Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN Dewasa ini, pendidikan adalah perkara yang menjadi keutamaan.

Kualitipendidikan sering sahaja menjadi kritikan sesetengah pihak, kualiti pendidikan perludiperlihara oleh sesebuah negara. Untuk memastikan kualiti pendidikan terpelihara gurumerupakan fokus utama. Guru adalah pendidik dan juga sebagai pengasuh kanak-kanakyang akan mmenjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negarapada masa depan. Guru memainkan peranan yang amat penting. Selain menyampaikan ilmu, segalatingkahlaku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-murid. Oleh yang demikian,guru mestilah mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik danmurni. Hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi berjaya menjalankan tugassebagai pendidik dengan lebih sempurna.

2. Sifat dan kualiti peribadi Sifat dan kualiti peribadi seorang guru adalah amat penting kerana guru menjadicontoh kepada murid-murid. Seseorang guru yang baik mestilah memiliki sifat dan kualitiseperti berikut:1. Jenaka: Apabila seseorang guru itu mempunyai sifat jenaka, ini akan membawa suasana rianggembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Dengan adanya gelak ketawa dalambilik darjah akan membuatkan guru tersebut disukai dan sering didekati oleh murid-muridnya. Perhubungan guru dengan murid akan terjalin erat dan ini sangat baik dalamkonteks pengajaran dan pembelajaran. Dengan sifat jenaknya, guru dapat menjadikanpelajarannya lebih menarik dan berkesan.2. Baik hati dan bertimbang rasa: Sikap baik hati dan bertimbang rasa seseorang guru amatlah dihargai oleh murid-murid. Murid-murid akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.3. Sabar: Seseorang guru yang penyabar adalah guru yang mampu mengawal kemarahan danmengawal perasaan diri. Guru ini tidak mudah meradang dalam apa jua keadaan. Guruyang mudah menunjukkan kemarahnya tidak akan dapat menjalin perhubungan yang eratdengan murid-muridnya. Akibatnya, sifat kurang sabar ini akan menjejaskan pengajarandan pembelajaran. Seterusnya murid-murid tidak menyukai guru tersebut dan tidakmeminati pelajaran yang diajar oleh guru tersebut.

3. 4. Bertanggungjawab: Tugas yang diamanahkan kepada guru untuk mengajar murid-murid adalah amatpenting. Oleh yang demikian, sifat bertanggungjawab mestilah ada di dalam diriseseorang guru. Ini secara tidak lagsung akan membolehkan guru sentiasa berusahamenjalankan tugasnya dengan sempurna.5. Yakin Sifat kurang yakin yang ada pada guru sendiri adalah merupakan salah satu faktoryang menyebabkan wujudnya masalah disiplin di dalam bilik darjah. Ini kerana guruyang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila guru membuat satu-satutindakan atau keputusan. Murid-murid akan menghormati guru yang boleh mengambiltindakan yang tegas.6. Kepimpinan Murid selalu akan menganggap guru sebagai pemimpin yang baik yang akandiikutinya. Oleh yang demikian seseorang guru haruslah mewarisi sifat kepimpinan agarmurid-muridnya akan mematuhi segala tunjuk ajar. Selain itu guru yang mempunyaikualiti kepimpinan mempunyai tarikat yang tersendiri terhadap murid-muridnya. Dengankualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licindengan berkesan.

4. Sifat dan kualiti profesional Sifat dan kualiti profesional yang tinggi mestilah ada pada seseorang guru yangbertauliah. Ini penting kerana guru yang mempunyai sifat dan profesional yang tinggiakan dapat melakukan dan melaksanakan tugasnya dengan berkesan. Oleh yangdemikian, walaupun seseorang guru yang memiliki ijazah daripada unversiti mereka tidaksemestinya guru yang baik. Antara sifat dan kualiti yang mesti ada pada guru supayadapat menyampaikan pelajaran dengan cekap dan berkesan ialah :1. Ingin tahu Sifat ingin tahu yang ada pada diri seseorang guru akan mendorong seseorang guruitu sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuannya. Guru akan selalumempelajari dan menyuaikan diri dalam perubahan-perubahan, baik daripada kurikulummahupun kaedah mengajar demi kepentingan pekerjaannya sebagai guru.2. Pengetahuan ikhtisas Seseorang yang ingin menjadi guru mestilah menjalani kursus yang ditetapkan olehKementerian Pendidikan Malaysia. Ini kerana seseorang guru itu mestilah bertauliah,iaitu layak menjadi seorang guru dalam erti kata yang sebenar. Guru

mestilahdilengkapkan dengan berbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi kanak-kanak, ilmu kaedah mengajar, kurikulum, mata-mata pelajaran dan sebagainya. Guru-guru yang melengkapkan diri dengan berbagai-bagai pengetahuan ikhtisas ini adalah guruyang telah memperolehi kualiti profesional dalam konteks pendidikan. 5. 3. Suka membaca Guru mestilah memperolehi ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam sebelummenyampaikan pelajaran. Selain itu guru juga mestilah yakin semasa menyampaikan danmenyebarkan ilmu kepada murid. Walau bagaimanapun objektif ini hanya dapat dicapaisekiranya guru sentiasa membaca. Ini kerana, sifat suka membaca adalah kriteria yangpenting untuk mempertingkatkan kualiti profesional seseorang guru.4. Kemahiran bertutur Antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan guru menyampaikan pelajaran ialahkemahiran bertutur. Guru yang mempunyai pertuturan yang jelas dan terang akanmembolehkan murid mendengar pelajaran yang diajarnya dengan tepat dan sebaliknyapertuturan guru yang kurang baik akan menyebabkan penyampaiannya kurang jelas.Dengan penggunaan sebutan dan tatabahasa yang betul murid-murid tidak akan tersilap.Oleh yang demikian kemahiran bertutur merupakan salah satu kualiti profesional yangpenting bagi seseorang guru.5. Daya ingatan Daya ingatan yang baik boleh membantu guru menyampaikan pelajaran yangsepenuhnya mengikut perancangan yang telah disediakan. Oleh yang demikian, murid-murid tidak akan ketinggalan sebarang isi pelajaran yang penting yang disampaikan olehguru. Daya ingatan yang baik adalah antara syarat penting untuk mempertingkatan kualitiprofesional seorang guru. 6. 6. Daya usaha Kualiti daya usaha seseorang guru tidak akan terperangkat dengan masalah yangakhirnya akan menyebabkan muridmurid bosan untuk belajar. Ini kerana guru yangmempunyai kualiti profesional akan selalu dan sentiasa berfikir dan mencuba pendekatanatau keadah yang baru supaya pengajarannya menarik dan berkesan.Sifat dan kualiti sosial Tugas dan kewajipan guru tidak terhad di dalam bilik darjah sahaja. Seseorangguru juga hendaklah melakukan kerjasama sesama guru lain untuk meningkatkankemajuan pelajaran dan pendidikan murid-

murid di sekolah. Ini kerana ia bergantungkepada kerjasama dan muafakat diantara semua golongan guru di sekolah itu. Selain ituimej guru dapat dipertingkatkan jikalau guru sentiasa melibatkan diri secara aktif dalamkegiatan masyarakat seperti menyertai aktiviti pergerakkan belia dan sukan, badankebajikan, kebudayaan dan sebagainya. Oleh yang demikian, konsep guru yang berjaya pada masa sekarang bukan hanyaditinjau dari segi sifat dan kualiti peribadi dan profesional semata-mata, tetapi juga darisegi sosial. Antara sifat dan kualiti sosial seseorang guru ialah :1. Budi pekerti: ini termasuk kelakuan bersopan santun semasa bergaul denagan rakan- rakan sejawat atau semasa menyertai aktiviti dalam masyarakat. Seseorang guru yang mempunyai sifat ini akan sentiasa dihormati dan disanjungi oleh orang ramai. Memberi sumbangan secara sukarela serta dengan penuh dedikasi. Guru itu melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sosial. Rakan-rakan sejawat suka bergaul dengannya. Murid-murid suka berdamping rapat dengannya.7. 2. Ramah mesra: sifat ramah mesra merupakan stu kualiti yang perlu ada untuk mendapat kerjasama orng lain. Sifat ini juga akan sentiasa akan menyebabkan murid- murid suka berdamping rapat dengan guru itu.3. Merendah diri: sifat merendah diri adalah sifat kebaikan daripada sikap sombong. Orang tidak suka akan bergaul dengan orang yang somong. Oleh itu sifat merendah diri merupakan salah satu kualiti sosial yang perlu ada seseorang guru.4. Semangat berbakti: seseorang guru yang mempunyai semangat berbakti akan sentiasa disanjung oleh guru lain. Sifat inimerupakan salah satu kualiti sosial yang murni bagi seseorang guru.5. Jujur: sikap jujur bertentangan dengan sikap menipu. Dengan sifat jujur, guru akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi baik di dalam bilik darjah mahupun diluar bilik darjah. Sifat kejujuran merupakan salah satu kualiti sosial yang murni seseorang guru yang mempunyai sifat kejujuran akan dihormati boleh orang lain. Guru yang jujur akan berusaha bersungguh-sungguh supaya hasil kerjanya mencapai tahap cemerrlang. Secara umumnya, seseorang guru yang mempunyai

