Anda di halaman 1dari 21

BAHASA MELAYU KERTAS 1 (PENULISAN) 1103/1

Bahagian karangan bertujuan menguji kebolehan anda dalam:

a. Membina, mengumpulkan, memilih, dan menyusun atur idea-idea/isi-isi/hujah-hujah yang berkaitan dengan tajuk karangan; b. Melahirkan idea, isi, pendapat, hujah, pandangan, pengalaman, dan perasaan melalui bahasa penulisan yang jelas dan berkesan

c.

Menguasai teknik mengarang pelbagai jenis karangan dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan, di samping itu menguasai penggunaan perenggan-perenggan dan tanda-tanda baca pada tempat-tempat yang sesuai; Menulis dengan menggunakan bahasa yang kemas, lancar, dan jelas serta dengan struktur ayat yang betul dan gaya bahasa yang menarik serta bersesuaian dengan kehendak soalan.

d.

KRETERIA YANG DINILAI


1. BAHASA Kegramatisan - kata(morfologi) - ayat (sintaksis) Tanda baca Ejaan 2. LARAS Pemilihan kosa kata 3. Idea (ISI) Tema Isi utama Pengembangan (huraian/bahasan/hujahan/contoh) Kerelevanan
4. PENGOLAHAN Wacana Pemerengganan 5. GAYA BAHASA Keindahan bahasa Ungkapan Peribahasa

BAHAGIAN B
Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat didapati semakin longgar khususnya masyarakat yang tinggal di bandar-bandar besar. Jelaskan cara-cara yang berkesan yang perlu anda lakukan untuk memupuk semangat kejiranan tersebut.

PENDAHULUAN

Pendahuluan merupakan bahagian yang memberikan gambaran awal tentang pentakrifan/tema/isu utama/kata kunci, secara menyeluruh tentang sesebuah karangan. Pendahuluan seolah-olah dapat membayangkan tentang isi selanjutnya. Pendahuluan tidak perlu mengupas idea secara mendalam atau lebih terperinci.

Merupakan wajah kepada sesuatu karangan

Pendahuluan yang baik dapat menarik perhatian pembaca dan merupakan penilaian awal terhadap calon sama ada calon memahami kehendak soalan atau tidak. Untuk mengakhiri pendahuluan dinasihatkan membina ayat yang dapat membawa perhatian pembaca atau pemeriksa kepada isi yang dikehendaki. Panjang pendahuluan dianggarkan 60 hingga 100 patah perkataan.

PERKARA YANG PERLU ADA


Pengenalan isu yang dibincangkan Huraian sepintas lalu isu yang dibincangkan Peribahasa yang sesuai Pendekatan karangan Ayat arahan (berdasarkan arahan soalan)

PENDAHULUAN
Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan tempat Pengenalan kediaman kita. Manakala semangat kejiranan pula membawa tajuk maksud hubungan yang akrab sesama jiran tetangga. Semangat kejiranan dalam masyarakat didapati semakin longgar terutamanya masyarakat yang tinggal di bandar-bandar besar. Masyarakat yang mengejar kebendaan dan kesibukan bekerja merupakan punca Huraian semangat kejiranan ini semakin pudar. Hubungan bagai isi dengan tajuk kuku amat penting dalam kehidupan bermasyarakat kerana dengan saling membantu dapat menyelesaikan segala masalah dengan mudah dan cepat. Selain itu, semangat kejiranan dapat memupuk suasana harmoni dan menjadikan kehidupan dalam masyarakat tersebut lebih aman dan bahagia. Oleh hal yang demikian, pelbagai langkah boleh disusun untuk merapatkan hubungan kejiranan dalam Tugasan kalangan masyarakat kita pada hari ini.

PENULISAN PERENGGAN ISI

KAEDAH MENGEMBANGKAN ISI

PANDUAN MEMBUAT PERENGGAN


Untuk menghasilkan perenggan yang baik dan berkesan : Tentukan ayat-ayatnya berkait.

Ada kesatuan dan pertautan isi. Kesatuan hanya dapat dicapai jika isi yang berkait sahaja dipilih.

Pertautan isi pula dapat dicapai dengan menggunakan penanda wacana.

