Anda di halaman 1dari 16

1 Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian

Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian

Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat: mengenal pasti format untuk rancangan pengajaran harian; menjelaskan perkara-perkara yang perlu ada dalam rancangan pengajaran harian; dan membina rancangan pelajaran untuk mana-mana topik dalam Pendidikan Moral

1.1 Pengenalan 1.2 Rancangan Pengajaran Tahunan 1.3 Rancangan Pengajaran Harian 1.3.1 Perancangan Rancangan Pengajaran Harian 1.4 Kandungan Rancangan Pengajaran Harian 1.5 Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian 1.6 Contoh Rancangan Pengajaran Harian

Bab 1: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bab 2: Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral - 1 Bab 3: Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral - 2 Bab 4: Pemikiran Menakul Merentasi Pendidikan Moral Bab 5: Pemikiran Kreatif & Inovasi Merentasi Pendidikan Moral Bab 6: Dilema Real Life dalam Pengajaran Pendidikan Moral Bab 7: Dokumen Standard Kurikulum Tahun 1 & 2 Bab 8: Dokumen Standard Kurikulum Tahun 3 & 4 Bab 9: Rancangan Mengajar Harian Bab 10: Keadah Mengajar Pendidikan Moral

2 Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian

1.1 PENGENALAN Bab ini membincangkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi subjek Pendidikan Moral yang merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran-pembelajaran yang disediakan oleh untuk beberapa waktu pelajaran. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Rancangan ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas. Perancangan pengajaran perlu dilakukan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat berjalan lancar tanpa gangguan dan guru perlu merancang dalam pengajaran dengan baik. Malah, terdapat hasil kajian yang mendapati punca kegawatan tingkah laku pelajar dan prestasi rendah pelajar di sekolah adalah berpunca daripada pengajaran tidak dirancang dengan baik dalam bilik darjah. Kemahiran dan kecekapan guru dalam perancangan menguruskan bilik darjah akan dapat menghindari pengajaran dan pembelajaran yang tidak efektif.

1.2 RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT)

Rancangan Pelajaran Tahunan dirancang dan dibina berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum (DSK) yang mengandungi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Malah, RPT turut juga merangkumi sepanjang tahun sesi persekolahan berdasarkan takwim sekolah. RPT turut diolah mengikut kesesuaian kelas dan potensi murid yang ada di sekolah masing-masing. Sebagai rujukan tambahan membina RPT, buku teks boleh digunakan.

3 Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian

Dalam Rancangan Pelajaran Tahunan, pemetaan Standard Prestasi turut dicatatkan di mana DSK (Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran) dan DSP (Deskriptor dan Evidens) adalah sebagai rujukan utama. Guru perlu mengkaji, meneliti, memahami dan memasukan cadangan evidens (DSP) yang bersesuaian dalam Rancangan Pelajaran Tahunan. Kebolehlaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran adalah bergantung kepada perancangan dan pemetaan guru.

Bincangkan kepentingan Rancangan Pelajaran Tahunan dan kaitannya dengan Dokumen Standard Kurikulum.

1.3 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Berdasarkan petikan Surat Pekeliling Ikhtisas BIL. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3) yang menjadi satu arahan yang mesti bagi setiap orang guru di Malaysia untuk merancang dan menyediakan rancangan pengajaran bagi setiap mata pelajaran yang diajar. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan kepada para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai objektif pengajaran / standard pembelajaran. Dokumen ini sangat penting dan berguna supaya guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada para murid dengan teratur. RPH juga adalah bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di blik darjah. Rancangan Pengajaran Harian yang dibina perlu merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai. Secara ringkas, RPH adalah sebagai penulisan tentang kaedah pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran bagi satu matapelajaran pada sesuatu hari tertentu menggunakan format-format yang telah ditetapkan.

4 Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian

1.3.1 Perancangan Rancangan Pengajaran Harian

Penyediaan rancangan pengajaran memerlukan ketelitian dan kreativiti guru. Model perancangan yang sesuai seperti plan, do, check and act boleh digunakan sebagai garis panduan penyediaan rancangan pengajaran harian.

1.3.1.1 Plan (Rancang) Aktiviti pengajaran yang dirancang dengan rapi dan sistematik dapat mengelakkan pelaksanaan secara ad-hoc. Guru perlu menyemak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran supaya semua kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang murid telah dicakupi dalam perancangan pengajaran harian tersebut. 1.3.1.2 Do (Buat) Setelah perancangan dihasilkan, guru mesti melaksanakan dengan sepenuhnya. Peringkat ini adalah paling penting dan kritikal kerana dapat menentukan kejayaan setiap rancangan harian. 1.3.1.3 Check (Semak/Refleksi) Semakan / Refleksi perlu dilakukan oleh guru-guru supaya rancangan harian yang telah dilakukan mencapai standard pembelajaran dan objektif pembelajaran. Kaedah penilaian juga begitu penting dalam pengajaran dan pembelajaran, oleh itu, semakan perancangan dapat menambah baik lagi aktiviti penilaian yang telah dirancang supaya mencapai objektif seperti terkandung dalam standard kandungan. 1.3.1.4 Act (Bertindak) Tindakan perlu diambil oleh setiap guru adalah apabila mendapati perancangan yang telah dibuat tidak mencapai sasaran atau wujudnya kelemahan. Guru perlu membuat tindakan susulan terhadap kelemahan dan kekurangan dalam perancangan yang telah dibuat.

5 Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian

1.4 KANDUNGAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Maklumat yang perlu dicatatkan dalam RPH adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi.