sifat dan kualiti sosial yang murnidapat diperhatikan daripada keadaan yang berikut: 8. Sebagaimana yang telah diterangkan, guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak. Guru memainkan peranan menyebar ilmu kepada murid-muridnya. Jadi, durumestilah mempunyai segala sifat dan haruslah menyemai dan memupuk sifat dankualitinya sendiri di dalam usaha menjalankan tugasnya sesuai dengan seorang pendidik,pengasuh serta penyebar ilmu pengetahuan dan kebudayaan negara. Hanya guru yang memiliki sifat dan kualiti yang murni dan bernilai sahaja dapatmenjalankan tugas dan memikul tanggungjawab dengan sempurna dan penuh dedikasi. PENGERTIAN AKAUNTABILITI Mengikut kamus dwibahasa, perkataan akauntabilti dijelaskan sebagaibartanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Jadi,dibawah konteks keguruan, akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawabterhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti seseorang guru terhadap profesionnya,boleh diperlihatkan daripada laporan rasmi yang dikemukakan oleh sekumpulan penilaibebas tentang pandangan mereka terhadap pencapaian atau prestsi guru itu semasamelaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Sebagai contoh, guru yang sedangmengikuti latihan mengajar akan diawasi dan dinilai oleh penel penilai yang dilantikkementerian pendidikan. Panel penilai ini biasanya terdiri daripada orang-orang profesional yang diberipengiktirafan dan mempunyai kecekapan menjalankan penilaian secara tepat dansaksama tentang tugas yang dilaksanakan oleh guru yang dinilai. Selepas penilaian itu,pengurusi dalam panel penilai akan mengemukakan laporan mengenai prestasi atau 9. pencapaian guru itu berdasarkan tugas yang dilaksanakan mengikut ciriciri yangditetapkan. Laporan yang dikemukakan kepada pihak yang berkenaan adalah bertujuanuntuk mempertimbangkan langkah yang selanjutnya bagi meningkatkan prestasi guru. Misalnya, prestasi guru-guru dalam pelbagai kategori adalah dinilai oleh panelpenilai yang terdiri daripada Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Guru Besar danPenolong

Kanan. Hasil penilaian ini akan direkodkan dalam laporan penilaian prestasiyang kemudiannya dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan untuk memperbaikikebolehan guru tersebut. AKAUNTABILITI GURU Menurut akauntabiliti guru terdapat beberapa bidang yang dapat dijelaskan sepertiberikut:-1. Bidang Pekerjaan: Terdapat banyak bidang pekerjaan di Malaysia. Sebagai contoh, seorang pendidik(guru) bertanggungjawab terhadap pekerjaannya iaitu akauntabiliti terhadap kurikulumyang dia ditugaskan untuk melaksanakannya. Oleh itu, guru harus memahami kurikulumsekolah secara mendalam supaya dapat melaksanaknnya dengan sempurna tanpasebarang kesilapan. Pendek kata, pengajaran murid mengikut kurikulum yang ditugaskanadalah salah satu akauntabiliti guru terhadap bidang pekerjaannya.2. Sekolah Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu, guru juga bertanggungjawabterhadap tugas yang diamanahkan oleh pentaadbiraan sekolah. Sebagai seorang ahli 10. dalam sebuah sekolah, guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dankemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain mengajar di dalam kelas, guru juga dikehendakimenjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru disiplin, kaunselor, setiausahapeperiksaan, pengurusi skim pinjaman buku teks dan jawatan-jawatan lain yang dilantikoleh pihak pentadbiran sekolah.3. Tingkah Laku Tingkah laku guru adalah contoh kepada murid-murid. Oleh itu, guru haruslahmempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan kepada murid-muriduntuk dicontohi. Dalam hal ini, guru haruslah sentiasa berpakaian kemas, berkelakuanbaik, bersopan santun, berbudi bahasa, sentiasa menepati masa, rajin dan mempunyaisikap terhadap tugas-tugas yang diamanahkan. Pendek kata, guru haruslah berkelakuanseperti guru, berpakaian seperti guru, berjalan seperti guru dan bertutur seperti guru.4. Murid Sebagaimana yang kita ketahui, tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terhadkepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja, tetapi juga meliputipembentukan sahsiah murid-murid. Ini meliputi berbagai-bagai aspek perkembangan darisegi intelek, rohani emosi dan jasmani supaya

murid-murid menjadi insan yang berilmupengetahuan, bermoral tinggi , hormonis dan seimbang. Oleh itu, guru mempunyaiakauntabiliti terhadap tahap pencapaian, kemajuan serta kelakuan murid-murid yangdiajarnnya. 11. 5. Profesion Sebagai seorang profesional, guru menpunyai akuantabiliti terhadap profesionnya.Oleh itu guru bertanggungjawab meningkatkan imej profesion keguruan denganmemberi perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti mengajar murid dengan cekap dandedikasi supaya setiap murid yang diajarnya akan berjaya mencapai keputusan akedemikyang cemerlang. Dalam hal ini guru hendaklah sentiasa berazam menambahkan ilmupengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan supaya dapat menjalankan tugasmengajar cekap dan sempurna. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepatiakauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan. Sebagaimana profesion-profesion yang lain, guru haruslah menjalankan tugas dantanggungjawab mereka mengikut hasrat sekolah, murid, ibu bapa, masyarakat dan negaraAdalah diharapkan, kaum guru dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasisupaya mutu perkhidmatan mereka selaras dengan akauntabiliti mereka terhadap bidang,sekolah, tingkahlaku murid dan profesion keguruan. Berikutan ialah huraian-huraianringkas mengenai akauntabiliti guru terhadap negara, pendidikan, pelajar dan ibu bapaserta diri.Akauntabiliti guru terhadap negara Menjalankan tugas menyebarkan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negaradengan jelas.1 Memupuk nilai dan sikap yang murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam setiap jiwa pelajar dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab serta berguna. 12. 2 Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara tegas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.3 Mengerat persefahaman dan berkerjasama dengan ikhlas dikalangan guru dan ibu bapa murid .4 Memberi sumbangan secara sekarela kepada negara.5 Bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial demi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.Akauntabiliti Guru Terhadap Program Pendidikan1. Membaca secara meluas buku-

buku yang berkaitan dengan mata-mata pelajaran yang diajar.2 Memahami selengkap-lengkapnya isi dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar.3 Menyertai seminar pendidikan dan menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan untuk meningkat prestasi dalam aktiviti pengajaran .4 Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya mencapai okbektif pelajaran secara maksimum .5 Mengajar dengan fakta yang betul supaya murid dapat belajar dengan tepat dan menerima ilmu pengetahuan yang betul. 13. Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar Dan Ibu bapa1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cara berkesan.2. Mengutamakan kebajikan, kemajuan,dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain.3. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor Jasmani, mental, emosi, politik ,ekonomi, sosial, keturunan atau agama.4. Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran .5. Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas , berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.Akauntabiliti Guru Terhadap Diri1. Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna.2. Mengawal emosi sendiri supaya mendapat ketenangan dan ketenteraman jiwa .3. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijak supaya pendapatan adalah seimbang dengan perbelanjaan harian.4. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks.5. Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku disekeliling melalui surat khabar serta radio dan televisyen . 14. 6. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanafaat dengan tujuan mengisi masa lapang secara berfaedah.Langkah meningkatkan profesionalisme keguruan. Tugas, tanggungjawab dan peranan guru pada masa ini bukan sahaja berbezaberbanding dahulu malahan lebih berat serta kompleks. Ini adalah akibat

daripadaperkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Guru harus menyedari tugasdan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadidewasa nanti. Perubahan pendidikan Malaysia yang pesat, khasnya perlaksanaanreformasi pendidikan dalam dekad 80-an dengan pengenalan program KBSR dan KBSM,memerlukan guru pula merefomasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usahamelengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang canggih demimempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar. Tugas dan kerja guru hari ini tidak sama dengan masa-masa yang lalu ekorandaripada reformasi pendidikan yang dilancarkan. Peranan guru pada masa ini lebihditumpukan kepada menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi perangsangdalam bilik darjah. Guru masa dahulu menumpukan masanya untuk menyedarkanmasyarakat betapa mundurnya mereka dan usaha untuk menggembeleng tenaga merekauntuk memajukan diri sendiri sentiasa dipandang berat oleh guru-guru. Perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah seiringdengan perubahan peranan seorang guru. Ini bermakna sistem latihan perguruan dahulutidaklah lagi bersesuaian dengan peredaran zaman yang sentiasa memerlukanpembaharuan baik dari segi perancangan mahupun perlaksanaan. Untuk menghadapi Penggunaan bahan-bahan pengajaran15. tuntutan dan cabaran daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalambilik darjah supaya memainkan peranan yang lebih berkesan, guru hari ini hendaklahsentiasa melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiranmengajar dari semasa ke semasa. Sehubungan ini, guru hendaklah mengikuti kursus pendidikan yang dianjurkanoleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat PendidikanDaerah misalnya Kursus Dalam Perkhidmatan atau Kursus Peningkatan ProfesionalismeKeguruan. Kehadiran kursus-kursus pendidikan seperti ini adalah penting bagi guru demimempertingkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja pendidikan yang

kiankompleks, canggih serta kian mencabar. Di dalam konteks perkembangan profesionalisme keguruan, salah satu usahautamaialah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru harussentiasa berusaha membawa perubahan dan penyesuaian demi mempertingkatkan prestasidan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang profesion mereka. Usahaini boleh dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankankajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka di bilikdarjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri untukmempertingkatkan kemahiran pembelajaran dalam bilik darjah.Contoh-contoh masalah pendidikan. Di dalam bilik darjah, guru sedikit sebanyak pasti akan jumpa masalah dalamproses pengajaran dan pembelajaran seperti masalah-masalah yang berkaitan dengan : Penyediaan lembaran kerja. Sebagai contoh, katakan sekumpulan guru matematik di sekolah rendahmenghadapi masalah dalam pendidikan pemulihan untuk murid-murid dalam kumpulanlambaat. Guru-guru matematik ini mengambil keputusan untuk mengkaji masalah yangmereka hadapi dan menjalankan penyelidikan secara usahasama. Mereka membuatpemerhatian masing-masing dan merekodkan serta bermesyuarat. Mesyuarat ini adalahutnuk membincangkan dan membuat kesimpulan bahawa strategi menyepadukan gurupemulihan dengan guru matematik ke dalam kelas biasa adalah lebih berkesan daripadamenempatkan murid-murid itu ke dalam kelas pemulihan secara berasingan.Proses Kajian dan Penyelidikan Secara AsasPeringkat 1 : Mengenal pasti masalah dan menentukan tema kajian.Peringkat 2 : Merancang dan menentukan strategi penyelidikan.Peringkat 3 : Melaksanakan rancangan penyelidikan.Peringkat 4 : Menganalisa, mentafsir dan membuat kesimpulan atau keputusan.Peringkat 5 : Menyediakan laporan dan mengambil tindakan.a) menentukan calon-calon untuk dikajib) memilih pembantu untuk menjalankan kajianc) menentu kaedah kajiand) menentu cara penyelidikan Perancangan aktiviti

