Anda di halaman 1dari 8

1.

0) PENYAKIT TUMBUHAN

Penyakit tumbuhan merupakan sesuatu kejadian dimana patogen tumbuhan menyerang


tumbuhan untuk samaada memberikan kebaikan atau keburukan. Ia memerlukan langkah
pencegahan awal atau kaedah pengawalan bagi menghalang daripada perkara tersebut daripada
terus merebak. Sehingga kini, tiada definisi yang tepat mengenai maksud penyakit tumbuhan itu
sendiri.

H. MARSHALL WARD (1854-1906) menyatakan, “Perkara utama yang perlu difahami


ialah bahawa penyakit adalah suatu keadaan fisiologi yang tidak normal, dan garis sempadan di
antara keadaan sihat dengan keadaan berpenyakit sukar ditentukan kerana kedudukannya yang
samar-samar”. Ini bermaksud, kesan tindakan yang dihasilkan oleh patogen tertentu atau faktor-
faktor persekitaran adalah ketara walaupun kepada orang yang melihatnya secara kebetulan.
Walaubagaimanapun, terdapat penyakit yang yang gejalanya tidak dapat dilihat dengan jelas,
punca masalahnya kabur dan jalan penyelesaiannya sukar ditentukan.

Bagi memahami berlakunya penyakit tumbuhan, konsep penyakit perlu difahami oleh
para saintis. Sebagai asas, ahli patologi perlu mengenalpasti dan memahani proses-proses yang
berlaku semasa pertumbuhan dan perkembangan tumbuhan yang sihat. Bagi kebanyakan
tumbuhan yang ditanam, percambahan biji benih, kematangan struktur vegetatif, permulaan
pembiakan, pembentukan dan penyebaran buah atau biji benih adalah fasa yang begitu kritikal
kerana pada peringkat ini penyakit tumbuhan mungkin boleh berlaku dan mengambil tempat
yang khusus dan penting di dalam tumbuhan.

Penyakit tumbuhan kebanyakannya disebabkan oleh agen pembawa atau patogen


penyakit yang bertanggungjawab membawa penyakit tersebut. Agen-agen pembawa termasuklah
faktor biotik (benda hidup seperti haiwan, mikroorganisma, parasit) dan faktor abiotik (benda
bukan hidup seperti suhu lampau, gas beracun, cahaya lampau). Sebarang agen pembawa yang
mampu membawa kemusnahan kepada pertumbuhan pokok tersebut dianggap terlibat di dalam
skop patologi tumbuhan. Kegagalan yang dialami oleh sebahagian atau seluruh tanaman
mungkin disebabkan oleh satu faktor atau lebih. Jika terdapat lebih daripada satu agen yang
terlibat, agen-agen tersebut boleh bertindak sendirian ataupun saling bertindak antara satu sama
lain dengan ertikata lain, bekerjasama memusnahkan tumbuhan terbabit.
Sinergisme bermaksud dua atau lebih daripada dua agen bertindak balas dalam satu
gabungan untuk menghasilkan perubahan yang tidak dapat dihasilkan jika agen-agen tersebut
bertindak secara bersendirian. Sebagai contoh di dalam kes ini, dalam keadaan yang berasingan,
virus mozek tembakau dan virus X kentang menghasilkan gejala belak pada pokok tomato jika
kedua-dua virus tersebut menjangkiti pokok tomato tersebut.

Jika diperhatikan, terdapat beberapa kepentingan penyakit di dalam beberapa aspek


kehidupan. Bagi komuniti semulajadi, penyakit tumbuhan hanyalah satu faktor yang dapat
mengawal populasi pertumbuhan dan menentukan spektrum spesies yang berjaya hidup di
dalam sesuatu habitat. Paling penting, penyakit tumbuhan dapat menghadkan penyebaran spesies
ke kawasan atau habitat semulajadi yang kurang sesuai terhadap pertumbuhan tanaman tersebut.
Penyakit juga dapat mempercepatkan perubahan generasi di dalam komuniti tumbuhan yang
stabil. Sebagai contoh, dirian pokok hutan kemungkinan akan mati apabila diserang patogen
penyakit menyebabkan kanopi hutan terbuka dan memberi ruang kepada anak-anak pokok untuk
membesar dan pertumbuhan semula yang baru terhasil. Namun begitu, tanggapan mengenai
kepentingan penyakit pokok ini tidak diberikan perhatian yang sewajarnya kerana kepentingan
terhadap ekonomi semasa dan keperluan manusia seperti tanaman pertanian dan pembalakan.
2.0) PENYEBAB PENYAKIT: PATOGEN TUMBUHAN

Patogen dalam istilah saintifik bermaksud suatu organisma atau virus yang boleh
menyebabkan penyakit kepada sesuatu perumah tersebut. Dalam konteks ini, kita
membincangkan organisma atau virus yang boleh menyebabkan penyakit kepada tumbuhan yang
dipanggil patogen tumbuhan (fitopatogen).

Walaupun terdapat banyak pelbagai variasi patogen, satu perbezaan yang penting boleh
dibuat antara patogen yang cepat membunuh sebahagian atau keseluruhan bahagian perumah
dengan pathogen yang hidup bersama-sama perumah untuk satu jangka masa yang panjang tanpa
menyebabkan kerosakan yang teruk kepada perumah. Kebanyakan patogen ini tergolong dalam
kumpulan kulat. Kategori yang pertama disebut Nekrotrof, suatu patogen yan menyerang luka
atau tisu tumbuhan yang muda dan juga lemah. Ia tumbuh di antara sel untuk menghasilkan
faktor-faktor sitolisis dan kemudian menggunakan tisu perumah yang mati sebagai substrat.
Kategori kedua, Biotrof sebaliknya merupakan patogen yang tidak membunuh perumahnya
dengan serta-merta kerana ia memerlukan perumah yang hidup bagi pertumbuhannya yang
lengkap. Bagi memenuhi pertumbuhan parasitisme yang lebih khusus, ia hanya menyerang julat
perumah yang terhad sahaja. Perbezaan antara Biotrof dan Neoktrof adalah seperti di bawah:

NEKROTROF PERBEZAAN BIOTROF


Sel perumah dibunuh dengan Sel perumah tidak dibunuh
cepat dengan cepat
Menghasilkan enzim sitolis dan Sedikit atau tiada enzim sitolisis
toksin dan toksin yang dihasikkan
Tidak membentuk struktur Sifat-sifat biokimia dan Membentuk struktur khusus
khusus untuk parasit morfologi untuk parasit seperti haustorium
Penembusan ke dalam perumah Penembusan ke dalam perumah
melalui luka dan bukaan melalui bukaan semulajadi atau
semulajadi secara langsung
Julat perumah yang luas Julat perumah yang sempit
Tumbuh secara saprofit di luar Sifat-sifat ekologi Tidak boleh tumbuh diluar
rumah perumah
Menyerang anak pokok, pokok Menyerang perumah yang sihat
lemah atau tisu yang hampir mati pada mana-mana peringkat
perkembangan

3.0) KUMPULAN FITOPATOGEN (PATOGEN TUMBUHAN)


Terdapat beberapa kumpulan patogen tumbuhan yang dapat dikenalpasti iaitu faktor
biotik dan faktor abiotik. Faktor biotik dapat dikelaskan kepada beberapa kumpulan iaitu virus,
bakteria, kulat, protozoa dan nematod, iaitu sejenis parasit.

a) Fitopatogen Kulat

Fitopatogen kulat mempunyai lebih daripada sepuluh ribu patogen kulat.


Kebanyakan kulat fitopatogen tergolong dalam Ascomycetes dan Basidiomycetes. Kulat
membiak secara kedua-dua seks dan aseks melalui pengeluaran spora. Spora-spora ini
boleh tersebar pada jarak yang jauh melalui udara atau air, atau juga melalui tanah.
Kebanyakan spora yang tersebar adalah melalui tanah. Sebagai contoh zoospore yang
mana boleh hidup secara saprotrof di dalam tanah pada bahagian pertama kitaran
hidupnya. Contoh fitopatogen kulat adalah Phakospora pachyrhizi Sydow yang
menyebabkan karat kacang soya.

b) Fitopatogen Bakteria

Kebanyakan bakteria (berbentuk basilus) dikaitkan dengan penyakit tumbuhan


sebenarnya adalah saprofit dan tidak merosakkan tumbuhan pada dirinya. Bagaimanapun,
sebilangan kecil di sekitar 100 spesies boleh mengakibatkan penyakit, khususnya di
kawasan-kawasan sub-tropika dan tropika. Patogen bakteria yang penting terhadap
tumbuhan adalah seperti Xanthomonas spp. Dan Pseudomonas spp.

