Anda di halaman 1dari 13

PENDAHULUAN

Dewasa ini ramai dikalangan kita hangat membincangkan tentang isu murtad sama ada
di kedai-kedai kopi mahupun di dalam media cetak mahupun media elektronik. Isu ini
sebenarnya telah lama dibincangkan antara kalangan ilmuwan Islam tempatan bahkan
diperingkat global bagi membendung umat Islam daripada kembali ke ajaran agama
asal mereka seperti Kristian, Hindu dan banyak lagi agama yang terdapat di negara ini.
Gejala murtad dikalangan umat Islam negara ini begitu hebat diperdebatkan lebih-lebih
lagi ada segelintir pihak yang sengaja mengapi-apikan isu ini di mana mereka
mengatakan ianya adalah untuk memperjuangkan hak asasi manusia seperti mana
yang diperjuangkan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan England yang
terbukti bukannya negara Islam ataupun mudahnya kafir. Murtad atau keluar dari
agama Islam merupakan satu jenayah besar dalam Islam; Ia dianggap kufur yang
paling jijik dan keji, malah lebih keji dari kufur biasa, kerana orang murtad dianggap
menghina Islam, menghina Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. Sebab itu, orang
murtad mesti dijatuhkan hukuman bunuh setelah disuruh bertaubat beberpa kali
sedangkan dia tetap tidak mahu bertaubat. Murtad jika menjadi satu fenomena ia akan
mengancam masyarakat muslim. Jika masyarakat itu telah membentuk negara muslim,
ia akan mengancam identiti Negara tersebut. Maka fenomena murtad sangat
berbahaya serta boleh mencetuskan perubahan identiti atau maruah sesebuah negara
muslim. Dalam masyarakat hari ini, kita menangkap dan mengambil tindakan kepada
penyalahgunaan dadah. Walaupun mudarat langsung itu kelihatan berlaku kepada diri
individu, namun jika ia menjadi arus, ia akan mengancam identiti dan keseimbangan
sesebuah masyarakat. Maka tidak hairan apabila murtad menjadi gelombang yang
mengancam kestabilan maka Abu Bakar mengambil tindakan memerangi mereka.
Hakikat ini tidak wajar dipertikaikan oleh seorang muslim.

Mengapakah murtad ini boleh berlaku dikalangan umat Islam di negara ini? Bagaimana
caranya untuk kita mengatasi ataupun membendung perkara ini daripada terus
berlaku? Umat Islam di negara ini perlu memantapkan diri dari segi akidah dan tauhid
kepada Allah bagi mempertahankan kesucian agama Islam itu sendiri. Terdapat

1|Page
pelbagai faktor dan langkah bagaimana untuk mengatasi perkara ini antaranya adalah
dengan memantap dan memajukan diri melalui pembacaan buku atau kitab-kitab
agama dan sering bertanyakan perkara-perkara tentang akidah kepada orang yang
lebih arif seperti ustaz-ustaz yang bertauliah atau pun badan-badan agama yang
berdaftar di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

PENGERTIAN MURTAD
MURTAD adalah ungkapan yang menakutkan. Tidak ada mukmin yang sebenar tidak
berasa sensitif atau ketakutan apabila perkataan murtad dikaitkan dengannya. Bahkan
mukmin yang sejati apabila mendengar perkataan murtad atau kufur akan menyebut
dalam jiwanya, “aku pohon perlindungan dengan Allah dari itu semua.” Allah berfirman
dalam surah al-Baqarah: 217: (maksudnya) dan sesiapa di antara kamu yang murtad
(berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati dalam keadaan kafir,
maka mereka itu rosaklah amalan (yang baik) mereka di dunia dan di akhirat, dan
mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).

Dari sudut bahasa “Riddah” atau murtad bermakna “ruju” beralih daripada berpegang
kepada sesuatu kepada yang lain. Dalam istilah syarak ia bermakna beralih daripada
berpegang kepada agama Islam kepada menganut agama lain. Dalam pengertian ini
Allah menyebutkan dalam surah al Baqarah ayat 217 seperti berikut

‫ت أَعْ َمالُ ُه ْم فِي‬ Kَ ‫ُت َوه َُو َكا ِف ٌر َفأ ُ ْو َلـئ‬


ْ ‫ِك َح ِب َط‬ ْ ‫َو َمن َيرْ َتد ِْد مِن ُك ْم َعن دِي ِن ِه َف َيم‬
َ َ ‫ال ُّد ْن َيا َواآلخ َِر ِة َوأ ُ ْو َلـئ‬
Kَ ‫ار ُه ْم فِي َها َخالِ ُد‬
‫ون‬ ِ ‫ِك أصْ َحابُ ال َّن‬

2|Page
Sesiapa dari kalangan kamu yang murtad dari agamanya kemudian dia mati dalam
kaadaan kafir, maka orang berkenaan amal usahanya yang baik menjadi lupus ; baik di
dunia mahu pun di akhirat. Mereka menjadi penduduk neraka yang kekal di dalamnya
selama-lamanya.

Murtad berlaku apabila seorang lelaki atau wanita Islam yang meyakini sesuatu yang
bercanggah dengan hakikat akidah agama Islam yang asas dan teras atau dengan
menuturkan perkataan , perbuatan atau tindakan meninggalkan perkara-perkara yang
di anggap kufur dalam neraca penilaian Islam. Dengan tindakan berkenaan maka para
pelakunya dianggap terkeluar dari lingkungan agama Islam yang sangat lapang.

Dalam petikan akhbar ‘online’ HarakahDaily.net terbitan 30 Mei 2007 ada menjelaskan
tentang beberapa sebab serta perbuatan yang boleh menyebabkan seseorang atau
sesuatu kumpulan itu terkeluar daripada agama Islam. Antaranya adalah yang pertama
mempersekutukan Allah sama ada melalui I'tikad, ucapan ataupun perbuatan seperti
sujud kepada berhala atau berjalan ke gereja dengan gaya serupa macam orang
Nasrani. Perbuatan ini secara terang-terangan menunjukkan bahawa seseorang itu
tidak lagi beriman kepada Allah sebagai pencipta alam semesta dan ianya dianngap
bukan lagi beragama Islam. Sebab kedua yang membolehkan seseorang itu menjadi
murtad adalah mengingkari agama Islam atau satu rukun daripadanya, atau
mengingkari satu hukum Islam yang dapat diketahui secara jelas dan sahih.
Sebagaimana yang telah diketahui oleh umat Islam, agama Islam telah menggariskan 5
rukun yang perlu dipatuhi oleh setiap insan yang beragama Islam iaitu mengucap dua
kalimah syahadah, solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, zakat dan yang
terakhir adalah menunaikan haji di Baitullah. 5 rukun Islam ini perlu dipatuhi bagi
mengelakkan diri umat Islam itu terpesong daripada ajaran agama Islam yang sebenar.
Seterusnya adalah orang yang meng'itikadkan bahawa tidak wajib berhukum dengan
hukum yang diturunkan Allah.

3|Page
Mengikut pandangan ulamak Islam murtad boleh diterjadi melalui salah satu dari tiga
perkara berikut lalui perkataan, ucapan dan kata-kata, melalui perbuatan atau tingkah
laku dan melalui iktiqad, kepercayaan dan keyakinan dalam hati atau niat.

a) Melalui Perkataan / Ucapan dan Kata-kata.

Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata-kata. Apabila ucapan
dan kata-kata tersebut menolak hukum-hukum Islam dan prinsip-prinsip ajaran Islam
yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina apa-apa ajaran Islam,
hukum hakam Islam, menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan nabi-nabi lain, menghina
Allah S.W.T. dan sebagainya, atau seseorang itu mengingkari wajib mengeluarkan
zakat, wajib puasa, wajib sembahyang lima waktu, wajib haji dan lain-lain, atau dia
berkata minum arak tidak haram, berzina harus, apatah lagi kalau suka sama suka, riba'
diharuskan (tidak haram), dikatakan al-Quran bukan kalam Allah atau kata-kata yang
merendahkan dan menghina Sunnah Rasulullah, umpamanya apabila diterang
kepadanya bahawa mengerat kuku adalah Sunnah Rasulullah S.A.W. Apabila dia
mendengar kata-kata itu, dia menjawab, "aku tidak akan kerat kuku, walaupun ia
Sunnah Rasulullah (dengan niat mahu menghina sunnah tersebut)". Atau dia berkata,
"sekiranya Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. menyuruh aku kerjakan anu-anu, aku
tidak akan melakukannya". Atau dia berkata,"Aku tidak tahu adakah nabi itu manusia
atau jin". Atau pun dia berkata,"Aku tidak tahu apa itu iman". Semua kata-kata di atas
adalah ucapan yang menghina / mengejek ajaran Islam, maka dengan kata-kata
sedemikian seseorang itu boleh menjadi murtad.

