Anda di halaman 1dari 8

Maklumat Inovasi 1

Penggunaan Powerpoint Interaktif


Sepanjang saya menjalani praktikum 3 di sebuah sekolah di daerah Muar, saya telah
berusaha pelbagai cara untuk memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya berjalan
lancar. Selain itu juga, saya perlulah memastikan objektif pembelajaran yang digariskan dapat
dilaksanakan dan dicapai dengan baik.
Dalam pemerhatian yang saya jalankan, dalam satu-satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, seorang guru perlulah mempelbagaikan cara pengajaran supaya murid-murid
sentiasa berasa seronok untuk meneruskan pembelajaran. Oleh yang demikian, saya telah
menggunakan Powerpoint Interaktif semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Berikut merupakan bahan inovasi yang dapat saya sediakan :

Rajah 1 Set Induksi - video animasi terkenal (BoboiBoy) dapat menarik minat murid untuk belajar.
@a


Rajah 2 Pilhan Soalan Kuiz
Dalam sesi kuiz ini, murid-murid akan diundi nama untuk menjawab soalan. Murid yang
namanya dipetik akan datang kehadapan kelas dan memilih nombor soalan yang mereka
mahu. Sekiranya mereka klik pada nombor 2, maka slaid akan memaparkan soalan 2. Contoh :
@a


2
@Y@%a@fm@C@oa@ba@a7u 40 @ @@ai
xb@b@a@7@bi@o@@ @N @fni
_b@bma
b fni

Klik pada nombor 2. Slaid yang memaparkan soalan nombor 2.

Sekiranya murid berjaya atau tidak dapat menjawab soalan, maka slaid akan memaparkan slaid
berikut :

b om@o@au@L @N @bi A

Murid yang memilih jawapan yang betul. Murid yang memilih jawapan yang salah.
Refleksi penggunakan Bahan Inovasi (Powerpoint Interaktif)
Alhamdulillah, dengan menggunakan bahan ini, murid-murid kelihatan semakin
bermotivasi untuk belajar. Selain itu juga, mereka berasa teruja kerana dapat menggunakan
komputer riba untuk menjawab soalan. Hal ini bersesuaian dengan Elemen Merentas Kurikulum
(EMK) bagi bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Walau bagaimanapun, masih
terdapat sedikit kelemahan yang perlu ditambah baik dalam bahan ini. Antaranya ialah, bentuk
soalan yang agak mudah dan kurang mencabar untuk murid-murid. Soalan yang baik ialah
soalan yang dapat merangsang pemikiran aras tinggi murid-murid sesuai dengan hala tuju
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

..
(Nurul Atiqah Binti Ishak)

Maklumat Inovasi 2
Penggunaan Powerpoint Interaktif
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebelum ini, saya telah menggunakan
pendekatan menggunakan powerpoint interaktif. Walau bagaimanapun, masih terdapat
beberapa perkara yang perlu ditambah baik. Oleh yang demikian saya telah berusaha untuk
menambah baik powerpoint interaktif yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang lalu. Perkara yang paling utama ialah pembinaan soalan. Dalam bahan
yang lepas, murid-murid diberi hanya 2 pilihan sahaja dan soalan yang dikemukakan kurang
mencabar.
Bagi bahan kedua ini, murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk
menjawab soalan-soalan yang diutarakan. Dalam aktiviti ini juga, murid akan bersaing dengan
kumpulan-kumpulan yang lain untuk memperoleh markah tertinggi dan mendapat ganjaran
hadiah daripada guru. Contoh slaid soalan-soalan adalah seperti berikut :
.1 @mai@aa NNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN
.A nOa@@,aa@oi@@ "@=/@bu-
.B @ 'La@v|@@%b|@n'@-@ "@=/@bu-
,aa@v
.C @,aa@v|@@b@n'@-@ "@=/@bu-
'La@v
.D @v @,aa@v|@@%b|@n'@-@ "@=/@bu-
'La N

Selepas guru memaparkan dan membacakan soalan murid-murid akan berbincang
dengan ahli kumpulan untuk memilih jawapan yang betul. Ketua kumpulan akan menulis
jawapan pada kertas jawapan.

Rajah 3 Kad Manila yang boleh dipadam (kertas jawapan murid)
Guru akan mengarahkan murid mengangkat kertas jawapan dan guru akan menunjukkan
jawapan yang betul. Jawapan yang betul akan bertukar ke warna merah selepas sekali klik
pada slaid. Contoh :
.1 @mai@aa NNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN
.A nOa@@,aa@oi@@ "@=/@bu-
.B @ 'La@v|@@%b|@n'@-@ "@=/@bu-
,aa@v
.C @,aa@v|@@b@n'@-@ "@=/@bu-
'La@v
.D @v @,aa@v|@@%b|@n'@-@ "@=/@bu-
'La N


Kumpulan yang berjaya memperoleh jawapan yang betul akan mendapat 1 markah.
Di akhir aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru akan mengira markah setiap kumpulan dan
memberikan ganjaran kepada kumpulan yang memperoleh markah tertinggi.

Refleksi penggunakan Bahan Inovasi (Powerpoint Interaktif)
Alhamdulillah, setelah menggunakan bahan bantu mengajar ini murid-murid dilihat bersemangat
untuk menyertai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang. Selain itu juga,
saya turut menerapkan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) iaitu bagi bidang Keusahawanan
yang mana menekankan murid-murid untuk bersaing secara sihat. Selain itu juga, murid turut
belajar untuk menerima kesalahan dan belajar daripada kesilapan tersebut. Soalan yang
disediakan juga menggariskan soalan-soalan yang memerlukan murid berfikir aras tinggi sejajar
dengan matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

..
(Nurul Atiqah Binti Ishak)
Maklumat Inovasi 3
Meningkatkan Kemahiran Murid Mengeja Perkataan Jawi dengan Menggunakan Kad
Cantum.
Saya telah menjalankan pemerhatian terhadap kemahiran murid mengeja perkataan-
perkataan jawi sepanjang mengajar bidang Jawi untuk kelas Tahun 4 Hasan. Hasil
pemerhatian saya, saya mendapati :
Murid mudah memahami isi pelajaran, walau bagaimanapun lemah dalam ejaan.
Murid kerap kali bertanya kepada rakan-rakan dan guru cara untuk mengeja sesuatu
perkataan.
Murid dapat mengeja perkataan-perkataan jawi yang pendek (2 suku kata).
Psikologi murid yang agak terganggu apabila perlu mengeja perkataan-perkataan yang
panjang kerana mereka merasakan perkataan yang panjang susah untuk dieja.
Setelah menjalankan pemerhatian serta menganalisis masalah-masalah yang dihadapi oleh
murid, saya bercadang untuk membantu murid-murid mengeja perkataan-perkataan jawi
dengan menggunakan kad cantum. Cubaan pertama saya, saya hanya menggunakan kad-kad
imbasan biasa. Saya telah cuba menggunakan kad-kad imbasan ini, namun, hasil yang didapati
kurang memberangsangkan. Oleh yang demikian, saya telah menyediakan kad-kad imbasan
berbentuk puzzle supaya bahan tersebut make sense kepada murid kerana kaedah ini turut
memerlukan kreativiti murid untuk menyusun puzzle menjadi satu perkataan.

Rajah 4 Kad-kad imbasan berbentuk "puzzle".
Murid-murid akan menyusun kad-kad imbasan berbentuk puzzle ini mengikut
kesesuaian bentuknya untuk membina satu perkataan. Melalui aktiviti ini murid akan dapat
melihat bahawa perkataan yang panjang juga mudah untuk dieja sekiranya kita memisahkan
satu demi satu suku kata yang terdapat dalam perkataan tersebut. Melalui aktiviti ini, kemahiran
murid dalam mengeja perkataan-perkataan jawi bertambah baik.





Contoh perkataan yang dibina daripada kad puzzle.





Refleksi penggunaan Bahan Inovasi (Puzzle)
Alhamdulillah, setelah menggunakan bahan bantu mengajar ini murid-murid dilihat
bersemangat dan lebih bermotivasi untuk menyertai dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang. Perkara ini merupakan suatu perkembangan yang positif kerana
sebelum saya menjalankan aktiviti menyambung puzzle ini murid-murid yang lemah ini
seringkali mengadu bahawa mereka tidak dapat menjalankan tugasan yang diberikan kerana
tidak mahir mengeja perkataan jawi. Hal ini menjadi suatu kepentingan kepada murid kerana
pelajaran jawi tahun 4 sememangnya menggariskan standard pembelajaran yang memerlukan
murid-murid menulis pebagai jenis teks mengikut tema.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

..
(Nurul Atiqah Binti Ishak)














Maklumat Inovasi 4
Program Hafazan Surah-surah Lazim
Sepanjang praktikum 3, saya turut mengajar dan diselia untuk bidang Al-Quran. Bagi
bidang Al-Quran tahun 4, murid-murid perlu menghafaz surah Al-Qariah, Al-Adiyat dan Al-
Zalzalah. Pada mulanya, murid-murid mengambil sambil lewa sahaja perkara berkaitan hafazan
ini. Saya turut berbincang dengan guru pembimbing cara mengatasi masalah ini. Hasil
perbincangan, saya telah menyediakan sebuah jadual Hafazan yang akan ditampal di kelas
murid-murid. Murid yang telah menghafaz surah-surah tertentu akan dapat melihat
perkembangan hafazan pada jadual tersebut.
Jadual Hafazan di papan kenyataan kelas :

Rajah 5 Jadual Hafazan
Refleksi Penggunaan Bahan Inovasi
Selepas saya menyediakan jadual hafazan ini, saya dapat melihat bahawa murid-murid
semakin bersemangat untuk menghafaz surah-surah lazim yang telah ditetapkan. Hal ini adalah
kerana, mereka dapat melihat perkembangan hafazan rakan-rakan mereka. Bahan ini juga
dapat menimbulkan rasa bersaing antara murid-murid. Murid-murid berlumba-lumba menghafaz
dan tasmi bacaan dengan guru. Perkara ini sesuai dengan bidang keusahawanan dalam
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang digariskan dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR).
Disediakan Oleh : Disemak Oleh :



..
(Nurul Atiqah Binti Ishak)