Anda di halaman 1dari 2

FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN PUSAT FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN PUSAT MATA PELAJARAN MATEMATIK PERINGKAT MENENGAH RENDAH MULAI

TAHUN PEPERIKSAAN 2014 Bil 1 Perkara Jenis Instrumen Ujian Objektif Ujian Subjektif Ujian Bertulis

Jenis item

Objektif Respons Terhad Respons Terbuka

Bentuk Tugasan

Individu

Bilangan Soalan

10 - 15 soalan

Jumlah Markah

100

Tempoh Ujian

2 jam

Konstruk

1. Pengetahuan dan kefahaman tentang konsep, hukum, prinsip dan teorem yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan 2. Kemahiran mengendalikan operasi asas 3. Kemahiran berkomunikasi dan menaakul secara Matematik 4. Kemahiran menyelesaikan masalah 5. Kemahiran menghitung 6. Kemahiran asas Matematik

Pemarkahan

Analitikal

PERNYATAAN PELAPORAN PENTAKSIRAN PUSAT

GRED

PERNYATAAN
Mempunyai keupayaan mengendalikan operasi asas dan bergabung dalam semua konteks (nombor, bentuk dan ruang dan perkaitan) dengan sangat cemerlang. Menghubungkait konsep, hukum dan prinsip untuk menyelesaikan masalah harian dan berkomunikasi dengan menggunakan prosedur yang betul dalam semua situasi dengan sangat cemerlang. Mempunyai keupayaan mengendalikan operasi asas dan bergabung yang melibatkan nombor, bentuk dan ruang atau perkaitan dengan cemerlang. Memahami konsep, hukum dan prinsip untuk menyelesaikan masalah harian dan mengendali data dengan menggunakan prosedur yang betul dalam semua situasi dengan cemerlang. Mempunyai keupayaan mengendalikan satu operasi asas yang melibatkan nombor atau bentuk dan ruang atau perkaitan dengan baik. Memahami konsep, hukum dan prinsip untuk menyelesaikan masalah harian dalam situasi lazim.

Mempunyai keupayaan mengendalikan satu operasi asas yang melibatkan konsep asas nombor atau bentuk dan ruang atau perkaitan dengan memuaskan. Memahami hukum dan prinsip untuk menyelesaikan masalah harian dalam situasi lazim.

Mempunyai keupayaan mengendalikan satu operasi asas yang melibatkan konsep asas nombor atau bentuk dan ruang sahaja serta mengendalikan kemahiran asas seperti mengukur dan membuat anggaran di tahap minimum.