Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SETIA KALI KE-12 TARIKH : 01 MAC 2014 HARI : SABTU

MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : DEWAN SETIA GEMILANG KEHADIRAN :82 orang PERASMI ; YB MOHD AZHAR BIN JAMALUDDIN PPN, AMN ( ADUN Changkat Jong ) 1.0 UCAPAN PENGERUSI 1.1.EnAzman bin Idris( Yang Di pertua PIBG )mengalu-alukan kehadiran semua pihak dan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, penjaga atau waris yang hadir dalam mesyuarat kali ini. 1.2.Mengharapkan kerjasama dan sokongan di kalangan ahli PIBG khasnya para ibu bapa terhadap aktiviti yang dijalankan oleh PIBG. 1.3.Kerajaan telah menerbitkan buku panduan Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa Sarana Ibu Bapa mengandungi garis panduan bagaimana ibu bapa boleh membantu pembelajaran anak di rumah. Soal selidik penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran murid di rumah yang dapat mengukuhkan pencapaian anak dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. 1.4.Ibu bapa perlu meluangkan masa untuk mengetahui perkembangan pembelajaran anak di sekolah. Kerja kursus dan kerja rumah perlu dipantau. 2.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG LALU 2.1.En MohdDarbi b. Zaini selaku Setiausaha PIBG 2013/2014 membentangkan MinitMesyuarat Agung PIBG kali ke-11 .Pengerusi memohon cadangan ahli untuk mencadangkan dan mengesahkan. Pencadang Penyokong : En NasrolAzni bin Dulasim : En Adenan bin Saad

3.0

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Tiada

4.0

MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013 4.1. Pn Hjh Minah bt. Dawi selaku Bendahari PIBG membentangkan Penyata Kewangan
1

PIBG 2013 berakhir Disember 2013 4.2.Penjelasan dari bendahari mengenai perbelanjaan yang bertanda bintang adalah punca kewangan dari sumbangan dana1MDB. 4.3. Pengerusi memohon cadangan supaya penyata kewangan PIBG disahkan Cadangan Pengesahan : En Ahmad bin Anas Sokongan Pengesahan : En MohdAnifah bin Khairi

5.0

MENETAPKAN SUMBANGAN BAYARAN TAMBAHAN PIBG BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2014 5.1. Surat pekeliling dari Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak bertajuk: Cadangan Kutipan Tambahan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi Sesi Persekolahan Tahun 2014, Ruj :PPD.H.Pk. 17/01/03/Jld.1 (87) bertarikh: 22 November 2013 dirujuk dan dibentangkan oleh setiausaha:Perkara 3.Tajuk/jenis kutipan hendaklah merupakan program atau aktiviti yang sememangnya dijalankan oleh PIBG 3.1. Sumbangan PIBG ( Perkeluarga ) 3.2. Program Peningkatan Akademik 3.3. Keselamatan dan Keceriaan Sekolah 3.4. Kelas Komputer PIBG 3.5. Yuran Keahlian Koperasi

5.2. Majlis bersetuju sebulat suara menetapkan kadar bayaran bagi setiap ahli PIBG di bawah satu tajuk sahaja . iaitu dibawah tajuk Sumbangan PIBG seperti berikut :

Bil

Jenis bayaran JUMLAH BESAR SUMBANGAN PIBG

Thn 1 RM 50.00

Thn 2 RM 50.00

Thn 3 RM 50.00

Thn 4 RM 100.00

Thn 5 RM 100.00

Thn 6 RM 100.00

6.0.

PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN USUL 6.1 Usul menetapkan perlantikan Jawatankuasa PIBGdibuat setiap dua tahun sekali. - majlis bersetuju sebulat suara 6.2 Cadangan dari ibu bapa: 6.2.1. Memohon pihak sekolah berusaha memperbaiki peralatan elektrik yang rosak khasnya di dalam kelas demi mewujudkan suasana selesa murid belajar.
2

6.2.2. Memandangkan ada murid dan ibu bapa datang ke sekolah seawal jam 7.00 pagi dan keadaan masih gelap ,maka dicadangkan dipasang lampu di pintu pagar sekolah. 6.2.3. Memohon kawasan di hadapan pagar sekolah diselenggara untuk memudahkan ibu bapa mengundur kenderaan semasa ibu bapa menghantar dan mengambil anak. 6.2.4. Meminta diadakan gotong-royong bersama ibu bapa bagi menyelenggara pokokpokok di luar paga rsekolah.

6.3 Guru Besar telah memberi respon beberapa cadangn dari pihak ibu bapa:6.3.1. Berkaitan pembaikan peralatan elektrik sekolah perkara yang dimaksudkan adalah kipas angin tahun 6 Wira, yang motornya telah lemah , pusangan kipas tidak boleh laju. Telah diganti sebaik sahaja aduan diterima. 6.3.2. Pihak PIBG telah lama membuat permohonan pemasangan lampu di hadapan sekolah bagi mengatasi masalah gelap di hadapan sekolah kepada pihak Jabatan Kerja Raya Daerah namun sehingga sekarang masih belum diluluskan. Pemasangan lampu di pintu pagar sekolah adalah jalan alternatif yang boleh dilakukan. Beliau memohon PIBG memperuntukkan kos pendawaian dan pemasangan lampu tersebut 6.3.3. Program gotong-royong membersihkan kawasan hadapan pagar sekolah boleh dijadikan aktiviti pemuafakatan antara ibu bapa dan pihak sekolah. Belau ama mengalu-alukan program tersebut, memandangkan pembersihan kawasan di luar pagar sekolah melebihi 2 kaki tidak termasuk di dalam skop kerja kontrak pembersihan kawasan oleh pihak syarikat pembersihan kawasan sekolah. 6.3.4. Berharap semua cadangan dan ususl yang dikemukakan di bawa ke dalam mesyuarat JK PIBG, untuk diambil tindakan. 7.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2012 / 13 DAN PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA 7.1. YDP PIBG, En Azman bin Idris memohon pembubaran AJK PIBG 2013/2014. 7.2. En. Mohd Darbi bin Zaini ( Setiausaha ) dicadang sebagai pengerusi sementara dan disokong sebulat suara.

8.0 PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG 2014 /2016

JAWATAN Yang Di Pertua Naib Yang Di Pertua AJK

NAMA EN AZMAN B. IDRIS EN ISMAIL BIN KOSNAN PN NORHASNAH BT MUAH PN HATIJAH BT MOKHTAR PN SUZANAH BT NOOR PN SURAIZAH BT ABU BAKAR EN AHMAD NOR BIN TAJAR PN NORIASHAH BT MAT NOOR EN NAWAWI BIN YEOP MUSA PN RUBITA HEZAD BT NADZRI EN MOHD ANIFAH BT KHAIRI

JURUAUDIT DALAMAN

9.0

UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 .En Azman b. Idris meminta semua ibu bapa member kerjasama sepenuhnya kepada AJK baru yang dilantik untuk sesi kali ini. 9.2 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir pada mesyuarat agung PIBG kali ini.dan mengucapkan tahniah kepada barisan AJK baru.

Mesyuaratditangguhkanpada jam 11.45pagi.

Disediakanoleh : . (MOHD DARBI B. ZAINI) Setiausaha PIBG

Anda mungkin juga menyukai