Anda di halaman 1dari 10

1.

0 pengenalan Menurut kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, gangguan emosi adalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Menurut saadah Sumrah, Salwan Sudirman dan Roslee Ahmad (2008), gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana cirri-ciri seperti bertingkah laku ganas mahupun pasif akan berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini akan menjejaskan prestasi pembelajaran kanak-kanak tersebut. Gangguan emosi akan berlaku tidak lama sekiranya tindakan diambil dengan segera, jika berlarutan, gangguan emosi itu akan menjadi penyakit yang lebih serius dan boleh menyebabkan gangguan mental. (Noriati Abdul Rashid, Boon Poon Ying, Sharifah Fahriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid, 2010). Menurut Kasmini kassim (1997), ciri-ciri asas gangguan emosi adalah keresahan yang dianggap keterlaluan. Keresahan ini mungkin tidak ditunjukkan secara terbuka. Gangguan ini sering berlaku di kalangan kanak-kanak, yang kebanyakkannya dsebabkan reaksi reaksi terhadap tekanan dari alam persekitaran, dan ada kalanya tiada tekanan yang boleh dikaitkan dengan gangguan ini.kanak-kanak sering menghadapi tekanan sepintas lalu dalam hidup mereka. Selalunya ini tidak memberi kesan buruk kepada kanak-kanak. Secara ringkasnya gangguan emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil. gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan emosi adalah satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan. Mereka akan mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-murid.

2.0 jenis-jenis dan simptom gangguan emosi Mengikut ICD-9, gangguan emosi kanak-kanak merangkumi gangguan neurosis dan gangguan emosi khusus bagi kanak-kanak dan remaja yang tergolong dalam beberapa sub-kategori seperti keresahan dan ketakutan, duka atau susah hati dan murung (depresi), perasaan sensitif, rasa malu dan suka mengasingkan diri serta masalah pergaulan (Kasmini Kassim, 1997) Menurut Kasmini Kassim (1997) lagi, DSM III-R menganggap gangguan yang mula nyata dalam bayi, kanak-kanak atau remaja sebagai masalah tekanan yang boleh dibahagikan kepada tiga iaitu pertama, gangguan keresahan akibat perpisahan, kedua, gangguan pengelakkan dalam kanak-kanak dan remaja manakala ketiga adalah gangguan terlalu resah. Terdapat juga bahagian dalam DSM III-R untuk orang dewasa yang boleh dikaitkan dengan kanak-kanak iaitu: 1. gangguan keresahan seperti panik, agoraphobia, fobia sosial, gangguan obsesif kompulsif (OCD), dan gangguan tekanan selepas trauma. 2. Gangguan somatoform seperti dismorfofobia, hipokondriasis dan gangguan jelmaan histeria. 3. Gangguan dissosiatif seperti fug psikogenik, amnesia psikogenik dan gangguan depresonalisasi. Di sini dapat dirumuskan bahawa gangguan emosi biasanya wujud dalam bentuk keresahan, tindakan anti-sosial, tindak balas psikologi terhadap sesuatu kejadian (fobia dan trauma) serta gangguan psikologi sejak lahir (semulajadi) seperti OCD. Kanak-kanak yang menghadapai gangguan emosi biasanya tidak berupaya berinteraksi secara normal dengan kanak-kanak lain. Tingkah laku mereka juga lebih keanak-anakan dan tidak mengikut tahap umur mereka. Ada kalanya mereka didapati liar dan ganas, tidak mempunyai sifat sabar dan kerap mengamuk. Hal ini bermakna murid-murid yang mengalami gangguan emosi sering kali menunjukkan

kecenderungan bertingkah laku yang kurang sesuai dengan situasi-situasi normal dan tidak mengikuti norma seperti kanak-kanak yang sama peringkat umur. (Noriati Abdul Rashid, Boon Poon Ying, Sharifah Fahriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid, 2010). Antara contoh tindakan sebegini adalah seperti kanak-kanak tahun 1 yang menangis dan meraung apabila ditinggalkan ibu bapa walaupun setelah sebulan
2

bersekolah atau kanak-kanak 10 tahun yang akan memukul atau memarahi rakannya yang terlanggarnya semasa berjalan. Kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi biasanya tidak dapat mengawal emosi mereka. Mereka mudah menangis, marah dan mengamuk. Menurut Oconnor, House, dan Carney (2011), terdapat beberapa tanda dan simptom gangguan emosi seperti menangis dan kerisauan, kemerosotan perkembangan dalam beberapa perkara seperti latihan tandas, kurang menikmati atau melibatkan diri dengan aktiviti, gangguan tidur dan makan, sukar menumpukan perhatian, cepat marah dan sakit kepala tanpa sebab organik. Salah satu contoh adalah kanak-kanak 6 tahun tiba-tiba membuang air di dalam kelas. Kejadian ini kerap berlaku. Menurut ibu bapa kanak-kanak ini, kejadian sebegini tidak pernah berlaku di rumah. Setelah disiasat, guru mendapati kanakkanak ini mengalami rasa cemas semasa berada bersama orang asing selain mengalami keresahan perpisahan (separation anxiety) dengan ibunya. Gangguan emosi ini menyebabkan kawalan kencing kanak-kanak ini menjadi lemah lalu dia membuang air dalam kelas. Selain itu, terdapat beberapa tanda lain yang boleh dikenalpasti bagi kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun yang mengalami gangguan emosi. Antaranya seperti kencing malam, tidak patuh, hilang tumpuan, enggan bercakap tentang kejadian, ketakuatan yang tidak munasabah, pautan terlampau (dengan ibu bapa), bergaduh, mengulang kembali kejadian, mudah marah, gangguan penglihatan atau

pendengaran, enggan ke sekolah dan ingin mati. (Mental Health America Of Colorado) Contohnya, seorang murid yang baru kematian ahli keluarga dalam satu kemalangan kerap mengalami mimpi buruk dan kencing malam. Dia juga enggan mengulang kejadian itu dengan cara lisan (bercerita) namun kerap melakonkan aksi kemalangan itu berlaku. Guru yang melihat kejadian ini perlu peka dan berusaha untuk membantu murid ini menerima kejadian yang berlaku dengan cara yang positif. Dalam satu kajian yang telah dijalankan oleh Willian Roberts dan Janet Strayer (1987) mendapati bahawa kanak-kanak yang gagal mengekspresikan perasaan meraka kurang berdaya saing berbanding kanak-kanak yang dapat mengekspresikan
3

perasaan mereka dengan baik. Gagal mengekspresikan perasaan yang tepat dalam sesuatu situasi boleh menyumbang kepada gangguan emosi kanak-kanak. Amat penting bagi guru untuk peka terhadap simptom-simptom ini supaya masalah gangguan emosi dalam kalangan murid dapat diatasi. Kes atau masalah gangguan emosi yang tidak diatasi dari peringkat awal boleh menjadi masalah dan memberi kesan kepada murid dalam jangkamasa panjang. 3.0 kesan gangguan emosi kepada murid Tekanan boleh membawa kesan yang positif bagi sesetengah Individu kerana Ia boleh mendorong seseorang untuk memperbaiki pencapaian diri, menghadapi cabaran dan membuat penyesuaian dengan corak kehidupan yang sentiasa berubah. Sebaliknya, tekanan yang tidak dapat dikawal oleh individu yang mengalaminya mungkin mendatangkan kesan yang negatif. Terdapat sesetengah murid melakukan cara yang tidak sihat untuk mengatasi gangguan tekanan yang akhinya cara sedemikian mendatangkan kesan negatif kepada diri mereka sendiri contohnya dengan mengambil dadah dan alkohol, tidur dan makan berlebihan atau menahan lapar. Menurut satu kajian yang telah dijalankan melibatkan 1000 kanak-kanak, didapati bahawa gangguan emosi boleh menyebabkan masalah perkembangan. Kanakkanak ini biasanya seringkali menyalahkan diri terhadap kegagalan, mempunyai keyakinan diri yang lemah serta tidak pasti tentang kebolehan diri sendiri bagi mencapai standard yang ditentukan (WebMD Health News, 2003). Ringkasnya, gangguan emosi memberi kesan kepada rasa yakin diri kanak-kanak dan juga mewujudkan sikap atau rasa ragu terhadap diri sendiri yang memberi kesan terhadap perkembangan mereka. Dalam satu surat kepada editor Berita Harian yang ditulis oleh Azierah Hani Ismail dari Universiti Utara Malaysia bertarikh 29.4.2013, beliau menyatakan bahawa gangguan dan tekanan emosi mendorong sikap memberontak dalam kalangan kanak-kanak. Sikap memberontak ini adalah salah satu cara kanak-kanak mengekspresikan rasa tidak puas hati mereka dan emosi mereka kepada ibu bapa atau guru.

Menurut Marion (2011), gangguan emosi boleh memberi kesan dalam tiga bentuk iaitu secara fizikal, secara tingkah laku dan secara psikologikal. Kesan secara fizikal adalah seperti degupan jantung yang lebih cepat dari biasa atau berdebar-debar, mulut kering, berpeluh, rasa tidak selesa dalam perut (sakit perut) dan sakit kepala. Kesan-kesan ini menjadi semakin ketara apabila punca gangguan emosi itu berada dekat dengan pelajar. Contohnya, pelajar yang secara diam-diam dibuli oleh rakan sekelasnya akan menunjukkan tanda-tanda seperti berdebar-debar dan sakit kepala apabila disuruh bekerja secara berpasangan dengan pembuli tersebut. Apabila ditanya, kanak-kanak cenderung berkata bahawa mereka berasa tidak sihat atau berasa pelik (merujuk kepada perasaan dalam badan mereka), bagi menjelaskan kesan atau keadaan mereka. Oleh itu guru perlu peka terhadap sebarang perubahan fizikal yang mungkin berlaku kepada pelajar. Kesan gangguan emosi kepada tingkah laku mungkin wujud dalam beberapa keadaaan. Pertama, kanak-kanak menunjukkan sikap pasif terhadap gangguan tersebut seperti keletihan terlampau, mengasingkan diri, dan ketakutan terlampau. Ada juga kanak-kanak yang menunjukkan kesan gangguan emosinya dengan tingkah laku yang hanya melibatkan kanak-kanak itu seperti menggigit kuku, manipulasi tangan atau mulut dan pengulangan pergerakan seperti menggoyangkan kaki. Terdapat juga kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi yang menunjukkan kesannya apabila berinteraksi dengan kanak-kanak lain seperti gagap, buli atau ancaman terhadap pelajar lain, cemas dan ketawa yang tidak berpadanan dengan situasi. Dalam pada itu, terdapat juga kanak-kanak yang mengeskspresikan kesan gangguan emosi mereka kepada objek seperti menggenggam atau mengetuk alat tulis dengan terlampau serta tingkah laku cemerkap dan kelam kabut. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh See Ching Mey dan Lee Siew Siew (2005) mendapati gangguan emosi dalam bentuk kemurungan membawa kepada pencapaian akademik yang rendah. dapatan kajian mereka mendapati 40.51%

daripada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lemah mengalami kemurungan klinikal manakala hanya 15.19% pelajar yang cemerlang mengalami kemurungan klinikal. Kesimpulannya gangguan emosi boleh membawa kepada kemurungan seterusnya kepada kemerosotan pencapaian akademik.

Menurut Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah (2009) pula, kanak-kanak yang mengalami gangguan seksual akan mengalami kesan psikologi seperti kemurungan, yang mengakibatkan kendiri kanak-kanak menjadi rendah. Mangsa gangguan seksual juga tidak dapat bergaul secara normal dengan kanak-kanak lain selain mempamerkan pencapaian akademik yang rendah. Menurut Daniel Pickard (2003), kanak-kanak peringkat sekolah rendah akan menunjukkan beberapa respon terhadap tekanan penceraian ibu bapa seperti kemerosotan dan keengganan menunjukkan atau menggunakan kemahiran yang baru dipelajari. Mereka juga menunjukkan tanda-tanda resah, gelisah, peningkatan ketara mood tidak baik (moodiness), marah tiba-tiba (tantrums) atau masalah pengasingan. Bagi kanak-kanak yang lebih tua pula, mereka akan mengalami divided loyalties terutama bagi kes di mana ibu bapa berebut hak penjagaan mereka. Mereka akan menukarkan perasaan sakit dan sedih mereka kepada kemarahan, di mana bagi mereka lebih boleh diterima berbanding perasaan lemah secara emosi. Terdapat juga kes di mana kanak-kanak didera secara emosi (emotional abuse). Antara bentuk penderaan emosi adalah seperti diejek, direndahkan dan

diperkecilkan. mereka mungkin menerima sedikit atau tiada kasih saying atau perhatian dari ibu bapa atau penjaga. Penderaan emosi juga boleh berlaku dalam bentuk tidak membenarkan kanak-kanak bergaul atau bermain dengan kanak-kanak lain. Antara perubahan tingkah laku kesan dari penderaan emosi adalah seperti tingkah laku neurotic (merajuk, menarik rambut, menggoyangkan badan), tidak

mampu bermain, takut membuat kesilapan, gangguan percakapan yang tiba-tiba, mencederakan diri, takut sekiranya ibu bapa dipanggil atau dihubungi berkaitan perangai mereka serta lewat perkembangan dari segi perkembangan emosi. (The National Society For The Prevention Of Cruelty To Children, 2010). Kes penderaan emosi jarang direkodkan kerana kes sebegini tidak meninggalkan kesan secara fizikal namun gangguan emosi sebegini boleh membawa kesan jangka panjang kepada emosi kanak-kanak. 4.0 peranan guru dalam mengangani gangguan emosi murid Menurut Noriati Abdul Rashid, Boon Poon Ying, Sharifah Fahriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid (2010), terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh guru
6

dalam menangani masalah gangguan emosi. Guru boleh mendapatkan khidmat sokongan daripada pakar atau kaunselor. Ahli psikologi, kaunselor atau personel perlulah daripada mereka yang berkelayakan dan bertauliah. Contohnya murid yang asalnya ceria tiba-tiba bertukar murung dan pendiam mungkin memerlukan bantuan dari pakar kaunseling atau psikologi dalam usaha untuk membantu mereka menyatakan apa yang mengganggu mereka. Selain itu, murid juga perlu diberi bimbingan kerjaya supaya dapat meningkatkan konsep kendiri yang lebih positif. Keadaan masa kini menyebabkan murid mempunyai pelbagai minat namun mereka memerlukan panduan dalam memilih bidang atau haluan yang sesuai dengan diri mereka. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa murid adalah diri mereka sendiri dan mempunyai hak untuk membuat keputusan. Guru perlu membantu mereka memilih jalan yang betul. Dalam pada itu, kerjasama dengan ibu bapa amat penting kerana ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan murid dan paling mengenali murid. Guru perlu memberikan maklumat kepada ibu bapa menganai apa yang dihadapi oleh murid. Guru dan ibu bapa mestilah boleh berbincang dan sebarang cadangan bagi menangani masalah perlulah dibuat bersama. Dewasa ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa ibu bapa banyak meletakkan tanggungjawab mendidik dan menjaga anak mereka kepada guru semata-mata dan menyalahkan guru apabila anak mereka tidak menjadi seperti yang diharapkan. Sikap ini perlu diubah di mana ibu bapa perlu bekerjasama dengan guru dalam memastikan murid dapat berkembang dalam situasi sebaik mungkin. Guru juga perlulah menggunakan modifikasi tingkah laku yang bersesuaian. Peneguhan positif diberikan kepada tingkah laku yang positif manakala tingkah laku yang negatif perlulah diatasi secara adil dan bersesuaian. Perlu diingat bahawa tidak semua perlakuan negatif memerlukan peneguhan negatif. Bagi murid-murid yang melakukan kesalahan kali pertama, peneguhan negatif bukanlah jalan terbaik sebaliknya guru perlu mendapatkan maklumat dari murid mengenai alasan mereka bertindak demikian. Ini kerana untuk setiap tindakan, pasti ada penyebab bagi perbuatan tersebut. Murid juga perlu didedahkan dengan pengurusan emosi dan teknik-teknik meningkatkan kecerdasan emosi. Zaman di mana guru dan ibu bapa menganggap
7

murid sebagai tidak berperasaan dan hanya bertindak sebagai penerima ilmu sudah berakhir. Murid-murid zaman ini juga sekompleks golongan dewasa. Mereka perlu belajar bagaimana untuk menguruskan emosi mereka seperti marah, sedih, keliru dan sebagainya. Emosi negatif inilah yang biasanya memberikan tekanan emosi kepada murid. Galakkan murid untuk mengekspresikan emosi sebenar mereka apabila menghadapai situasi-situasi tertentu. Guru juga perlu mahir dalam mengawal bilik darjah. Peraturan bilik darjah perlulah bersesuaian dan dijelaskan kepada murid. Guru perlu memastikan semua murid memahami dan bersetuju dengan peraturan yang diadakan. Dalam pada itu, peraturan yang dibuat mestilah bersesuaian dengan peringkat umur atau kumpulan murid. Elakkan peraturan yang terlalu banyak. Dalam masa yang sama, bahasa atau arahan peraturan mestilah mudah difahami oleh murid. Guru boleh menetapkan hukuman yang dipersetujui setiap murid jika ada murid yang melanggar peratauran yang telah ditetakan. Anugerah murid terbaik bulanan boleh diberikan kepada murid yang tidak melanggar sebarang peraturan dalam bulan itu. Akhir sekali, guru mesti memberikan peluang kepada murid untuk mengenalpasti kesalahan mereka atau tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya, guru perlu memberi murid peluang untuk membaiki tingkah laku. Terdapat keadaan di mana murid keliru dengan perlakuan mereka sendiri. Dalam keadaan ini, guru perlulah membantu murid untuk memahami tindakan mereka serta kesannya kepada keadaan sekeliling. Contohnya, seorang murid tahun 1 memukul rakannya sehingga menangis. Apabila disoal dia memberitahu guru bahawa rakannya tidak

membenarkan dia bermain bersama-sama. Tindakan memukul merupakan suatu ekspresi perasaan sedih dan kecewa murid itu. Dia jelas tidak menyedari kesan dan akibat tindakannnya kerana kanak-kanak 7 tahun masih cenderung dengan sikap egosentrik. Guru perlu membantu murid mengenalpasti perasaan itu dan meminta menyatakannya secara lisan. Soalan seperti, apa perasaan kamu semasa dia tidak membenarkan kamu bermain bersama? cenderung untuk memberikan jawapan tentang emosi sebenar murid. Semakin meningkat usia murid, semakin banyak jenis emosi yang boleh dinyatakannya. M. Marion (2011) mencadangkan melatih daya tahan (resilience) dalam diri kanakkanak bagi menghadapi tekanan. Daya tahan bermaksud kebolehan menerima atau
8

menghadapi tekanan dan keadaan yang tidak baik dan tidak ditekan oleh perkara itu. Antara beberapa faktor mempengaruhi ketahanan emosi adalah hubungan yang baik dengan orang dewasa di sekeliling kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai daya tahan yang baik biasanya boleh berhubung dengan sekurangkurangnya seorang dewasa yang cakna dan berbelas kasihan kepada mereka. Orang dewasa ini juga seringkali merupakan model kepada sikap yakin diri serta tindakan positif. (M. Marion, 2011). Contoh yang biasa kita lihat adalah terdapat murid yang lebih mudah untuk bercerita tenntang masalahnya dengan seorang guru berbanding guru yang lain. Murid ini juga seringkali mengikut (imitate) gaya atau tindakan guru tersebut. Ini kerana bagi murid itu, guru berkenaan dianggap memahami selain dianggap sebagai role model yang layak diikuti. Marion (2011) juga menyatakan bahawa jangkaan yang tinggi juga membantu kanak-kanak membina daya tahan mereka kerana jangkaan-jangkaan tersebut memberi kesan kepada keyakinan diri kanak-kanak. Jangkaan yang tinggi namun berpatutan ini dapat membantu murid membina daya saing, kawalan dan nilai. Tiga perkara yang menjadi perkara utama dalam membentuk keyakinan diri positif. Contoh situasi sebegini adalah dengan menetapkan target 5A kepada murid UPSR. Dalam usaha mereka untuk mencapai target itu, tanpa disedari murid tahun 6 ini telah membina daya tahan bagi menghadapi tekanan. Dalam pada itu, Marion (2011) menggalakkan pemberian peluang untuk kanakkanak terlibat sebagai salah satu ahli kumpulan. Guru boleh mewujudkan peluang ini dalan sistem yang terkawal. Antara contoh penglibatan adalah seperti pemilihan dan penentuan peraturan kelas di mana guru juga bertanya kepada murid mengenai peraturan yang boleh dimasukkan atau diubah. Selain itu, murid juga perlu diberikan peluang untuk menglibatkan diri secara aktif dalam sesuatu yang melibatkan mereka secara lansung seperti pemilihan sekolah menengah bagi murid tahun enam. Terdapat dua perkara atau langkah praktikal dalam membantu kanak-kanak melibatkan diri dengan seronok. Pertama sekali adalah dengan mengenalpsti minat murid. Contohnya, sekiranya guru ingin mengadakan lawatan, dapatkan maklum balas dari murid tentang tempat yang ingin mereka lawati serta aktiviti yang ingin mereka lakukan semasa lawatan. Dari sini dapat menganalpasti kecenderungan
9

seterusnya menentukan minat murid. Contoh lain adalah semasa meminta murid melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti yang pelbagai. Pastikan aktiviti yang dicadangkan tersebut sesuai dengan minat murid sama ada murid yang gemar membaca, membina model atau menonton video. Langkah atau perkara kedua adalah menggalakkan penglibatan murid. Kadangkala murid enggan atau kurang melibatkan diri dalam aktiviti. Hal ini berlaku sama ada kerana murid itu masih baru (pindah sekolah) ataupun murid-murid itu masih belum mengenali antara satu sama lain, seperti yang biasa berlaku bagi murid tahun satu yang baharu masuk sekolah. Keengganan penglibatan juga mungkin disebabkan oleh rasa malu. Contohnya, seorang murid lelaki kelas tahun 4 sangat suka menyanyi namun tidak mengakuinya di kalangan rakan-rakan lelakinya. Guru boleh membantu situasi ini dengan mengadakan aktiviti nyanyian di dalam kelas. Kesimpulannya di sini adalah bagi menyediakan peluang bagi penglibatan murid, guru perlu mengenalpasti minat murid itu terlebih dahulu. Selepas itu guru boleh menggalakkan penglibatan murid dengan menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan minat mereka. 5.0 Penutup Gangguan emosi kanak-kanak bukanlah perkara yang boleh diambil ringan. Ini kerana kesan gangguan emosi tidak boleh atau jarang dilihat secara fizikal. Walaubagaimanapun, gangguan emosi boleh memberi kesan yang lebih buruk terutama sekali dari segi perkembangan mental dan sosial kanak-kanak. Terdapat beberapa kes gangguan emosi yang mewujudkan penyakit psikologikal seperti skizofrenia, fobia, anti-sosial dan serangan panik. Guru haruslah sentiasa peka dengan sebarang perubahan tingkah laku murid. Ini kerana murid jarang dapat menyatakan masalah yang mengganggu emosi mereka. Mereka cenderung mempamerkan masalah mereka dalam bentuk perubahan tingkah laku. Kesedian guru untuk bertindak sekiranya murid menunjukkan sebarang simptom gangguan emosi mungkin boleh membantu murid dalam menghadapi punca gangguan emosinya.

10