Anda di halaman 1dari 14

15/03/2011

Bab 5 : Islam Di Alam Melayu :


Pendahuluan - Konsep Tamadun Melayu:
Makna tamadun Melayu ialah tamadun yang dimiliki oleh bangsa Melayu di rantau yang dikenali dengan Alam Melayu Alam Melayu itu merujuk kepada kepulauan MelayuIndonesia, Asia Tenggara dan Nusantara. Rumpun bangsa Melayu iaitu suku-suku kaum Jawa,Sunda, Madura, Acheh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Murut, Bugis, orang-orang Melayu Asli seperti Negrito, Sakai, Senoi, Jakun dan sebagainya.

Tamadun Melayu telah melalui lima fasa


Fasa pertama

iaitu kedatangan dan pertapakan yang dikenali sebagai orang Melayu.

Fasa kedua

iaitu orang-orang Melayu menerima pengaruh dari India dalam konteks agama dan kepercayaan.

(Azhar Hj. Md Aros dll 2000:250).

iaitu orang-orang Melayu menerima Islam. Fasa ketiga :

cza-januari 2011

cza-januari 2011

Samb:
Fasa keempat

A-Teori Kedatangan Islam:


Perkembangan Islam di alam Melayu tanpa sebarang bentuk kekerasan & ianya masuk secara aman.Terdapat tiga teori kedatangan Islam ke Alam Melayu. Tiga teori itu ialah:

iaitu orang-orang Melayu berada di bawah kekuasaan penjajah Barat seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun dari timur. iaitu fasa untuk orang-orang Melayu mencapai kemerdekaan selepas dijajah

Fasa kelima

Perbincangan tentang peranan Islam juga perlu kepada kita melihat tentang teori kedatangannya ke Alam Melayu, keadaan sebelum Islam dan faktor-faktor yang menyebabkan Islam mudah diterima dan perubahanperubahan yang dibawa oleh Islam.
cza-januari 2011 3

1-Islam daripada India.

2-Islam daripada China

3-Islam daripada Arab.

cza-januari 2011

i.Teori India:
Antara ketiga-tiga teori tersebut teori Indialah yang paling banyak dibicarakan oleh para sarjana khususnya para sarjana Barat. Snuck Hurgronje &Brian Harisson- Makt alam Melayu memandang India bg mendpt khidmat nasihat/bimbingan termasuklah akhirnya dlm persoalan agama. Moqqutte dan R.A.Kern menyatakan Islam datang dari daerah Gujerat berdasarkan bukti Baru Bersurat di Pasai (1428M) dan Gerisik (1419), sama seperti yang terdapat di Gujerat.

TEORI ISLAM DARI INDIA

cza-januari 2011

cza-januari 2011

15/03/2011

Samb:
G.E. Morrison menyatakan Islam datang dari Benggala dengan alasan terdapat persamaan mazhab antara Pasai dan Benggala iaitu mazhab Shafie. Begitulah juga pendapat S.Q.Fatimi yang menyatakan Malikul Salleh adalah seorang Benggali. Kebanyakan ahli sejarah tidak menerima hujjah2 di atas sebagai satu hujjah yg kukuh.

ii.Teori China dan Champa


Profesor Syed Muhammad Naguib al-Attas menyatakan, berdasarkan pemberontakan di Canton 877M yang telah mengorbankan hampir 100,000 ke 120,000 orang pedagang Islam Arab-Parsi. Keadaan ini mendorong org Arab-Parsi berlindung di alam Melayu disamping menyebarkan ajaran Islam Pedagang-pedagang yang terselamat pula telah melarikan diri keselatan terutama ke Champa,Kedah dan Palembang. Senibina masjid di Nusantara spt di Kelantan,Melaka dan pulau Jawa menpunyai unsur2 China. Penemuan , batu bersurat di Terengganu (1303),batu nisan di Pekan Pahang(1028M),di Leran gresik(1082M) dan di Champa (1035-1039M).Ini membuktikan bhw Islam datang dari China dan Champa.

cza-januari 2011

cza-januari 2011

Laluan sutera

Islam dari China Batu bersurat dan senibina masjid

cza-januari 2011

cza-januari 2011

10

Sambungan

Inskripsi

cza-januari 2011

11

cza-januari 2011

12

15/03/2011

iii. Teori Arab/Parsi:


Perhubungan Semenanjung Tanah Arab dan Alam Melayu telah wujud semenjak sebelum kedatangan Islam di Tanah Arab lagi, kira-kira abad pertama Masihi. Menurut penulis China Wang Gang Wu dan Profesor C.A. Majul pedagang-pedagang Arab telah menguasai dan memonopoli perniagaan di India dan Mesir serta menguasai juga Nanhai (Asia Tenggara).peta berikut berkaitan aliran Penyebaran Islam dari Arab dan
Parsi

cza-januari 2011

13

cza-januari 2011

14

Sambungan
Jika dilihat kepada faktor-faktor Islamisasi di Alam Melayu di peringkat awal, orang-orang Arablah yang merintis jalan sekalipun keadaannya agak pasif. Selepas itu barulah datang mubaligh-mubaligh India pada abad ke 13M yang merancakkan lagi perkembangan Islam di rantau ini. Pandangan ini diperkukuhkan lagi dengan hujahhujah yang dikemukakan oleh Profesor Syed Muhammad Naguib al-Attas, Antara hujah-hujah beliau itu ialah:

Sambungan
Hasil-hasil kesusasteraan keagamaan yang merujuk kepada tulisan lama Islam, menunjukkan pengaruh Arab dan tidak menunjukkan pengaruh India. Para mubaligh Islam di daerah ini terdiri dari orang-orang Arab/Parsi seperti yang terdapat pada nama dan gelaran mereka Syed.Maulana dan Saidina. Kandungan fahaman agama mereka bersifat Timur Tengah bukannya India seperti kedudukan dan cara huraian aqidah pelbagai mazhab tasauf, bentuk tulisan Jawi serta corak beberapa hurufnya, nama gelaran hari, mingguan dan cara melafazkan al-Quran menunjukkan ciri-ciri Arab dan bukannya India.
cza-januari 2011 16

cza-januari 2011

15

Sambungan
v Berbanding teori-teori lain, teori Arablah menunjukkan hujah yang lebih kuat. W/pun begitu Pendakwah dari China dan India turut membantu dalam menyebarkan Islam di Alam Melayu. Sebenarnya seperti yang dinyatakan oleh Profesor Syed Naguib al-Attas soal siapa atau bangsa apa yang membawa Islam itu tidak penting, asalkan yang dibawa itu ialah Islam. Namun begitu dari sudut pandangan sejarah katanya, Sangatlah penting bagi para ahlinya mengemukakan butir-butir atau faktafaktanya dengan tepat dan benar, sebab kesimpulan yang dirumuskan dari butiran dan fakta-fakta itu akan mempengaruhi corak teori pensejarahan.
cza-januari 2011 17

B- Faktor Perkembangan Islam Di Alam Melayu


i.Keunggulan Ajaran Islam: Merupakan faktor utama, hal ini kerana keistemewaan yang terdapat dalam ajaran tersebut, antaranya: Konsep ketuhanan yg mudah difahami. Dasar persamaan yg ada dalam Islam-tiada perbezaan warna kulit, bangsa dsbnya, di sisi Allahmelainkan ketakwaan sifat Taqwa. Manusia bertanggung jawab di atas perbuatan sendiri. Ketentuan baik buruk datangnya dari Maha Pencipta.
cza-januari 2011 18

15/03/2011

Sambungan
Kepercayaan selepas mati dan konsep perhitungan dan pembalasan yang muktamad di akhirat. Islam mempraktikan amalan dan keadilan sosial dan mengakui kebebasan dalam lengkungan yang dibenar. Islam menekankan konsep persaudaraan dan kewajipan berdakwah. Islam menghormati maruah dan martabat manusia. Islam juga menekankan kehidupan yang pertengahan, sederhana dan seimbang antara jasmani, rohani dan akal.

iii. Faktor Perdagangan:


Kegiatan perdagangan begitu penting dan membantu penyebaran Islam. Contoh yang jelas peranan Melaka dalam mengislamkan Pulau Jawa. Apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis peranannya sebagai pusat penyebaran Islam telah diambil oleh Acheh yang kemudiannya mendapat bantuan dari pedagang-pedagang Turki, India dan Mesir. Acheh telah menghantar para duta ke negara-negara tersebut bagi mendapat bantuan tentera dan kelengkapan perang.

cza-januari 2011

19

cza-januari 2011

20

ii. Faktor Pendakwah/ Mubaligh:


Pada perinkat awal peranan ini dilakukan oleh para pedagang Arab dalam menyampai dakwah di sekitar abad ke 7 M. Kemudian peranan ini dilakukan oleh tokoh-tokoh ulamak dan ahli sufi terutama selepas abad ke 13M. Tumpuan mereka ialah daerah seperti Acheh, Pasai dan Melaka. Mereka merantau dan bercampur gaul dengan masyarakat atau penduduk tempatan dengan mengajar pengetahuan agama dan hukum-hukum Islam di surau-surau dan istanaistana raja. Contoh kegiatan dakwah ini dilakukan oleh Syed Abdul Aziz dan Sharif Mekah serta ahli-ahli sufi yang terkenal dengan gelaran Wali Songo(sembilan orang wali-pendakwah di Tanah Jawa abad
ke 17).
cza-januari 2011 21

Ilustrasi : Perdagangan &pendakwah

cza-januari 2011

22

iv. Faktor Perkahwinan:


Faktor perkahwinan antara kerabat diraja dan para pedagang dengan anak-anak gadis tempat telah mempercepatkan proses pengislaman di Alam Melayu. Raja seringkali menjadi ikutan rakyat, agama raja adalah agama rakyat. Demikianlah terjadi kepada Melaka. Parameswara menerima Islam di sekitar tahun 1414M apabila baginda berkahwin dengan anak Raja Pasai yang beragama Islam. Perkahwinan dan pengislaman baginda telah menjadi ikutan rakyat terutama bagi mereka yang inginkan dan mendapat perkenan raja. Perkahwinan pedagang-pedagang Islam dengan gadis-gadis tempatan telah juga menarik keluarga mereka untuk menerima Islam.
cza-januari 2011 23

v.

Faktor Pengislaman Raja/ Pembesar:

Raja dan pembesar mempunyai pengaruh yang begitu besar dalam kehidupan masyarakat di Alam Melayu. Raja dan pembesar sangat dihormati dan sentiasa menjadi ikutan rakyat jelata. Apabila raja dan pembesar memeluk Islam, mereka pun turut memeluk ajaran tersebut bagi mendapatkan keistemewsaan raja. Hal ini juga berlaku kepada orang-orang asing seperti para pedagang yang menerima Islam. Sultan Muzaffar Shah telah mengistiharkan Melaka sebagai sebuah negeri Islam pada tahun 1446M.

cza-januari 2011

24

15/03/2011

vii. Faktor Politik/ Penaklukan:


Usaha-usaha memperluaskan kekuasaan dan pengaruh Melaka misalnya telah dilakukan oleh Bendahara Tun Perak terhadap daerah-daerah seperti Inderagiri, Aru, Rokan, kawasan Sumatera dan di Utara Semenanjung. Usaha-usaha penaklukan ini secara tidak langsung turut memperkembangkan pengaruh Islam. Bagaimana pun hal ini tidak bermakna bahawa Islam disebarkan melalui mata pedang. Sebagai contoh di Pulau Jawa, Islam telah menjadi faktor penyatu yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Majapahit.
cza-januari 2011 25

viii. Faktor Jihad/ Saingan Kuasa Kristian:


Sesungguhnya kedatangan pihak Portugis 1511M dan menawan Melaka telah mempercepatkan lagi penyebaran Islam di Asia Tenggara. Kejatuhan Melaka menyebabkan Acheh mengambil tempat sebagai pusat penyebaran Islam di Asia Tenggara. Perang Salib di Timur Tengah telah memberi kesan dan merebak di Timur Jauh kerana kedatangan pihak Barat bukan sahaja untuk tujuan ekonomi tetapi juga menyebarkan ajaran Kristian , khususnya Portugis.

cza-januari 2011

26

Samb:
Keadaan ini membuatkan umat Islam rasa terpanggil untuk mempertrahankan aqidah dan ajaran Islam. Bukti sikap perjuangan mereka demi mempertahankan Islam ialah ketika Melaka diserang oleh pihak Portugis, kerajaan-kerajaan Islam yang lain seperti Acheh, di Sumatera, Demak di Jawa, Timur dan Ternate di Muluku telah memberi bantuan kepada Melaka dalam serangan pihak Portugis itu.

C- Pengaruh Islam di Alam Melayu


Setelah kedatangan Islam, kehidupan baru mkt Alam Melayu / Nusantara dalam keserumpunan itu bertukar daripada kepercayaan tahyul kepada suatu keyakinan yang berpaksikan aqidah yang didasari intelektualisme dan rasionalisme. Islam telah membawa kesan yang meluas dan mendalam terhadap kehidupan sosio-budaya massa dan membentuk corak kerajaan-kerajaan Melayu di Dunia Melayu dengan memperkenalkan pelbagai sistem, antaranya :....

cza-januari 2011

27

cza-januari 2011

28

Sambungan
i. Akidah dan Kepercayaan. Sebelum Islam masyarakat di Alam Melayu umumnya mewarisi ajaran nenek moyang mereka iaitu animisma, wujudnya jiwa roh yang boleh mempengaruhi manusia.Kepercayaan dinamisma pula ialah sesuatu itu mempunyai semangat yang mempunyai kuasa. Begitu juga Hyang atau Poyang di kalangan mereka yang memuja nenek moyang dan premis iaitu amalan perubatan yang berlandaskan kuasa ghaib.

Samb:
Masyarakat di Alam Melayu juga menerima pengaruh Hindu-Buddha sebelum kedatangan Islam. Campuran kepercayaan tempatan dengan Hindu-Buddha itu dikenali dengan Sinkretisme. Kedangan Islam sebagai satu agama yang sempurna dan mempunyai berbagai keistemewaan telah banyak membawa perubahan. Kedatangannya telah membawa satu zaman baru yang lebih maju kepada Dunia Melayu.

cza-januari 2011

29

cza-januari 2011

30

15/03/2011

Samb:
Kedatangan Islam menjadi asas kepada pencapaian Tamadun Melayu dalam berbagai bidang kehidupan. Asas akidah yang jelas, kuat dan kukuh telah merubah segala bentuk kehidupan orang-orang Melayu dalam berbagai dimensi kehidupan, samaada dalam bidang politik, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya. Masyarakat di Alam Melayu menjadi lebih rasional berbanding sebelumnya yang penuh dengan tahyul dan khurafat serta unsor-unsor metos dan khayalan.

Samb:
Kesan aqidah menjadikan mereka bebas dari jiwa hamba. Tiada konsep perhambaan seperti dalam ajaran Hindu yang menganggap raja sebagai dewa. Kesan aqidah melahirkan semangat jihad dan keinginan serta semangat untuk berdakwah.

cza-januari 2011

31

cza-januari 2011

32

ii. Politik dan Pemerintahan:


Sebelum Islam : Pengaruh Hindu-Buddha, telah membawa kelahiran beberapa kerajaan seperti:abad ke 2M lahir kerajaan Langkasuka di utara Semenanjung Tanah Melayu, Tamalinga, Folo-an, Tan-Tan di Kedah dan Gangga Negara di Perak.Pada abad ke 4M dan 5M lahir kerajaan Kutei di Kalimantan, kemudian kerajaan Poni pada abad ke 10M.Pada abad ke 5M dan 6M lahir kerajaan Kantoli di Sumatera, kemudian seriwijaya pada abad ke 7M. Abad ke 8M, Kerajaan Sunda, Mataram 1, kerajaan Kajuruan, Kediri, Singasari dan Majapahit di Jawa Timur.
cza-januari 2011 33

Sambungan
Kedatangan Islam memperkenalkan sistem pentadbiran dan pemerintahan berdasarkan sistem kesultanan. Kesan dari kewujudan sistem itu, lahirlah kerajaan-kerajaan Islam seperti Pasai, Perlak Melaka, Acheh, Brunai , Demak, Perlak dan lain-lainnya Raja dalam pemerintahan Islam adalah Khalifah yang memegang amanah dan tanggungjawab menjaga keamanan, kesejahteraan serta keadilan untuk rakyat. Kehadiran Islam juga telah memperkenalkan sistem perundangan, terbukti dengan wujudnya Hukum Kanun dan Undang-undang Laut Melaka. Mufti pula berperanan sebagai penasihat kepada sultan yang memerintah.

cza-januari 2011

34

ManuskripMelayu Lamai)manuskrip MelayuLama-(Dr.W.AliW.Yusof) ii)Hukum kanun melaka

Sambungan
Undang-undang Islam telah dipraktikkan di kebanyakkan negeri-negeri Melayu sehinggalah kedatangan pihak penjajah khususnya Barat, di bawah pemerintahan Inggeris. Islam jugalah yang telah melahirkan semangat kebangsaan dalam memperjuangkan kemerdekaan. Bahkan jika ditinjau dalam konteks Malaysia, golongan agama merupakan antara mereka yang paling awal memperjuangkan kemerdekaan tanah air.

cza-januari 2011

35

cza-januari 2011

36

15/03/2011

iii. Ekonomi:
Sebelum kedatangan Islam, penduduk di Alam Melayu sangat bergantung kepada sumber alam seperti memburu, menangkap ikan, pertanian dan sebagainya. Usaha-usaha yang dilakukan hanya kegiatan sara diri untuk keperluan semasa dan tiada usaha-usaha atau inisiatif untuk melipatgandakan keuntungan. Kehidupan dari sudut ekonomi ibarat Kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Bentuk kegiatan ekonomi yang dilakukan dapat dilihat dengan kewujudan dua (2) bentuk kerajaan di daerah ini iaitu:

Samb:
Bentuk kerajaan Agraria yang menjadikan kegiatan pertanian sebagai latar belakang ekonomi seperti Empayer Funan (Tanah Besar Asia Tenggara), kerajaan Angkor (Tanah Besar Asia Tenggara) dan kerajaan Majapahit di Pulau Jawa. Bentuk kerajaan Maritim, kegiatan perdagangan sebagai latar belakang ekonomi seperti kerajaan Funan, kerajaan Seriwijaya (menjadi kerajaan Maritim pada abad ke 7M dan 11M, kerajaan Majapahit di Pulau Jawa (muncul sebagai kerajaan Maritim pada abad ke 15M dan 16M

cza-januari 2011

37

cza-januari 2011

38

Sambungan
Kedatangan Islam juga turut memberi kesan terhadap sistem ekonomi, di mana penggunaan mata wang Dinar juga melambangkan pengaruh Islam. Selain itu, sistem perdagangan yang diamalkan terutama di Melaka pada masa itu banyak merujuk kepada perniagaan yang berlandaskan Islam. Contohnya, Hukum Jual Beli dan Hukum Riba turut dikuatkuasakan. Kesan terhadap sistem ekonomi yang berlandaskan Islam ini telah menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Para pedagang luar datang ke Melaka untuk menguruskan perniagaan mereka, antaranya China, India (Gujerat), Arab, Parsi dan negara-negara di Nusantara sendiri. Keselamatan di perairan Nusantara juga turut mempengaruhi kegiatan ekonomi Islam, terutama Selat Melaka yang telah membantu merancakkan lagi hubungan perdagangan serta kegiatan ekonomi rantau Nusantara

Sambungan
Selepas kedatangan Islam kegiatan perdagangan semakin meluas. Perkembangan perniagaan dan perdagangan bukan sahaja di kawasan Asia Tenggara, bahkan hingga ke Laut Merah, Laut Parsi, Lautan Tengah dan Eropah. Islam juga memperkenalkan sistem zakat, faraid, sedekah dan lain-lain sistem kewangan yang berlandaskan jual-beli secara Islam yang mengharamkan riba. Ajaran ekonomi Islam samasekali melarang perbuatan merampas, menipu, monopoli dalam urusan jualbeli. Kegiatan ekonomi berkembang dari bentuk sara diri kepada secara yang lebih meluas dan lebih maju.

cza-januari 2011

39

cza-januari 2011

40

iv. Sosial dan Budaya:


i. ii. Amalan hidup berdasarkan kasta adalah kebiasaan hidup masyarakat di Alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Hal ini adalah amalan dalam masyarakat Hindu. Dua kelompok masyarakat yang wujud itu ialah: Golongan Atasan yang terdiri dari raja dan golongan bangsawan. Golongan Masyarakat Bawahan yang terdiri dari rakyat dan hamba abdi. Wujudnya diskriminasi dalam kehidupan, contohnya hukuman lebih ringan bagi golongan atasan pada kesalahan yang sama berbanding jika dilakukan oleh golongan bawahan.

Sambungan
Selepas ilmu tentang ketuhanan dan world view, maka ilmu yang paling dekat selepasnya ialah ilmu-ilmu tentang ibadat dan hukum-hakam atau fiqh, iaitu ilmu yang mengatur cara berhubung antara manusia sesama manusia dan manusia dengan Tuhannya. Hubungan antara manusia dengan manusia itu telah membentuk kebudayaan dan tata kehidupan terbentuklah suatu sistem nilai dan etika Islam iaitu nilai-nilai baik (al-Mahmudah) dan lawannya sifat-sifat tercela keji (al-Mazmumah), Di Nusantara, nilai2 ini yang kemudiannya menjadi wadah /acuan kepada sistem moral dan akhlak yang sekarang kita anuti sebagai nilai-nilai bersama. Tokoh2 terkenal dalam bidang ini antara nya ialah Syeikh Abdul Samad alPalembani dengan karya besarnya Siyar al-Salikin dan Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari dengan karya kontroversinya al-Durr al-Nafis.

cza-januari 2011

41

cza-januari 2011

42

15/03/2011

Samb:
Pakaian tertentu, contohnya warna kuning dan putih adalah untuk kalangan istana, memakai pakaian dengan warna sedemikian adalah satu kesalahan bagi rakyat biasa. Kedatangan Islam telah menghakis kehidupan berdasarkan kasta seperti yang terdapat dalam ajaran Hindu. Manusia semuanya sama taraf terutama di sisi undang-undang. Perkara-perkara yang sesuai dengan Islam sememang banyak telah diamalkan oleh orang Melayu. Misalnya bentuk pakaian, urusan rumah tangga, kehidupan berjiran, tolong-menolong, bergotong royong dan sebagainya. Walaupun amalan-amalan baik tersebut semakin terhakis terutama bagi penduduk bandar, namun bagi mereka yang tinggal di kawasan desa amalan tersebut masih lagi menjadi kebiasaan.

v. Ilmu dan Pendidikan:


Sebelum kedatangan Islam- Perhatian kurang diberi keutamaan kepada aspek pendidikan.Golongan atasan atau bangsawan sahaja yang mempunyai peluang mendapatkan pendidikan.Kebanyakkan rakyat umumnya adalah buta huruf. Kehidupan mereka memperlihatkan suasana kejahilan, khurafat dan jauh dari nilai-nilai akal yang rasional dan logik. Selepas kedatangan Islam -kesan yang ketara dari ialah perkembangan dalam bidang pendidikan. Peluang bagi mendapatkan pendidikan tidak hanya di kalangan orang-orang bangsawan atau anak-anak raja, bahkan seluruh rakyat mendapat peluang ini.

cza-januari 2011

43

cza-januari 2011

44

Sistem pendidikan

Samb:
Maka lahirlah berbagai-bagai institusi pendidikan secara tradisional seperti istana, surau, rangkang, balee, dayah, pondok dan pasentren. Guru-guru yang mengajar telah didatangkan khas khususnya dari Timur Tengah. Golongan raja-raja dan pembesar-pembesar bukan sahaja menggalakkan rakyat supaya mencari dan mendalami ilmu pengetahuan Islam bahkan mereka sendiri melibatkan diri dalam kegiatan tersebut secara bersungguh-sungguh. Ulamaulama asing yang datang bukan sahaja dijadikan guru bahkan diberi kedudukan yang tinggi dalam hierki sosial yang setaraf dengan pembesar dan pentadbir.

cza-januari 2011

45

cza-januari 2011

46

Sistem pendidikan pondok di Tanah Melayu

Bahasa dan Tulisan Jawi


Memeperkayakan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Bukan sahaja buku-buku yang berunsur agama ditulis dengan huruf jawi bahkan berbagai-bagai jenis buku ilmu pengetahuan kesusasteraan seperti hikayat, cerita-cerita penglipur lara, sama ada berbentuk prosa atau puisi ditulis dengan huruf jawi. Penggunaan perkataan Arab yang diasimilasikan ke dalam bahasa Melayu menambahkan lagi kesempurnaan dan pengukuhan dalam kesusasteraan Melayu. Bahasa Melayu sebelum ini merupakan bahasa yang terbatas, kini berjaya menempah kedudukan yang tinggi dan kukuh sebagai bahasa perantaraan di seluruh Nusantara

cza-januari 2011

47

cza-januari 2011

48

15/03/2011

Samb:
Contoh Karya-karya dari Timur Tengah itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu seperti Hikayat Seribu Satu Malam, Cerita Abu Nawas, Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Muhammad Ali Hanapiah, Hikayat Khalilah Wa Dimnah dan sebagainya. Antara kesan penting ialah lahirnya tulisan Jawi berteraskan huruf Arab seperti huruf Pa ( ), Cah ( ), Ga ( ), Nya ( ) dan Nga ( ).

Tulisan Jawi di gunakan hanya selepas kedatangan Islam ke Nusantara. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudi an disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H / 1303M .Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu. Wikipedia.

cza-januari 2011

49

cza-januari 2011

50

Kesenian
Pengaruh kesenian Islam dlm mkt Melayu dapat dilihat pd batu nisan,makam,masjid dan kaligrafi. Termasuk pada mimbar dan mihrab. Pd peringkat awal, masjid yg didirikan masih ada pengaruh hindu dr segi bentuk dan hiasannya. Namun keadaan berubah, kesenian di alam melayu selain berunsur kesenian Islam ia turut dipengaruhi unsur Arab dan Parsi. Mkt Melayu terkenal dgn pelbagai kemahiran pembuatan barang2 keperluan. Setiap hasil kemahiran mkt Melayu dipenuhi dgn nilai estetika yg tinggi dan berteraskan falsafah dari ajaram Islam.Antaranya peralatan rumah,pakaian maupun makanan.
cza-januari 2011 51

Senibina masjid-mihrab

cza-januari 2011

52

Kesimpulan:
Terdapat beberapa teori dari mana Islam itu dibawa ke Alam Melayu iaitu dari IndiA, Cina dan Arab. Banyak faktor yang mempercepatkan Islam tersebar di Alam Malayu, namun faktor ajaran Islam itu sendiri menarik masyarakat di rantau ini untuk menerima Islam. Kedatangn Islam telah membawa bagitu banyak perubahan di Alam Melayu terutama aspek kepercayaan, politik, ekonomi, sosial pendidikan dan kesenian..
cza-januari 2011 53

D- Tamadun Melayu Asas Pembinaan T.Malaysia


Pengenalan
T.Melayu memainkan peranan penting dlm pembentukan Malaysia. Sebhgn. drp sis.& juga nilai yg wujud semasa zmn kegemilangan T.Melayu diambil & diubahsuai dlm pembentukan T. Malaysia spt yg terdapat hari ini. Antaranya :
Sistem Raja berperlembagaan Islam agama resmi dan adat Istiadat Melayu Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Bangsa Melayu menurut perlembagaan Kedudukan Istimewa orang Melayu dan bumiputera Kewarganegaraan dan jatidiri kebangsaan Akta Pendidikan, Rukun Negara dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

54

15/03/2011

Perlembagaan Persekutuan Malaysia


Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia.

Perkara-perkara Penting Perlembagaan Malaysia:


Ia mengistiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Persekutuan Mengistihar tentang Sistem Raja Berpelembagaan. Mengistihar tentang Demokrasi berparlimen Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan dan juga mengiktiraf mana-mana agama yang lain. Kedudukan undang-undang dan kedudukannya sebagai undang-undang utama Persekutuan Peranan Badan Kehakiman dalam memutuskan sebarang pertikaian yang timbul dari mana-mana undang-undang yang terpakai di dalam persekutuan.

Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957. Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-dua dewan di parlimen.( Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi)--Wikipedia

55

56

Raja Berperlembagaan Kedudukan Islam Di Malaysia


Islam adalah agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 3(1). Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agamaagama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan Berdasarkan peruntukan tersebut , ia menjelaskan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mempunyai hak, kuasa dan keistimewaan mengenai Islam untuk menubuhkan, menyelenggara dan membantu penubuhan institusi-institusi yang berkaitan dengan Islam

57

58

Bangsa Melayu Dalam Perlembagaan


Perlembagaan Persekutuan dalam memberi maksud Melayu ialah mereka yang mempunyai ciri-ciri berikut: Mengamalkan adat istiadat Melayu. Berbahasa Melayu. Beragama Islam; Islam menjadi identiti sosial dan budaya Melayu.

Kontrak Sosial
v Semua Kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yg sangat penting kepeda kestabilan negara. v Orang bukan Melayu diberi hak kewarganegaaan yg longgar melalui jussoli(lahir pada hari merdeka
sehingga okt.1962 secara automatik menjadi warganegara Malaysia..)

v Orang Melayu puladiperuntuk kan dalam Perlembagaan Negara mengenai perkara berikut:

cza-januari 2011

59

60

10

15/03/2011

Dasar Kebudayaan Kebangsaan


Kongres Kebudayaan Kebangsaan (16-20 Ogos 1971 ) di Universiti Malaya telah merumuskan bahawa Islam hendaklah menjadi unsur penting dalam pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Prinsip utama Kebudayaan rakyat asal rantau ini menjadi teras utama Islam sebagai agama rasmi menjadi unsur utama pembentukkan kebudayaan kebangsaan Kebudayaan kaum lain yang sesuai juga diterapkan

Islam menyediakan garis panduan yang mampu memandu manusia bagi mengimbangi tuntutan peradaban dan kemajuan rohani dan fizikal. Malah dapat meluaskan lagi pengertian , pemahaman dan pengamalan bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan.

61

62

Rukun Negara

Dasar Penerapan Nilai2 Islam


Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1985. Ia adalah sebahagian usaha-usaha kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran. Antara nilai-nilai yang telah diterapkan dalam pembinaan syakhsiah , khusus dalam sektor awam itu ialah: Amanah, Tanggungjawab, Ikhlas, Dedikasi, Sederhana, Tekun, Bersih, Berdisplin, Bekerjasama, Berbudi Mulia dan Bersyukur. Setelah dua dekat dasar-dasar tersebut di terapkan, ianya telah menampakkan banyak kesan dan matlamat dalam sektor perkhidmatan awam khususnya dan pembangunan negara amnya dapat dilihat, dirasai dan dikecapi oleh banyak pihak

63

64

Samb:
Empat objektif utama perlaksanaan Dasar Penerapan Nilainilai Islam:

Samb:
Penghayatan nilai-nilai Islam seperti jujur , benar dan amanah boleh meningkatkan integriti di kalangan kaki tangan awam yang lebih cekap, bersih dan beramanah dan mengelakkan gejala penyalahgunaan kuasa seperti rasuah dan khianat. Sebelas (11) nilai-nilai murni yang patut diamalkan oleh masyarakat Malaysia tanpa mengira agama dan keturunan iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi. Amanah Bertanggungjawab Ikhlas Dedikasi Sederhana Tekun. vii. viii. ix. x. xi. Bersih. Berdisiplin Bekerjasama Berbudi mulia Bersyukur

i.

Membentuk masyarakat Malaysia yang bermaruah, mempunyai jati diri dan disegani masyarakat lain. ii. Menerapkan sikap kerja yang positif dan penawaran perkhidmatan yang cekap dan berkesan. iii. Menghapuskan sikap negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan. iv. Menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti.

65

66

11

15/03/2011

Nilai-nilai Islam Dalam


i. ii. iii. iv. i. ii. iii.

Pendidikan:

Samb.
Dasar Pendidikan Negara telah diasaskan oleh: Penyata Barnes 1950 dan Penyata Fenn-Wu yang mewujud kan The Education Ordinance 1952 . Penyata Razak 1956 Laporan Rahman Talib 1960 [menghasilkan Akta Pelajaran 1961] Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 Pindaan Lima Rang Undangundang 1995

Sistem Pendidikan Negara dapat dibahagikan kepada Empat (4) peringkat: Pra Sekolah Peringkat Rendah Peringkat Menengah Peringkat Tinggi Terdapat 3 ketegori pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan: Institusi Pendidikan Kerajaan Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan dan Institusi Pendidikan Swasta
67

68

Penerapan Nilai Islam Dalam Ekonomi


Malaysia merupakan sebuah negara yang mempelopori pembangunan institusi kewangan Islam di dunia. Lembaga Urusan dan Tabung Haji yang kini dikenali dengan Lembaga Tabung Haji adalah antara institusi awal yang berjaya diwujudkan dalam menguruskan dana umat Islam. Mulai tahun 1980an kerajaan telah mengambil pelbagai langkah aktif membangun dan mengembangkan sistem ekonomi Islam, antara membangunkan pelbagai institusi Islam seperti Baitulmal Wilayah, Bank Islam Malaysia Berhad, Sistem pajak gadai Islam dan skim perbankan tanpa faedah yang dilaksanakan hampir di seluruh sistem bank di Malaysia.

Samb:
Penyata Razak : Perenggan 121 dicadangkan di dalam sekolah yang muridnya tidak kurang 15 pelajar Islam, maka pelajaran agama diberikan kepada mereka dengan belanja kerajaan. Akta Pelajaran 1961 : memperuntukan pelajaran agama Islam [sekolah rendah dan menengah] selama 2 jam seminggu. Laporan Jawatankuasa Kabenit : memperuntukan lagi kedudukan pendidikan Islam serta pelajar bukan Islam di ajar pendidikan moral dan etika.

69

70

Samb: Pindaan Rang Undang-undang Pendidikan 1995, bab 10, perenggan 50 {1} : Jika di dalam sesuatu institut terdapat 5 orang atau lebih pelajar Islam, maka hendaklah diajar pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri Ia juga memperkukuhkan lagi Falsafah Pendidikan Negara 1987.
71

Samb.

72

12

15/03/2011

Program Pembangunan Islam


Selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, sejak awal tarikh kemerdekaan lagi kerajaan telah melaksanakan pelbagai program pembangunan umat Islam dan menggubal beberapa dasar bertujuan membangunkan umat Islam di Malaysia selari dengan nilai-nilai Islam. Projek dan program pembangunan sosial dilaksanakan oleh kerajaan antaranya pembinaan institusi agama seperti sekolah-sekolah agama, surau dan masjid, universiti-universiti, Institusi Tahfiz al-Quran, Pusat Latihan Dakwah, Institusi Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), pengisian kelas-kelas takmir masjid, kelas-kelas al-Quran, Fardu Ain dan sebagainya.

Samb.

73

74

Pendekatan Islam Hadhari:



Kejayaan Negara Malaysia dalam perlaksanaan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran telah mendorong kerajaan melangkah ke fasa kedua Pembangunan Islam di negara ini dengan memperkenalkan Islam Hadhari.

Prinsip Prinsip Islam Hadhari


1. Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah SWT 2. Kerajaan yang Adil dan Beramanah. 3. Rakyat yang Berjiwa Merdeka. 4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan. 5. Pembangunan Ekonomi yang seimbang dan Komprehensif. 6. Kehidupan yang Berkualiti. 7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita. 8. Keutuhan Moral dan Budaya 9. Pemeliharaan Alam Semula Jadi 10. Kekuatan Pertahanan.
76

Islam Hadhari jelas memperlihatkan bagaimana Islam dapat diamalkan secara menyeluruh dalam kehidupan masyarakat yang bertindak sebagai pemangkin pembangunan tamadun manusia dan negara secara bersepadu dan maju. Islam hadhari ialah Suatu pendekatan menyeluruh untuk membangunkan individu, keluarga, masyarakat dan negara, melalui pembangunan insan dan material secara sepadu dan menyeluruh dari segi keimanan, akhlak, keilmuan dan kebendaan, yang membawa manusia mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, berinovatif, serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, objektif dan praktikal.

75

Kesimpulan:
Semenjak negara mencapai kemerdekaan pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan bagi meningkat perlaksanaan dan syiar Islam di Malaysia. Aplikasi nilai Islam dapat dilihat dari pelbagai bidang meliputi perundangan, politik, ekonomi, sosial , pendidikan dll. Penerapan nilai2 Islam dalam ekonomi negara terus menjadi agenda penting di negara kita, antaranya Malaysia berpotensi sebagai negara pengeluar produk halal bagi pasaran dunia, selain dari sistem kewangan Islam berkembang pesat di Malaysia. Pendekatan Islam Hadhari adalah di antara contoh dalam hasrat kerajaan untuk membangunkan umat Islam dan masyarakat Malaysia dalam pelbagai aspek rohani dan jasmani. 1. 2. 3. 4 5. 6. 7. 8.

RUJUKAN
Azhar Hj. Md Aros dll , TITAS,2000: Kuala Lumpur;Fajar bakti Dr.Ahmad Zaki dll.TITAS,,2009 Kuala Lumpur:Oxford Fajar Saifullah Mohd Sawi,Sejarah Dan tamadun Islam di Asia Tenggara,2009, Shah Alam:Karismasdn Bhd Prof. Ahmad Ibrahim,Undang2 Keluarga Islam di Malaysia, 1999,Malayan Law Journal Sdn Bhd. Jakim,Islam Hadhari Satu Penjelasan,2005. percetakan Nasional Bhd. Ruslan Zainuddin dll. Kenegeraaan Malaysia,2005.Oxford Fajar Mohamad Norhakim, Jatuhnya sebuah Tamadun, 2008. Kuala Lumpur:PTS Hashim Musa dll,Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur; Penerbitan Universiti Malaya.

77

78

13

15/03/2011

Sekian, terima kasih.

Wassalam !

cza-januari 2011

79

14

Anda mungkin juga menyukai