Anda di halaman 1dari 10

B. Penganalisisan Penggunnaan Frasa dan Klausa. 1. Bulan depan daerah kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut.

Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan satu predikat. Subjeknya terdiri daripada frasa nama daerah kami. Frasa nama daerah kami terbina daripada kata nama daerah yang menjadi inti frasa sementara kami menjadi kata ganti nama diri pertama sebagai penerang. Walau bagaimanapun, subjek ayat ini tidak terletak pada awal ayat. Hal ini demikian kerana sebahagian predikat ayat diletakkan pada awal ayat sementara sebahagian lagi diletakkan pada akhir ayat. Subjek ayat wujud di tengah-tengah. Susunan kata seperti ayat ini dikenal sebagai susunan songsang terbahagi. Predikat ayat yang diletakkan pada awal ayat terdiri daripada frasa nama iaitu konstituen kata nama bulan dengan kata nama depan. Seterusnya, bahagian predikat ayat yang terletak pada akhir ayat tersebut terdiri daripada frasa kerja pasif yang berasal daripada kata kerja pasif dikunjungi. Dalam frasa kerja pasif tersebut, kata seni keterangan waktu akan diletakkan di hadapan kata kerja pasif dikunjungi dan disertai oleh frasa nama , iaitu konstituen pemimpin parti tersebut. Komponen frasa nama tersebut terbentuk daripada kata nama pemimpin, parti dan ditentukan menggunakan kata penentu tersebut. Ayat tersebut ialah ayat tranformasi daripada ayat bersusunan biasa yang berikut, iaitu: Pemimpin parti tersebut akan mengunjungi daerah kami bulan depan.

2. Hasil padinya berguni-guni di dalam kepuk itu.

Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan satu predikat. Subjeknya terdiri daripada frasa nama hasil padinya. Frasa nama hasil padinya terbina daripada kata nama hasil yang menjadi inti frasa sementara kata padinya terdiri daripada kata nama padi dan kata klitik nya yang menjadi singkatan kepada kata dia menjadi kata nama sebagai penerang. Subjek ayat ini terletak pada awal ayat manakala predikat ayat pula terletak pada akhir ayat. Susunan kata seperti ayat ini dikenal sebagai ayat aktif. Predikat ayat terdiri daripada frasa nama iaitu konstituen kata bilangan himpunan berguni-guni serta disertai oleh frasa sendi nama, iaitu konstituen di dalam kepuk itu. Komponen frasa sendi tersebut terbentuk daripada kata sendi nama di dan dalam dan objeknya ialah frasa nama yang terdiri daripada kata nama kepuk dan kata penentu, itu. Ayat tersebut merupakan ayat asal atau ayat bersusunan biasa seperti yang berikut, iaitu: Hasil padinya berguni-guni di dalam kepuk itu.

3. Dengan segeranya kami laksanakan perintah yang kami terima itu.

Ayat tersebut mmpunyai satu subjek dan satu predikat. Subjeknya terdiri daripada frasa nama perintah yang kami terima itu. Frasa nama perintah yang kami terima itu terbina daripada kata nama perintah yang menjadi inti frasa sementara kami terima itu menjadi frasa kerja sebagai keterangan yang menerima partikel yang dan disertai oleh kata penentu itu. Walau bagaimanapun, subjek ayat ini tidak terletak pada awal ayat. Hal ini demikian kerana predikat ayat diletakkan pada awal ayat. Subjek ayat wujud di akhir ayat. Susunan kata seperti ayat ini dikenal sebagai susunan songsang penuh. Predikat ayat yang diletakkan pada awal ayat terdiri daripada frasa sendi iaitu konstituen kata sendi dengan dengan kata adjektif segera dan kata kliik nya yang menjadi singkatan kepada dia serta disertai oleh kata nama kami dan kata kerja laksanakan. Ayat tersebut ialah ayat tranformasi daripada ayat bersusunan biasa yang berikut, iaitu: Perintah yang kami terima itu kami laksanakan dengan segeranya

4. Di seluruh negara orang sibuk memperkatakan kenaikan harga barangan.

Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan satu predikat. Subjeknya terdiri daripada frasa nama orang sibuk. Frasa nama orang sibuk terbina daripada kata nama orang yang menjadi inti frasa sementara sibuk menjadi kata kerja sebagai keterangan. Walau bagaimanapun, subjek ayat ini tidak terletak pada awal ayat. Hal ini demikian kerana sebahagian predikat ayat diletakkan pada awal ayat sementara sebahagian lagi diletakkan pada akhir ayat. Subjek ayat wujud di tengah-tengah. Susunan kata seperti ayat ini dikenal sebagai susunan songsang terbahagi. Predikat ayat yang diletakkan pada awal ayat terdiri daripada frasa sendi iaitu konstituen kata sendi di dengan kata bilangan tidak tentu seluruh serta disertai oleh kata nama negara. Seterusnya, bahagian predikat ayat yang terletak pada akhir ayat tersebut terdiri daripada frasa kerja transitif yang berasal daripada kata kerja transitif memperkatakan disertai oleh frasa nama , iaitu konstituen kenaikan harga barangan. Komponen frasa nama tersebut terbentuk daripada kata nama kenaikan, harga dan barangan. Ayat tersebut ialah ayat tranformasi daripada ayat bersusunan biasa yang berikut, iaitu: Orang sibuk memperkatakan kenaikan harga barangan di seluruh negara.

5. Ke mana-mana sahaja pengedar dadah itu diburu polis.

Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan satu predikat. Subjeknya terdiri daripada frasa nama pengedar dadah itu. Frasa nama pengedar dadah itu terbina daripada kata nama pengedar yang menjadi inti frasa sementara dadah menjadi kata nama sebagai objek dan disertai dengan kata penentu itu. Walau bagaimanapun, subjek ayat ini tidak terletak pada awal ayat. Hal ini demikian kerana sebahagian predikat ayat diletakkan pada awal ayat sementara sebahagian lagi diletakkan pada akhir ayat. Subjek ayat wujud di tengah-tengah. Susunan kata seperti ayat ini dikenal sebagai ayat pasif susunan terbahagi. Predikat ayat yang diletakkan pada awal ayat terdiri daripada frasa sendi iaitu konstituen kata sendi ke dengan kata bilangan tidak tentu mana-mana serta disertai oleh kata tugas sahaja. Seterusnya, bahagian predikat ayat yang terletak pada akhir ayat tersebut terdiri daripada frasa kerja pasif yang berasal daripada kata kerja pasif diburu disertai oleh frasa nama , iaitu polis. Komponen frasa nama tersebut terbentuk daripada kata nama polis. Ayat tersebut ialah ayat tranformasi daripada ayat bersusunan biasa yang berikut, iaitu: Polis terus memburu pengedar dadah itu ke mana-mana sahaja.

6. Saya jelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya.

Ayat tersebut mempunyai lebih daripada satu subjek. Oleh sebab itu, ayat tersebut tergolong dalam jenis ayat majmuk. Subjek utama bagi ayat tersebut terdiri daripada frasa nama, iaitu konstituen pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya. Pemimpin itu ialah kata nama sebagai inti frasa sementara kata nafi tidak diletakkan di hadapan kata adjektif amanah serta disertai kata sendi terhadap dan kata nama rakyatnya berfungsi sebagai penerang kepada inti frasa. Predikat ayat ini ialah frasa kerja pasif yang terdiri daripada kata nama saya dan diikuti kata kerja pasif jelaskan serta disertai oleh kata sendi kepada dan kata klitik nya yang menjadi singkatan kepada dia. Ayat ini sebenarnya berasal daripada dua ayat tunggal yang berikut, iaitu; i. ii. Saya jelaskan kepadanya (sesuatu). Pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya.

Kedua-dua ayat tersebut digabungkan dengan menggunakan kata hubung bahawa sementara kata sesuatu digugurkan kerana kata sesuatu sudah merujuk kepada pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya. Konstituen bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya dikenal sebagai klausa tak bebas kerana tidak dapat berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap tetapi berfungsi sebagai subjek kepada ayat tersebut. Bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya disebut sebagai klausa kerana terdiri daripada sekelompok kata yang ada subjek dan predikat ayat. Subjek ayat bagi klausa tersebut ialah frasa nama pemimpin itu sementara predikat ayatnya ialah frasa adjektif yang terdiri daripada kata nafi tidak dan disertai oleh kata adjektif amanah dan diikuti kata sendi nama terhadap rakyatnya sebagai keterangannya. Oleh sebab klausa ini wujud pada subjek ayat, maka klausa ini dikenal sebagai klausa subjek. Ayat tersebut dapat dipasifkan seperti yang berikut, iaitu: Bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya saya jelaskan kepadanya.

7. Kawasan kediamannya itu bagaimana keadaannya.

Ayat tersebut mempunyai lebih daripada satu subjek. Oleh sebab itu, ayat tersebut tergolong dalam jenis ayat majmuk. Subjek utama bagi ayat tersebut terdiri daripada frasa nama, iaitu konstituen kawasan kediamannya itu. Kawasan ialah kata nama yang menjadi inti frasa manakala kata kediamannya terdiri daripada kata nama kediaman dan kata klitik nya yang menjadi singkatan kepada kata dia berfungsi sebagai penerang dan disertai oleh kata penentu itu. Predikat ayat ini ialah frasa

8. Penduduk di situ berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat.

9. Pihak polis menerangkan bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri.

10. Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan.