulis sepucuk surat untuk menerangkan perkara yang akan berlaku sekiranya haiwan dan/atau tumbuhan tersebut menjadi pupus dan kepentingan untuk memulihara haiwan dan/atau tumbuhan tersebut.

Pautan Laman Web Pautan berikut mungkin berguna untuk ketiga-tiga episod pembelajaran: http://www.arkive.org/species/ARK/mammals/Rattus_norvegicus/more_moving_ images2.html Klip video tentang kumpulan tikus yang makan telur burung sambil berenang. http://news.bbc.co.uk/1/hi/scotland/highlands_and_islands/5391882.stm Berita tentang pemulihan populasi burung berikutan penghapusan tikus. http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/scotland/4611364.stm Berita tentang pembasmian tikus di Canna.

Anda mungkin juga menyukai