Anda di halaman 1dari 13

DASAR KPM Falsafah Pendidikan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Sistem Pendidikan
Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:(a) Pendidikan Prasekolah

Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;

(b) Pendidikan Rendah


Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagitempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antaralima hinggah tujuh tahun; Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan;

(c) Pendidikan Menengah

Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas;

Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada :-

1. sekolah akademik

2. sekolah teknik dan vokasional

3. sekolah kebangsaan agama

(d) Pendidikan Lepas Menengah

Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamatmengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidaktermasuk pendidikan tinggi.

Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah. Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :

Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas. Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.

Carta Sistem Pendidikan

Kurikulum Kebangsaan
... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]

Imbasan Sejarah
Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan

Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini


Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979


Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan.

Rang Undang Undang Pendidikan 1995

Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Bakal Guru
KURSUS PRAPERKHIDMATAN
Kursus praperkhidmatan merupakan program yang menyediakan latihan untuk guru-guru praperkhidmatan sekolah rendah. Program ini dijalankan di institut-institut pendidikan guru seluruh Malaysia. Kelayakan asas dan tempoh pengajian ditentukan mengikut kursus yang ditawarkan. Di antara program yang ditawarkan ialah:

i.

Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) : KPLI - SR , KPLI - j-QAF

SYARAT KELAYAKAN

Warganegara Malaysia. Calon hendaklah sihat fizikal dan mental Umur tidak melebihi 35 tahun Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Calon KPLI j-QAF hendaklah memiliki ijazah dalam bidang pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Al-Quan atau dalam bidang yang berkaitan.

IKATAN PERJANJIAN
KPLI SR - 2 Tahun berkhidmat dengan Kerajaan KPLI j-QAF -

3 Tahun berkhidmat dengan Kerajaan

i.

Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) : PISMP, PPC, B-ed Tesl

SYARAT KELAYAKAN

Warganegara Malaysia. Calon hendaklah sihat fizikal dan mental Umur tidak melebihi 20 tahun Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum. Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut : o Bahasa Melayu o Sejarah o Satu mata pelajaran yang lain serta; o Lulus Bahasa Inggeris Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon

IKATAN PERJANJIAN - 5 tahun berkhidmat dengan kerajaan Cara permohonan ialah menerusi laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (on-line application)

GURU SANDARAN

Syarat-syarat Perlantikan Serta Kemudahan-Kemudahan Untuk Guru Sandaran


1. Tujuan Tujuan Surat Perkeliling ini adalah untuk mengemaskinikan syarat-syarat perlantikan Guru-Guru sandaran dan juga syarat-syarat perkhidmatan mereka. 2. Takrif 2.1 2.1.1 Guru Sandaran

Guru Sandaran adalah seseorang yang diambil bertugas sebagai guru di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk sesuatu tempoh bagi mengisi kekosongan hakiki dan ianya belum lagi dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Upahan yang diterima oleh seseorang Guru Sandaran adalah dalam bentuk elaun bulanan sahaja. Guru Sandaran Terlatih Seseorang Guru Sandaran Terlatih (GST) selain daripada memiliki kejayaan akademik yang diiktiraf oleh Kerajaan, mestilah juga mempunyai kelayakan ikhtisas yang telah diiktiraf serta kelayakan Bahasa Malaysia. Perlantikan mereka adalah diuruskan oleh KPM khususnya Bahagian Sumber Manusia.

2.2 2.2.1

2.3 2.3.1

Guru Sandaran Tidak Terlatih Seseorang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) hanya memiliki kelayakan akademik dan kelayakan Bahasa Malaysia sahaja. Perlantikan mereka adalah diuruskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Jabatan/Bahagian berkaitan seperti Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dan Jabatan Pendidikan Khas, KPM dan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)

3. 3.1

Taraf GST dan GSTT

GST dan GSTT adalah bertaraf bukan kakitangan kerajaan. Oleh yang demikian mereka tidak layak mendapat apa jua faedah atau kemudahan seperti yang diterima oleh guru-guru tetap kecuali kemudahan-kemudahan seperti tersebut di perenggan 4 di bawah. Walaupun GST dan GSTT adalah tidak bertaraf kakitangan Kerajaan, mereka adalah sentiasa tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh KPM/KPTM sebagai majikan mereka. 4. Elaun dan Kemudahan

