Anda di halaman 1dari 13

Kaedah Penulenan Bahan

Panitia Sains KV Kuala Kangsar

Bab 4 Jirim & Bahan

Ciri-ciri bahan tulen


Bahan tulen tidak mengandungi sebarang bendasing Bahan tulen selalunya mempunyai takat lebur & didih yang khusus Contoh, air tulen mendidih pada suhu 100C & ais tulen melebur pada 0C Sebarang bendasing yang ditambah pada sesuatu bahan tulen akan menaikkan takat didih & menurunkan takat leburnya. (peka 3)
Panitia Sains KV Kuala Kangsar 2012

Bab 4 Jirim & Bahan

Kaedah Penulenan Bahan


Bendasing dapat diasingkan dari bahan tulen Proses pengasingan bendasing daripada sesuatu bahan dikenali sebagai penulenan Terdapat dua cara penulenan, iaitu penyulingan & penghabluran

Panitia Sains KV Kuala Kangsar 2012

Bab 4 Jirim & Bahan

Penyulingan
Digunakan untuk memperoleh cecair tulen daripada larutan yang mengandungi bendasing Kaedah ini digunakan untuk mengasingkan dua cecair (campuran cecair) yang
a) Larut antara satu sama lain b) Tidak bertindak balas c) Mempunyai takat didih yang berlainan

Penyulingan melibatkan proses pemanasan cecair menjadi wap (gas). Kemudian wap tersebut terkondensasi menjadi cecair tulen
Panitia Sains KV Kuala Kangsar 2012

Penyulingan
Penyulingan boleh dijalankan untuk mengasingkan campuran bahan-bahan seperti penulenan alkohol daripada campuran air & penulenan air daripada air laut Bahan dengan takat didih yang lebih rendah mendidih dan mengewap terlebih dahulu. Kemudian gas terkondensasi membentuk hasil sulingan yang lebih tulen

Panitia Sains KV Kuala Kangsar 2012

Bab 4 Jirim & Bahan

Penyulingan air suling daripada air bergaram (laut)

Panitia Sains KV Kuala Kangsar 2012

Bab 4 Jirim & Bahan Termometer Kondenser Liebig

Wap Kelalang dasar bulat


Air keluar Penunu Bunsen Air masuk Kelalang kon

Hasil sulingan

Contoh radas penyulingan Panitia Sains KV Kuala Kangsar 2012

Bab 4 Jirim & Bahan

Penghabluran
Penghabluran ialah kaedah penulenan yang dijalankan untuk memperoleh hablur tulen daripada suatu larutan tepu bahan tersebut. Contohnya, penulenan garam daripada larutan tepu garam Larutan tepu ialah larutan yang mengandungi kuantiti bahan terlarut yang maksimum Langkah proses penghabluran rujuk peka 4
Panitia Sains KV Kuala Kangsar 2012

Bab 4 Jirim & Bahan

Aplikasi kaedah penyulingan


Digunakan untuk memperoleh bahan-bahan tulen Kaedah penulenan dapat menghasilkan banyak bahan keperluan harian, contohnya
Pemecahan petroleum mentah (menghasilkan bahan api kenderaan, plastik) Penghasilan oksigen tulen (bahan api roket, bekalan tangki oksigen) Penghasilan air tulen/suling (larutan bahan kimia dimakmal atau ubatan dihospital & industri makanan Perolehan etanol tulen (daripada penapaian larutan gula dengan yis)

Contoh aplikasi proses penghabluran


Penghasilan garam daripada air laut Penyediaan hablur gula putih daripada jus tebu

Bab 4 Jirim & Bahan

Panitia Sains KV Kuala Kangsar 2012

Bab 4 Jirim & Bahan

Panitia Sains KV Kuala Kangsar 2012

Bab 4 Jirim & Bahan

Kewujudan & kegunaan kepelbagaian sifat bahan


Kepelbagaian sifat memberi manafaat kepada manusia Sifat kemuluran membolehkan logam dibentuk menjadi wayar Sifat ketempaan membolehkan alatan seperti pisau, periuk & sudu dihasilkan Kekonduksian elektrik pada logam membolehkan wayar elektrik dibuat Kekuatan regangan pada logam membolehkan jambatan dibina Sebatian nitrogen yang mudah larut dalam air digunakan sebagai baja
Panitia Sains KV Kuala Kangsar 2012

Kaedah Penulenan Bahan

Panitia Sains KV Kuala Kangsar

Anda mungkin juga menyukai