AYAT TOPIK (GAPO)


Ayat topik menyatakan isi utama yang ingin disampaikan dalam sesuatu perenggan.
Ayat topik mempunyai perkara pokok atau satu aspek yang ingin dinyatakan tentang perkara pokok tersebut. Ayat topik bertindak sebagai satu kawalan dalam penulisan isi dalam sesuatu perenggan.

AYAT HURAIAN (BAKPO)


Ayat topik perlu disokong oleh ayat huraian yang terdiri daripada isi sokongan. Ayat huraian ialah ayat yang memperincikan ayat topik dan mengawal isi atau idea yang dinyatakan. Dalam penghasilan isi dan penulisan ayat huraian, isi kawalan dalam ayat topik menjadi dasar utama.

AYAT CONTOH (LAGU MANA)


Ayat contoh ialah ayat yang membuktikan kebenaran isi yang dikemukakan. Ayat contoh didapati dalam pelbagai bentuk seperti fakta, pendapat, peristiwa, sebab dan akibat, dan statistik. Biasanya, ayat contoh dapat memberikan bukti, menghuraikan idea atau menjawab soalan yang dikemukakan oleh isi utama dalam ayat topik, dan isi tersebut mestilah berkait antara satu sama lain.

AYAT PENYIMPUL (YLKN)


Ayat penyimpul ialah ayat yang memberikan penegasan isi. Ayat penyimpul terdiri daripada dua jenis iaitu :
* Ayat yang menyatakan semula ayat topik.

* Ayat yang menyimpul keseluruhan isi dalam perenggan.

ISI PERTAMA
Kegiatan kejiranan amat penting dalam masyarakat bagi memastikan hubungan jiran bertambah rapat. Antara cara yang berkesan untuk memupuk semangat kejiranan termasuklah tegurmenegur, mengucapkan salam, bertanyakan khabar, beramah mesra dan saling mengunjungi adalah satu amalan yang mulia bagi membentuk satu ukhwah dalam masyarakat. Dengan yang demikian, saya dapat menunjukkan saling ambil tahu atau cakna terhadap sesama jiran. Konsep jaga tepi kain orang tidak timbul dalam soal ini. Sebagai contohnya, jiran tidak akan berasa kekok dan segan untuk berbual dengan saya jika saya bersikap ramah, sekalipun saya berjiran dengan masyarakat yang berlainan bangsa dan agama. Justeru saya dapat mempelajari bahasa percakapan mereka, tradisi dan kepercayaan mereka sekaligus dapat memupuk semangat 1Malaysia yang sering kali diwara-wara oleh Perdana Menteri kita iaitu Dato Sri Najib bin Tun Abdul Razak. Beliau sememangnya menggalakkan rakyat Malaysia mempelajari bahasa, adat dan budaya kaum-kaum lain yang terdapat di negara kita. Tegasnya, amalan tegur-menegur sememangnya perlu diamalkan untuk mewujudkan suasana yang harmoni.
Ayat Topik

Ayat Huraian (isi sokongan)

Ayat Penegas

ISI KEDUA
Selain itu, saya juga seharusnya mengamalkan sikap dan amalan ziarah-menziarahi. Hal ini demikian kerana ziarah-menziarahi adalah satu amalan mulia dan akan mendapat ganjaran daripada Tuhan. Saya akan menganggap bahawa jiran adalah sebahagian daripada keluarga yang juga menjadi tanggungjawab untuk diambil tahu. Sekiranya terdapat jiran yang sakit atau ditimpa bala bencana, maka jiran harus bersiap sedia untuk membantu. Jiran yang mempunyai masalah kesihatan dan terlantar di hospital haruslah diziarahi agar mereka mendapat semangat untuk sembuh. Mereka akan berasa terhutang budi kepada kita sekaligus akan sentiasa mengingati kita. Konsep berat sama dipukul, ringan sama dijinjing dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat. Firman Allah s.w.t bermaksud kasihilah saudara kamu sepertimana kamu mengasihi diri kamu sendiri. Ini menunjukkan bahawa jiran amat penting dalam kehidupan bermasyarakat. Konklusinya, sikap ziarah-menziarahi sewajarnya diamalkan kerana perkara ini dapat memberi banyak faedah kepada kita.

ISI KETIGA
Seterusnya, saya juga mestilah mengamalkan sikap pemurah kepada jiran. Pepatah ada mengatakan, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Hal ini demikian untuk menunjukkan kesepakatan dan sikap beramah mesra sesama jiran. Semangat begini haruslah sentiasa diamalkan. Sebagai contoh, jiran yang baik akan sentiasa menjaga hati dan perasaan jiran tetangga. Hal ini boleh dilakukan melalui sikap saling bertukar juadah. Sikap sebegini akan merapatkan lagi jurang sesama tetangga khususnya kepada mereka yang tinggal di kawasan perumahan. Sekiranya jiran tetangga mengadakan kenduri-kendara, maka jiranlah orang yang paling awal tiba untuk menghulurkan bantuan. Sikap saling membantu dan tolong-menolong dapat membentuk satu ukhwah yang baik dalam masyarakat. Kerja yang berat akan menjadi ringan, perkara yang kusut dapat diuraikan dengan mudah sekiranya perkara itu dilakukan secara kerjasama dan saling membantu. Tegasnya, sikap murni seperti ini sangat berkesan jika dilakukan dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Jiran yang jauh dapat dirapatkan, jiran dekat dapat dimesra-mesrakan.

ISI KEEMPAT
Di samping itu, masyarakat juga boleh mengadakan aktiviti sukan dalam kalangan komuniti setempat. Aktiviti ini boleh dijalankan pada masa terluang seperti hari cuti atau hujung minggu. Orang kata badan sihat, otak cerdas. Selain menyihatkan badan, kita dapat berkumpul beramai-ramai sambil berseronok bersama ahli komuniti setempat. Bagi masyarakat bandar, aktiviti ini memang perlu diadakan. Di sini masyarakat setempat dapat berbual-bual mesra, berkenal-kenalan antara satu sama lain, bertanyakan khabar masing-masing dan bercerita tentang keluarga mereka kerana pada hari-hari biasa, mereka masing-masing sibuk dengan tugasan seharian. Aktiviti sebegini sangat menarik dan dapat memupuk semangat kekitaan selain dapat melepaskan tekanan setelah penat bekerja. Hubungan antara jiran akan menjadi semakin rapat lantaran masyarakat saling mengenali dan bertegur sapa. Sebagai anggota masyarakat, saya akan turut serta dalam program ini dan akan mengambil bahagian sekurang-kurangnya untuk memeriahkan suasana. Melalui program ini, saya akan dapat mengenali jiran tetangga dengan lebih rapat lagi terutama jiran yang berlainan bangsa.

ISI KELIMA
Bagi mengurangkan kejadian jenayah di kawasan tempat tinggal, program rukun tetangga amat diperlukan. Antara langkah yang dapat diambil untuk menjaga ketenteraman ialah penduduk di kawasan tersebut boleh bekerjasama berkawal di kawasan mereka pada waktu malam dan waktu cuti umum. Di samping itu, penduduk juga boleh menjadi pemerhati terhadap perkara yang berlaku di rumah jiran tetangga mereka, terutama pada waktu siang ketika kebanyakan penduduk pergi bekerja. Sebagai anggota msayarakat, saya juga terpanggil untuk menyahut tanggungjawab ini. Sambil saya menjalankan tugas meronda, saya boleh bertanyakan khabar, berborak dan saling bertukar-tukar pandangan dalam mewujudkan keakraban antara jiran tetangga. Saya boleh saling mengenali antara satu sama lain. Semangat kerjasama ini sedikit sebanyak akan membawa kepada perhubungan yang lebih erat lantaran keadaan kampung menjadi aman daripada gangguan. Jelasnya program rukun tetangga ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara jiran tetangga.

PENUTUP
Akhirnya, semangat kejiranan amatlah penting dalam kalangan masyarakat terutama kepada masyarakat yang tinggal di bandar-bandar di negara kita. Nilai-nilai murni seperti tegur-menegur, ziarah-menziarahi, tolong-menolong haruslah diamalkan dan diterapkan dalam diri kita agar semangat kejiranan tidak pupus dek kemodenan negara dan seterusnya memberikan impak kepada negara apabila kita bersatu padu. Cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Itulah ibarat yang sesuai yang boleh dihubungkan dengan semangat kejiranan. Oleh itu, marilah kita menggembleng tenaga agar obligasi kejiranan akan terus diamalkan oleh masyarakat Malaysia bak kata pepatah, jiran sepakat membawa berkat dan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.