Begitu juga seseorang yang zalim,apabila dia mendengar orang yang dizaliminya
berkata,"Ini, (kezaliman yang dilakukan ke atasnya) adalah ketetapan Allah dan takdir
Tuhan", maka orang zalim tadi sebaik sahaja mendengar kata-kata di atas dia terus
berkata dengan sombong,"Aku lakukan itu bukan dengan takdir Allah S.W.T. tetapi
dengan kuasa yang ada padaku", maka kata-kata orang zalim sedemikian itu boleh
menjadi murtad.

4|Page
Begitu juga kalau seseorang Islam menghalalkan hukum yang haram oleh Allah dan
RasulNya atau sebaliknya mengharamkan sesuatu yang halal yang telah disepakati
oleh para ulamak tetang halal atau haramnya perkara itu seperti dia menghalalkan zina,
menghalalkan liwat, menghalalkan minum arak, atau mengharamkan perkahwinan,
mengharamkan jual beli dan seterusnya. Maka sikap sedemikian boleh menjadi murtad.

Dalam buku Mustika Hadis, ada menyebut beberapa contoh kata-kata yang boleh
membatalkan iman seseorang atau yang boleh menjadi murtad iaitu:

Kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti :

1. Hukum apa ini?


2. Hukum ini sudah lapuk.
3. Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang
kemajuan.
4. Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup
aurat dengan memakai telekong).
5. Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?
6. Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat
apa salahnya.
7. Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
8. Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak
maju.
9. Seseorang berkata,"Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila
diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa
makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
10. Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila
diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.
11. Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan
cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.

Ungkapan yang disebut di atas adalah beberapa contoh kata-kata yang boleh
menjadi murtad.

5|Page
b) Melalui Perbuatan atau Tingkah Laku.

Apabila seseorang Islam melakukan apa-apa perbuatan atau apa-apa tingkah laku
yang boleh membatalkan imannya maka orang itu boleh menjadi murtad seperti sujud
kepada berhala, matahari, bulan, manusia, kepada malaikat atau kepada mana-mana
makhluk lain atau melakukan ibadat terhadap selain daripada Allah S.W.T. Seperti
menyembah batu, pokok kayu dan lain-lain. Begitu juga mana-mana perbuatan yang
menghina, merendah dan mempersendakan Islam seperti mencampakkan al-Quran ke
tempat-tempat kotor secara sengaja atau kitab-kitab hadith dan tafsir atau memijak-
mijaknya dengan niat menghina. Dalam buku Mustika Hadith ada menyebut perbuatan
yang boleh menjadi murtad seperti meletakkan ayat-ayat suci al-Quran, hadith-hadith
nabi, nama-nama Allah, rasul-rasulNya, malaikat dan ilmu-ilmu agama di tempat najis
atau kotor dengan tujuan menghina dan merendahkannya. Begitu juga seseorang yang
meninggalkan sembahyang Fardhu atau puasa Ramadhan dalam keadaan mengingkari
wajibnya atau mengatakan ia tidak wajib, maka dia boleh menjadi murtad kerana dia
mengingkari satu perkara yang memang diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu
adalah wajib ke atas setiap orang Islam. Tetapi kalau dia meninggalkan kerana malas,
sedangkan dia yakin sembahyang atau puasa itu wajib, maka ia tidak menjadi murtad.
Apa yang disebut adalah sebahagian dari contoh-contoh yang boleh memurtadkan
seseorang Islam melalui perbuatan dan tingkah laku.

c) Melalui Akidah atau Kepercayaan atau Niat.

Murtad melalui akidah, kepercayaan atau niat akan berlaku apabila seseorang Islam
mengingkari dalam hatinya mengenai kebenaran ajaran Islam seperti dia yakin ajaran
Islam sama sahaja dengan ajaran agama lain, atau yakin bahawa agama lain lebih baik
dari agama Islam, dia yakin hukum hudud (jinayah Islam) tidak layak dilaksanakan
sekarang dalam masyarakat moden. Begitu juga apabila seseorang Islam yakin Allah
tidak berkuasa, Allah tidak mencipta alam ini, Allah lemah, mempunyai sifat sama
seperti makhluk dan lain-lain lagi. Demikian juga jika seseorang itu percaya bahawa
Nabi Muhammad SAW bukan nabi akhir zaman, syariat dan ajaran Islam yang dibawa

6|Page
bukan untuk seluruh manusia, atau dia percaya hukum Islam yang dibawa oleh baginda
adalah hukum-hukum lapok, tidak sesuai dengan keadaan zaman. Dia menghina apa-
apa ajaran yang dibawanya, dia beriktikad tidak ada dosa dan pahala, tidak ada syurga
dan neraka, manusia tidak dibangkit semula sesudah mati, beriktiqad agama orang kafir
lebih baik dari agama Islam, atau berbalik-balik hati antara mahu manjadi kafir pada
masa akan datang dan lain-lain lagi keyakinan dan iktikad yang salah.

Para Ulamak bersepakat meletakkan dua syarat bagi mengesahkan seseorang Islam
dikira murtad;

1. Berakal, orang yang yang melakukan perkara-perkara yang boleh menjadikan


murtad sama ada berbentuk kepercayaan, perkataan perbuatan ataupun
meninggalkan sesuatu perbuatan perlu mempunyai akal yang waras dan boleh
berfikir dengan baik untuk digelar murtad dan dijatuhkan ke atasnya hukuman
murtad. Kanak-kanak, orang gila, dan orang yang pengsan tidak dikira murtad
walaupun telah melakukan perkara-perkara yang menyebabkan murtad.
2. Pilihan sendiri atau sukarela. Tidak sah murtad orang yang dipaksa sedangkan
hatinya masih beriman. Ianya berdasarkan kepada firman Allah dalam surah An-
Nahl ayat 106

Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya


kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang
hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya
menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula
beroleh azab yang besar.

7|Page
SEBAB BERLAKUNYA MURTAD DAN CARA MENGATASINYA

Beberapa tahun kebelakangan ini, didapati kes-kes murtad di kalangan orang Melayu
semakin bertambah. Fenomena ini tidak harus dibiarkan berterusan kerana ia
merupakan isu penting agama Islam dan orang Melayu sendiri. Menukar agama
merupakan perkara yang dilarang keras oleh agama Islam dan bagi orang-orang
Melayu ia merupakan perkara yang amat mengaibkan. Sekiranya tidak ditangani segera
kita percaya ia akan berubah menjadi suatu gejala yang akan menggugat wibawa Islam
sebagai agama persekutuan di samping melemahkan sendi kekuatan umat Melayu.

Realiti baru yang perlu dihadapi masyarakat Malaysia khususnya dalam era globalisasi
adalah kesan daripada fahaman-fahaman anti-agama seperti sekularisme,
individualisme, hedonisme, materialisme, yang disogok dan dipaksakan kepada umat.
Nilai-nilai negatif yang sebahagiannya disebar melalui media cetak dan elektronik mulai
membudaya dalam masyarakat. Ini menyebabkan persepsi terhadap agama berubah.
Nilai-nilai agama semakin tidak dihargai. Agama tidak dilihat sebagai tuntutan utama
kehidupan, sebaliknya ia sekadar keperluan budaya yang bukan fundamental.
Pandangan seperti ini mulai dianut khususnya oleh generasi muda. Antara lain mereka
yang meninggalkan Islam adalah disebabkan oleh faktor perkahwinan. Jika kita teliti,
ramai yang ingin meninggalkan Islam terdiri daripada mereka yang dahulunya
beragama lain. Apabila berlaku perceraian, mereka hilang tempat bergantung.
Masyarakat Islam pula ramai yang kurang prihatin terhadap saudara baru. Lalu mereka
tiada pilihan, terpaksa kembali kepada keluarga asal atau masyarakat yang lebih
memahami mereka. Selain itu kelemahan iman seseorang muslim itu juga turut menjadi
faktor mengapa ramai dikalangan orang Islam di Malaysia keluar daripada agama
Islam. Pemahaman dan bimbingan yang sempurna tentang akidah adalah intipati utama
bagi memastikan seseorang muslim itu berpegang teguh serta taat kepada perintah
ajaran agama Islam terutamanya bagi mereka yang baru memeluk agama Islam agar
mereka dapat mendalami Islam dengan secukupnya dan tidak merasa terpinggir. Di
samping itu kurangnya tenaga pengajar yang bertauliah juga menjadi salah satu faktor
terjadinya murtad kerana bimbingan daripada mereka yang bertauliah daripada bidang
agama cukup penting bagi mengelakkan terjadinya kekeliruan serta kekusutan yang

8|Page
boleh membawa kepada masalah yang lebih rumit. Selaras dengan apa yang
disarankan oleh ajaran Islam yang menuntut kita sebagai muslim untuk menuntut ilmu
bagi memenuhi tuntutan dunia dan akhirat. Selari dengan perkembangan teknologi dan
era globalisasi, ramai di antara kita dapat mengakses maklumat dengan mudah melalui
internet. Oleh itu kita sebagai umat Islam mestilah pandai serta bijak dalam mencari
maklumat berkaitan dengan Islam. Ketika inilah peranan guru agama yang bertauliah
untuk menerangkan kekusutan yang kadangkala tidak dapat diperoleh melalui
pembacaan sahaja.

