Anda di halaman 1dari 5

1.

Menandakan pertentangan maklumat : bagaimanapun biarpun demikian meskipun begitu meskipun demikian namun namun begitu namun demikian sebaliknya sungguhpun demikian walau bagaimanpun walaupun begitu walaupun demikian meskipun

Contoh ayat: 1. Kami daripada keluarga yang miskin. Sungguhpun demikian, kami tidak pernah meminta belas ihsan daripada orang lain. 2. Saliza memang seorang murid yang pintar. Namun begitu, dia jarang membantu rakannya yang lemah dalam pelajaran. 3. Jalan itu agak sunyi. Walau bagaimanapun, itulah satu-satunya jalan untuk pergi ke banglo Dato' Kamal. 4. Amirul tidak pergi ke sekolah. Sebaliknya, dia melepak di pusat permainan video. 2.Menandakan sesuatu yang kian bertambah: lagipun lebih-lebih lagi malah tambahan lagi tambahan pula

Contoh ayat: 1. Saya tidak dapat melihat dengan jelas lebih-lebih lagi pada waktu malam. 2. Danish suka menonton rancangan dokumentari, tambahan pula yang berkaitan dengan haiwan.

3. Ramai suri rumah berbelanja di pasar raya itu kerana terdapat pelbagai jenis barang. Lagi pun, harganya murah. 4. Farzana mendapat tawaran belajar di luar negara. Malah, perbelanjaannya pun akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

3.Menunjukkan akibat atau kesimpulan: akhir kata akhirnya dengan itu jadi justeru kalau begitu lantaran itu malangnya oleh itu semenjak itu oleh sebab itu

Contoh ayat: 1. Ibunya telah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Sejak itu, dia sering termenung dan kelihatan murung. 2. Badrul selalu ponteng sekolah. Lantaran itu, ibu bapanya telah dipanggil oleh pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah tersebut. 3. Ibu bapa saya tiada di rumah ketika ini. Oleh itu, saya dan adik-adik saya tidak dibenarkan bermain di luar rumah. 4. Peperiksaan UPSR semakin hampir. Justeru, kita perlu belajar bersungguh-sungguh dan menumpukan sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar. 4.Menimbulkan maksud sesuatu yang berikutnya: kemudian lepas itu selanjutnya selepas itu

5.Menunjukkan dalam masa yang sama atau pada masa itu: dalam pada itu di samping itu selain itu sebelum itu

a.Menunjukan pertentangan maklumat:


Penanda Wacana bagaimanapun biarpun demikian meskipun meskipun demikian namun namun begitu sebaliknya sungguhpun demikian walau bagaimanapun walaupun demikian Ayat Contoh Ibu menangis teresak-esak.Bagaimanapun, tangisannya reda setelah dipujuk kakak. Sani gagal dalam perlumbaan itu.Biarpun demikian, dia tidak berputus asa. Hanis tidak berganjak dari situmeskipun telah diarahkan pulang. Puan Kartini telah mendapatkan rawatan di hospital pakar. Meskipun demikian, penyakitnya masih tidak sembuh. Tati menjerit meminta tolong. Namun tiada siapa-siapa yang mendengar jeritannya. Suhaila memang murid yang pintar.Namun begitu, dia jarang membantu rakannya yang lemah dalam pelajaran. Yasir tidak ke sekolah. Sebaliknya, dia melepak di pusat permainan video. Kami daripada keluarga yang miskin. Sungguhpun demikian, kami tidak pernah meminta belas ihsan daripada orang lain. Jalan itu agak sunyi. Walau bagaimanapun, itulah satusatunya jalan untuk ke banglo Tuan Kassim. Budin kuat makan. Walaupun demikian, badannya tetap kurus.

b. Menunjukkan sesuatu yang kian bertambah atau bersamaan:


Penanda Wacana lagipun lebih-lebih lagi malah Ayat Contoh Banyak suri rumah berbelanja di pasar raya itu kerana terdapat pelbagai jenis barang. Lagipun, harganya murah. Saya tidak dapat melihat dengan jelas,lebih-lebih lagi pada waktu malam. Nur Hasanah mendapat tawaran belajar di London. Malah perbelanjaannya pun akan ditanggung oleh kerajaan negeri. Danial suka menonton dokumentari,tambahan lagi yang berkaitan dengan haiwan.

tambah lagi/tambahan pula

c. Menunjukkan akibat atau kesimpulan:


Penanda Wacana akhir kata akhirnya dengan itu jadi justeru kalau begitu lantaran itu malangnya oleh itu/oleh sebab itu Ayat Contoh Sekian sahaja kandungan warkah saya.Akhir kata, semoga kita dapat berjumpa lagi. Pasukan itu tidak bermain dengan bersungguh. Akhirnya mereka kalah. Nazri kurang aktif dalam kokurikulum.Dengan itu, dia tidak terpilih sebagai murid cemerlang. Celian tidak sihat. Jadi, dia tidak hadir ke sekolah hari ini. Peperiksaan kian hampir. Justeru , perlu lebih tekun belajar. Nampaknya kamu sudah sihat. Kalau begitu, kamu boleh pulang hari ini. Badrul selalu ponteng. Lantaran itu, bapanya telah dipanggil oleh pihak sekolah. Kami telah cuba menghubungi ayahnya.Malangnya, tiada jawapan. Ibu bapa saya tiada di rumah. Oleh itu, saya tidak boleh keluar bermain.

semenjak itu/sejak itu

Bapanya meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Semenjak itu, dia sering murung.

d) Menunjukkan sesuatu yang berikutnya:


Penanda Wacana kemudian Ayat Contoh Mula-mula masukkan tepung gandum. Kemudian, masukkan sebiji telur. lepas itu/selepas Bibik mengemas rumah. Lepas itu, Bibik memasak hidangan itu tengah hari. selanjutnya Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan. Selanjutnya, beliau merasmikan majlis tersebut.

e) Menunjukkan masa yang sama atau pada masa itu.

Penanda Wacana Ayat Contoh dalam pada itu Mak Jah mengambil upah menjahit pakaian. Dalam pada itu, dia juga ,menjual kuih. di samping itu Fazil seorang yang peramah. Di samping itu, dia mudah mesra dan suka bergaul. selain itu Membaca buku menambahkan pengetahuan. Selain itu, membaca buku juga dapat mengis masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. sebelum itu Ayah akan ke Kedah sebentar lagi.Sebelum itu, dia memastikan kenderaannya berfungsi dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai