Aku masih lagi gagal menghafal sifir tujuh dan sifir lapan sepertimana rakan-rakanku yang lain. Cikgu Rahman memandangku dengan muka yang merah padam tanda marah. Tiba-tiba , Cikgu Rahman menyuruh aku menadah tangan. Cikgu Rahman merotan tapak tanganku sebanyak dua kali. Merah mukaku menahan kesakitan . Jika aku masih gagal menghafalnya, aku akan dirotan lagi. Pada hari itu, sebaik sahaja pulang dari sekolah, aku terus masuk ke bilikku sambil menangis. Ibu yang melihat aku menangis terus mendekati dan bertanya mengapa aku menangis. Aku menceritakan kepada ibu tentang peristiwa yang berlaku di sekolah tadi. Selain itu , aku menunjukkan kesan tapak tanganku yang masih berbekas merah akibat dirotan. Pada petang itu, ibu membantu aku menghafal kedua-dua sifir tersebut. Aku menghafal dengan bersungguh sungguh. Akhirnya aku berjaya. Dua hari kemudian, sekali lagi aku dipanggil oleh Cikgu Rahman ke hadapan kelas untuk menghafal sifir tujuh dan lapan. Aku telah berjaya menghafal dengan lancar. Cikgu Rahman memuji dan menghadiahkan aku RM5.00. Hari itu adalah yang paling menggembirakan aku. Walaupun peristiwa itu telah lama berlaku, namun masih segar dalam ingatanku sehingga ke hari ini. Kini , aku merupakan murid yang pintar dalam mata pelajaran Matematik dan sentiasa dipuji oleh Cikgu Rahman. Inilah peristiwa yang tidak dapat aku lupakan .