Anda di halaman 1dari 40

Disediakan Oleh : Lam Pui Yee 5 PISMP RBT 2

Konsep Kemahiran Mendengar


Keupayaan Murid

Mendengar dengan teliti

Memahami perkara yang didengar (pelbagai situasi pengucapan, beri maklum balas)

Konsep Kemahiran Bertutur


Keupayaan Murid

Menjalin hubungan
Berbual

Sebutan dan intonasi betul dan sopan


Penekanan : penggunaan tatabahasa sesuai

Menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang K@K Syarat

Kemahiran Mendengar
Kemahiran bahasa penting dan perlu dipelajari secara intensif (Sek Rendah). Perlu dikuasai, penggunaannya meluas. Menurut yahya Othman (2005 :26)
Murid-murid sekolah rendah perlu memiliki kemahiran mendengar berkesan supaya mesej yang diterima dimanfaat dengan baik

Kemahiran Bertutur
Melahirkan idea
Kemahiran Komunikasi
mempengaruhi kemahiran menghasilkan bahasa melalui penulisan

Buktinya, menurut Mohd Hilmy Haji Ismail


Pertuturan adalah menjadi asas kepada hampir semua pembelajaran bahasa. Pertuturan mendahului bacaan dan latihan bertulis. Murid-murid sepatutnya boleh menyusun fikiran dan idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia membuat latihan bertulis.

Objektif

Objektif Pengajaran lisan KBSR

Objektif Pengajaran Lisan KBSR


Menurut Siti hajar, Objektif pengajaran lisan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR adalah untuk membolehkan murid-murid : --- Mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan seharihari sama ada di dalam atau di luar sekolah.

--- Bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam berbagai-bagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain

Kemahiran kecil dalam kemahiran lisan (perlu dikuasai)

Mendengar dan menyebut bunyi


Mengenal
membeza Mengajuk bunyi

mengecam dan menunjuk arah datang bunyi

Memberi dan Menerima arahan dan permintaan


Murid menyampaikan arahan dan pesanan dengan cara mudah difahami dan berurutan Hasilkan permintaan mudah (tepat & bertatasusila)

Ubahsuai permintaan dengan kehendak perhubungan sosial

Menyampaikan ucapan bertatasusila


Murid berkebolehan lafaz ucapan bertatasusila, ucapan yang mengggunakan bentuk panggilan sesuai. Mematuhi tatatertib yang perlu diikuti dalam sesuatu ucapan.

Bersoal jawab

Bina & Kemuka Soalansoalan

Memperolehi maklumat/ informasi

Bercerita
Murid bercerita dengan penuh gaya dan perasaan dengan berpandukan gambar ataupun tidak

Menyampaikan berita dan laporan


Murid berkebolehan melapor sesuatu yang dilihat atau didengar dengan tepat dan ringkas

Menyampaikan ucapan dan syarahan


Murid berkebolehan menyampaikan ucapan dan syarahan yang bertatasusila serta menggunakan nada, intonasi, gaya dan suara yang baik dalam penyampaian tersebut.

Berlakon dan melafazkan puisi


Murid dapat ucapkan dialog dan puisi dengan betul, melakonkan dialog dengan penuh perasaan serta lafaz pantun, syair, sajak mengikut nada, intonasi, sebutan, rima dan irama yang sesuai.

Berbincang dan berbahas


Meliputi kebolehan untuk menyampaikan buah fikiran yang tepat dalam sesuatu ucapan Menggunakan perbendaharaan kata yang sesuai, susunan kata, intonasi, gaya dan suara yang baik

Proses dan Bentuk

Kemahiran Mendengar

CARA 1 mendengar dan mengenal pasti pelbagai bunyi bahasa. Mengutamakan kepekaan dan tanggapan pendengar terhadap bunyi yang didengar.

PROSES dan bentuk Kemahiran MENDENGAR

CARA 2 memahami maksud bunyi-bunyi Bahasa dan bertindak balas terhadapmnya.

