Anda di halaman 1dari 16

MPK1053

PENTAKSIRAN BERDASARKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)


NUR MARJANA BT ZABIDI MP131198

PENGENALAN
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. (Kementerian Pelajaran Malaysia).

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 mensasarkan setiap kanak-kanak di Malaysia akan mempunyai enam atribut utama untuk memenuhi keperluan abad ke 21 iaitu Kemahiran kepimpinan, profisiensi dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti nasional dan pengetahuan.

Pentaksiran??
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Aktiviti yang dijalankan semasa P dan P Aktiviti yang dijalankan secara berterusan Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang baik.

Penggunaan Kata Tugas


Kata tugas ialah kata kerja yang berfungsi untuk mengarah dan menyatakan tugasan. Antara conth kata tugas : - Bincangkan, bandingkan, bezakan, kemukakan, nilaikan, rumuskan, dll

KENAPA KBAT ITU PENTING??


MENGHASILKAN MODAL INSAN YANG CERDAS, KREATIF DAN INOVATIF BAGI MEMENUHI CABARAN DI ABAD 21 AGAR NEGARA MAMPU BERSAING DI PERSADA DUNIA.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

IF WE WANT STUDENTS TO DEVELOP CAPASITY TO THINK, REASON AND PROBLEM SOLVE THEN WE NEED TO START WITH HIGH LEVEL , COGNITIVELY COMPLEX TASKS
STEIN & LANE 1996

Ciri-ciri item KBAT


a) Menggunakan stimulus secara ekstensif untuk menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritikal. - Memberi maklumat secukupnya kepada murid untuk menjana idea. b) Menguji pelbagai tahap/aras pemikiran kognitif - Mengundang pelbagai bentuk respons c) Berdasarkan konteks baharu bentuk lazim - Menggunakan situasi di luar bilik darjah - Galak murid berfikir lebih mendalam dan bukan sekadar mengingat semula apa yang telah dipelajari dalam kelas.

d) Berdasarkan situasi sebenar dalam kehidupan seharian - Mendorong murid menggunakan hasil pembelajaran dari pelbagai disiplin ilmu untuk menyelesaikan masalah kehidupan seharian. e) Menggunakan item tidak berulang - Item berbeza - Menggunakan bahan yang melangkaui bahan buku teks, buku kerja dll.

Contoh petikan
Ali dan Ahmad nampak seorang tua sedang berdiri di tepi jalan. Orang tua itu hendak melintas jalan tetapi tidak berbuat demikian kerana rasa takut dan kereta terlalu banyak. Ahmad terus melintas jalan sendirian. Ali membantu orang tua itu melintas jalan.

Ali and Ahmad saw an old man standing on the side of the road. The old man wants to cross the street, but he did not do so because of fear and too many cars. Ahmad continued to cross the street alone. Ali helped the old man crossing the street

Antara contoh soalan yang biasa ditanya oleh guru :


Siapa yang nampak orang tua di tepi jalan? Apakah yang hendak dibuat oleh orang tua itu? Siapakah dibantu oleh Ali untuk melintas jalan?

Antara contoh soalan yang mempunyai ciriciri KBAT :


Mengapakah orang tua itu tidak melintas jalan? Apakah akan terjadi sekiranya Ali tidak membantu orang tua itu? Apakah pendapat anda tentang tindakan Ahmad dan Ali? Bandingkan watak Ahmad dengan watak Ali. Bagaimanakah orang tua itu boleh melintas jalan sekiranya tiada Ali?

Usaha untuk menyediakan modal insan kreatif dan inovatif harus ditujukan kepada semua murid walaupun terdapat perbezaan tahap kekreatifan dan keinovatifan diantara insan (Khodori, 2012).

Rumusan
Soalan yang berbentuk kemahiran berfikir yang tinggi dapat menjadikan seorang pelajar itu berfikir dengan lebih terbuka dan tidak terkongkong dengan jawapan satu hala. Guru juga perlu membentuk soalan untuk semua tahap murid, tidak kira tahap kreatif dan kritis murid tersebut. Pemikiran yang kreatif dan kritis mampu untuk membantu pelajar untuk menghadapi dunia luar.