Masalah lain yang mendorong kepada terjadinya murtad adalah paksaan daripada
keluarga asal mereka sendiri untuk keluar daripada ajaran Islam dan kembali kepada
agama asal. Konflik ini sering berlaku dikalangan saudara baru atau mereka yang baru
menganut agama Islam di mana mereka kadang kala keliru dalam membuat keputusan
sama ada memilih keluarga ataupun memilih agama Islam. Jadi, pelagai pihak
khususnya Jabatan Agama Islam perlu membimbing dan menasihati mereka agar
mereka tidak kembali ke ajaran agama asal.

Justeru itu, isu murtad perlu ditangani secara tegas tetapi penuh hikmah oleh semua
pihak. Ketegasan amat perlu apatah lagi sekiranya ada pihak yang cuba mengambil
kesempatan menguji tafsiran Perlembagaan Negara sebagai strategi perundangan
untuk mempengaruhi orang Islam bertukar agama. Ketegasan juga amat perlu terhadap
mana-mana pihak yang cenderung untuk memainkan emosi keagamaan dan
menggunakan kekerasan yang boleh membawa kepada pertumpahan darah atas
alasan membela atau mempertahankan penganut agama masing-masing.

Ketegasan dan sikap yang sungguh-sungguh juga diperlukan dari Pihak-Pihak


berkuasa Islam, seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan-Jabatan Agama
Islam Negeri bagi menangani gejala murtad yang kelihatan meningkat, secara
bijaksana dan berkesan. Ia harus dilihat sebagai isu serius yang tidak boleh dipandang
sepi. Selain dari melihat perundangan sebagai suatu langkah pengawalan, perhatian
utama perlu diberikan kepada Gerakan Tarbiah Umat secara besar-besaran bagi
mengukuh kesedaran dan kefahaman agama. Tumpuan utama haruslah diberikan
terhadap generasi muda terutama golongan remaja. Usaha-usaha yang sedang

9|Page
dijalankan sekarang seperti kelas-kelas takmir, harus dinilai kembali bagi memastikan
keberkesanannya. Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan digesa untuk
menilai secara berterusan pendidikan Islam yang dilaksanakan sekarang di sekolah-
sekolah bagi memastikan keberkesanannya dalam menimbulkan kefahaman dan
kesedaran mendalam terhadap keunggulan Islam serta mendorong ke arah
penghayatan. 

Memandangkan undang-undang berkenaan agama Islam di negeri-negeri masih belum


dapat diselaraskan sehingga kini dan gejala murtad semakin bertambah maka sudah
tiba masanya untuk pihak yang berkenaan menyegerakan langkah-langkah ke arah
penyelarasan dan penyeragaman undang-undang di seluruh negara agar tidak ada
mana-mana pihak dapat mengambil kesempatan di atas kelemahan yang ada ini.
Begitu juga di dalam isu murtad hanya ada beberapa negeri yang telah menggubal
undang-undang mengenainya dan masih ada lagi negeri-negeri yang tidak ada
peruntukan undang-undang untuk mengendalikan kes seumpama ini. Malah peruntukan
undang-undang di beberapa buah negeri itu pun masih ada kelemahan di sana sini
yang perlu diperbaiki segera. Justeru itu ABIM menyeru agar kelemahan-kelemahan
yang ketara dapat diatasi segera dengan menggubal undang-undang atau
memperkemaskinikan mana-mana enakmen yang sedia ada.

Selain daripada pendekatan undang-undang, peranan pertubuhan agama-agama lain


adalah penting untuk mengurangkan ketegangan yang mungkin berlaku ekoran isu-isu
yang melibatkan pelbagai agama. Majlis Antara Agama yang telah wujud perlu diberi
nafas baru dan status yang lebih baik. Untuk itu alangkah baik sekiranya Majlis ini dapat
diawasi oleh Jabatan Perdana Menteri dengan keanggotaan terdiri dari tokoh-tokoh
yang mempunyai autoriti mewakili semua agama utama di negara ini di samping
kempen besar-besaran mengajak umat agak menghayati nilai Islam dalam segenap
bidang hidup, dan tidak memisah-misahkan ajaran agama dari mana-mana bidang
kehidupan adalah suatu kemestian yang wajar diusahakan oleh seluruh institusi Islam,
NGO muslim dan orang ramai.

Antara langkah-langkah lain yang boleh diguna pakai bagi mengatasi gejala ini
daripada menular dikalangan umat Islam di Malaysia adalah, kerajaan dan pihak

10 | P a g e
berkuasa agama perlu menggubal dan meluluskan undang-undang mengekang murtad
yang saksama sebagai langkah-langkah pencegahan dan penggerunan deterrent demi
menghalang merebaknya gejala murtad di kalangan orang-orang Islam.

Selain itu, kita juga boleh ,mengadakan kempen besar-besaran mengajak umat agak
menghayati nilai Islam dalam segenap bidang hidup, dan tidak memisah-misahkan
ajaran agama dari mana-mana bidang kehidupan adalah suatu kemestian yang wajar
diusahakan oleh seluruh institusi Islam, NGO muslim dan orang ramai.

Di samping itu juga, seluruh jentera media massa haruslah tunduk kepada polisi
penyiaran yang memantapkan pegangan keimanan rakyat terhadap agama Islam tulen
khasnya dan tidak menjurus ke arah melemah, melonggar dan menyebarkan pemikiran
Islam Liberal, progresif, pluralis, inklusif yang menyimpang dari ajaran Islam yang
sebenarnya dalam masyarakat.

Pendidikan Islam di Malaysia mestilah bebas dari campur tangan musuh Islam untuk
merobek dan mengubahpinda ajaran Islam yang telah disempurnakan oleh ulama Islam
leluhur. Kerajaan dan parti yang menguasai kerajaan pula perlu menerima Islam dalam
versi politiknya dengan menerima pakai ajaran Islam yang syumul seperti yang dibawa
oleh Muhammad. S.A.W.

Oleh kerana usaha memurtadkan umat ini merupakan perencanaan musuh global dari
kalangan Zionist , Imprealist dan sekularis serta puak liberal yang tertipu dengan
dakwaan dan ajakan memerangi terrorism maka tindakan membendung murtad
mestilah dengan menimbulkan kesedaran yang mendalam di kalangan umat tentang
perlunya mereka menjaga dan melindungi akidah pegangan agama mereka dengan
bersungguh-sungguh.

11 | P a g e
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kita mendapati bahawa antara punca berlakunya murtad
dikalangn umat Islam di negara ini adalah disebabkan oleh Institusi Islam ataupun sikap
orang itu sendiri yang tidak berpegang kepada ajaran Islam sebenar sebagaimana yang
telah disyariatkan. Pelbagai pihak terutamanya kerajaan haruslah bertanggungjawab
memastikan bahawa ajaran Islam di negara ini dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya
tanpa ragu-ragu dengan mendapat sokongan daripada kerajaan negeri serta umat
Islam yang majoritinya mendiami bumi Malaysia. Golongan kafir melihat kelemahan ini
sebagai satu peluang bagi mereka untuk melemahkan agama Islam di seluruh dunia
selaras dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 120

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu
(wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong
itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah
petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa
nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu
(tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatupun)
yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Oleh itu marilah kita bersatu padu menegakkan agama Allah yang maha suci ini dan
meningkatkan kefahaman umat Islam serta bukan Islam tentang keindahan Islam yang
dibawa oleh nabi Muhammad S.A.W. agar tidak timbul lagi rasa syak wasangka tentang
agama Islam yang syumul ini.

12 | P a g e
BIBLIOGRAFI

Harun Haji Salleh. (1992). Murtad. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arieff Salleh Rosman. (2001). Murtad Menurut Pandangan Islam : Skudai : Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia

Ahmad Azam Abdul Rahman. (2000). GEJALA MURTAD- TINDAKAN TEGAS DAN
MENYELURUH. Diperoleh pada Oktober 09, 2009, daripada World Wide
Web: http://www.abim.org.my

Mohd. AsriI Zainul Abidin. (2007, Jun 03). Murtad: Antara emosi dan reality. Mingguan
Malaysia. Diperoleh pada Oktober 09, 2009, daripada World Wide Web:
http://www.utusan.com.my

Zaharuddin Bin Ab. Rahman. (2006, September 26). Diskusi Hukuman Murtad.
Diperoleh pada Oktober 10, 2009, daripada World Wide Web:
http://www.zaharuddin.net

13 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai