Anda di halaman 1dari 4

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1)

,



Ya Karim , Ya

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas
kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa
bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah
kepada kami .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu
yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hamba-Mu yang engkau
redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami
mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa,
kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya
saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.















,










Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan
rasa kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak
ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa
bersyukur di atas nikmat yang melimpah ruah kepada kami .


Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini
ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan
potensi kami sebagai hambaMu yang Engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini.
Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmuMu. Sinarilah hatihati kami dengan cahaya dan hidayahMu. Semoga dengannya
kami mudah menerima dan menghayati serta
mengamalkannya.


Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota,
kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat.

Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran,


berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri,
keluarga,organisasi,
masyarakat dan negara kami.












Doa Tutup Majlis




Ya Allah
Kami bersyukur di atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan
kepada kami , lantaran nikmat itu dapat kami menghadiri dan mengikuti
< Nama Majlis> kali ini dengan jayanya
Ya Allah
Semoga program yang kami ikuti ini akan dapat melembutkan hati-hati
kami dan menyedarkan kami tentang kesilapan kami ,oleh itu
ampunkanlah kami dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang membawa
keselamatan dan selamatkanlah kami dari kegelapan kepada ke jalan
yang benar .

Ya Allah

Jadikanlah kami remaja Islam yang yakin dan percaya pada diri sendiri ,
sabar dan tabah hati , berani maju untuk menempah kebahagiaan dunia
dan akhirat , punya keazaman yang kuat untuk mengembangkan
potensi dan kekuatan diri yang dianugerahkan oleh Engkau ,memiliki
budi pekerti yang mulia dan terpuji sehingga kami menjadi remaja yang
merdeka dalam semua aspek kehidupan kecuali menggantungkan
pengharapan kami kepadaMu,Ya Allah .

Ya Allah
Eratkanlah hati-hati kami , kekalkan kemesraan antara hati-hati kami ,
tunjukkanlah kepada hati-hati kami dengan limpahan iman dan
keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu Hidup suburkan hati-hati
kami dengan marifat sebenar tentang-Mu .