3.2

4.1 Elaun dan Kemudahan yang layak diterima oleh GST dan GSTT 4.1.1 Elaun bulanan berdasarkan tangga elaun yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet Gaji dan telah dilaksanakan melalui perkeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2002 dan pindaan-pindaan jika ada dari masa ke semasa. 4.1.2 Imbuhan Tetap Khidmat Awam atas kadar yang dinikmati oleh PPP yang setaraf di dalam Skim Perkhidmatan yang sama. Elaun-elaun untuk mengatasi kos sara hidup yang tinggi di sesebuah negeri/daerah atau kadar yang sama dengan yang diterima oleh guru-guru tetap yang setaraf dengannya seperti berikut:a) b) c) d) Elaun Penempatan Khas jika dihantar bertugas dari semenanjung ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya. Elaun di Sabah dan Sarawak bagi mereka yang berasal dari negeri tersebut. Elaun Hidup Sementara bagi mereka yan bertugas di Bintulu, Sarawak. Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) 4.1.4 Elaun-elaun dan lain-lain bayaran mengikut syarat peraturan di bawah perkeliling Perkhidmatan Bil.8/1980 dan pindaan berkaitan apabila menjalankan tugas rasmi di luar kawasan ibu pejabat. Cuti Sakit di bawah Perintah Am 17 Bab C. 4.1.3

4.1.5

4.1.6

Kemudahan Perubatan dan Pergigian, kelayakan dan wad di Hospital dan Klinik-Klinik Kerajaan atas syarat-syarat dan peraturan yang sama seperti guru-guru tetap yang setaraf.

4.1.7 Elaun Subsidi Sewa Rumah (Rental Celling) bagi GST daripada Semenanjung yang dihantar bertugas ke Sabah dan Sarawak. 4.2 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.2.4 Kemudahan-kemudahan yang tidak layak diperolehi oleh GST dan GSTT Rawatan Perubatan di Luar Negeri Cuti Bersalin Pinjaman Perumahan/Kenderaan

lain Kemudahan/elaun yang tidak dipanjangkan lepada guru-guru sandaran oleh mana-mana perkeliling. 5. Peraturan dan Syarat-syarat Perlantikan Guru Sandaran

5.1 5.1.1 5.1.2

Kuasa Melantik bagi GST yang mempunyai kelayakan ikhtisas/perguruan dan guru-guru repasan Institut Pendidikan Guru (IPG) yang sedang menunggu keputusan peperiksaan,kuasa melantik ahla KPM. Bagi GSTT yang diambil dengan tujuan untuk mengisi kekosongan buat sementara waktu, ataupun pengambilan guru-guru Bahasa Ibunda di Sekolah-sekolah Rendah Jenis KEbangsaan Cina dan Tamil,perlantikan mereka diuruskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri atau Ketua Jabatan berkaitan di KPM atau Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, KPTM Syarat Perlantikan GSTT Warganegara Malaysia Umur tidak melebihi 35 tahun bagi siswazah dan 30 tahun bagi bukan siswazah Mempunyai kelayakan akademik yang diiktiraf Mempunyai kepujian Bahasa Malaysia di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya dan mendapat kepujian dalam tiga mata pelajaran lain. Bagi lantikan guru-guru Agama, calon-calon hendaklah mempunyai kelulusan Bahasa Arab sekurangkurangnya peringkat SPM, matapelajaran Agama Islam Tinggi ataupun IV Senawi. Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri/Ketua Jabatan/Bahagian/Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti,KPTM hendaklah mendapatkan kebenaran KPM terlebih dahulu bagi kes-kes berikut:Bagi calon-calon yang mempunyai ijazah-ijazah dalam dan luar negeri yang Belem diketahui nilai tarafnya: Calon calon yang telah melebihi syarat umur seperti di 5.2.2 ; Calon-calon yang tidak mempunyai syarat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM; Calon-calon yang tidak mempunyai kelayakan Bahasa Arab diperingkat SPM bagi lantikan sebagai Guru Agama; Pelantikan ke dalam Kategori GSTT yang lebih tinggi

5.2 5.2.1 5.2.2 5.2.3 5.2.4 5.2.5 5.3

5.3.1 5.3.2 5.3.3 5.3.4 5.4

Seseorang GSTT boleh dilantik kepada kategori yang lebih tinggi mengikut budibicara Pengarah Pelajaran Negeri / Ketua Jabatan / Bahagian, KPM / Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, KPTM masing-masing tertakluk kepada syarat berikut :5.4.1 5.4.2 5.4.3 Mempunyai kelayakan akademik yang setaraf dengan keperluan; Ada kekosongan jawatan hakiki dalam negeri berkenaan; Perkhidmatannya adalah diperlukan. Calon hendaklah ditawarkan jawatan yang lebih tinggi itu mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam Pekeliling ini. Tarikh pelantikan ke kategori yang baru itu hendaklah berkuatkuasa pada tarikh beliau melaporkan diri untuk menjalankan tugas dalam kategori yang baru itu.

5.5 5.5.1 5.6 5.6.1

Pelantikan ke dalam Kategori GSTT lebih rendah Seseorang calon boleh juga ditawarkan dan dilantik ke dalam kategori yang lebih rendah daripada kelayakan yang diperolehi mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan Jabatan berkenaan. Penamatan Perkhidmatan GST Yang Gagal Dalam Peperiksaan Akhir Institusi Pendidikan Guru Seseorang Guru Sandaran lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditempatkan sebagai GST yang disahkan telah gagal dalam peperiksaan akhir IPG akan ditamatkan perkhidmatannya oleh KPM. Selanjutnya terpulang kepada budibicara Pengarah Pelajaran Negeri / Ketua Jabatan/Bahagian, KPM/Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, KPTM untuk melantiknya sebagai GSTT jika perkhidmatannya masih diperlukan. Penamatan Perkhidmatan GST yang gagal dalam Urusan Temuduga Lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Seseorang GST yang gagal dalam temuduga untuk lantiksn tetap yang diadakan oleh SPP akan ditamatkan perkhidmatannya. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk melaporkan perkara ini kepada Bahagian Sumber Manusia, KPM. 6. Tempoh Perkhidmatan Guru-Guru Sandaran

5.7 5.7.1

6.1

Perkhidmatan GST adalah berdasarkan sebulan ke sebulan dan tamat dengan sendirinya apabila mereka dilantik ke jawatan tetap atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran mengikuit yang mana lebih awal. Perkhidmatan GSTT adalah juga berdasarkan sebulan ke sebulan dan akan tamat pada bila-bila masa apabila perkhidmatan mereka tidak dikehendaki lagi oleh Jabatan Pelajaran Negeri/Jabatan/Bahagian berkenan mengikut yang mana lebih berkaitan dengan kepentingan perkhidmatan. Perkhidmatan GSTT yang mengisi kekosongan secara hakiki meneruskan perkhidmatannya sehingga ke akhir sesi persekolahan pada setiap tahun. Perkhidmatan mereka akan dilanjutkan sehingga 31 Disember tahun berkenaan.

6.2

6.3

7.

Tarikh Plantikan GST dan GSTT

Tarikh pelantikan atau tarikh seseorang GST dan GSTT memegang jawatan ialah pada tarikh ianya melapor diri. Walau bagaimanapun Pengarah Pelajaran Negeri/Ketua Jabatan/Bahagian berkaitan,

KPM dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, KPTM boleh menentukan tarikh melapor diri seseorang GST dan GSTT mengikut budibicara dan kepentingan perkhidmatan Negeri/Jabatan/Bahagian berkenaan. 8. Kadar elaun GST dan GSTT Siswazah/Lepasan Diploma dan Bukan Siswazah Jadual Gaji Baru (Tarikh Kuatkuasa: 1.11.2002) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 Sistem Saraan Malaysia Bil 1 Kelayakan Ijazah Kepujian Gred Gaji DC41 Tangga Elaun T5 RM 1653.73 T10 RM 2046.98 T3 RM1496.43 T10 RM 2046.98 T1 RM1172.97 T6 RM 1433.12 T1 RM1225.00 T5 RM 1485.15 T1 RM963.64 T5 RM 1283.08 T1 RM656.30 T5 RM 895.88

Ijazah Am

DC 41

Kursus Perguruan Lepasan Diploma (Diploma Biasa / Diploma KUiTTHO ) Kursus Perguruan Lepasan Diploma (Diploma Profesional) Diploma Perguruan Malaysia (Kursus Diploma Perguruan Malaysia / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) Sijil Pelajaran Malaysia

DB29

DBA29

DB27

DB17

9. 9.1

Kenaikan/Tarikh Kenaikan Elaun:

9.2 a)

GST dan GSTT boleh menerima kenaikan elaun atas tangga elaun yang telah ditetapkan dalam Pekeliling ini mengikut kategori masing-masing pada ulangtahun genap perkhidmatan mereka dan berdasarkan kepada tarikh pergerakan elaun yang ditentukan dibawah Pekeliling Bil .4 Tahun 2002 Sistem Saraan Malaysia. Tarikh Kenaikan elaun seseorang GST dan GSTT ialah ulangtahun genap perkhidmatannya dalam satu-satu jawatan dikira seperti berikut:Bagi seseorang Guru Sandaran yang perkhidmatannya ditamatkan pada sesuatu tarikh sebelum 31 Disember, kemudian diambil berkhidmat semula pada tahun berikutnya, maka tempoh perkhidmatannya yang lepas hendaklah diambilkira bagi menentukan tarikh kenaikan elaun tahunannya setelah perkhidmatannya mencukupi satu tahun dengan mengikut tarikh kenaikan gaji yang terhampir berdasarkan Pekeliling. 10. Pertukaran Guru Sandaran

10.1

GST boleh dikehendaki bertukar dari satu negeri ke satu negeri yang lain, tertakluk kepada kelulusan dari Bahagian Sekolah-sekolah/ Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral/ Jabatan Pendidikan Khas/ Jabatan Pendidikan Teknikal KPM atau Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, KPTM dan perkhidmatan mereka adalah dianggap bersambung. GSTT tidak boleh ditukar keluar dari negeri asal mereka dilantik oleh kerana tujuan asal mereka dilantik adalah untuk memenuhi keperluan di negeri itu sahaja. Sekiranya mereka meletakkan jawatan dan kembali dilantik semula oleh mana-mana JPN/Ketua Jabatan berkaitan, maka ini

10.2

hendaklah dianggap sebagai satu pelantikan yang baru dan perkhidmatanya yang lepas tidak boleh diambilkira untuk sebarang tujuan. 11. Kursus Dalam Cuti

GSTT yang telah dipilih oleh Bahagian Pendidikan Guru/ Jabatan berkaitan untuk mengikuti Latihan Ikhtisas Perguruan Kursus Dalam Cuti Adalah tidak dikehendaki meletak jawatan mereka kecuali apabila mengikuti kursus di semesta terakhir (kursus sepenuh masa). Ini bererti perkidmatan mereka di negeri berkenaan adalah berterusan dan elaun/biasiswa semasa mengikuti kursus sepenuh masa akan diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Guru atau KPTM di mana berkaitan.

12. 12.1

Disiplin

Semua GST dan GSTT adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan disiplin yang sama yang telah ditetapkan untuk PPP. Sebarang pelanggaran terhadap peraturan-peraturan itu hendaklah dilaporkan kepada Unit Tatatertib, Bahagian Sumber Manusia, KPM melalui Ketua Jabatan masing-masing. 13. Surat Tawaran

13.1 14. 14.1

Surat tawaran GSTT digunakan di dalam urusan pelantikan GSTT berkenaan. Pembatalan Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.1 Tahun 1987. Dengan tersiarnya Surat Pekeliling ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan, KPM Bil. 1 Tahun 1987 adalah dibatalkan. 15. Tarikh Kuatkuasa Surat Pekeliling

15.1

Tarikh kuatkuasa Surat Pekeliling ini adalah pada tarikh ianya dikeluarkan.

Hala Tuju Pendidikan


Perundangan Pendidikan 1957 - The Education Ordinance, 1957 1961 - Education Act, 1961 1963 - Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Disemak - 1971) 1971 - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 - Akta Politeknik Ungku Omar 1980 - Akta Majlis Peperiksaan Malaysia Laporan-Laporan Penting 1956 - Report of the Education Committee, 1956 (Penyata Razak) 1960 - Report of the Education Review Committee, 1960 (Penyata Rahman Talib) 1967 - Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi 1973 - Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran dan Masyarakat (Laporan Keciciran) 1979 - Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Penyata Mahathir) 1991 - Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan

Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan 1957 - Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah 1970 - Bahasa pengantar darjah 1 1975 - Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan 1976 - Bahasa pengantar Tingkatan 1 1979 - Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera 1980 - Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti 1981 - Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains 1982 - Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan 1983 - Bahasa pengantar semua kursus di universiti Peperiksaan Sekolah Rendah 1957 - MSSEE (Malayan Sec. Sch. Entrance Exam) dimulakan 1963 - MSSEE dimansuhkan 1967 - PDL (Penilaian Darjah 5) dimulakan 1973 - UDT (Ujian Darjah 3) dimulakan 1982 - UDT dimansuhkan 1988 - PDL dimansuhkan 1988 - UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan Peperiksaan Sekolah Menengah 1957 - LCE (Lower Certificate of Education) dimulakan 1957 - OSC (Overseas Cambridge Sch Certificate) dimulakan 1957 - FMC ( Federation of Malaya Certificate) dimulakan 1957 - QT ( Qualifying Test) dimulakan 1960 - SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dimulakan 1961 - UK (Ujian Kelayakan) dimulakan 1962 - SPPTM (Sijil Pel. Persekutuan Tanah Melayu) dimulakan 1964 - SPPTM dimansuhkan 1964 - FMC dimansuhkan 1964 - MCE (Malaysian Certificate of Education) dimulakan 1964 - SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan 1967 - SRP/LCE soalan objektif mula digunakan 1968 - OSC dimansuhkan di Semenanjung Malaysia. 1969 - SPVM (Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia) dimulakan 1976 - Peperiksaan Bahasa Melayu (Julai) dimulakan 1976 - MCE diambilalih oleh Lembaga Peperiksaan 1982 - HSC (Higher School Certificate Cambridge) dimansuhkan 1982 - STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) diambilalih oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dimulakan 1983 - LCE ujian Lisan Bahasa Melayu dimansuhkan 1983 - SRP Ujian Lisan Bahasa Inggeris dimansuhkan 1987 - Sijil SPVM ditukar kepada SPM(V) 1987 - SPM di seluruh Malaysia dimulakan

1991 - KHPP (Kemahiran Hidup Program Peralihan) SRP dimulakan 1992 - Tahun terakhir bagi SRP 1993 - PMR (Penilaian Menengah Rendah) dimulakan 1993 - SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek. Menengah) dimulakan Kurikulum 1956 - General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan 1964 - General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan 1965 - Pendidikan Komprehensif dimulakan 1967 - Report of the Committee on Curriculum Planning and Development 1973 - Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan 1982 - KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan 1983 - KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah 1988 - Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai 1988 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa 1989 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain 1989 - Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1 1989 - Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah 1989 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah 1991 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah rendah 1991 - Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1 1992 - Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah rendah 1993 - Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolahrendah. Sekolah yang telah melaksanakan Kemahiran Manipulatifmeneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah rendah Peperiksaan Khas 1964 - Penubuhan Unit Pendidikan Khas 1978 - Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh 1981 - Jawatankuasa Antara Kementerian-Kementerian mengenai Pendidikan Khas (Kementerian Kebajikan Masyarakat/ Kementerian Kesihatan,Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat serta Kementerian Pendidikansebagai Pengerusi dan setiausaha) 1984 - Jawatankuasa Pendaftaran dan Penempatan Kanak-kanak cacat antara KementerianKementerian. 1984 - Penubuhan Jawatankuasa Penempatan Kanak-Kanak Negeri 1984 - Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam ditubuhkan 1985 - Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille Kementerian Pelajaran Malaysia 1985 - Penubuhan Mesyuarat Majlis Perkhidmatan Kebajikan Negara 1985 - Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh Kementerian Pendidikan 1987 - Penubuhan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Shah Alam 1987 - Jawatankuasa Pelaksana Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran 1988 - Arahan Y.B.Menteri Pendidikan mengkaji memberi bantuan penuh kepada Kanak-kanak dengan Perlakuan Autisme Ringan 1989 - Majlis Perundingan Pembangunan Masyarakat Negara 1991 - Lembaga Penasihat Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak dengan keperluan-keperluan

Pendidikan Khas 1993 - Jawatankuasa mengkaji Dasar, Perancangan, Penyelarasan danPelaksanaan Pendidikan bagi kanak-kanak dengan keperluan-keperluanPendidikan Khas.

Anda mungkin juga menyukai