Anda di halaman 1dari 1

Rumah Terbuka Malaysia ialah sambutan perayaan utama rakyat Malaysia pada peringkat Kebangsaan.

Perayaan tersebut diadakan pada setiap tahun. Antara perayaan yang disambut ialah Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Tadau Kaamatan dan Hari Gawai. Para pemimpin, pihak penganjur dan pengelola meraikan tetamu yang hadir ke Rumah Terbuka Malaysia. Tetamu yang hadir pada majlis tersebut terdiri daripada segenap lapisan masyarakat. Mereka memberi sokongan dan menunjukkan persefahaman walaupun berbeza kepercayaan agama, budaya dan keturunan. Selain itu, para pelancong yang sedang melancong di negara ini juga berkesempatan untuk menghadiri Rumah Terbuka Malaysia. Mereka kagum dengan perpaduan yang ditunjukkan oleh rakyat di negara ini. Secara tidak langsung, pelbagai media dari luar negara juga, turut hadir dan membuat liputan tentang Rumah Terbuka Malaysia. Justeru, Rumah Terbuka Malaysia dapat mempromosikan sektor pelancongan dan meningkatkan ekonomi negara kita. Pengunjung yang hadir pada majlis tersebut disajikan dengan pelbagai jenis makanan. Selain itu, tetamu juga dihidangkan dengan persembahan kebudayaan daripada pelbagai kaum. Pengunjung yang hadir berpuas hati dan gembira dengan layanan yang diberikan kepada mereka. Sesungguhnya, Rumah Terbuka Malaysia telah mewujudkan semangat cinta akan negara dengan keharmonian rakyat pelbagai kaum. Semoga, Rumah Terbuka Malaysia akan diteruskan pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai