Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih pucuk pimpinan majlis, yang di hormati barisan panel hakim yang Cantik susun aturnya, penjaga

masa yang setia dengan jarum saatnya,dif-dif kehormat, dato-dato, datindatin, seterusnya para hadirin penggerak visi. salam sejahtera & Salam 1 Malkaysia..

Andai lancar sebuah kapal dek kecekapan kemudi, gagah tangkasnya Seekor kuda kerana cemeti, terjana nya negara berjaya lantaran mekanisma apa? Justeru di bawah persoalan ini marilah kita bersama-sama menghayat iInformasi bervisi yang akan saya kupas dalam tajuk pidato saya pada hari ini, iaitu : BELIA SEJAHTERA TANPA DADAH Pukul kuda dengan cemeti, Kuda dipukul dirantai besi, Wahai saudara yang hamba hormati, Izinkan hamba mendefinasi. Sebelum tirai mebuka kata, sebelum wajah berganti rupa , marilah sama-sama Melayari bahtera definisi yang akan saya kupas pada hari ini.

Menurut kamus Dewan Dan Pustaka Edisi ke-4, Belia = golongan muda Sejahtera= aman atau tenang Tanpa = tidak mendapat apa-apa Dadah = ubat-ubatan atau dadah yg mem-bahayakan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) = Penyalahgunaan dadah melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah secara berlebihan

Maka setelah dirangkumkan frasa-frasa di atas, dapatlah di intepretasikan disini bahawa BELIA SIHAT TANPA adalah golongan muda yang hebat, kuat dan berkuasa dan menyumbang kepada kemajuan dari pelbagai aspek termasuklah ekonomi,politik dan sosial