pemulihan dan pengayaan Pengurusan aktiviti kumpulan Penggunaan strategi dan kaedah mengajar 16. 17. e) menyediakan soalan-soalan kajian dan kajianf) menentukan kaedah pentafsirang) menyediakan jadual perlaksanaanh) mengumpul data membuat pentafsir serta kesimpulani) menyediakan laporan dan mengambil tindakanPendidikan ke arah perkembangan kendiri Mengikut H.V.Perkins, dalam bukunya Human Development and learning (1974),konsep kendiri terdiri pada persepsi, kepercayaan, sikap serta nilai yang khusus dipegangoleh seseorangindividu tentang dirinya. Maka, konsep diri memanglah mempengaruhisegala tingkah laku seseoang individu. Gaya interaksi seseorang individu dalam alamsekitar sedikit sebanyak konsep dirinya.Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentuk konsep diri Pembentukan konsep diri dan orang lain terhadapnya. Maka faktor-faktorpembentukan diri adalah berkaitan rapat dengan sisitem psikofizikal, alam sekitar daninteraksi sosial seoarang individu. Gaya interaksi sosial seorang individu. Di antarafaktor-faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan konsep diri ialah:1. Pengaruh baka keatas ciri-ciri fizikal serta kecerdasan.2. Bentuk tubuh badan mempengaruhi sahsiah.3. Keadaan fizikal mempengaruhi perubahan tingkahlaku4. Emosi mempengaruhi perasaan5. Pengaruh kelurga membentuk sikap dan kercayaan. 18. 6. Kebudayaan mempengaruhi persepsi diri dan persepsi orang lain terhadapnya.7. Pengaruh sekolah yang mengubah tingkah laku agar sesuai dengan persepsi orang lain terhadapnya.8. Status sosial keluarga mempengaruhi pembentukan sahsiah seseoang.Pengaruh konsep diri terhadap seseorang individu Konsep diri banyak mempengaruhi tingkahlaku manusia kearah penyesuaian,iaitu (a) penerimaan atau penolakan diri, dan (b) penghargaan kendiri. Seseorang yangdapat menyesuaikan diri kearah penerimaan kendiri biasanya menggunakan caraberkongsi kasih mengasih dengan keluarga, kawan atau gurunya di sekolah. Perasaanyang dirasainya ialah bahawa dia telah diterima dan dihargai oleh orang-orang yangberinteraksi dengannya, perasaannya akan

membawa menerima dan menghargainya. Sebaliknya, jika seseorang indisidu merasai kurang mandapat peneimaan daripadaornag-orang berinteraksi dengannya, maka dia akan mengalami persaan penolakan diri.Perasaan ini akan membawa kesan negatif dalam usahanya mengatasi masalah hdup yangdihadapi. Penghargaan kendiri ditimbul daripada penilaian terhadap kebolehan dalamkebaikan diri sendiri. Penghargaan kendiri boleh dibahagi kepada tiga jenis, iaitupenghargaan kendiri tinggi biasanya bersikap positif, sanggup berusaha sehingga berjayamencapai apa yang diharapkan, percaya dan yakin terhadap diri sendiri yang berbakatdan berkebolehan. Orang yang mempunyai penghargaan kendiri sederhana biasanyakurang yakin pada sendiri yang berbakat dan berkebolehan. Orang yang mempunyaipenghargaan kendiri sederhana biasanya kurang yakin pada diri sendiri, sentiasa merasa 19. konflikdalam kehidupan dan ragu-ragu mengambil keputusan dengan tepat. Manakalaorang yang mempunyai penghargaan kendiri rendah biasanya bersikap negatif, kurangyakin dengan diri sendiri, ragu tentang kebolehan diri sendir dan sering berusahamelepaskan diri apabila menghadapi masalah. Secara ringkasnya diri sendiri merupakan keseluruhan perkembangan sahsiahseseorang individu yang unik dan dinamik. Manakala, konsep diri bererti persepsiseseorang individu termasuk persepsi orang lain terhadap dirinya. Persepsi-persepsi iniadalah dilahirkan daripada sistem psikofizikal seseorang yang telah dihuraikan diatas. Konsep Diri (kendiri) Persepsi ke atas persepsi Persepsi terhadap diri orang lain terhadap diri sendiri sendiri. Pembentukan konsep diriNilainilai Diri Nilai merupakan kriteria bagi kita mengukur atau mempertimbangkan harga ataupengakuan tentang mutunya sesuatu benda. Di bawah konteks manusia, nilai membawamaksud kebolehan dan kebaikan seseorang. Maka nilai-nilai diri menrangkumi unsur-unsur pertimbangan seseorang individu seperti kebolehan, kebaikan, pengetahuan,potensi, bakat, kepercayaan, kecekapan, sikap, emosi, jasmani dan tingkah lakunya.

