Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN KEPADA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DISINGAPURA

DENGAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN SOSIOLOGIKAL-SEJARAH, TERANGKAN PROSES PENGEMBANGAN KEBUDAYAAN ISLAM DI ASIATENGGARA YANG BERLAKU DARI KURUN KE-14 HINGGA KE-19. Kebudayaan Islam diertikan sebagai unsur-unsur kemasyarakatan yang menzahirkan ciri-ciri, sifat-sifat ataupun nilai-nilai keIslaman. Diantara faktor-faktor yang membentuk adalah saperti suasana zaman, politik dan struktur kuasa, dan wujudnya kepelbagaian atau persaingan idea dalam masyarakat dan sebagainya. Kebudayaan Islam juga hadir dan berkembang dalam masyarakat yang mempunyai warisan-warisan seni dan sistem politik Hindu-Buddha. Pengaruh-pengaruh Hindu-Buddha banyak mencorakkan cara hidup golongan istana dan pembesar-pembesar istana di Asia-Tenggara sebelum kedatangan Islam yang mementingkan upacara-upacara serta ajaran-ajaran yang mengagungagungkan konsep dewa-raja (raja sebagai jelmaan para dewa). Ini membantu memperkukuh kedudukan golongan bangsawan dikemuncak lapisan struktur masyarakat (kasta). Sementara masyarakat rakyat biasa dipengaruhi dengan seni yang mengutamakan estetika saperti monumen-monumen (candi Borubudur), mitos, sastera keperwiraan, dongengan dewa, riwayat asmara dan keperkasaan raja yang mutlak sebagai Tuhan. Titik permulaan pengembangan kebudayaan Islam berlaku dengan terbentuknya kerajaan-kerajaan Islam saperti kerajaan Samudera-Pasai (1280-1400M), Melaka (1400-1511M), Aceh (1511-1650) dan Johor Riau (1650-1800). Sultan dan golongan istana yang mempunyai formal authority memainkan peranan yang penting dalam proses Islamisasi dan mengembangkan kebudayaan Islam. Menurut Sejarah Melayu (Sulalatu as-Salatin), kerajaan Pasai diiktiraf sebagai sebuah pusat pengajian Islam dan menjalin hubungan dengan kerajaan-kerajaan Islam didalam dan diluar Asia-Tenggara (Melaka, Patani, Brunei dan lain-lain tempat untuk tujuan-tujuan dakwah). Secara progressif, pengaruh Hindhu-Buddha saperti menganggap Sultan sebagai Tuhan yang mutlak dilenyapkan, tetapi Sultan sebagai khalifatul muminin dan zilullah fil alam melalui proses Islamisasi. Disebalik proses peralihan ini, terdapat juga kesinambungannya.
Diploma Syariah Islamiyyah (P/T 2012) M21 UND 2083 S1287012D/D1211280 Sazali Bin Khamsan 1

PENGENALAN KEPADA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DISINGAPURA

Contohnya, penggunaan kosa kata seperti syurga, neraka dan sembahyang masih dikekalkan didalam teks-teks yang mengarahkan kepada ketauhidan iaitu Allah, Tuhan yang tunggal. Dibawah kerajaan Islam dan dibawah naungan golongan Istana, roda pemerintahan diatur dengan pembentukkan sistem pemerintahan dan

perundangannya. Didalam kerajaan Islam, Sultan dan golongan istana yang memutuskan bagaimana sarana dan sumber-sumber dapat digunakan untuk mendirikan masjidmasjid, penubuhan institusi-institusi pengajian yang membolehkan penulisan serta penterjemahan kitab-kitab untuk menggalakkan pembelajaran ilmu ugama Islam dan aktiviti-aktiviti ilmiah lain saperti penambahan bahan-bahan penyebaran dalam Bahasa Melayu keseluruh penjuru alam Melayu. Para muballigh dan karya-karya para ulama telah dikirim ke penjuru rantau AsiaTenggara untuk memalingkan pandangan hidup masyarakat kepada ketauhidan diatas arahan pihak istana sambil menyemarakkan lagi proses pengembangan kebudayaan Islam. Dalam perlaksanaan undang-undang, Sultan merupakan lembaga paling tinggi. Lembaga-lembaga keadilan disusun sesuai dengan tingkat pemerintahan untuk memastikan keamanan dan kestabilan dengan penubuhan lembaga-lembaga keadilan saperti pembentukkan Balai Gadeng dan Balai Majlis Mahkamah Rakyat di Aceh bagi membantu Sultan dalam mentadbir negara di mana keanggotaannya termasuk pembesar-pembesar istana dan para ulama yang terkenal. Begitu juga sebelumnya di kerajaan Melaka, penyusunan dua teks perundangan iaitu Undang-Undang Darat (Risalat Hukum Kanun) dan Undang-Undang Laut Melaka yang mengandungi peraturan yang diambil dari adat dan serta pendapatpendapat ulama Mazhab Syafie. Kerajaan Islam yang juga sebagai pusat-pusat persuratan dan kesusasteraan Melayu-Islam menengahkan teks-teks sastera dan ketatanegaraan, dimana visi moral dan etos Islam menjadi sandaran dan kayu ukur, bukan lagi mitos khayalan. Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Sumatrani, Nuruddin ar-Raniri, Abdur Rauf Singkel dan Bukhari al-Jauhari adalah diantara pemikir-pemikir Islam yang masyhur

Diploma Syariah Islamiyyah (P/T 2012) M21 UND 2083 S1287012D/D1211280 Sazali Bin Khamsan

PENGENALAN KEPADA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DISINGAPURA

yang telah menempatkan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa persuratan didunia Islam. Kebudayaan Islam yang muncul tidak di Alam Melayu tidak bersifat monolitik. Ini adalah kerana terdapat dinamika/persaingan idea dalam masyarakat, pandangan semesta tentang manusia dan masyarakat, serta sikap terhadap perubahan, jenis perubahan, jenis pembangunan dan kemajuan dan sikap berharapan untuk menggarap yang lebih baik (melawan nihilisme dan pesimisme). Aliran pemikiran terbahagi kepada tiga iaitu: Feudalistik, Sufistik dan Humanistik. Golongan istana mencorak kebudayaan Islam Feudalistik menitikberatkan ketaatan setia kepada Raja tanpa menghormati harakat dan darjat manusia serta keasyikan dalam memenuhi nafsu serakah. Penyusunan undang-undang yang dicipta bertujuan melindungi kepentingan golongan istana. Konsep daulat dan derhaka memainkan peranan besar sehingga terjadi pelampauan kuasa dan pelanggaran moral-etika. Suasana kebudayaan Islam Sufistik banyak menonjolkan elemen-elemen tasawuf dan konsep wahdatul wujud terbit dari pengaruh pemikiran Ibnu Arabi yang didokong kuat oleh Hamzah Fansuri. Ianya juga memperkayakan khazanah persuratan Melayu-Islam di mana konsep-konsep keimanan dan ketuhanan diajar melalui syair-syair dan hikayat-hikayat yang dibentuk oleh nilai-nilai dan etos Islam. Namun pemikiran aliran ini ditentang oleh Nuruddin Ar-Raniri yang berpemikiran wahdatush syuhud. Kebudayaan Islam Humanistik menegakkan kesetaraan dan keadilan dalam suasana zaman raja-raja Melayu berdaulat, dengan tujuan menundukkan golongan istana kepada keadilan dan nilai-nilai etos Islam dan pelarian sufistik yang menolak dunia. Menerusi teks Tajus Salatin oleh Bukhari al-Jauhari, pemikiran Humanistik cuba dihidupkan bahwa insan dicipta oleh Allah dengan satu keistimewaan dan setiap manusia itu sama darjatnya dan akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan mereka dan menentang pemerintahan feudal dan meletakkan ketentuan baik-buruk adalah milik Allah yang mutlak bukan raja. Disini dapatlah disimpulkan bahwa proses pengembangan kebudayaan Islam mengambil waktu yang panjang dan dinamik, dan harus bersaing dengan kewujudan

Diploma Syariah Islamiyyah (P/T 2012) M21 UND 2083 S1287012D/D1211280 Sazali Bin Khamsan

PENGENALAN KEPADA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DISINGAPURA

warisan2 Hindu-Buddha. Peranan dan usaha golongan elita masyarakat telah menempatkan bahasa Melayu sebagai wadah penyebaran ilmu2 keugamaan Islam. Namun, wujud persaingan di mana setiap kelompok memaparkan wajah2 atau aliran2 yang berbeza. Kuatnya aliran2 ini bergantung rapat dengan kesedaran dan pemikiran serta penilaian masyarakat serta kelompok2 lain samada untuk mendukung, menentang atau memperbaharui.

Diploma Syariah Islamiyyah (P/T 2012) M21 UND 2083 S1287012D/D1211280 Sazali Bin Khamsan

Anda mungkin juga menyukai