Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SELAYANG 68100 BATU CAVES, SELANGOR

KERTAS KERJA
SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN

TARIKH 19 SEPTEMBER 2013

MASA 7.30 PAGI 9.00 PAGI

TEMPAT TAPAK PERHIMPUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SELAYANG

1.0

PENDAHULUAN

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi memanaskan badan yang menarik sebelum melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih terancang di samping membantu meransang otot dan tubuh badan secara teratur. Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang yang boleh dilakukan beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan disamping memperoleh keseronokan dan ketenangan minda.

Aktiviti fizikal seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman yang mampu meningkatkan prestasi paru-paru dan mengurangkan implikasi saluran darah tersumbat disebabkan kolesterol. Melalui aktiviti senamrobik, murid-murid dan guru-guru dapat meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya mampu melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih. Keupayaan fizikal yang optimum melalui aktiviti senamrobik meningkatkan kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang sihat. Setiap individu boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima. Aktiviti senamrobik merupakan salah satu aktiviti kecergasan fizikal yang seimbang, terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Selain daripada itu, aktiviti senamrobik juga meningkatkan kecergasan pelakuan psikomotor yang melibatkan kelajuan, keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan

2.0

RASIONAL

Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan kerana senamrobik:

2.1 Merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress serta meningkatkan kekuatan fungsi otak 2.2 Dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit jantung dan pembuluh darah. 2.3 Dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor 2.4 Dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat badan sihat.

Senamrobik 1Murid 1Sukan ini juga merupakan landasan bagi sekolah melaksanakan aktiviti senamrobik di sekolah sebagai aktiviti amalan sepanjang tahun. Aktiviti senamrobik ini juga boleh dilakukan dalam semua program di sekolah kerana ianya dapat menceriakan program yang dianjurkan dan berupaya memeriahkan aktiviti sukan di sekolah. Seterusnya aktiviti senaman yang menarik ini akan dapat mengekalkan lajakan berterusan pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan. Aktiviti senamrobik dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid-murid sejak dari kecil sehingga dewasa dan seterusnya menjadikan amalan gaya hidup sihat dan aktif kepada semua masyarakat.

.3.0 MATLAMAT

Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

4.0 OBJEKTIF

Senamrobik 1Murid 1Sukan dijadikan amalan di sekolah bagi mencapai objektif berikut: 4.1 meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan; 4.2 melibatkan penyertaan semua murid; 4.3 mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas; 4.4 mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul; 4.5 meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;

5.0 TARIKH PELAKSANAAN 19 September 2013

6.0 MASA 7.30 Pagi hingga 9.00 Pagi

7.0 TEMPAT Tapak Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang

8.0 KUMPULAN SASARAN 8.1 Semua warga Sekolah yang diertikan seperti berikut: 8.1.1 Murid/pelajar (termasuk murid tahap 1) 8.1.2 Guru, anggota khidmat sokongan

9.0 CADANGAN ATURCARA

7.25 pagi 7.30 pagi

: Murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan : Perhimpunan Pagi : Bacaan Doa

7.45 Pagi 8.00 pagi 9.00 pagi

: Gimik Pelancaran : Senamrobik 1Murid 1Sukan bermula : P & P bermula atau sebaik sahaja tamatnya sesi Senamrobik 1Murid 1Sukan

10.0 AHLI JAWATANKUASA AKTIVITI Jawatankuasa Pelancaran Program Senamrobik 1Murid 1Sukan Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi i Naib Pengerusi ii Penyelaras Setiausaha : En. Sharim b. Hashim (Guru Besar) : Pn. Zulkhaina bt. Mohd Zaid (PK.Kokurikulum) : Pn. Zariah bt.Mohd Sharif (PK. Pentadbiran) : Pn.Norma bt. Shukor (PK.HEM) : En. Mohd Nazri b. Hahim (S/U Sukan) : En. Mohd Izwan b. Mohd Raffie

Bendahari Juruacara

: En. Ahmad Muhaimin bin Mahmood : En. Muzaffar bin Amir@musa

Bacaan Doa Siaraya

: En. Wan Hazaruddin bin Wan Hassan : En. Ahmad Sanusi bin Mohdmad En. Mohd Izwan bin Mohd Raffie

Disiplin Murid

: En. Ku MohdAzril bin Ku Mokhtar En. Ishak bin Mat Piah

AJK Dokumentasi

: En. Wan Hazaruddin bin Wan Hassan En. Nazri bin Hashim

11.0 ANGGARAN BELANJAWAN


ANGGARAN BELANJAWAN

BIL

PERKARA

KUANTITI (UNIT)

HARGA SEUNIT (RM) 200

JUMLAH (RM) 200

Bayaran Saguhati Instruktor Senamrobik Air Minuman

300

300

500

12.0 SENARAI PERALATAN 1. LAPTOP 2. PEMBESAR SUARA 3. MIKROFONE

PENUTUP Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan diharapkan dapat mengembalikan semula keaktifan aktiviti senamrobik di sekolah. Senamrobik ini juga diharapkan sebagai satu platform bagi warga pendidikan memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.

Disediakan Oleh: (Mohd Izwan bin Mohd Raffie) Setiausaha Aktiviti Senamrobik 1 Murid 1 Sukan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang

Disahkan Oleh:

(Sharim bin Hashim) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang

Anda mungkin juga menyukai