Anda di halaman 1dari 2

kain rida

jom sama-sama menghidupkan sunnah..


ape tu kain rida' ?
kain rida' tu selendang (seperti dalam gambar)..
sunnah ke?
ye..ia sunnah baginda yang mulia..
Petikan Hadis Tentang Bukti Rasulullah Mempunyai Syal (Rida' - )


1. Hadis Anas bin Malik r.a katanya, ; Pada suatu ketika aku berjalan bersama-sama Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam. Saat itu, beliau memakai selendang buatan Najran yang tebal pinggirnya.
Tiba-tiba seorang Arab badui mendapatkan beliau, lalu ditariknya selendang Nabi tersebut sekuatkuatnya, sehingga kulihat selendang tersebut membekas di leher Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam karena kuatnya tarikan. Kemudian orang tersebut berkata, "Wahai Muhammad,
perintahkanlah kepada bendahara Tuan agar memberikan harta yang ada dalam pengawasan Tuan
kepadaku." Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menoleh kepada orang itu sambil tertawa.
Kemudian diperintahkanlah oleh beliau agar orang itu diberi sedekah.Dalam hadits Ikrimah bin
Ammar terdapat tambahan; "Kemudian laki-laki itu menarik dengan sekali tarikan hingga Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam tertarik ke arahnya." Dan dalam hadits Hammam; "Ia menarik selendang
itu hingga sobek dan meninggalkan bekas pada leher Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam."
2. Diriwayatkan oleh Buraidah, ia mengatakan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
melarang seseorang solat dengan kain tanpa menyelepangkannya di atas bahu dan melarang solat
dengan seluar tanpa mengenakan selendang (kain yang menutupi bahunya). (Riwayat Muslim)
*maksud hadis ialah larangan solat tanpa berbaju. Jika tidak memakai baju, afdal kenakan selendang
(rida) di badan.



:







3. Daripada Anas bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Apabila salah seorang di antara
kamu berdiri dalam solatnya maka jangan sekali-kali ia meludah ke depannya tetapi hendaklah ke
kirinya atau ke bawah telapak kakinya lalu ia (Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam) mengambil
hujung selendangnya dan meludah di situ dan melipat sebahagian (hujung selendang) itu atas
sebahagian lalu baginda bersabda: Atau dia berbuat begini. (Hadis Riwayat Ahmad dan Bukhari)


4. Kemudian baginda mengangkat kedua dua belah tangannya berdoa dan berdoa sehingga
ternampak putih ketiaknya Kemudian baginda memalingkan belakangnya kepada manusia serta
memalingkan selendangnya di kala beliau mengangkat kedua dua tangannya . (Hadis Riwayat Abu
Daud)


5. Kemudian baginda shallallahu 'alaihi wasallam berpaling ke arah kiblat dan beliau memalingkan
selendangnya yang luar ke dalam dan orang ramai pun memalingkan selendang mereka bersama
Rasulullah (Hadis Riwayat Ahmad)

6. Bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam meminta hujan. Baginda memakai kain hitam
empat persegi (kain selendang) lalu beliau hendak mengambil bahagian sebelah bawah, hendak
dijadikan bahagian atasnya tetapi beliau merasa berat lalu beliau membalikkan yang sebelah kanan
ke atas sebelah kiri dan yang sebelah kiri ke atas sebelah kanan. (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu
Daud)
macam mana nak pakai kain rida' tu..?
-------------------------------Rida' : Bagaimana Pemakaian Secara Sunnah?
menjawab ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre di dalam "Komuniti iluvislam.com"..
"Para ulamak biasa menyebutkan pakaian-pakaian Rasulullah sehingga se'detail'nya. Para guru kami
menyebutkan, pemakaian rida' disunnahkan dan terdapat pelbagai cara memakainya. Malah para
ulamak berbeza pendapat dalam memilih cara yang terbaik tanpa menafikan cara-cara yang lain.
Kebanyakan guru kami mengajarkan supaya memakai rida' dengan meletakkan kain di atas bahu kiri
(atau kanan mengikut sebahagian guru lain). Ada juga yang meletakkan di atas bahu kiri
kemudiannya ditarik di sebelah belakang dan keluar melalui bawah ketiak kanan dan diangkat ke
belakang melalui bahu kanan. Ada juga yang menggantungkan sahaja di tengkuk dan membiarkan ke
bawah dari kedua-dua bahu. Apapun yang kami dapati, semua cara tersebut boleh dilakukan, dan jika
diniatkan kerana mencintai Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan amalan para ulamak, insyaAllah
beroleh pahala.