Anda di halaman 1dari 1

Teks Makanan Kebersihan dan Berkhasiat

Selamat sejahtera. Adik-adik sudah bersarapan atau belum? Setiap hari, kita mesti bersarapan supaya kita dapat memberikan tumpuan kepada pelajaran. Adik-adik suka makan buah atau tidak? Kita perlu makan buah, namun buah itu mestilah dibasuh terlebih dahulu. Buah-buahan dapat membantu tubuh mencegah penyakit. Adik-adik pun mesti makan sayur. Kita mesti makan sayur setiap hari kerana sayur mengandungi vitamin. Adik-adik juga patut mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi gula dan garam yang berlebihan. Amalan ini baik untuk kesihatan kita. Ingat adik-adik, kita mesti mengambil makanan yang bersi dan berkhasiat.