Anda di halaman 1dari 16

E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Subjek Teknologi Maklumat & Komunikasi IPG Kampus Tawau Oleh Mad

Noor Bin MadJapuni, Sekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Sabah mdnoormj@ums.edu.my Mohd Hanafiah Bin Yusof Jabatan Teknologi Pendidikan IPG Kampus Tawau. hanafiah61@gmail.com

Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi penggunaan e-pembelajaran dari segi tahap pengetahuan, aspek sikap dan tahap motivasi dalam kalangan 40 orang guru pelatih IPG Kampus Tawau yang mengikuti kursus Teknologi Maklumat & Komunikasi. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Data kajian yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistikal Package for the Social Sciences version 17 (SPSS) yang dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Keputusan kajian mendapati bahawa kebanyakan guru pelatih yang dikaji mempunyai tahap pengetahuan dan sikap yang baik terhadap penggunaan e-pembelajaran. Begitu juga tahap motivasi guru pelatih adalah pada tahap yang tinggi. Kajian ini memberi gambaran yang lebih jelas tentang persepsi dan tahap penggunaan e-pembelajaran oleh guru pelatih IPG Kampus Tawau. Guru pelatih sudah cukup bersedia, menunujukkan sikap yang positif dan mempunyai motivasi yang tinggi dalam penggunaan e-pembelajaran dalam proses pembelajaran mereka.
Abstract

This study aimed to survey the use of e-learning in terms of knowledge, attitude and motivation among the 40 trainees IPG Tawau campus who are enrolled in Information Technology & Communication. The instrument used in this study was a questionnaire. Data were analyzed using statistical Package for the Social Sciences version 17 (SPSS) is expressed in terms of frequency, percentage and mean. Results showed that most students who have studied the level of knowledge and attitudes towards the use of e-learning. Similarly, students' motivation levels are at a high level. This study provides a clearer idea about the perception and the use of e-learning by the trainees IPG Campus Tawau. Students are fully prepared, showed have a positive attitude and have highly motivated in the use of e-learning in their learning process.

PENGENALAN Daya tarik pembelajaran berasaskan internet tidak boleh dinafikan. E-pembelajaran membantu perkongsian maklumat dengan lebih berkesan dengan penggunaan kaedah yang meluas di internet seperti forum, email, video dan chatting. Pengetahuan dalam epembelajaran juga dapat disebarkan secara serentak di mana pelajar dapat mencapai maklumat dari laman web yang berkaitan. E-pembelajaran telah diperkenalkan sebagai satu strategi baru dalam kaedah pembelajaran dan menggantikan sistem pendidikan yang lama. Sistem Pengurusan Pembelajaran berasaskan-web merupakan program aplikasi Internet yang pesat digunakan oleh syarikat-syarikat perisian komputer dan institusi pendidikan sebagai infrastruktur kepada perlaksanaan program e-pembelajaran. Sistem ini berkembang dengan cepat dan digunakan dengan meluas sebagai sistem maklumat dan sistem pangkalan data untuk mengurus dan mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. E-pembelajaran adalah konsep yang mengintegrasikan teknologi maklumat di dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Konsep pengajaran dan pembelajaran ini adalah penting kepada institusi pendidikan untuk memperluaskan lagi metodologi pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya, e-pembelajaran adalah sebarang pengajaran dan

pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik untuk menyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Perkembangan e-pembelajaran di Malaysia terlewat jika dibandingkan dengan negara negara barat dan Singapura. Di Malaysia ianya terarah kepada pembelajaran jarak jauh dan on-line yang kebanyakannya ditawarkan di peringkat universiti serta kolej swasta yang mempunyai usahasama dengan universiti luar negara. Ada beberapa usaha untuk memasukkan e-pembelajaran ke dalam sistem pendidikan di Malaysia antaranya: Projek Sekolah Bestari di bawah Multimedia Super Corridor (MSC). Selain Sekolah Bestari guru di sekolah disediakan dengan laptop dan LCD projektor untuk mengajar mata pelajaran yang dipilih, iaitu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris dengan menggunakan standalone komputer.

Pembentukan universiti virtual - Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) pada tahun 1998 dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) pada tahun 2000. Pembentukan Universiti Multimedia pada tahun 1999 untuk menyokong projekprojek MSC. Pembentukan Perpustakaan Digital Nasional. Penggunaan di antara agensi-agensi kualiti pembelajaran dari pelbagai bentuk teknologi untuk menyokong melengkapi atau penghantaran program tradisional. Penggunaan e-pembelajaran dalam program pembelajaran jarak jauh yang disediakan oleh universiti.

PERNYATAAN MASALAH Guru pelatih di Insitut Pendidikan Guru pada masa ini adalah bakal guru terlatih yang akan mengajar di sekolah-sekolah nanti. Latihan yang mencukupi serta sikap dan persepsi yang positif terhadap penggunaan aplikasi dan kaedah pengajaran yang terkini adalah amat perlu supaya mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari. Latihan asas yang kukuh akan menentukan keinginan mereka untuk terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang teknologi pendidikan yang sentiasa berubah. Keberkesanan penggunaan laman web bagi tujuan pembelajaran diakui efektif dan efisien (Lim, 2002; Fahkrul Anuar Aziz, 2002). Laman web berpotensi memberikan kesan perubahan dalam proses pendidikan. Ia boleh membentuk semula era pendidikan yang memerlukan konsep baru dan menarik. Kesannya, penggunaan laman web sebagai medium pembelajaran amat luas digunakan. Pada awal 2001, statistik penggunaan komputer dan latihan berasaskan web boleh diperolehi datanya di Amerika. Laporan menunjukkan 80 peratus kolej dan universiti di negara tersebut menawarkan penggunaan web dalam kurikulum mereka (Lynch, 2002). Menurut Roger, C. Schank (2002) konsep e-pembelajaran kini menjadi medium utama bidang pendidikan yang tidak terhad kepada pendidikan berbentuk klasik yang disediakan di sekolah, kolej atau universiti. e-Pembelajaran boleh merentasi masa dan kekangan ruang malahan mampu menyediakan penyelesaian yang sesuai mengikut keperluan

pelajar dalam situasi yang berbeza. Kini, e-Pembelajaran dilengkapi dengan sistem pembelajaran elektronik yang biasanya dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran, Sistem Pembelajaran Virtual, atau Sistem Pengurusan Kandungan, dan disokong juga dengan kandungan pembelajaran dan sumber infrastruktur. Kemudahan infrastruktur dalam sistem epembelajaran membolehkan kandungan pembelajaran dimuat naik, disimpan, diakses dan dihantar yang memperlihatkan proses pembelajaran berlaku dan diuruskan. Di dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap sebagai orang yang serba tahu untuk menyalurkan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Terpulang kepada guru menggunakan konsep suap atau pelbagai teori yang telah dipelajari seperti Behaviourisme, Kontruktivitisme dan Teori Kecerdasan Pelbagai. Modul pengajaran hanya bergantung kepada buku teks dan pengetahuan pelajar terbatas setakat kandungan dalam buku teks sahaja. Selain itu, sekiranya pelajar tidak faham di dalam kelas dan malu bertanya maka pelajar tersebut akan kekal tidak memahami isi pelajaran yang diajar. Perhatian guru kurang dapat diberikan secara induvidu kerana bilangan pelajar yang ramai di dalam kelas. Jika kelas dipecahkan, bilangan guru perlu ditambah. Penyampaian isi pelajaranan bergantung kepada guru untuk mewujudkan persekitaran belajar yang menarik dan menyeronokan. Pengajaran dan pembelajaran hanya dijalankan secara formal iaitu di dalam bilik darjah. Aspek-aspek seperti pengetahuan, sikap, motivasi, kesedaran, minat dan lain-lain lagi mempengaruhi kesediaan pelajar menggunakan e-pembelajaran. Dengan itu, pengkaji akan meninjau kesediaan guru pelatih terhadap penggunaan e-pembelajaran dari tiga aspek yang penting iaitu tahap pengetahuan, sikap dan motivasi guru pelatih. OBJEKTIF KAJIAN Objektif-objektif kajian yang disasarkan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah untuk: i. meninjau kesediaan dari segi tahap pengetahuan guru pelatih menggunakan epembelajaran. ii. iii. meninjau kesediaan dari segi sikap guru pelatih dalam menggunakan e-pembelajaran. meninjau kesediaan dari segi tahap motivasi guru pelatih dalam menggunakan epembelajaran.

PERSOALAN KAJIAN Persoalan kajian yang disasarkan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah: i. ii. iii. Sejauh manakah tahap pengetahuan guru pelatih dalam penggunaan e-pembelajaran? Sejauh manakah sikap guru pelatih dalam menggunakan sistem e-pembelajaran? Sejauh manakah tahap motivasi guru pelatih dalam menggunakan e-pembelajaran?

TINJAUAN LITERATUR Menurut Fry (2002), e-pembelajaran dimaksudkan sebagai penyampaian latihan dan pendidikan melalui interaksi berangkaian dan pengumpulan serta penyebaran teknologi. Rosenberg (2001) pula mendefinisikan e-pembelajaran sebagai berangkaian, mampu mengumpul dan menyebar maklumat serta membolehkan jejakan maklumat melalui komputer disamping memfokus kepada persekitaran yang luas dalam pendidikan. Ia jauh berbeza daripada paradigma latihan tradisi. Namun dalam konteks yang lebih umum, epembelajaran lebih mudah diertikan sebagai kaedah yang secara mutlak atau kolaboratif menggunakan komputer yang berangkaian dengan sistem dan/atau internet secara cepat dan berkesan. Seperti yang kita ketahui, trend teknologi pada era globalisasi kini telah memberikan pengaruh yang signifikan terhadap dunia pendidikan. Dalam pendidikan, penggunaan internet bukan sahaja tertumpu kepada pencarian maklumat semata-mata tetapi juga sebagai medium penyampaian bahan pengajaran serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkesan (Noraffandy dan Wan Salihin, 1999). Bermula dengan penggunaan papan hitam tradisional di sekolah, kemudian beralih ke papan putih, seterusnya ke alat bantuan mengajar seperti OHP dan sehinggalah yang terkini pembelajaran secara on-line ataupun epembelajaran iaitu pembelajaran elektronik. Menurut Pelgrum dan Enderson (1999), pertumbuhan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam bidang pembelajaran menggalakkan pelajar untuk mewujudkan pembelajaran kendiri (self-learning), penyelesaian masalah, pemikiran kritis. E-pembelajaran adalah berkaitan dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang, dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan. Selain itu, inovasi perkembangan ICT membolehkan penggunaan pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) dalam

memudahkan proses pembelajaran dan amat berkesan. Sebagaimana era lain yang baru mendapat perhatian di peringkat awal, epembelajaran juga menghadapi cabaran tersendiri. Meskipun e-pembelajaran mampu memberikan pulangan yang berkesan, faktor penyumbang tetap memainkan peranan penting. Ledakan teknologi pasti perlu memberi fokus utama terhadap keterlibatan manusia sebagai kayu ukur dan penentu pencapaian (Rosenberg, 2001). Zoraini Wati Abas (2005) menggariskan lapan entiti cabaran dan isu dalam epembelajaran di institusi pengajian tinggi iaitu Infrastruktur ICT, Landasan LMS/LCMS, Pedagogi Dalam dan Luar Talian, Corak dan Pembangunan Kursus, Fakulti, Pelajar, Dasar, dan Standard. Dalam konteks pelajar, cabaran yang dikaitkan ialah (a) Kesediaan (b) Sikap (c) Kefahaman (d) kelengkapan ICT (e) Motivasi dan (f) gaya pembelajaran Integrasi teknologi maklumat dengan bidang pendidikan semakin penting seperti penggunaan telesidang audio dan video, telesidang komputer, internet dan mel elektronik. Lebih-lebih lagi teknologi terkini berkeupayaan mengendalikan seluruh proses pengajaran melalui pembelajaran berasaskan web yang semakin popular. Zaphiris (2005) menyatakan pembelajaran berbantu komputer (PBBK) semakin popular dan menarik minat sektor perniagaan dan pendidikan. Populariti ini meningkat disebabkan peningkatan populariti penggunaan internet dan multimedia. Perubahan berlaku dalam PBBK daripada penggunaan CD-ROM kepada sistem berasaskan web yang mana ketika ini teknologi berupaya menyediakan sistem yang boleh menangani keperluan komuniti pelajar dalam talian. E-Pembelajaran merujuk kepada penggunaan teknologi dalam pembelajaran termasuk menggunakan peralatan digital, kelas secara maya, pembelajaran secara web dan penggunaan komputer (Hodgins & Cornner, 2000 dlm. Khairul Hamimah, 2007). Internet, intranet, satelit, pita audio video, TV interaktif dan CD-ROM merupakan sebahagian dari media elektronik yang digunakan untuk mempraktikkan e-pembelajaran.

Rentetan daripada kaedah PBBK yang berkembang kepada sistem berasaskan web, penulis lebih cenderung menggunakan konsep e-pembelajaran yang didefinisikan oleh Rosenberg. Mengikut Rosenberg (2001), penggunaan teknologi internet untuk menyalurkan maklumat pembelajaran atau sebarang instrumen yang boleh digunakan bagi meningkatkan lagi pengetahuan, pencapaian dan kemahiran berdasarkan kepada tiga kriteria: i. e-Pembelajaran mestilah menggunakan capaian rangkaian yang boleh menerima dan menyimpan data, menyalur dan berkongsi informasi serta boleh diperbaharui atau dikemas kini dengan segera. ii. e-Pembelajaran perlu disalurkan kepada pengguna melalui komputer yang menggunakan teknologi internet semasa. iii. e-Pembelajaran perlu memfokuskan gambaran jelas pengajaran terkini, iaitu bentuk penyelesaian yang berpandukan proses pengajaran dan pembelajaran tradisional. Dapat disimpulkan bahawa konsep e-pembelajaran yang popular kini berteraskan penggunaan sistem berasaskan web (komputer, internet dan pangkalan data) dan kandungan bahan yang menepati ciri-ciri Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) tradisional yang melibatkan penyediaan kurikulum dalam sesuatu kursus atau mata pelajaran. Dari sudut implementasi, antara universiti utama dunia yang melalui gelombang epembelajaran ialah Harvard Business School (HBS) dan Columbia University (Roger C. Schank, 2002). HBS umpamanya, melihat e-pembelajaran sebagai platform alternatif untuk pensyarah mereka agar tidak membuang masa untuk mengajar kursus asas perakaunan dan kewangan dalam kelas bagi pelajar yang mengambil MBA (Master of Business Administration). HBS telah membangunkan kursus-kursus berkaitan melalui laman web untuk memudahkan pelajar yang mengambil kursus berkaitan dapat melakukan persediaan awal berdasarkan keperluan mereka. Kajian yang dijalankan oleh Daniel Tan (2004) di Nanyang Technological University, Singapura, memperlihatkan implementasi e-pembelajaran berjalan dengan jayanya walaupun agak lewat, iaitu hanya bermula pada Mei 1999. Selepas setahun hanya 22 kursus sahaja dijalankan secara dalam talian. Namun, penambahbaikan terancang yang dijalankan menghasilkan implementasi e-pembelajaran yang berkualiti. Pada Julai 2004, analisa

menunjukkan 8,946 kursus secara dalam talian melibatkan 22,000 pelajar, 1,200 pengajar dan purata 1.1 juta laman dilayari seminggu (page-views/week). Di Eropah, inisiatif Suruhanjaya Eropah terhadap e-pembelajaran ialah mereka menggunakannya untuk memacu pendidikan dan kebudayaan masyarakat sebagaimana memacu pertumbuhan ekonomi, iaitu menyegerakan perubahan dalam pendidikan dan sistem latihan yang dapat menghasilkan masyarakat berasaskan pengetahuan (knowledge-based society). Program e-pembelajaran mereka melibatkan penggunaan ICT sepenuhnya yang disepadukan dengan kualiti pendidikan dan latihan. Program ini merupakan langkah ke hadapan untuk merealisasikan visi teknologi dalam memberikan perkhidmatan pendidikan sepanjang hayat (Syed Othman Alhabshi, 2004). Dalam konteks pembelajaran bahasa berasaskan web, terdapat banyak sumbersumber percuma berkaitan dengan P & P, khususnya bahasa Inggeris berbanding dengan bahasa-bahasa lain. Ini sudah pasti kerana dapatan kajian menunjukkan bahawa jumlah laman web dalam bahasa Inggeris jauh lebih besar daripada jumlah laman web dalam bahasa Melayu (Nor'aini Ismail & Radiah Yusoff, 2001). Kini, penggunaannya lebih signifikan untuk meningkatkan penguasaan bahasa yang dipelajari. Kajian Tien-chen Lee (2007) mengenai PBBK berasaskan web untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di Akademi Tentera Udara Republik China menunjukkan keberkesanan kaedah ini. Kajian menunjukkan penguasaan kadet dalam kemahiran mendengar dan menulis bahasa Inggeris meningkat dengan skor melebihi 70 markah sebanyak 31.6% pada tahun 1997 berbanding hanya 16.8% pada tahun 2005. Dalam kajian Mei-Ya Liang (2006) di sebuah universiti di utara Taiwan, mendapati pelajar mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap pengajaran berasaskan web. Kajian menyentuh interaksi dalam talian bagi pembelajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa asing (English as a Foreign Language) yang berkaitan dengan kemahiran membaca dan strategi pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan pelajar dapat meningkatkan proses pemahaman dalam tiga kemahiran, iaitu kemahiran membaca, penulisan ringkasan dan penggunaan strategi pembelajaran. Kebanyakan pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap keberkesanan kaedah ini.

Contoh kajian di atas secara umumnya berkaitan dengan penggunaan PBBK berasaskan web melalui pengendalian pengajaran dalam talian dan kandungan bahan yang berkaitan. Sistem dan infrastuktur semata-mata tidak mampu melaksanakan proses P & P tanpa kandungan bahan yang boleh diakses, dikongsi dan yang lebih penting dapat mencapai hasil pembelajaran dalam objektif matapelajaran. Proses pembangunan kandungan bahan epembelajaran berkualiti amat penting yang melibatkan pelbagai format perisian atau aplikasi komputer khususnya pembangunan perisian berbentuk interaktif. Salah satu contoh, pembangunan laman web interaktif komunikasi bahasa Jepun bertajuk Greeting and Classroom Instructions oleh Nor Rasimah et al. (2007, dlm Siti Rahayah & Norazah, 2007). Kandungan laman web tersebut yang berciri interaktif merupakan satu alternatif dalam P & P bahasa Jepun setelah pengkaji mendapati masalah yang dihadapi oleh pelajar. Laman web tersebut dapat menarik minat dan memotivasikan mereka untuk mendalami bahasa tersebut, walaupun disimpulkan pembinaan laman web tersebut menepati ciri-ciri e-pembelajaran namun masih banyak kelemahan kerana pembinaan laman web yang dinamik dan bermutu memerlukan kepakaran dalam bidang pengkomputeran.

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Kajian ini turut menggunakan kaedah nonprobability kerana tujuan kajian bukan untuk digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi. Sebaliknya, kajian ini lebih berbentuk kajian deskriptif yang bertujuan memberikan gambaran awal tentang kesediaan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan guru pelatih ambilan Jun 2011. Guru pelatih kajian terdiri daripada guru pelatih ambilan Jun 2011 yang menggunakan e-pembelajaran dalam pembelajaran Subjek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi. Analisis kuantitatif menggunakan program SPSS (Statistical package for social sciences) perisian SPSS versi 17 digunakan dalam kajian ini. Data yang diperoleh ditukar kepada kod-kod tertentu yang akan mewakili pembolehubah sepertimana terdapat dalam soal selidik. Data kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan dan min. Borang soal selidik : Satu set borang soal selidik (ubahsuai daripada Kalthum Ibrahim & Norwati Md Yusof) dengan menggunakan skala Lekart iaitu STS : Sangat Tidak Setuju, S :

Setuju,

TS : Tidak Setuju, SS : Sangat Setuju, KS : Kurang Setuju untuk melihat sikap dan

orentasi guru pelatih IPG Kampus Tawau. Penggunaan instrumen ini juga adalah sebagai salah satu cara untuk memenuhi objektif kajian. Jadual 1 adalah penentuan tahap pemeringkatan skor min

Jadual 1. Tahap Pemeringkatan Skor Min

Min Skor 1.00 2.00 2.01 3.00 3.01 4.00 4.01 5.00

Tahap Lemah Sederhana Baik Sangat Baik

DAPATAN KAJIAN

Pengetahuan guru pelatih tentang E-pembelajaran Jadual 2. Taburan Kekerapan dan Peratus item Pengetahuan Guru pelatih tentang epembelajaran Bil 1 2 3 4 Pengetahuan terhadap e-pembelajaran Saya mengetahui apa e-pembelajaran Saya mahir dalam menggunakan e-pembelajaran Saya menggunakan e-pembelajaran untuk mendapatkan maklumat tugasan E-pembelajaran membantu dalam proses pembelajaran saya STS (%) TS (%) KS (%) S (%) 26 (65) SS (%) 14 (35) Min 4.3 5 4.1 8 4.3 8 4.5 5 4.3 6

3 27 10 (7.5 (67.5) (25) ) 2 21 17 (5) (52.5) (42.5) 2 14 24 (5) (35) (60) Purata Skor Min

Dari Jadual 1, dapatan kajian menunjukkan bahawa semua guru pelatih sudah mengetahui tentang e-pembelajaran (min 4.35). Kebanyakkan guru pelatih menyatakan setuju sebanyak 65% dan 35% sangat setuju. Manakala tahap kemahiran guru pelatih terhadap esangat

pembelajaran mempunyai min 4.18 dengan 67.5% guru pelatih setuju dan 25%

setuju. Di samping itu pernyataan tentang e-pembelajaran untuk mendapatkan maklumat tugasan 52.5% setuju dan 42.5% sangat setuju berbanding hanya 5% kurang setuju. Terdapat 95% guru pelatih merasakan bahawa e-pembelajaran membantu guru pelatih dalam proses pembelajaran berbanding 5% kurang setuju. Secara keseluruhannya tahap

pengetahuan guru pelatih terhadap e-pembelajaran adalah pada tahap sangat baik dengan purata min 4.36.

Sikap Guru pelatih Dalam Menggunakan e-pembelajaran Jadual 3. Taburan Kekerapan dan Peratus item Sikap Guru pelatih Dalam Menggunakan epembelajaran Bil 5 6 7 8 9 10 Aplikasi terhadap e-pembelajaran E-pembelajaran amat berguna bagi saya Kandungan dalam e-pembelajaran meningkatkan tahap kefahaman saya E-pembelajaran menjimatkan masa untuk mendapatkan bahan rujukan Melalui e-pembelajaran menjimatkan kos untuk bahan Melalui E-pembelajaran menjimatkan kos untuk tugasan Saya merasa selesa menggunakan e-pembelajaran STS (%) TS (%) KS (%) 1 (2.5) 4 (10) 4 (10) 1 (2.5) 3 (7.5) 1 (2.5) S SS (%) (%) 14 25 (35) (62.5) 16 20 (40) (50) 13 23 (32.5) (57.5) 18 21 (45) (52.5) 18 19 (45) (47.5) 19 20 (47.5) (50) Purata Skor Min Min 4.6 4.4 4.48 4.5 4.4 4.48 4.48

Melalui kajian ini, dapat diketahui bahawa kebanyakkan guru pelatih 60% sangat setuju dan 35% setuju berbanding 5% kurang setuju terhadap pernyataan bahawa e-pembelajaran amat berguna (min 4.6). E-pembelajaran juga dapat meningkatkan tahap kefahaman guru pelatih (min 4.40) dengan 50% sangat bersetuju dan 40% setuju. Disamping itu item 7 (min 4.48) iaitu pernyataan bahawa e-pembelajaran menjimatkan masa untuk mendapatkan bahan rujukan dengan bilangan yang sangat setuju 57.5% dan setuju 32.5%. Melalui e-

pembelajaran juga guru pelatih dapat menjimatkan kos bahan (min 4.50) dengan peratus yang sangat setuju 52.5% dan setuju 45% setuju berbanding hanya 2.5% kurang setuju. Manakala item 9 (min 4.40) penyataan bahawa e-pembelajaran menjimatkan kos untuk tugasan dengan 47.5% sangat setuju dan 45% setuju. Guru pelatih amat selesa mengguna e-

pembelajaran ( min 4.48) dengan 50% sangat dan 47% setuju hanya 2.5% kurang setuju. Dapat dirumuskan persoalan kajian bahawa apakah sikap guru pelatih terhadap epembelajaran adalah pada tahap sangat baik iaitu dengan purata skor min 4.48. Motivasi Guru pelatih Dalam Menggunakan e-pembelajaran Jadual 4. Taburan Kekerapan dan Peratus item Tahap Motivasi Guru pelatih Dalam Menggunakan e-pembelajaran. Bil 11 12 13 Aplikasi terhadap e-pembelajaran E-pembelajaran meningkatkan kesediaan menghadiri kuliah E-pembelajaran meningkatkan tumpuan saya semasa kuliah E-pembelajaran dapat meningkatkan keyakinan diri saya untuk belajar STS (%) TS (%) KS (%) S SS Min (%) (%) 26 14 4.3 (65) (35) 5 2 19 19 4.4 (5) (47.5) (47.5) 3 18 22 4.5 (45) (55) 5 Purata Skor Min 4.44

Analisis dari kajian ini menunjukkan bahawa guru pelatih mempunyai motivasi yang sangat baik (purata skor min 4.44) terhadap e-pembelajaran sebagai salah satu kaedah dalam proses pembelajaran mereka. Ini dapat dibuktikan melalui respon guru pelatih terhadap item-item kajian. Item 11 (min 4.35) pernyataan bahawa e-pembelajaran meningkatkan kesediaan guru pelatih untuk menghadiri kuliah dengan 65% setuju dan 35% sangat setuju, item 12 (min 4.43) melalui e-pembelajaran dapat meningkatkan tumpuan guru pelatih semasa kuliah dengan bilangan 47.5% sangat setuju dan 47.5% setuju berbanding 5% kurang setuju. Manakala item 13 (min 4.55) pernyataan bahawa e-pembelajaran dapat meningkatkan diri guru pelatih untuk belajar dengan pecahan 55% sangat setuju dan 45% setuju berbanding tiada langsung memberi respon kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju.

RUMUSAN DAN CADANGAN Hasil daripada penganalisaan data dapatlah dirumuskan bahawa guru pelatih mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap e-pembelajaran. Guru pelatih cukup bersedia,

menunujukkan sikap yang positif dan mempunyai motivasi yang baik dalam penggunaan epembelajaran dalam proses pembelajaran mereka. Namun, e-pembelajaran masih memerlukan ruang untuk mencapai matlamat. Untuk membentuk persekitaran e-

pembelajaran yang kukuh dan akhirnya dianggap berjaya, kesepaduan antara persediaan dari pelbagai sudut termasuk infrastruktur, pendekatan pengajaran/pembelajaran mutlak dan kolaborasi, persediaan kursus, guru pelatih dan institusi serta pembuat dasar wajar dipertimbangkan. Antara kesemua faktor itu guru pelatih mempunyai peranan penting demi meningkatkan penggunaan e-pembelajaran. Kajian mendapati guru pelatih bersedia untuk menggunakan e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka mempunyai motivasi yang tinggi, cuma daripada segi infrastruktur terutama dalam ICT perlu dipertingkatkan lagi agar proses pembelajaran dan pembelajaran melalui e-pembelajaran ini dapat berjalan dengan lancarnya. E-pembelajaran merupakan inovasi dalam sistem pendidikan yang diperbaharui bertujuan untuk menggantikan sistem pendidikan yang sedia ada. Penerimaan inovasi ini bergantung kepada individu itu sendiri untuk menilainya sepertimana yang diperkatakan oleh Rogers (1995) inovasi dihubungkan melalui saluransaluran tertentu mengikut masa dalam kalangan ahli sesebuah sistem sosial. Penggunaan teknologi baru sebagai alat dalam perlaksanaan epembelajaran adalah untuk meningkatkan keupayaan pelajar agar pembelajaran mereka yang efektif. Ia juga mewujudkan suasana yang menggalakkan pelajar lebih inovatif dan kreatif dalam pembelajaran.

RUJUKAN

Bahan Bercetak Daniel Tan (2004). Critical Success Factors for The Implimentation of e-Learning (Seminar Paper). Shah Alam. e-Learning Seminar organized by Institute of Leadership and Quality Management (ILQaM) UiTM. Fry, K. (2002) Forum Focus and Overview dalam Fry, K., The Business of E-pembelajaran: Bringing Your Organisation in the Knowledge Economy. Telcam Group, University of Technology, Sudney. Kalthum Ibrahim & Norwati Md Yusof. (2005). Satu Kajian Terkini Penggunaan E-Portal Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di UKM. Prosiding SeminarKebangsaan EKomuniti 2005. UKM. Putrajaya Khairul Hamimah Mohamad Jodi, Sharliana Che Ani, Sofia Elias & Rusniyati Mahiyaddin (2007). Perlaksanaan e-Pembelajaran di IPTS: Satu Pengalaman di UNITAR, dlm. Prosiding Seminar e-Pembelajaran 2006. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Lynch, Marguerita McVay (2002). The Online Educator. London: Routledge Falmer. Noraffandy Yahya dan Wan Salihin Wong Abdullah (1999), Pembangunan Laman Web Rekreasi Matematik Berasaskan Sumber Terbuka JOOMLA Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Nor'aini Ismail & Radiah Yusoff (2001). Pencapaian Maklumat Jaringan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. Pelgrum dan Enderson, (1999). ICT and the Emerging Paradigm for Life-long Learning Becky Bliss Design and Production, Wellington, New Zealand Roger, C. Schank (2002). Designing World Class e-Learning. The United State of America: The McGraw-Hill Companies. Rogers, E.M. 1995. Diffusion of Innovations (4th edition). New York. The Free Press. Shirley, A. 2001. e-learning Developments and Experiences, Education and Training. 43, 240-248.

Rosenberg, Marc Jeffrey (2001). e-Learning: Strategies for Delivering Knowledge In The Digital Age. USA: McGraw-Hill Companies. Rosenberg, M. (2001) E-pembelajaran Strategies for Delivering Knowledge in the Digital Age. New York: Mc Graw Hill Siti Rahayah Ariffin & Norazah Mohd Nordin (2007). Pedagogi & Pembangunan ePembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi. Bangi: Pusat Pembangunan Akademik UKM. Syed Othman Alhabshi (2004). e-Learning: The Education of The Future (Seminar Paper). Shah Alam. e-Learning Seminar organized by Institute of Leadership and Quality Management (iLQaM) UiTM. Zaphiris, P. & Zacharia, G. (2005). User-Centered Computer Aided Language Learning. Calgary: Idea Group Inc. Zoraini Wati Abas. 2005. E-pembelajaran: Potential and Challenges for Malaysian Institutions dalam E-pembelajaran: Issues and Challenges. Universiti Malaysia.

Bahan Internet Fakhrul Anuar Aziz (2002). Memanfaatkan Sumber-sumber Percuma Internet dan WWW untuk Pendidikan. Dalam Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan Maktab Perguruan Batu Lintang, 18-19 September 2002, Kuching. URL: http://www.geocities.com/athens/academy/5578/semtmk/ Lim, Jonathan LH. (2002). e-Learning: A New Frontier in Education. Dalam Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan Maktab Perguruan Batu Lintang, 18-19 September 2002, Kuching. URL: http://www.geocities.com/athens/academy/5578/semtmk/

Liang, Mei-Ya. (2006). Interaction in EFL online classes: How Web-facilitated instruction influences EFL university students' reading and learning. Ph.D Thesis Indiana University. URL: http://proquest.umi.com/ Tengku Zawawi Tengku Zainal (1997). Internet Dalam Pendidikan Matematik. URL: http://www.geocities.com/tgzaiza/penggunaan_internet.html Tien-chen Lee (2007). Using Web-based CALL to Improve English Language Mastery at the Republic of China Air Force Academy. PhD Thesis ProQuest Information and Learning Company. URL: http://proquest.umi.com/

Anda mungkin juga menyukai