Anda di halaman 1dari 1

FAEDAH BERGOTONG-ROYONG

Aktiviti gotong-royong merupakan amalan yang baik.Aktiviti ini telah dilakukan oleh nenek moyang kita sejak zaman-berzaman.Oleh itu,perlu diteruskan dan ditingkatkan oleh masyarakat di kampung dan di bandar.Hal ini kerana mendatangkan pelbagai manfaat kepada kita semua.

Sesuatu kerja dapat diselesaikan dalam jangka masa yang singkat.Hal ini dilakukan dengan beramai-ramai tanpa mengira umur.Mereka tidak berasa penat berbanding dilakukan berseorangan.Bak kata pepatah berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.

Aktiviti ini dapat merapatkan hubungan sesame penduduk.Masyarakat bercampur-gaul antara satu sama lain.Mereka dapat bertukar-tukar fikiran tanpa mengira kaum.Secara tidak langsung,dapat meningkatkan pelbagai pengetahuan kerana kerjasama masyarakat yang berbeza.

Kawasan tempat tinggal sentiasa bersih dan cantik.Kita akan terhindar daripada sebarang penyakit seperti demam denggi.Kita juga tinggal dengan selesa tanpa persaan bimbang.Situasi ini dapat meningkatkan imej penduduk di tempat tersebut.

Penduduk saling mengenali antara satu sama lain.Mereka sentiasa sibuk dengam tugas masingmasing.Oleh itu,mereka tidak mengenali dengan lebih dekat walaupun jiran di sebelah.Melalui aktiviti ini mereka dapat berkenalan antara satu sama lain.

Gotong-royong dapat meningkatkan perpaduan tanpa mengira bangsa dan agama.Selain itu,kesejahteraan masyarakat akan terjamin.Perpecahan dalam kalangan masyarakat dapat dihindarkan.Negara menjadi kuat dan sukar untuk dijajah oleh musuh.

Aktiviti yang mulia ini perlu diteruskan .Hal ini supaya tidak hapus ditelan zaman.Pada masa yang sama menelurkan pelbagai kebaikan.Hal ini kerana aktiviti gotong-royong merupakan budaya masyarakat di negara kita.

Anda mungkin juga menyukai