Guru akan menggunakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) untuk menulis RPH. Malah, guru perlu menyesuaikan dan memasukkan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) dalam RPH. Jika pentaksiran standard prestasi dibuat pada suatu P&P, maka kod evidens (contoh: B1D1E1) perlu diletakkan dalam penilaian P&P. Objektif Pembelajaran adalah satu pernyataan ringkas dan tepat yang ingin dicapai oleh guru selepas tamat sesi pengajaran. Objektif pengajaran perlulah spesifik, boleh diukur (measurable), boleh dicapai (attainable) sebenar dan relevan (realistic and relevant). Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti bahasa, sains dan teknologi, pendidikan alam sekitar, nilai murni dan patriotisme.

6 Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian

Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan, serta teknologi maklumat dan komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bahan Bantu Belajar (BBM) adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Bahan bantu belajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori: bukan elektronik, elektronik dan bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam sekitar. Penilaian di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sesuatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid. Malah, melalui penilaian semasa proses pengajaran dan pembelajaran ianya dapat mengesan samada hasil pembelajaran telah dikuasai atau belum, mengenalpasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu mata pelajaran, menentukan aktiviti pemulihan, pengayaan atau pengukuhan dan menentukan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Refleksi sering digunakan secara intensif di dalam proses pengajaran. Refleksi adalah penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Kolb, 1984). Guru-guru sedar tentang kepentingan membuat refleksi iaitu menganalisa semula apa yang telah dilakukan di dalam proses pengajaran mereka. Guru-guru tidak boleh hanya bergantung kepada tugas rutin yang dilaksanakan di dalam sekolah seperti merekodkan markah, mengendalikan kes disiplin pelajar-pelajar atau menulis rancangan mengajar untuk kelas hari berikutnya. Guru perlu memikirkan tentang cara-cara yang lebih kritikal untuk memperbaiki amalan pengajaran mereka. Cara produktif menulis refleksi ialah dengan mengimbau kembali apa yang telah dilakukan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.5 KEPENTINGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Penyediaan RPH dalam kalangan guru dapat mengelakkan penyelewengan atau terkeluar daripada topik atau sub topik semasa pengajaran dilakukan. Oleh kerana pengalaman dan penguasaan isi kandungan guru adalah berbeza antara satu sama lain maka dengan adanya RPH, persamaan daripada segi maklumat yang disampaikan akan dapat dilakukan. Guru dapat menggunakan kreativiti masing-masing semasa merancang aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan. Siri aktiviti yang dirancang ini akan membolehkan perubahan tingkah laku dan penguasaan isi kandungan mata pelajaran yang disampaikan. Objektif atau hasil pembelajaran yang telah dirancang dalam RPH menjadikan pengajaran dan pembelajaran sentiasa tertumpu dan guru dapat melaksanakan penyampaian maklumat dan isi kandungan dengan lebih tersusun dan berfokus. Pengurusan masa menjadi faktor yang penting dalam aktiviti pengajaran sebab jadual waktu pengajaran bagi setiap mata pelajaran adalah begitu terhad dan ketat. Oleh itu RPH akan membantu guru menguruskan masa dengan lebih cekap.

7 Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian

Aktiviti pengajaran yang telah disusun dalam RPH membantu guru menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan mudah. Penyusunan sub topik daripada mudah ke sukar membolehkan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan dengan mudah dan jelas. Penggunaan teknologi pendidikan juga dapat dimanfaat dengan optimum apabila perancangan dilakukan dengan baik. Guru boleh memikirkan apakah teknologi yang akan diintegrasikan dalam pengajaran semasa mereka menyediakan RPH.

a. Apakah tujuan utama Rancangan Pengajaran Harian? b. Bagaimanakah pengajaran dapat dipersembahkan dengan berkesan selepas mengambil kira segala kandungan utama Rancangan Pengajaran Harian? c. Apakah kepentingan refleksi selepas selesai pengajaran pembelajaran seseorang guru?

8 Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian

1.6 CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

9 Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian

10 Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian

11 Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian

12 Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian

13 Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian

14 Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian

15 Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian

16 Bab 9: Rancangan Pelajaran Harian

RINGKASAN: Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu dokumen rasmi penting kepada seorang guru profesional yang perlu disediakan sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan. Kejayaan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan guru membuat perancangan dan persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengajaran. Rancangan Pengajaran Harian adalah penulisan tentang kaedah pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran bagi satu matapelajaran pada sesuatu hari tertentu menggunakan format-format yang telah ditetapkan. Penyediaan rancangan pengajaran memerlukan ketelitian dan kreativiti guru. Maklumat yang perlu dicatatkan dalam RPH adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi.

RUJUKAN: Abdul Rahman Aroff. (1986). Pengenalan pendidikan moral. Petaling Jaya, Selangor: Fajar Bakti. Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan moral: Teori etika dan amalan moral. Serdang: University Putra Malaysia. Chang Lee Hoon. (2001). Penggunaan vignette dalam kajian penaakulan moral di kalangan pelajar tingkatan empat. Dalam Marohaini Yusoff (ed.). Penyelidikan kualitatif: pengalaman kerja lapangan kajian (m.s. 155 187). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Eow, B.H. (2000). Pendidikan moral: Siri pendidikan tinggi. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia. Gilligan, C. (1982). In a different voice: Psychological theory and womens development. Cambridge, MA: Harvard University Press. Koo, K.P. dan Tang, C.Y. (1990). Pendidikan moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Narvaez, D. (2001). Community voices and character education. Minnesota, Department of Children, Families & Learning and University of Minnesota. Noddings, N. (1984). Caring: a feminine approach to ethics and moral education. Berkeley: University of California Press. Nucci, L. P. (2001). Education in the moral domain. Cambridge: Cambridge University Press.