3 contoh latihan mendengar untuk mengenal pasti bunyi yang boleh dijalankan oleh guru ialah :
Mendengar dan menyebut perkataan

Latihan tubi Pemintal lidah

Memadankan perkataan dengan gambar

Contoh aktiviti mendengar dan menyebut perkataan


Suku Dulang Enak Tarik Bulu Zip Siku Pulang Emak Carik Dulu Cip

Aktiviti Latih Tubi Pemintal Lidah


Mengandungi bunyi yang hampir sama dan guru dapat mengesan kelemahan murid dalam fonem-fonem tertentu
Kuku kiri kaki kakak kena ketuk kayu keras (fonem k) Chah cari cincin cicir celah laci (fonem c) Johan jemput Joyah jalan-jalan jumpa Jothi (Fonem J)

Aktiviti memadankan Perkataan dengan gambar


Murid diberi kertas edaran yang mengandungi beberapa set perkataan yang mempunyai sedikit perbezaan bunyi dalam suatu set perkataan. Guru menyebut perkataan dan murid diminta memadankannya dengan gambar.

Contoh : dahi, dadu, dagu

Cara 2 : Faham & bertindak balas, uji pemahaman murid. (3 aktiviti)


-- Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas -- Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lebih lama -- Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan perbincangan

Contoh aktiviti (ringkas)


laku pergerakan ikut arahan Menanda betul/ salah menyusun gambar mendengar dan memilih gambar melukis bahan berbentuk grafik

aktiviti (lebih lama)


Memerlu murid menjawab soalan kefahaman, membuat ulasan, meringkaskan dan mencatat isi-isi penting daripada bahan yang didengar. Contoh aktiviti telah disebut di atas.

Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan perbincangan


Murid dengar dan faham bahan rangsangan sebelum menjalankan aktiviti penterjemahan dan menilai.

Aktiviti -murid perlu bincang secara berkumpulan dan hasil dilaporkan secara (lisan/bertulis) Contoh aktiviti mengkategorikan fakta dan menilai perwatakan

Aktiviti mendengar terakhir


Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mendapat petikan berbeza namun berkaitan. Murid perlu saling bertukar maklumat dan mencantum maklumat tersebut bagi menyempurnakan tugasan.

Proses dan Bentuk

Kemahiran Bertutur

Peranan guru ajar kemahiran ini


Rangka pengajaran berdasarkan fungsi bahasa. 7 fungsi bahasa yang perlu diberi penekanan oleh guru yang mengajar kemahiran ini: fungsi peribadi, fungsi perhubungan, fungsi memberi arahan, fungsi menyoal, fungsi merujuk, fungsi imaginasi dan fungsi menyampai maklumat.

Fungsi peribadi
Keupayaan dan kebolehan murid menyampaikan buah fikiran, perasaan dan kehendak mereka dengan jelas.

Fungsi Perhubungan
Penekanan dalam pengucapan bertatasusila yang menjamin keharmonian perhubungan dan perpaduan dalam masyarakat.

Contoh Pengucapan bertatasusila


Lahir rasa simpati terhadap orang lain Meminta diri Meminta maaf dan memberi kemaafan Menumpang kegembiraan Menyatakan persetujuan/ ketidaksetujuan pendapat mencelah dengan cara sopan semasa orang lain bercakap

Fungsi memberi arahan


Murid menggunakan ayat permintaan, memberi arahan dan menyatakan peraturan dengan jelas. Meliputi kemahiran memberi cadangan, memujuk dan cuba meyakinkan orang lain.

Fungsi menyoal
Tujuan : latih murid mengemukakan soalan dengan jelas, tepat dan ringkas.

Fungsi Merujuk
Kerap diajar dan berkaitan dengan kemahiran bertutur tentang kejadian yang telah, sedang dan akan berlaku. Pelaksanaannya menekankan penggunaan aspek linguistik dengan betul dan tepat

Contohnya

Fungsi Imaginasi
Bertujuan melatih murid menggunakan bahasa secara kreatif ketika bertutur. Contohnya, Mencipta dan lafaz puisi nada & intonasi betul Bahasa berirama Tutur spontan dalam lakonan dan drama Bercerita kreatif

Fungsi Menyampai maklumat


Tujuan : latih murid sampaikan maklumat secara lisan dan maklumat tersebut disampaikan dengan jelas dan betul berdasarkan pengalaman, pendengaran dan pembacaan untuk dikongsi dengan orang lain.

Sekian Terima Kasih Terima Kasih Kerana Sudi Mendengar dan memberi tumpuan.