Anda di halaman 1dari 1

Dalam meniti ranjau kehidupan yang penuh dengan pancaroba, permasalahan berkaitan dengan wang amat sinonim dengan

kehidupan seharian kita. Hal ini demikian kerana dengan wanglah kita dapat melakukan segala-galanya walaupun wang tidak dapat membeli segalagalanya. Menabung juga merupakan amalan yang tidak asing lagi dengan konsep kewangan demi mewujudkan masa depan yang terjamin. Oleh itu, anak-anak perlu dididik untuk menabung bagi menjamin keselesaan hidup pada hari mendatang kerana bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan." Amalan menabungkan wang sememangnya dapat mendatangkan pelbagai man aat kepada anak-anak khususnya apabila mereka ingin menjejakkan kaki ke menara gading. Hal ini demikian kerana kos pendidikan ke !"# semakin meningkat saban tahun akibat aktor ekonomi khususnya kolej-kolej swasta. Amalan menabung juga dapat meringankan beban keluarga lebih-lebih lagi keluarga yang mempunyai ramai anak. Oleh itu, menabung dapat meringankan beban untuk memasuki !"# khususnya kolej-kolej swasta. Di samping itu, amalan yang dituntut agama ini juga dapat digunakan bagi tujuan kecemasan. Hal ini demikian kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja kerana bak kata pepatah "malang tidak berbau". $os perubatan yang semakin meningkat juga merupakan sebab amalan menabung perlu diamalkan sejak kecil lagi bagi menampung kos perubatan yang mahal. "ada masa yang sama, nilai berdikari dapat ditanam dalam diri seseorang indi%idu. &eterusnya, sikap suka berhutang juga dapat dielakkan. Hal ini demikian kerana dengan adanya wang simpanan, kita tidak perlu berhutang dengan orang lain ataupun dengan ceti haram. 'ika kita tidak mempunyai hutang, beban hidup kita akan berkurangan. Hal ini kerana kita tidak perlu risau diburu oleh pemiutang ataupun diisytiharkan mu lis dalam perniagaan. &elain itu, kita juga dapat mempelajari selok-belok dunia perbankan. "erkara sebegini amat penting lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang bercita-cita untuk bekerja dalam agensi perbankan. $ita juga akan menjadi lebih ari akan perkembangan ekonomi dalam negara kita. "enabungan di bank juga dapat menyumbang kepada ekonomi dalam negara kerana wang yang ditabung akan dilaburkan sekali gus menjamin keteguhan ekonomi negara. !ntihanya, sebagai warga yang sentiasa bersedia menghadapi ujian yang mendatang, amalan menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi. (alaupun menabung wang dalam kuantiti yang sedikit, lama-kelamaan wang tersebut akan terkumpul menjadi banyak. )ak kata pepatah "sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit". $ita juga perlu ingat bahawa penabungan kita akan membawa kepada hasil yang lumayan pada masa akan datang.