20. Nilai moral yang baik, wajar dan diingini boleh dibentuk dengan berbagai-bagaicara, iaitu melalui contoh teladan, norma, adat resam dan percayaan masyarakat,peraturan dan undang-undang, hukuman dan ganjaran dan pendidikan. Nilai-nilai individu biasanya dibina daripada pengalaman-pengalaman yangdialaminya dari semasa ke semasa. Oleh itu, nilai-nilai diri sentiasa berubah mengikutperedaran masa. Biasanya, nilai-nilai seseorang dewasa adalah lebih kompleks danberharga daripada nilai-nilai seseorang kanak-kanak.Kepentingan Nilai-nilai Individu Nilai-nilai adalah penting dalam kehidupan manusia kerana ia menentukanhampir segala corak kehidupan, sama ada dalam masa kini ataupun maa depan. Hampirsegala keputusan dan tindakan seseorang individu diambil berdasarkan kepadapertimbangan-pertimbangan ke atas kebolahan, potensi, pengetahuan, bakat,kepercayaan, kecekapan dan sikapnya. Pertimbangan-pertimbanagan ini adalah unsur-unsur persepsi ke nilai-nilai diri sendiri. Berdasarkan perbincangan di atas, perkembangan kendiri boleh disamakansebagai perkembangan potensi diri dari segi intelek, rohani, sosial, rohani dan jasmani.Usaha untuk memperkembangkan potensi diri bukan sahaja kemahiran-kemahiran sepertikemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran sosial, kemahiran komunikasi sertakemahiran menangani masalah dan cabaran. Oleh itu, guru haruslah menguasai kemahiran-kemahiran ke arah perkembangankendiri. Usaha ini akan membolehkan guru mengembangkan potensi diri, meningkatkan

21. statusnya sebagai profesional dalam erti kata sebenarnya, menjalankan tugas dengancekap dan penuh keyakinan serta mencapai prestasi yang cemerlang.Peka Terhadap Perkembangan Pendidikan Terkini Di dalam dekat 90-an, Malaysia dijangka akan mengambil langkah untukmengemaskini sistem pendidikan negara dengan memperkenalkan beberapa perubahanseperti berikut :1. Memperkenalkan pendidikan prasekolah dalam sekolah rendah.2. Mengurangkan tahun persekolahan diperingkat sekolah rendah dari 6 tahun kepada 5 tahun bagi murid-murid cerdas dan melanjutkan tahun persekolahan ke 7 tahun untuk murid-murid yang lambat.3. Memberi peluang pendidiakn kepada semua pelajar

denagn melanjutkan tempoh pelajaran mereka dari 9 tahun hingga 12 tahun, iaitu sehingga tingkatan 5 di peringkat sekolah menengah.4. Mengutamakan pendidikan teknologi dengan tujuan melahirkan pelajar yang mahir dalam bidang seni perusahaan, perdagangan dan ekonomi rumah tangga.5. Mengubah sistem peperiksaan SRP kepada Penilaian Menengah rendah (PMR).6. Menghapuskan sistem pengaliran di peringkat sekolah menengah atas dan menggantinya dengan sistem pendidikan umum.7. Mengubah sistem peperiksaan SPM kepada Penilaian Menengah Atas dan menjadikannya sebagai peperiksaan terbuka.8. Mengutamakan pendidikan Sains dan Matematik dengan mengubahsuaikan program KBSR dan KBSM untuk menghadapi cabaran Wawasan 2020. 22. 9. Meningkatkan kualiti pendidikan dengan melatih cukup tenaga pengajar yang mahir dalam pelbagai jurusan pendidikan.10. Menukar sistem persekolahan dengan menambah waktu pelajaran sesi pagi sehingga petang.Pendidikan kini di Malaysia(i) Pendidikan Jarak Jauh (iii) Pendidikan Terbuka(ii) Pendidikan Komputer (iv) Pendidikan Radio dan Televisyen(i) Pendidikan Jarak Jauh. Kaedah pendidikan ini juga dikenali sebagai Pendidikan Melalui Media,Pendidikan Komunikasi atau Pendidikan Melaui Siaran. Terdapat dua cara yang bisadigunakan dalam pengendalian pendidikan jarak jauh ini iaitu :1. Guru atau pengajar menyampaikan pengajarannya dengan tidak payah bersemuka dengan pelajar. Mereka menggunakan kaedah jarak jauh iaitu dengan menggunakan alat penghantaran seperti radio atau televisyen.2. Selain itu pengajar menyampaikan pengajaran mereka dalam bentuk naskah bercetak, pita rakaman, pita video ataupun dalam disket komputer ke pusat pusat sumber untuk dipinjamkan kepada pelajar pelajar yang ingin menggunakannya. Selain itu juga pelajar boleh dilatih dengan menggunakan kaedah CAL ( Computer Assisted Learning ) dirumah. 23. Alat bantuan mengajar seperti ini adalah untuk memudahkan pelajar untuk belajarBagi mereka yang tidak dapat menghadiri kelas ataupun kuliah. Mereka bolehmendapatkannya dengan hanya duduk dirumah. Dalam perkataan lain sekolah tidak lagimenjadi tempat bagi mendapatka

pendidikan formal.pelajar pelajar yang mengikutisistem pendidikan ini akan mengikuti rancangan peljaran sesuatu kurikulum,menjalankan dan menyediakan kerja kursus dan juga menduduki peperiksaan sepertipelajar lain. Mereka juga seterusnya akan memperolehi sijil yang juga diiktiraf. Namun begitu jenis pendidikan seperti ini hanya banyak diamalkan dinegarabarat, di negara kita pendidikan seperti ini dikenali sebagai pendidikan luar kampus.Program pendidikan luar kampus ini telah mula diperkenalkan dinegara kita pada tahun1971 di Universiti Sains Malaysi. Dalam program ini guru guru terelatih dikehendakimengahdirkan diri ke kuliah dalam cuti penggal ketiga setiap selama 4 tahun. Merekajuga kana menduduki peperiksaan yang sama seperti pelajar pelajar lain yang menuntutsecara sepenuh masa. Kemudian pada tahu kelima pula, guru guru yang telah berjaya akan memasukiUniversiti itu dan kursus tahun ketiga dengan sepenuh masa bersama sama penuntuttahun akhir yang lain. Program ini telah bermula dengan pengambilan pelajar seramai 84orang iaitu pada tahun 1971, dan seterusnya pada tahun 1974 bilangan kemasukan telahbertambah kepada 570 orang. Pada waktu ini program ini telah berkembang dengankemasukan ribuan penuntut pada setiap tahun, dan mereka telah mengikuti kursus dalamberbagai bidang. 24. (ii) Pendidikan Terbuka. Kaedah pendidikan ini pula boleh dimaksudkan dengan pendidikan masyarakatatau aktiviti pendidikan di luar sekolah. Ia tidak memerlukan sebarangkelayakan untukmendaftar diri bagi mengikuti segala aktiviti. Aktiviti pendidikan boleh dijalankandirumah ataupun ditempat kerja sendiri. Trdapat berbagai - bagai jenis pendidikanterbuka yang dikelolakan oleh berbagai pihak, diantaranya ialah Pendidikan Jarak Jauh,Pendidikan Komputer dan Pendidikan Universiti Terbuka.(iii) Pendidikan Radio Dan Televisyen. Radio adalah alat bentuan mengajar yang agak berkesan dalam bidang pengajarandan juga pembelajaran. Ia memain peranan dalam penguasaan kemahiran bahasa. Murid-murid akan dapat mendengar rancangan-rancangan pelajaran yang dikelolakan olehpihak-pihak tertentu dan secara tidak langsung mereka akan dapat menguasai kemahiranmendengar dan menguasai bahasa

baku. Di samping itu mereka juga akan mendapatpengetahuan lain yang mungkin berguna kepada mereka. Televisyen juga adalah alat bentu mengajar yang berkesan dan ia lebih baik jikadibandingkan dengan radio. Ini adalah kerana disamping mendengar pelajar dapatmenggunakan deria penglihatan mereka. Dengan ini pelajar dapat menggunakan kedua dua pencaindera terpenting mereka dalam pembelajaran iaitu penglihatan dan jugapendengaran. Program pendidikan ini telah dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikandi bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Penyediaannya adalah berdasarkan SukatanPelajaran KBSR dan KBSM secara khusus supaya ia menjadi menarik untuk disiarkan 25. dan berkesan. Ia bertujuan untuk melengkapi kekurangan guru guru dari segi rancangandan pengajaran serta alat bantu mengajar. Rancangan ini dikendalikan oleh guru guruyang dilatih khas dan mahir bagi memastikan supaya ia berjaya dan berkesan. Di negara kita, program ini disiarkan secara langsung dari masa kesemasamengikut jadual yang telah ditetapkan. Sistem yang lebih cnaggih ialah pendidikantelevisyen melalui satelit di mana ramai orang dewasa mendapat pendidikan profesionalmelaluinya.(iv) Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran. Kaedah in telha memberikan banyak perkembangan dalam sistem pendidikanyang semakin maju dan canggih ini. Ia membawa perubahan dan perkembangan barudalam pendidikan khususnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teoripengajaran, pengurusan sekolah serta kemahiran guru. Dalam pendidikan penggunaankomputer boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu :1) Komputer membantu poendidikan. Segala tugas pengajaran dilkukan dengan menggunakan teknolgi komputer.Selain itu penggunaan komputer juga dilakukan dalam bidang pengurusan pembelajaran.budaya komputer adalah penting sepertimana kemahiran mengira ataupun membaca, jikatiada budaya komputer maka pelajar akan dianggap buta huruf pada masa akan datang.2) Komputer membantu pengajaran. Ia merupakan penggunaan teknologi dan sistem komputer dalam pengajaran.Teknologi erta sistam

komputer digunakna oleh pelajar bagi mengikuti pelajaranterancang secara individu tanpa memerlukan guru pembimbing. Tugas guru hanyalah 26. untuk merekabentuk program, dan pelajar akan belajar program itu menggunakankomputer sebagai alat perantaraan. Modul pula dirancang dirancanga dalam bentukpelajran formal, latihan terkawal, pengajaran, serta penyelesaian masalah.3) Komputer mengurus pengajaran. Pengumpulan maklumat dan juga penganalisaan mengenai keberkesanan pengajaran,penggunaan bahan pengajaran, situasi pengajaran interaksi murid dalam kelas bolehdilakukan menggunakan teknologi komputer. Kemudian hasil yang diperolehi akandigunakan bagi mengubahsuai rancangan pelajaran dan memperbaiki kelemahan kelemahan yang ada.4) Komputer membantu pengujian. Selain dari kegunaan sistem komputer yang diterangkan diatas terdapat jugakegunaan lain yang biasa digunakan iaitu untuk menguji keberkesanan pembelajaran. iadikendalikan dengan dua cara iaitu : a) Jawapan murid adalah menggunakan borang komputer dan penandaan dilakukan menggunakan komputer. b) Pemilihan soalan juga menggunakan komputer dan murid akan menggunakan komputer bagi menjawab soalan. Kemudian markah akan diberikan oleh komputer. Di Malaysia penggunaan sistem komputer dalam pendidikan adalah semakinmeningkat. Dalam dekat 70 an, penggunaan komputer adalah meluas bagi memeriksakertas jawapan objektif dalam peperiksaan awam. Selain itu ia juga digunakan dalambidang pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Dalam dekad ini dijangkakan bahawakomputer akan digunakan secara meluas. 27. KESIMPULAN Institusi pendidikan merupakan salah satu daripada institusi-institusi yangdisediakan oleh kerajaan, sesuai dengan keperluan rakyat yang mementingkan pendidikandemi masa hadapan yang gemilang. Justeru itu kerajaan telah menyediakan prasarana-prasarana yang berkaitan dengan institusi pendidikan. Sebagai contoh, kerajaan telahmenyediakan sekolah-sekolah di setiap kawasan yang mempunyai penduduk sama ada dibandar atau di kampung-kampung. Kerajaan juga menyediakan perpustakaan, pinjamanpelajaran (biasiswa), maktab

perguruan dan sebagainya. Tetapi kepentingan maktabperguruan sebagai titik asas penghasilan bakal-bakal guru tidak dapat dinafikan. Disinilah bakal-bakal guru diajar dan dibentuk untuk menjadi seorang guru yang berkarismadan bermotivasi tinggi. Guru merupakan individu yang mencorak sahsiah keperibadian seseorang pelajardan ini penting supaya pelajar yang keluar dari zaman persekolahan akan menjadiseorang yang berguna, berketrampilan dan memenuhi keperluan era teknologi moden.Guru seharusnya mempunyai sifat-sifat bertanggungjawab terhadap proses pembelajaranmurid-murid sesuai dengan kosep keguruan itu sendiri. Guru harus peka dengan suasanapembelajaran dan mengikutinya serta mempunyai akauntabiliti. Akauntabiliti ini amatpenting kerana guru bukan sahaja bertanggungjawab terhadap hubungan guru denganmurid tetapi juga hubungan diantara guru dengan guru serta diantara guru dengan ibubapa pelajar. Selain daripada itu, guru harus menyiapkan diri dengan cara pembelajaran yangmoden seiring dengan perubahan teknologi dalam kehidupan. Pada masa dahulu gurumengajar dengan menggunakan kaedah lama iaitu guru mengajar dan murid mendengartetapi cara itu harus diubah. Sebagai contoh, guru sekarang dapat menggunakanpendekatan baru seperti menggunakan OHP, alat pandang dengar ataupun menggunakankomputer dalam sesi pengajaran. Ini dapat memudahkan pelajar memahami pelajaranselain mendedahkan pelajar kepada teknologi. 28. Walau bagaimanapun, guru seharusnya menyiapkan diri terlebih dahulu dengansegala ilmu yang diajar ketika berada di maktab-maktab perguruan. Ini kerana guruseharusnya mahir dengan cara pengajaran di dalam kelas selain mempunyai kemahiranberkomunikasi yang baik. Semua ini dapat membantu guru-guru mencapai objektifkeguruan dengan baik selain menjadi seorang guru yang cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai