Anda di halaman 1dari 20

IMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL III

HBD 1303

NUR ATIQAH YUSUF YEO @ NUR ATIKAH ABDULLAH

IMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL III

HBD 1303

DEFINISI Umbilical Cord Blood Bank atau Bank Darah Tali Pusat merupakan sebuah institusi yang menyimpan serta memelihara lebihan darah bayi yang berada di dalam tali pusat ketika proses kelahiran bayi tersebut untuk kegunaan di masa hadapan. Lebihan darah tersebut mengandungi sel yang mampu menjana pelbagai jenis sel iaitu sel stem. Ia juga bertujuan mengelakkan masalah penolakan tisu transplantasi (pemindahan).

PROSES PENGUMPULAN DAN PENYIMPANAN Selepas bayi dilahirkan, doktor yang terlibat iaitu pakar obstetrik akan memasukkan jarum ke dalam vena tali pusat tersebut untuk membenarkan darah dari tali pusat masuk ke dalam beg pengumpul yang tidak mempunyai antikoagulan (heparin). Setelah darah tali pusat dikumpul, beg dan label yang mengandungi darah tersebut akan diperiksa. Semakin cepat darah tali pusat tersebut dihantar ke makmal, semakin tinggi peluang sel stem yang boleh digunakan dapat diproses. Setibanya di makmal, ujian akan dijalankan untuk menentukan jumlah isipadu darah yang dikumpul dan kepekatan sel stem tersebut, serta ianya akan diperiksa untuk kontaminasi bakteria atau fungal. Sebagai tambahan, sampel darah si ibu juga akan diuji untuk penyakit berjangkit. Selepas pemprosesan selesai, plasma dan sel-sel yang tidak diperlukan akan diasingkan dari darah tali pusat bayi dan darah tali pusat tersebut dipindahkan ke dalam transplant-ready cryobag. Selepas itu, unit darah tali pusat bayi dipelihara dengan cryo (cryopreserved) dan disimpan pada suhu yang sangat rendah iaitu pada suhu kurang daripada -170 darjah Celcius (suhu yang biasa digunakan adalah -196 C).

NUR ATIQAH YUSUF YEO @ NUR ATIKAH ABDULLAH

IMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL III

HBD 1303

KELEBIHAN UMBILICAL CORD BLOOD BANK

Kelebihan

Darah tali pusat boleh dibekukan dan disimpam untuk masa yang lama, dan mungkin untuk selama-lamanya.

Sel-sel

darah

tali

pusat

adalah

mudah

dan

tidak

menyakitkan

untuk

mendapatkannya pada masa bayi dilahirkan dan ianya mempunyai keupayaan untuk berkembang menjadi pelbagai jenis sel.

Sel-sel darah tali pusat mempunyai risiko yang rendah untuk transmisikan penyakit. Berupaya membantu menyembuhkan pesakit yang menhidapi leukemia,

lymphoma, kanser, penyakit sel sabit, talasemia dan penyakit-penyakit lain yang dengan menjalani transplan sel stem.

NUR ATIQAH YUSUF YEO @ NUR ATIKAH ABDULLAH

IMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL III

HBD 1303

NUR ATIQAH YUSUF YEO @ NUR ATIKAH ABDULLAH

IMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL III

HBD 1303

DEFINISI Autologous Blood transfusion ataupun Transfusi Darah Autologous adalah merupakan proses pengumpulan darah atau komponen darah daripada seseorang individu dan kemudian akan ditransfusikan semula pada individu tersebut. Dengan kata lain, transfusi darah autologous adalah merupakan proses pendermaan darah untuk kegunaan sendiri. Peningkatan penyakit yang ditransmisikan oleh darah allogenik menyebabkan peningkatan yang dramatik terhadap transfusi darah autologous. Tujuan pemindahan autologous adalah untuk mengelakkan penyakit berjangkit, untuk mengelakkan kesan imunologi dan untuk menjamin stok darah.

JENIS-JENIS AUTOLOGOUS BLOOD TRANSFUSION Pre operative/ Pre deposit autologous blood donation. Pre operative isovolemik hemodilution/ Acute normovolemic hemodilution. Peri operative blood salvage Intraoperative blood salvage Postoperative blood salvage

NUR ATIQAH YUSUF YEO @ NUR ATIKAH ABDULLAH

IMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL III

HBD 1303

Pre operative/ Pre deposit autologous blood donation

Prosedur ini dilakukan kepada pesakit yang memerlukan darah semasa atau selepas pembedahan. Proses pendermaan dilakukan selewat-lewatnya dua minggu sebelum pembedahan dijangka berlansung. Iron dan folate diberikan kepada penderma melebihi 2 unit darah. Darah yang dikumpulkan akan dilabel dan ditandatangani oleh

pesakit/penderma dan disimpan pada 4-6C unutk kegunaan pesakit tersebut. Darah preoperative autologous ini akan diuji dengan ujian pengumpulan ABO dan Rhesus, dilakukan ujian saringan antibodi dan ujian penyakit berjangkit iaitu ujian saringan HBsAg, antibodi HIV, dan sifilis.

Kriteria pesakit/penderma yang menjalani prosedur ini adalah : Paras hemoglobin melebihi 12.0G/dL untuk lelaki dan melebihi 11.0g/dL untuk wanita. Berumur 17-65 tahun.

NUR ATIQAH YUSUF YEO @ NUR ATIKAH ABDULLAH

IMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL III

HBD 1303

Pre operative isovolemik hemodilution/ Acute normovolemic hemodilution

Acute normovolemic hemodilution adalah proses pengeluaran darah atau lebih unit darah dan digantikan dengan volume expander atau colloid solution. Ia biasanya dilakukan sebagai penyediaan pesakit yang bakal menjalani pembedahan pintasan jantung yang mana kehilangan darah dijangkakan sehingga 3 unit bag darah. 48 jam sebelum pembedahan berlansung, pesakit yang tidak mengalami anemia akan dikeluarkan daripada darahnya dan akan digantikan dengan volume expander atau colloid solution

Antara objektif prosedur ini ialah :a) Membolehkan darah yang diambil digunakan semasa/selepas pembedahan. Darah yang dikumpulkan biasanya disimpan dalam tempat penyimpanan darah dalam bilik pembedahan. Darah ini akan ditransfusikan semula jika diperlukan semasa pembedahan atau akan dibawa ke Tabung Darah dan disimpan untuk kegunaan pesakit ini selepas pembedahan. b) Mengurangkan viskositi darah. Pengurangan viskosoti darah ini dapat meningkatkan kadar aliran darah, mengurangkan beban kerja jantung dan meningkantkan oksigen ke tisu badan. c) Mengurangkan risiko trombosis. d) Meningkatkan perfusi darah.

NUR ATIQAH YUSUF YEO @ NUR ATIKAH ABDULLAH

IMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL III

HBD 1303

Peri operative blood salvage

Periopertive blood salvage merupakan pengumpulan dan kemasukan balik darah semasa atau sebaik sahaja selepas pembedahan. Ianya terdiri daripada intra operative blood salvage dan post operative blood salvage. I. Intra operative blood salvage. Darah akan dikumpulan dan dimasukkan kembali semasa pembedahan berlansung. Menggunakan peralatan dan mesin berasaskan teknologi aferesis yang dinamakan cell saver, yang mana darah akan dikumpulkan, dicuci untuk menyingkirkan debris atau sitokin, sel darah merah akan diasingkan dan ditransfusikan semula kepada pesakit. Teknik ini banyak diaplikasikan ke atas pesakit yang menjalani pembedahan kardiovaskular, orthopedik, transplantasi hepar, dan sesuai juga dipraktikkan sekiranya pesakit mempunyai antibodi kumpulan darah yang jarang ditemui yang sukar untuk mendapatkan darah serasi. Kelemahan prosedur ini ialah ianya boleh menyebabkan kontaminasi bakteria daripada luka pembedahan dan sumber lain boleh menyebabkan infeksi kepasa pesakit.

II.

Post operative blood salvage Post operative blood salvage adalah proses pengumpulan darah dari luka pembedahan yang tertutup dan ditransfusikan semula pada pesakit selepas pembedahan. Prosedur bermula serta merta selepas pembedahan dan berlansung selama 4-6 jam selepas pembedahan. Biasanya diaplikasi dalam pembedahan cardiothoracic dan orthopedic.

NUR ATIQAH YUSUF YEO @ NUR ATIKAH ABDULLAH

IMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL III

HBD 1303

KELEBIHAN DAN KEBURUKAN AUTOLOGOUS BLOOD TRANSFUSION

Kelebihan autologous blood tranfusion

Keburukan autologous blood tranfusion

Selamat untuk digunakan.

Tekanan melibatkan

kos

yang

mungkin modal, bahan untuk

perbelanjaan penggunaan dan latihan

Mengurangkan risiko reaksi transfusi.

peningkatan pakai-buang

Mengurangkan risiko infeksi.

kakitangan.

Reinfusi berkualiti

sel

darah

merah

yang

Kompleks pengumpulan,

logistik penyimpanan

untuk dan

tinggi

dan

berfungsi

sepenuhnya.

transfusi yang betul kepada pesakit yang sesuai mungkin meningkatkan

Sel

darah

merah

yang

hemolisis

potensi berlakunya kesilapan. Darah yang tidak digunakan adalah

dibuang dengan proses pembersihan. sia-sia dan tidak boleh dikembalikan ke kolam penderma (donor pool). Membenarkan transfusi darah yang selamat bagi pesakit yang mempunyai kumpulan darah yang jarang ditemui dan autoantibodi pelbagai. Meningkatkan bakteria. risiko kontaminasi

Tempoh berada di wad yang singkat.

Menyingkirkan (immunosuppression).

imunosupresi

Mengurangkan allogenik.

permintaan

darah

NUR ATIQAH YUSUF YEO @ NUR ATIKAH ABDULLAH

IMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL III

HBD 1303

NUR ATIQAH YUSUF YEO @ NUR ATIKAH ABDULLAH

10

IMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL III

HBD 1303

DEFINISI Darah sintetik adalah merupakan kombinasi bahan kimia dan biologi yang direka supaya mempunyai fungsi yang sama seperti darah sebenar yang ada di dalam tubuh manusia. Ianya digunakan secara meluas bagi memberikan rawatan yang lebih efektif kepada pesakit bukannya bagi menggantikan darah pesakit tersebut. Antara kelebihan penggunaan darah sintetik ini adalah ianya tidak memerlukan ujian penyaringan dan pengumpulan darah mengikut kumpulan darah serta bebas daripada agen penyakit berjangkit kerana darah sintetik ini telah disterilkan serta mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding darah sebenar yang mempunyai jangka hayat yang pendek iaitu 3 minggu. Darah sintetik ini kebiasaannya dilabel sebagai pembawa oksigen kerana darah ini tidak boleh menyerupai dan menandingi fungsi darah sebenar sepenuhnya kerana tidak mengandungi sel, antibodi, antigen dan faktor koagulasi dimana ianya hanya boleh meniru fungsi utama darah sahaja seperti menggantikan kekurangan isipadu darah, kekurangan komponen darah dan keupayaan membawa oksigen keseluruh tubuh.

JENIS-JENIS DARAH SINTETIK Diantara contoh darah sintetik adalah: Haemoglobin based oxygen carries (HBOCs) Perfluorokarbon emulsion ( PFC ) Plasma/blood volume expander Penyamaran antigen Platlet sintetik

NUR ATIQAH YUSUF YEO @ NUR ATIKAH ABDULLAH

11

IMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL III

HBD 1303

Haemoglobin based oxygen carries (HBOCs)

Hemoglobin merupakan komponen utama di dalam sel darah merah yang mengandungi 33 % daripada jisim sel produk asas haemoglobin yang di kenali sebagai haemoglobin based oxygen carrier . Haemoglobin yang dipisahkan daripada sel darah merah tidak boleh digunakan kerana ia akan menyebabkan kesan toksik pada ginjal. Jadi beberapa langkah digunakan bagi membentuk haemoglobin dalam keadaan yang selamat untuk digunakan. Haemoglobin secara normalnya mengalir bersama sel darah merah dalam bentuk tetramer dan apabila haemoglobin ditranfusi struktur tetramernya akan musnah membentuk molekul dimer ataupun monomer kemudian diserap bebas di dalam tubul renal dan sub endothelial. Bagi mengurangkan kesan toksik pada larutan hemoglobin, pengilang telah mencipta kaedah bagi mengekalkan kestabilan struktur tetramer haemoglobin dan meningkatkan saiz haemoglobin. Stabilisasi tetramer dibentuk menggunakan hubung silang intermolekular diantara 2 sub unit iaitu alfa atau beta menggunakan spesifik cross linker. Berat molekul haemoglobin yang efektif boleh ditingkatkan dengan menkonjugasi haemoglobin pada polietiline glikol. Antara jenis atau kaedahnya adalah hubunglintang haemoglobin bagi mengelakkan pemecahan

haemoglobin tetramer dan mengurangkan aktiviti haemoglobin untuk oksigen dan hubungsilang yang paling popular yang sering kali digunakan adalah DBBF dan NOR-2FORMYLPYRIDOSXALS 5 PHOSPHATE.

NUR ATIQAH YUSUF YEO @ NUR ATIKAH ABDULLAH

12

IMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL III

HBD 1303

Bagi menghasilkan hubungsilang haemoglobin, jambatan kecil daripada molekul gula dilekatkan secara kovalen daripada bentuk dimer kepada bentuk tetramer yang stabil. Seterusnya adalah polimerisasi haemoglobin kepada permukaan kumpulan asid amino yang dihubungkan oleh reagen seperti glutaraldehid. Polimerisasi haemoglobin merupakan produk yang tidak menyebabkan vasokonstriksi selepas kemasukannya dimana ia akan meningkatkan saiz molekul melalui pembentukan oligomers. Kemudiannya adalah konjugasi yang merupakan ikatan kovalen haemoglobin kepada biocompatible polimer seperti polisakarida bagi meningkatkan saiz keseluruhan molekul haemoglobin dimana konjugasi haemoglobin dengan PEG dapat melindungi molekul daripada eksresi oleh tubul renal. Akhir sekali adalah encapsulation haemoglobin yang dilakukan bagi kehadiran antigen kumpulan darah yang dilakukan dengan vesikel lipid menggunakan larutan fosfolipid yang membenarkan spesifikasi kandungan membran pada vesikel lipid yang mempunyai cs-lipid menunjukkan demonstrasi kepada penghad agregasi antara haemoglobin. Perubahan pada membran bilayer membenarkan penyerapan oksigen dan karbon dioksida yang lebih baik. Perbezaan antara haemoglobin sintetik dengan sel darah merah. Jenis darah Masa tindakbalas Afiniti oksigen Kemasukan HBOCs Serta merta Sel darah merah dan 2,3 DPG tidak diperlukan bagi pembebasan oksigen Steril dan tiada risiko pemindahan penyakit Suhu bilik 36 bulan Universal Boleh ditransfusi terus Transfusi sel darah merah Bergantung pada 2,3 DPG Sel darah merah dan 2,3 DPG diperlukan bagi pembebasan oksigen Risiko ada tetapi dikurangkan dengan pemilihan penderma dan ujian saringan Suhu sejuk 42 hari Spesifik Transfusi darah mengikut jenis darah dan ujian keserasian dilakukan 60-90 hari

Risiko pemindahan penyakit berjangkit Suhu penyimpanan Jangka hayat Kegunaan Penyediaan

Masa tindak balas

3 hari

NUR ATIQAH YUSUF YEO @ NUR ATIKAH ABDULLAH

13

IMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL III

HBD 1303

Perfluorokarbon

Perfluorokarbon merupakan sebatian bahan kimia yang boleh membawa dan melepaskan oksigen yang diperbuat daripada hidrokarbon sintetik dengan pengganti ion halida dimana larutan tersebut mempunyai kapasiti penyerapan sehingga 50 kali ganda oksigen daripada plasma. Oleh kerana larutan perfluorokarbon merupakan modifikasi hidrokarbon, ia tidak boleh bercampur dengan darah dan mesti ditrasfusikan bersama lipid dan garam. Perfluorokarbon diperbuat daripada bahan biologi dimana secara tidak langsung ianya boleh menghadkan kemungkinan penyebaran penyakit berjangkit melalui transfusi darah. Diantara fungsi dan kebaikan penggunaan perfluorokarbon adalah meningkatkan keupayaan pengangkutan oksigen dimana penghantaran oksigen dalam bentuk gas terlarut dalam plasma. Secara normalnya, oksigen yang larut didalam plasma adalah kurang daripada 1 % daripada keseluruhan oksigen tetapi dengan penggunaan perfluorokarbon, penyerapan oksigen dapat ditingkatkan sehingga mencapai 10% - 15 % daripada keseluruhan kandungan oksigen dalam arteri dan ianya dapat meningkatkan kandungan oksigen didalam tisu kerana saiz molekulnya yang kecil daripada sel darah merah yang sebenar. Selain itu, dengan menggunakan teknik ini akan dapat merawat tisu yang mengalami hipoksia dan menggantikan fungsi sel darah merah sewaktu berlakunya pendarahan akut. Perfluorokarbon juga dapat membantu dalam menyingkirkan gas mikroemboli selepas pembedahan kardiopulmonari. Selain daripada itu, teknik ini juga digunakan bagi pengawetan organ yang akan ditranplantasi serta bertindak sebagai rawatan tekanan pernafasan pada bayi yang tidak matang dan juga digunakan didalam pembedahan.

NUR ATIQAH YUSUF YEO @ NUR ATIKAH ABDULLAH

14

IMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL III

HBD 1303

Oleh kerana perfluorokimia ini tidak boleh bercampur dengan darah, jadi pengelmulsian dilakukan dengan meletakkan beberapa titis perfluorokarbon didalam air kemudian cecair tersebut dicampurkan dengan antibodi, vitamin,nutrient dan garam meghasilkan campuran yang mempunyai 80 komponen yang berbeza serta mempunyai sebahagian fungsi darah semulajadi kemudian partikel perfluorokarbon ini dikecilkan kepada 1/40 daripada saiz diameter sebenar sel darah merah supaya partikel perfluorokarbon ini dapat melepasi kapilari darah yang sukar dilepasi oleh sel darah merah yang sebenar. Kaedah penghasilan perfluorokarbon sintetik ini adalah air, garam, fosfolipid ditambah dan dielmulsi melalui tekanan tinggi homogenisasi. Kemudian ditapis melalui suhu pengukusan yang tinggi.

NUR ATIQAH YUSUF YEO @ NUR ATIKAH ABDULLAH

15

IMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL III

HBD 1303

Plasma/blood volume expander

Larutan koloid dan kristaloid Teknologi perkembangan isipadu menyediakan alternatif yang selamat, steril dan mengandungi plasma manusia yang berfungsi bagi menyediakan aras isipadu darah yang berkurangan akibat kehilangan darah kepada aras normal dan mengelakkan kehilangan isipadu darah yang berlebihan daripada tubuh dan secara tidak langsung ianya dapat menyelamatkan tisu daripada kekurangan oksigen akibat kehilangan darah. Selain itu, ia juga digunakan didalam acute normovolemic hemodilution yang hadir sebelum ataupun selepas prosedur anathesia dan selepas pembedahan. Terdapat 2 kategori utama bagi pengembangan isipadu darah sintetik iaitu larutan kristaloid dan larutan koloid. Larutan kristaloid mempunyai 2 jenis larutan iaitu salin normal dan ringers laktat dimana kedua-duanya adalah larutan isotonik dan isosmotik dengan plasma manusia. Salin normal pula mempunyai kepekatan ion sodium dan klorida yang ditemui secara normal didalam tubuh manusia dan ianya larut dalam darah serta transfusi produk darah. Riger laktat pula mengandungi potassium , kalsium dan laktat dengan penambahan sodium dan klorida. Kehadiran kalsium ini mempunyai kontra indikasi apabila ia larut sewaktu transfusi darah dimana kalsium tersebut akan menyebabkan kesan antikoagulan CPDA-1 membentuk aggregasi kecil bagi

membolehkan salin normal dan riger laktat akan mengembangkan isipadu darah buat sementara.

NUR ATIQAH YUSUF YEO @ NUR ATIKAH ABDULLAH

16

IMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL III

HBD 1303

Larutan koloid pula merupakan kumpulan lain bagi pengembangan isipadu sintetik dimana terdapatnya kehadiran dextran sama ada produk dextran dengan berat molekul yang tinggi ataupun yang rendah dan dextran ini mestilah tidak digunakan di dalam set transfusi yang ditransfusi bersama darah kerana dextran akan menyebabkan sel darah merah akan bergumpal di dalam tiub menyebabkan sel darah merah tersebut akan mengembang dan terhemolisis akibat daripada kemasukan air ke dalam sel darah merah. Larutan koloid akan kekal di dalam ruang intravaskular lebih baik berbanding larutan kristaloid dan ia berguna bagi pendarahan yang banyak dan rawatan kejutan. Ini kerana larutan koloid adalah steril dan tidak akan membawa infeksi mikroorganisma berbanding larutan kristaloid.

NUR ATIQAH YUSUF YEO @ NUR ATIKAH ABDULLAH

17

IMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL III

HBD 1303

Penyamaran antigen

Pembentukan proses penyamaran pada permukaan sel darah merah dilakukan bagi menghasilkan jenis darah yang bersifat universal yang dilakukan pada antigen di dalam transfusi darah dan juga transplantasi. Proses ini termasuklah menyaluti sel darah merah dengan polimer biocompatible yang dikenali sebagai polietilin glikol (PEG) dimana molekul PEG ini akan membentuk ikatan kovalen yang kekal pada permukaan sel dimana salutan tersebut akan menyembunyikan molekul antigenik pada permukaan sel darah merah dengan efektif supaya sel asing ini tidak akan dikenalpasti oleh antibodi darah penerima. Sebagai contoh, individu yang mempunyai kumpulan darah A akan mempunyai antibodi semulajadi yang akan menentang antigen pada permukaan sel darah merah B dan memusnahkan darah yang mempunyai antigen tersebut. Kemudian setelah sel darah merah jenis B disaluti oleh PEG yang akan menyamarkan antigen pada permukaan sel tersebut menjadikan antigen B tersebut tidak lagi dikenali oleh antibodi B dalam darah jenis A pesakit dan ini dapat mengelakkan kerosakan atau kemusnahan sel darah merah. Melalui penggunaan teknik ini, ia dapat menyelamatlan sesetengah penyakit seperti talasemia yang memerlukan transfusi darah berulang dimana terdapatnya komplikasi yang disebabkan oleh pembentukan antibodi terhadap antigen sel darah merah yang minor. Ujian in-vitro menunjukkan modifikasi PEG pada sel darah merah tidak menunjukkan tindakbalas daripada kehadiran allosensitisasi dimana ia berguna bagi situasi klinikal dimana jika allosensitisasi ini telah hadir.

NUR ATIQAH YUSUF YEO @ NUR ATIKAH ABDULLAH

18

IMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL III

HBD 1303

Platlet sintetik

Platlet sintetik dihasilkan daripada polimer yang mempunyai bahan platlet sintetik yang boleh bergabung dengan platlet semulajadi dan mempunyai protein yang lebih pendek supaya ianya lebih sensitif. Platlet sintetik dihasilkan bagi merawat sesetengah keadaan seperti kanser akibat kesan sampingan terapi kanser yang akan mengurangkan platlet dengan drastik ataupun di dalam keadaan trombositopenia. Antara produk yang spesifik bagi merawat trombositopenia adalah sintosit yang merupakan sejenis mikrokapsul dimana fibrinogen telah digabungkan secara kimia. Darah sintetik ini akan menggantikan platlet yang terdapat di dalam darah bagi menghalang pendarahan. Namun produk ini dipercayai mempunyai keupayaan untuk membawa masuk infeksi virus akibat daripada proses penyimpanan yang tidak stabil dan boleh menyebabkan reaksi imun. Jadi membran platlet akan menjalani proses penfragmen yang mengekstrak komponen hemostatin pada platlet iaitu faktor 3 dan reseptor glikoprotein Ib melalui proses kemasukan membran platlet setelah penyahaktifan virus melalui

pemanasan. Proses lyophilisasi yang merupakan satu proses dimana platlet menusia dimasukkan ke dalam paraformaldehid tulen bagi penyejukbekuan di dalam larutan albumin dimana bahan fiksasi tersebut akan mikroorganisma dan meningkatkan jangka hayat platlet. Diantara kelebihan penggunaan platlet sintetik adalah jangka hayatnya yang panjang, proses hemostasis yang efektif dengan jangkamasa tindakbalas yang signifikan, tiada trombogenisiti dan imunogenisiti, steril, penyimpanan dan penghasilan yang mudah dan menggalakkan pembentukan aggregasi platlet.

NUR ATIQAH YUSUF YEO @ NUR ATIKAH ABDULLAH

19

IMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL III

HBD 1303

KELEBIHAN DAN KEBURUKAN DARAH SINTETIK

Kelebihan darah sintetik

Keburukan darah sintetik

Darah yang bebas dari penyakit.

Tidak

boleh

menyerupai

dan

menandingi fungsi darah sebenar Selamat untuk digunakan. sepenuhnya kerana tidak

mengandungi sel, antibodi, antigen Tahan lama dan boleh disimpan untuk tempoh masa yang lama. dan faktor koagulasi dimana ianya hanya boleh meniru fungsi utama darah sahaja. Berupaya untuk mengangkut dan Sistem imun tubuh kadang-kadang boleh bertindakbalas secara negatif terhadap Bebas dari agen penyakit berjangkit, patogen dan toksin yang akan darah sintetik yang

melepaskan oksigen ke seluruh tubuh apabila diperlukan.

ditransfusikan ke dalam badan.

menghasilkan tindakbalas imun dalam tubuh manusia. Boleh isipadu menggantikan darah dan kekurangan kekurangan

komponen darah. Tidak memerlukan ujian penyaringan dan pengumpulan darah darah apabila mengikut transfusi

kumpulan

darah perlu dilakukan.

NUR ATIQAH YUSUF YEO @ NUR ATIKAH ABDULLAH

20

Anda mungkin juga menyukai