Anda di halaman 1dari 6

SEJARAH SEKOLAH

SK Pekan Tamparuli terletak kira-kira 1 km dari Pekan Tamparuli iaitu 2.85 ekar keluasan. Mempunyai 8 blok bangunan (termasuk 4 buah rumah guru bangunan pra sekolah dan stor).

Tanah kawasan sekolah ini adalah milik KK BAYANG BIN BOLONG. Atas inisiatif beliau yang mementingkan pendidikan anak tempatan yang kebetulan juga pada masa itu Daerah Tamparuli tidak mempunyai sebarang sekolah (sekitar tahun 1940an sebelum Perang Dunia Kedua ) , beliau telah memohon kepada kerajaan British untuk membina sekolah di atas tapak tanahnya (tapak sekarang).

Hasrat beliau tidak tercapai kerana perang telah meletus (sekitar 1943) . Pihak Jepun yang mengambil alih pemerintahan pada masa itu telah membantu beliau mendidrikan sekolah sementara.

Beliau ialah Guru Besar pertama yang megendalikan sekolah ini dengan bahasa Jepun sebagai pengantar (30-40 orang murid).Sekolah ini beroperasi sehingga tamat pemerintahan jepun pada tahun 1945.

Selepas perang ,British memerinath semula . Sebuah bangunan tetap telah dibina pada tahun 1950an. Dinamakan Goverment Primary School Tamparuli (GPST) yang dirasmikan oleh Pegawai British. Guru Besar pada masa itu ialah Tuan Hj. Baba Bin Salleh (asal Melaka) dengan bilangan murid seramai 40 orang.

Bangunan tambahan didirikan (1955) untuk menampung bilangan murid yang kian bertambah. (Bangunan ini terbakar pada tahun 2001).

SK Pekan Tamparuli kian meningkat dari segi pencapaian pendidikan dan fizikal (meskipun kini masih belum mempunyai bangunan konkrit). Sekolah ini ditadbir dalam dua sidang (pagi/petang).

BENDERA SEKOLAH

Huraian Bendera: Kuning : Penghayatan etika dan displin yang tinggi untuk melahirkan insan yang beramal soleh dan berakhlak mulia Biru : Semangat perpaduan berbilang kaum dan agama. Merah : Berani bersaing dalam bidang akademik bagi kemenjadian insan yang berilmu dan berketerampilam. Obor dan Gelung: Sukan dan Permainan asas kepada kecerdasan minda dan intelek Buku dan Sijil : Kepentingan Ilmu bagi mencapai kecemerlangan masa depan Dicipta oleh: Mohd Al-Azmi Abdullah Mantan Penolong Kanan Pentadbiran SK.Pekan Tamparuli

IKRAR SEKOLAH Bahawasanya kami Murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Tamparuli Berikrar untuk mengamalkan pendidikan yang murni dan seimbang Mematuhi ajaran guru dan ibu bapa Berakhlak mulia Untuk menjadi insan yang berhemah tinggi Sanggup menimba ilmu Kuatkan iman dan tidak mensia-siakan masa

LAGU SEKOLAH Rajin tuntut ilmu dimana jua Usaha yang gigih amalan mulia Jaya pasti berjaya di satu masa Cogan sekolah panduan kita Sekolah Kebangsaan Pekan Tamparuli Padamu tersandar cita-cita murni Puncak yang gemilang ingin dijejaki Semoga impian diberkati Bersamalah kita seiring jalan Tempoh masa depan yang penuh cabaran Maju diri dengan ilmu pengetahuan Hasilnya pasti kejayaan Lagu dan lirik oleh : Pn.Aini Tamin,Mantan Guru Muzik SK.Pekan Tamparuli

VISI SEKOLAH
Bahawa Sesungguhnya Wawasan Sekolah Kebangsaan Pekan Tamparuli adalah untuk cemerlang menjelang Tahun 2012

MISI SEKOLAH
Bahawa Sesungguhnya Misi Sekolah Kebangsaan Pekan Tamparuli adalah untuk Memberi Perkhidmatan Cemerlang kepada Murid Melalui Penggembelingan Usaha dan Tenaga serta penggunaan sumber secara optimum untuk melahirkan murid seimbang selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PIAGAM PELANGGAN
Kami bersedia memberi perkhidmatan mesra, adil, cekap dan saksama kepada semua pelanggan sebagaimana berikut: Memahami dan berusaha menyelesaikan masalah anda secepat mungkin Memberi pendidikan dengan adil dan terbaik kepada semua murid Berusaha menyediakan kemudahan pembelajaran yang kondusif dan berfungsi. Sentiasa menilai kebolehan, kecekapan setiap murid untuk kemenjadian insan yang berilmu dan beramal soleh Menyediakan tenaga guru dan tenaga sokongan yang berkualiti

Meningkatkan tahap displin, kebersihan, kesihatan dan keselamatan di sekolah Memberi khidmat bimbangan dan penyeliaan dalam (i) pentadbiran dan pengurusan kewangan kepada Anggota Kakitangan Sokongan, (ii) pengurusan kurikulum dan kokurikulum serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran oleh guru di sekolah untuk meningkatkan prestasi murid Perkhidmatan berkualiti amalan organisasi ,Teguran dan saranan adalah sanjungan kearah impian

Anda mungkin juga menyukai