Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Dalam masa sekelip mata, kami telah menganjur dan menyertai lima fasa program Bina Insan

Guru (BIG). Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana kumpulan kami telah berjaya menyempurnakan program BIG fasa kelima dengan usaha bersama-sama. Apabila saya diketahui bahawa program BIG kali ini dianjurkan oleh kumpulan kami sahaja kerana kami telah memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sebagai sasaran kami. Sebelum ini, saya selalu tidak mengambil jawatan yang penting semasa menganjur program BIG. Oleh itu, saya cuba mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam proses penyediaan program ini. Akhirnya, saya mengambil jawatan setiausaha supaya dapat menyumbang usaha saya bagi program BIG kali ini. Walaupun begitu, saya telah mempelajari banyak perkara yang luar daripada buku teks. Sebagai seorang setiausaha, saya perlu melaksanakan tanggungjawab untuk memohon kebenaran daripada pihak IPG Kampus Tuanku Bainun dan pihak sekolah yang terpilih. Proses ini mengambil masa yang panjang kerana kami susah berjumpa dengan pihak berkuasa. Mereka mempunyai tugas masing-masing dan keluar untuk menjalankan tugasnya. Akhirnya, kertas kerja program ini telah diluluskan oleh pihak IPG Kampus Tuanku Bainun dan surat rasmi juga dikirimi kepada pihak sekolah. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Abdul Rahman (Jabatan GERKO) dan saudari Sim Mei Yee (pengerusi BIG) kerana mereka telah banyak memberi nasihat dan bantuan kepada saya untuk melaksanakan tanggungjjawab sebagai seorang setiausaha. Program BIG kali ini adalah lawatan Bench-marking ke sekolah cemerlang. Oleh itu, kumpulan kami telah memilih SJK(C) Keat Hwa (K), Alor Setar sebagai sasaran kami. Sekolah ini amat mengkagumkan saya. Mula-mula, kami memilih sekolah ini sebagai sasaran lawatan kerana sekolah ini mengamal budaya kesopanan dan bertindak sebagai teladan dalam usaha melindungi alam

sekitar. Selepas lawatan, persekitaran sekolah itu telah membuktikan segala usaha sekolah itu. Misalnya, setiap orang murid mempunyai sebuah pokok di kawasan sekolah. Mereka perlu menjaga pokok itu dari tahun satu hingga tahun enam. Lorong kecil yang memenuhi dengan pokok-pokok digelar sebagai koridor pokok. Pihak kantin juga menentukan hari Ahad sebagai hari vege. Pihak kantin hanya menjual hidangan vege pada hari itu untuk mengurangkan kandungan karbon di persekitaran. Sementara itu, pihak sekolah mengumpul bahan-bahan yang boleh dikitar semula dalam tempoh yang tertentu. Perkara yang paling menarik perhatian saya ialah ibu bapa murid-murid aktif melibatkan diri dalam aktiviti sekolah. Ibu bapa dibahagi kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai tanggungjawab masing-masing seperti AJK kebersihan, AJK Pengangkutan dan lain-lain. Selepas guru menayang gambar-gambar aktiviti, saya terharu kerana ibu bapa begitu rela merendahkan diri beruhasa bersama dengan pihak sekolah demi perkembangan anak masingmasing. Semua warga sekolah ini adalah teladan saya. Saya akan mencontohi sikap dan fikiran mereka dalam bidang pendidikan. Kanak-kanak adalah tonggak negara pada masa depan. Walaupun pendidikan bukanlah satu bidang yang mudah, saya tetap kekal impian untuk melahirkan insan yang berkembang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Anda mungkin juga menyukai