Anda di halaman 1dari 23

OUM HBEF1403

FAKULTI PENDIDIKAN

SEMESTER 2/ 2012

HBEF1403SDP
SENI DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI

640101088853001

NO. KAD PENGNEALAN

640101088853

NO. TELEFON

0175841695

PENSYARAH

EN.MOHAMAD ALI B ZAKARIA

PUSAT PEMBELAJARAN

Kandungan

OUM IPOH

Muka Surat
1

OUM HBEF1403

Sekapur Sireh

Pengenalan

1.0

Pelan bangunan Sekolah

2.0

Contoh pelan Bilik Seni

3.0

Huraian pelan Bilik Seni

4.0

Iklim Bilik Pendidikan Seni Visual Dari Aspek Fizikal, Emosi Dan Sosial

5.0

Empat komponen seni dapat dilaksanakan dalam bilik seni yang dicadangkan

11
13

15
6.0

Kesimpulan.

19

Bibliografi
Lampiran

Sekapur Sireh
2

OUM HBEF1403

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah,
syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia inayahnyanya saya berjaya
menyempurnakan tugasan ini dengan lancar dan berjaya.

Ucapan jutaan terima kasih saya tujukan kepada pensyarah Seni Dalam Pendidikan
iaitu En. Mohammad Ali bin Zakaria yang begitu bersungguh-sungguh dalam memberi
bimbingan dan nasihat yang tidak ternilai sehingga saya dapat menyempurnakan
keseluruhannya.Harapan saya agar tugasan yang disiapkan ini dapat difahami dengan jelas
serta memenuhi kehendak soalan.

Jika terdapat sebarang kesilapan yang timbul harap mohon maaf.Teguran yang
membina amatlah dialu-alukan bagi tujuan menambahbaik tugasan yang diberikan.Selain itu,
setinggi-tinggi penghargaan juga saya kalungkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang
telah memberi sokongan moral dan memberi idea kepada saya sepanjang menjalankan
tugasan ini.

Akhir sekali penghargaan khas saya tujukan kepada isteri dan ahli keluarga saya yang
memberi sokongan padu dan sentiasa memahami keadaan saya semasa membuat tugasan ini.

Terima Kasih.

Pengenalan

OUM HBEF1403

Dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual dan juga matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan guru memainkan peranan yang amat penting dalam pengurusan terutamanya
dalam menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi impak yang maksimum
kepada murid. Ini kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual di sesebuah sekolah terletak
kepada guru dan tempat operasinya iaitu Bilik Seni ataupun Studio Pendidikan Seni Visual.

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual dilaksanakan dalam bentuk teori dan
praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepada kebijaksanaan seseorang

guru untuk

mengendalikannya asalkan ianya meliputi tiga domain iaitu, pengetahuan, kemahiran dan
nilai.Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah kegiatan kreatif
yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat dan diimaginasi bagi
menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi. Dengan ini fahaman nyata dan
abstrak dapat diselaraskan manakala pemupukan minat terhadap matapelajaran Pendidikan
Seni Visual dapat dikembangkan.

Melalui bidang Sejarah dan Apresiasi , Seni Visual memberi tumpuan kepada pengalaman
seni dalam kehidupan harian dan dalam budaya kebangsaan. Perbandingan dengan seni dan
budaya luar juga digalakkan bagi memperlihatkan keseimbangan pendedahan dalam bidang
seni visual termasuk kraf kebangsaan demi mengenali seni visual dalam evolusi
budaya kebangsaan.oleh itu dapat dikaitkan bahawa Bilik Penddikan Seni memainkan
peranan yang penting dan perlu dilaksanakan di sekolah.

Saya telah memilih sebuah sekolah iaitu sekolah Kebangsaan Sena sebagai kajian bilik
pendidikan seni visual. memandangkan sekolah tersebut menerima banyak anugerah daripada
pihak jabatan dan kementerian .Lebih-lebih sekolah tersebut menjadi pilihan ibu bapa untuk
mengahantar anak mereka belajar di sekolah tersebut.

setelah saya meneliti dan mengkaji saya dapat berbagai kriteria yang terdapat pada sekolah
tersebut yang menjadikannya baik dan mendapat tempat di hati ibubapa.Ini adalah kerana
pelbagai maklumat pendidikan seni boleh didapati di dalam bilik kebitaraan pendidikan seni
4

OUM HBEF1403

visual tersebut.Berbagai hasil karya seni visual boleh didapati di bilik kebitaraan pendidikan
seni.Maklumat dan peralatan kesenian yang ditempatkan di bilik kebitaraan pendidikan seni
visual membolehkan pelajar mengaplikasikan aspek kesenian dalam kehidupan seharian.Dari
segi susun atur , penyusunan peralatan kebitaraan pendidikan seni visual memudahkan akses
maklumat disampaikan kepada pelajar dengan jelas dan berkesan.

Di samping kedudukan sekolah yang di kelilingi dengan pokok yang kehijauan di mana
ianya menjadi penarik dan menambah keceriaan kepada sekolah tersebut

saya mendapati

kelebihan sekolah tersebut ialah bilik Pendidikan Seni yang mempunyai aspek aspek
fizikal, emosi dan sosial yang sesuai dan dapat mengembangkan daya pemikiran seni yang
kritis di dalam diri murid sekolah tersebut.

1.0

Pelan bangunan sekolah yang mempunyai bilik pendidikan seni


5

OUM HBEF1403

OUM HBEF1403

2.0

Contoh pelan bilik seni

OUM HBEF1403

Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni memainkan peranan penting dalam
aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni
yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai. Suasana dalam bilik seni ini
sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan
guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar,
Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut

unsur seni

menggambar / melukis

Warna

lukisan alam semulajadi

seni huruf dan hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai juga dipamerkan
dalam bilik seni.

Guru-guru pendidikan seni , terutamanya guru panatia /guru kanan juga perlu mewujudkan
bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya mempunyai fasiliti yang lengkap,
menarik dan menekankan aspek-aspek keselamatan di mana ianya menepati aspek fizikal
sesebuah bilik seni..

OUM HBEF1403

Di dalam mengurus sesebuah bilik seni, aspek-aspek yang perlu di beri perhatian oleh guru
yang sewajarnya adalah seperti berikut :
1. Trapuitik bermaksud alat pengajaran dan pembelajaran bilik /studio yang
menarik .Apabila memasuki bilik seni , ciri kebersihan, keindahan, mesra pengguna
dan keselesaan perlu ada dalam bilik tersebut. Bilik/studio seni perlu menampilkan
suasana yang menyeronokkan apabila kita masuk membawa murid ke dalamnya.
2. Perabot yang sesuai - perabot yang terdapat di dalamnya perlu sesuai dengan
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Antara ciri-cirinya ialah
terdapat bahagian pengajaran dan pembelajaran teori, bengkel kasar dan bengkel
halus.
3. Bahan

pengajaran

dan

pembelajaran-

teredapat

bahan

pengajaran

dan

pembelajaran yang sesuai di letakkan ditempat-tempat yang sesuai, seperti carta,


buku-buku dan lain - lain,
4. Alat Pengajaran dan Pembelajaran- seperti LCD projektor, Komputer, Printer dan
lain-lain
5. Peralatan PSV - Alat-alat yang digunakan untuk Penghasilan Produk.Sebagai
contohnya mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar, klin, gergaji
elektrik dan sebagainya.
6.

Bahagian Pameran - bahagian pameran terbahagi kepada dua iaitu yang kekal dan
satu lagi hasil semasa iaitu hasil dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua bidang
perlu ada sudut pameran.Bidang tersebut aadalah Bidang Seni Halus, komunikasi
Visual, Kraf dan reka bentuk

7. Singki Air - Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses Pengajaran
dan Pembelajaran
8. Stor - Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan
Pengajaran dan Pembelajaran.
9. Arahan keselamatan perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa berhati-hati semasa
menggunakan peralatan dan bahan PSV.

OUM HBEF1403

10. Papan Maklumat - iaitu papan kenyataan yang berisi maklumat notis semasa, jadual
pengagihan tugas dan jadual waktu penggunaan bilik seni.
11. Sebaiknya di bilik / studio PSV juga terletaknya pejabat seni kerana memudahkan
pengurusan PSV samada dari segi pengurusan Fail dan pengurusan Pengajaran dan
Pembelajaran

Seiring dengan era globalisasi, pendidikan seni juga turut berubah kearah kesenian yang lebih
kontemporari. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum melalui peredaran masa dan
zaman, telah berlaku banyak perubahan di sekeliling kita tanpa kita sedari. Murid-murid
semakin kreatif dalam menterjemahkan idea secara lisan tulisan mahupun melalui seni
khususnya melalui subjek Pendidikan Seni dan Visual. Justeru itu perlu ada satu arena yang
kondusif dan sesuai serta lengkap prasarana juga infrastruktur supaya bakat-bakat seni dapat
digilap.

Untuk itu saya telah mencadangkan satu pelan lantai yang futuristik, dengan harapan dapat
diterima pakai oleh pelajar seni untuk berkarya dan meluahkan hasil-hasil karya mereka
apabila berada di ruang pendidikan seni visual futuristik ini. Konsep bilik seni yang saya
bawakan adalah lebih kontemporari dengan mengekalkan keperluan asas di dalam bilik seni.
Terdapat beberapa ruang utama didalam bilik seperti ruang utama Pengajaran dan
Pembelajaran, ruang cetakan , ruang tembikar, ruang tekstil, ruang pejabat seni, ruang akses
ict, stor dan sebagainya.

Semuanya ini bertujuan untuk memberi keselesaan yang optimum kepada pengkaryapengkarya yang menggunakan ruang futuristik yang saya ciptakan ini. Tidak dapat dinafikan
bahawa setiap kejayaan yang dicapai itu memerlukan sokongan dari perkara-perkara yang
lain iaitu ruang pembelajaran yang dapat mencetuskan idea-idea hebat melalui penggunaan
ruang

atau

prasarana

yang

kontemporari.

10

OUM HBEF1403

3.0

Huraian Pelan Bilik Seni

A. Ruang Cetakan
Ruang cetakan penting agar pelajar dapat mencetak hasil-hasil seni mereka. Pelbagai alat
cetakan yang menggunakan teknologi canggih mahupun yang bersifat konvensional
disediakan di ruangan ini. Pelajar boleh mempelajari teknik cetak konvensional seperti 1)
Cetak tinggi (relief print), wood cutprint, wood engraving print, lino cut print, 2) Cetak dalam
(Intaglio) dry print, etsa, mizotint, sugartint 3) Sablon (Silk screen). Teknik cetak dengan
teknologi moden adalah seperti offset dan digital print. Dengan ini ruangan cetakan banyak
membantu pelajar menghasilkan karya-karya seni hasil gabungan teknologi moden dan
konvensional.

B. Ruang Akses Ict


Ruang ini digunakan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki oleh pelajarpelajar khususnya maklumat yang berkaitan dengan pendidikan seni dan visual. Ruang ini
boleh memuatkan antara 10 hingga 15 orang pada satu-satu masa. Ruang ini juga dilengkapi
dengan pendingin hawa untuk keselesaan yang optimum. Pendingin hawa ini juga telah
dilaraskan secara automatik mengikut keselesaan pelajar-pelajar yang berada di dalam bilik
tersebut. Untuk menjaga kebersihan bilik ini, rak kasut disediakan dan pelajar-pelajar boleh
meletakkan kasut pada arak kasut yang telah disediakan. Seperti yang telah dinyatakan tadi,
bilik ini adalah berkonsepkan futuristik maka rak kasut yang terdapat di sini juga dapat
dikawal hanya dengan menekan butang yang disediakan dan rak kasut tadi akan masuk ke
dalam satu ruangan yang tidak dapat dilihat lagi.

Komputer-komputer yang digunakan juga berkonsepkan futuristik dan tidak dapat dilihat
kecuali dengan menekan butang untuk mengeluarkan skrin komputer dan seterusnya dapat
digunakan. Begitulah juga sewaktu komputer itu akan dimatikan, komputer ini akan masuk
semula ke dalam ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Ini bertujuan untuk menjimatkan
ruang dan melindungi jangka hayat komputer supaya dapat bertahan lebih lama lagi.
C. Stor
11

OUM HBEF1403

Stor berada bersebelahan dengan ruang pejabat seni. Stor ini digunakan untuk menyimpan
pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses membuat aktiviti yang
diperlukan. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali. Ini kerana di dalam bilik
seni ini guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan serta bahan-bahan keperluan dalam
kuantiti yang banyak. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis alatan serta bahan untuk
kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz, cat dalam pelbagai warna dan
jenis seperti cat minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting, pisau dan sebagainya. Oleh itu alat
dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan ditempat yang selamat. Selain itu, stor juga
boleh digunakan untuk menyimpan alat atau bahan seperti buku-buku, folio-folio dan hasil
kerja pelajar di atas rak kayu yang dibina di dalam stor. Stor ini juga dilengkapi dengan
peralatan yang serba canggih untuk memudahkan semua aktiviti yang berlaku di dalam stor
ini.

Untuk menjaga kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas, jadual tugasan disediakan supaya
setiap kali stor ini digunakan kekemasan stor akan sentiasa terpelihara. Stor yang tidak dijaga
dengan rapi akan menyebabkan penggunaannya terganggu kerana sudah pasti ada habuk,
kotoran dan yang seumpamanya. Walau bagaimanapun oleh kerana peralatan yang digunakan
adalah canggih, maka habuk dan kekotoran hampir tidak berlaku di bilik ini kerana ada alat
pengesan yang dapat mengesan sebarang kekotoran dan perkara ini dapat diatasi dengan
begitu mudah.

D. Ruang Pejabat Seni

12

OUM HBEF1403

Ruang pejabat seni juga penting untuk melaksanakan aktiviti pengkeranian. Ianya juga
berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan penerimaan, merekod, penyelenggaraan,
pengendalian dan pengeluaran stok. Di ruang pejabat ini juga digunakan sebagai tempat
menerima, mengesah dan memperakukan barang yang diterima daripada pembekal.

E. Bilik Air/Tandas
Keperluan asas didalam bilik seni juga dititikberatkan. Bilik air dan tandas yang selesa
disediakan untuk sesiapa sahaja yang menggunakan bilik seni. Semua tandas di sini juga
berkonsepkan futuristik dan mesra pengguna. Revolusi reka bentuk kepala paip menunjukkan
satu inovasi baru diadaptasikan di sini. Kepala paip diaplikasikan dengan teknologi sensor,
pengguna cuma perlu menghulurkan tangan untuk mengeluarkan air. Kepala paip ini sungguh
berkesan untuk mengurangkan pembaziran air ketika tidak digunakan dan juga memudahkan
pengguna kerana tidak perlu memusing kepala paip sekiranya tangan licin atau berminyak.
Bilik air dan tandas ini juga dilengkapi dengan exhaustfan untuk menyedut udara panas.

4.0

Iklim Bilik Pendidikan Seni Visual Dari Aspek Fizikal, Emosi Dan Sosial

Iklim bilik darjah dalam konteks Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual sama
ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal dan
suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran.
(a) Aspek fizikal
Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah atau bilik
seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan
dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan
diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara berikut:

Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan.

13

OUM HBEF1403

Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta,
gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti Pengajaran
dan pembelajaran
Saiz

studio

yang

mempunyai

ruang

yang

cukup

untuk

bergerak

dapat

memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan


permainan.

(b) Aspek Sosial

Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan
murid, khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi dalam pembelajarannya
akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui sosiometri dalam
penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan disinilah proses Pengajaran dan
Pembelajaran akan berlaku. Aspek emosi ini akan dapat:

menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru

berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti


dan inovatif

mewujudkan suasana interaksi sesama murid;

(c) Aspek emosi

Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi
ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan
gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya
itimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu
serta menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan
tidak memilih kasih. Kita boleh mewujudkan suasana rapport dan disenangi oleh murid
dengan:
14

OUM HBEF1403

memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria


memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir
membentuk suasana yang meransang kreativiti

5.0

Empat komponen seni dapat dilaksanakan dalam bilik seni yang dicadangkan

Empat komponen seni


Pendidikan Seni Visual diharap dapat melahirkan ekspresi dan kreativiti pelajar yang dimana
ianya diterjemahkan dalam bentuk disiplin seni yang boleh diterjemahkan dalam kehidupan
seharian Tumpuan diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran empat
bidang kegiatan PSV KBSR iaitu: Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk
dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional
Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah
bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan
mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan
menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan
pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat
kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang
merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari
Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa
pengetahuan dan kemahiran dengan lebih lagi sudut pendidikan seni yang terdapat di dalam
bilik ataupun studio pendidikan seni visual yang di ujudkan di sekolah.Ianya dapat di
terapkan melalui beberapa sudut yang diadakan dalam bilik pendidikan seni visual.

i.

Sudut kerja

ii.

Sudut pameran

iii.

Sudut simpanan alatan

Dengan adanya sudut kerja sewaktu melakukan aktiviti empat komponen tersebut dalam bilik
seni

dapat diberi pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian


15

OUM HBEF1403

keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Secara tidak
langsung memberikan pengalaman langsung kepada murid. Selain memperkembangkan deria
penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain iaitu mata dimana ianya melibatkan kajian
pemerhatian.Ia membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas
seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Selain diberi
pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah di dalam bilik seni , murid juga
dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan
kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai
patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.
.
Bidang kegiatan juga menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari
segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut pelajar
dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model.
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan
penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan yang diajar oleh guru sewaktu
pembelajaran yang dijalankan dalam bilik seni.. Ini memberi peluang kepada murid
berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan
seni di sudut yang disediakan.
Semasa menggambar umpamanya, pelajar dapat mengalami pengalaman langsung dengan
derianya mengenai subjek atau hal benda yang digambarkan. Ini membantunya dalam
memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain atau
dengan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran.Kegiatan menggambar dapat
memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti
warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang
dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja
diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara
seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita yang dijalankan dalam sesi pengajaran
dalam bilik seni.
Dalam bilik seni Kegiatan membuat corak dan rekaan

yang dijalankan memberi

peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan
mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga
16

OUM HBEF1403

dipadankan kepada mana- mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan
sebagainya
Bidang kegiatan membentuk dan membuat membuat binaan tiga dimensi merangkumi
aktiviti seperti: Arca timbul, Asemblaj ,Mobail, Stabail, Model, Diorama, Boneka, Topeng
dan Origami. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid
membuat rujukan kepada objek sebenar yang terdapat dalam bilik seni yang di pamerkan
ataupun dijadikan contoh.. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan
kreativiti mempunyai fungsi dan makna.
Mengenal Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai kerja seni yang melibatkan
kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turuntemurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti: Alat
domestic, Alat permainan, Alat pertahanan diri, Perhiasan diri (ornamen) , Batik, Tekat,
Ukiran, Tenunan, Anyaman dan Tembikar. Dengan memperkenalkan alatan-alatan tertentu,
ianya dapat mencambahkan imaginasi kanak-kanak. Kit pembinaan tradisional

yang

disediakan oleh bilik seni seperti blok-blok berwarna mendorong daya reka cipta kanakkanak untuk membina rumah atau istana serta mempelajari struktur objek di sekeliling
mereka.
Selain daripada adanya sudut alatan, dengan adanya komputer dengan teknologi terkini,
pelajar boleh didedahkan kepada penggunaan perisian-perisian tertentu yang dapat membantu
mereka mencipta imej-imej di komputer yang bukan sahaja boleh diwarnakan dengan
pelbagai warna yang menarik, malah mampu bergerak dan bersuara. Apa jua bentuk
rangsangan yang diperkenalkan mampu meningkatkan daya fikir mereka kerana kanak-kanak
perlu memahami terlebih dahulu bagaimana objek di sekeliling mereka berfungsi supaya
imitasi dapat dilakukan.

Kesimpulan
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan
dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh
17

OUM HBEF1403

perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi,
imaginasi dan konsepsi murid. Dengan adanya bilik seni ataupun studio seni di sekolah
adalah diharapkan guru dan pelajar dapat mengamalkan pertimbangan seni visual,
meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan
kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.
Lebih-lebih lagi dengan empat bidang pendidikan seni merangkumi menggambar, membuat
rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional, murid dilatih untuk
melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun
aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan
warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan
nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang
tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi
bersama

3126 jumlah perkataan

Lampiran gambar ruang dalam bilik seni si sekolah

18

OUM HBEF1403

Kedudukan meja pelajar dan bilik pengurusan

Sudut pameran

19

OUM HBEF1403

Hasil karya kraftangan dan rekaan dan corak.

Sudut hasil karya melukis dan


menggambar

Stor peralatan alat seni

Kedudukan

meja

kerja

pelajar

20

OUM HBEF1403

Papan maklumat

Folio dan peralatan seni serta alat keselamatan

21

OUM HBEF1403

Hasil karya kraftangan / teknik mobil

Bibliografi

22

OUM HBEF1403

Jemaah Nazir Sekolah.(2003). Pengurusan Pendidikan Seni Visual sekolah


menengah dan

rendah. KL:Kementerian Pendidikan Malaysia

Jemaah Nazir Sekolah. (2003). Standard kualiti pendidikan Malaysia. sekolah:


Instrumen pemastian standard. KL:Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard kualiti pendidikan Malaysia. Sekolah:
Pernyataan standard. KL:Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Buku panduan khas Pendidikan Seni
, KBSR. K.L.: DBP.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni
Visual, KBSR. K.L.: DBP.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Modul pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Modul pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP
Zulkifli Yaakob & Mohd Jamel Ismail (2011).Modul pengajaran Seni Dalam pendidikan,
Kuala Lumpur:OUM.

23