Anda di halaman 1dari 11

RASULULLAH S.A.W.

MEMPUNYAI PERAWAKAN, SIFAT DAN KEPERIBADIAN YANG TERPUJI

DISEDIAKAN OLEH: AINUN SOLEHAH BINTI MD ARIFF FATHIMAH BINTI ABDULLAH

SIFAT MULIA KETURUNAN Rasulullah berasal dari keturunan Bani Hasyim yang merupakan salah satu qabilah Quraisy yang paling mulia dalam semua bangsa Arab yang ada. Asal-usul keturunan ibu bapa dan nenek moyang Baginda tiada yang lahir daripada perzinaan, bahkan semuanya melalui pernikahan yang sah. Tidak ditemui isu keturunan menjadi bahan celaan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Pengaruhnya sangat besar jika pendakwah yang menyeru masyarakat merupakan orang yang berketurunan mulia atau mempunyai kedudukan. Islam tidak meletak apa-apa nilai kepada kemuliaan keturunan dalam menilai amalan seseorang. Namun, seseorang menjadi lebih mulia, berkedudukan dan mudah menempa kejayaan jika dia berketurunan dan berkeperibadian mulia. Sebagai ummat Nabi Muhammad s.a.w., amatlah perlu untuk kita memelihara keturunan daripada perkaraperkara jahiliyyah supaya orang ramai akan lebih tertarik dengan seruan dan dakwahan kita.

SEMENANJUNG ARAB DIPILIH SEBAGAI TAPAK PANCARAN AGAMA ISLAM Semenanjung Tanah Arab berada di tengah-tengah berbagai bangsa. Belum pernah dimasuki dan diracuni oleh sebarang tamadun, pemikiran dan kerumitan falsafah yang berserabut. Dipilih supaya bahasa Arab yang digunapakai menjadi bahasa pengantar dan bahasa pertama menerangkan kalam Allah.

Dakwah Islamiyyah di kalangan bangsa-bangsa dan negara di sekelilingnya tersebar dengan mudah. Menghindarkan perasaan syak wasangka manusia terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Bahasa Arab mempunyai banyak keistimewaan.

TEMPAT MEMBESAR RASULULLAH S.A.W. Rasulullah dibesarkan dalam suasana persekitaran yang baik. Baginda dibesarkan di padang pasir, di perkampungan Bani Saad semenjak disusukan oleh Halimah AlSadiyyah. Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan baik sekalipun masih kecil usianya.

Bayi yang membesar di perkampungan lebih sihat dan kuat fizikal dan mentalnya. Bertepatan dengan sifat seorang pendakwah atau pengislah. Rasulullah s.a.w. menganjurkan kepada kita supaya memilih persekitaran yang baik. Memilih sahabat dalam berkawan.

RASULULLAH BERSIFAT BENAR, AMANAH, MENYAMPAIKAN DAN BIJAKSANA, SABAR, KASIH SAYANG DAN BERLEMAH LEMBUT Sambutan penduduk Taif terhadap Rasulullah dan tawaran Jibril kepada Rasulullah terhadap penduduk Taif. Peristiwa dalam Perang Uhud

Jangan membalas dendam kepada sesiapa yang melakukan kejahatan kepada kita, malah membalas dengan kebaikan seperti doa. Kasih kepada saudara sesama islam. Sabar dalam menempuh ujian dari allah. Berlemah lembut dalam berdakwah. Amanah, jujur, dan bertanggungjawab dalam menggalas sesuatu taklifan yang diberikan oleh Allah.

SIFAT PADA RASULULLAH PEKERTI YANG MULIA

MENZAHIRKAN

BUDI

Rasulullah lebih suka disebut sebagai Hamba Allah dan RasulNya. Apabila berjalan, baginda tidak berlagak sombong; malah selalu menundukkan kepalanya ke bumi dan suka berjalan di belakang para sahabat. Baginda juga akan memulakan memberi salam terlebih dahulu kepada sesiapa sahaja yang dijumpainya samada sudah dikenal atau belum dikenal sekalipun mereka di kalangan kanak-kanak. Apabila berjabat salam, baginda tidak melepaskan tangan sehingga sahabatnya lebih dahulu memulakannya. Baginda juga melarang sahabat-sahabatnya berdiri kerana memuliakan kedatangan beliau (sebagai meniru perbuatan orangorang Parsi dan Habsyah). Rasulullah menziarahi orang-orang sakit sekalipun di kawasan pendalaman. Tambahan pula di dalam penulisan Muhammad Abdul Wahab (2000), seorang pemimpin kabilah yang beragama Nasrani datang bertemu Nabi Muhammad S.A.W dan menganggap bahawa dirinya akan bertemu dengan seorang Raja di Madinah.

Memuliakan tetamu yang datang tidak kira siapa. Memuliakan orang lain. Menjadi pendengar yang baik. Merendah diri jika terpilih menjadi pemimpin. Jangan sombong sesama saudara semuslim. Jangan riak ketika menyandang jawatan yang hebat. Menjaga kebajikan orang yang berada di bawah kita. Jangan merendahkan darjat orang lain dengan membezakan pangkat, usia dan rupa paras.

Anda mungkin juga menyukai