c) Virus Tumbuhan

Terdapat banyak virus tumbuhan, termasuk juga virus asimptomatik. Biasanya, virus
tumbuhan hanya mengakibatkan kerugian hasil dan oleh itu, manusia tidak berdaya maju
untuk mengawalnya dari segi ekonomi kecuali ketika ia menjangkiti spesies pokok buah-
buahan. Kebanyakan virus tumbuhan mempunyai genom-genom RNA, bebenang tunggal
yang kecil. Genom-genom itu hanya boleh mengekod 3 atau 4 protein sahaja. Virus-virus
tumbuhan harus disebar dari sebatang pokok ke pokok yang lain melalui vektor. Vektor
ini biasanya merupakan serangga, tetapi sebilangan kulat, nematod, dan protozoa juga
bertindak sebagai vektor virus.
d) Nematod (Parasit Tumbuhan)

Nematod ialah makhluk multisel yang kecil dan kelihatan seolah-olah cacing. Banyak
nematod hidup secara bebas di dalam tanah, tetapi sebilangan spesies merupakan parasit
kepada akar-akar tumbuhan. Nematod seringnya menjangkiti tanaman di kawasan-
kawasan tropika dan subtropika, dan mengakibatkan masalah terhadap pengeluaran dari
segi ekonomi. Nematod buku akar (Root-knot nematod) mempunyai agak banyak
perumah, manakala nematod sista (cyst nematod) berupaya menjangkiti hanya beberapa
spesies. Secara amnya, nematod mengakibatkan perubahan yang besar di dalam sel-sel
akar supaya dapat memudahkan kitaran hidupnya.

e) Protozoa

Terdapat beberapa penyakit tumbuhan yang diakibatkan oleh protozoa. Protozoa


tersebar sebagai zoospora yang amat tahan lama dan boleh hidup dalam keadaan rehat
di dalam tanah selama bertahun-tahun. Ia juga bertindak sebagai vektor yang
menyebarkan virus-virus tumbuhan. Apabila zoospora motil bersentuhan dengan akar
rambut, ia mengeluarkan plasmodium dan menyerang akar rambut itu.

Selain daripada faktor biotic yang melibatkan organisma, penyakit tumbuhan juga boleh
disebabkan oleh beberapa faktor abiotik seperti samaada secara semulajadi ataupun akibat
perbuatan manusia itu sendiri:
a) Kemarau.
b) Kerosakan yang diakibatkan oleh fros, salji, dan ketulan hujan batu.
c) Banjir dan sistem saliran yang buruk.
d) Kekurangan nutrient pada tanah.
e) Pemendapan garam dan mineral larut berlebihan yanglain kedalam tanah).
f) Faktor angin yang mana kecederaan yang diakibatkan oleh angin kencang, serta
kerosakan oleh rebut dan puting beliung.
g) Kilat dan kebakaran.
h) Pemadatan tanah.
i) Pencemaran udara dan/atau tanah akibat industry.
j) Penggunaan garam untuk jalanraya-jalanraya musim sejuk.
k) Penggunaan terlalu banyak herbisid iaitu racun tumbuhan.
l) Pendidikan dan latihan yang tidak mencukupi bagi orang-orang yang bekerja dengan
tumbuh-tumbuhan.
m) Vandalisme terhadap tumbuhan.

4.0) ISU-ISU SEMASA YANG MELIBATKAN PATOGEN TUMBUHAN

a) Sudden Oak Death (Patogen: Phytophthora ramorum, Pokok Perumah: Oak


Tree).
Secara amnya, banyak persoalan yang ditimbulkan perlu dijawab apabila sesuatu
penyakit berlaku keatasa tumbuhan tersebut bagi pembangunan stretegi pengurusan
penyakit seperti: Adakah patogen tersebut merupakan spesies asal ataupun spesies baru?
Apakah spesies pokok yang diserang oleh penyakit tersebut? Bagaimanakah perubahan
cuaca mengubah kitaran patogen tersebut? Cubaan menjawab soalan-soalan sedemikian
dan banyak lagi mungkin dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan adanya kajian
yang dilakukan.

Sudden Oak Death(SOD) merupakan contoh terbaik di dalam konteks kitaran


penyakit yang melibatkan tumbuhan hutan. Organisma-organisma yang terlibat di dalam
serangan penyakit ini termasuklah yang paling penting, patogen Phytophthora ramorum,
sejenis fungi yang bersalingan dengan serangga merupakan contoh yang dapat
mempengaruhi komponen bagi ekosistem hutan.

Phytopthora ramorum merupak patogen yang menyebabkan jangkitan pada


bahagian poko diatas paras tanah seperti karat pada batang, kematian pucuk daun pada
pokok dan ‘leaf blight’. Vector pembawa bagi patogen tersebut termasuklah tanah, air
dan juga campurtangan manusia. Serangan penyakit ini biasanya berlaku dikawasan
hutan asli dan hutan ladang. Antara spesies pokok yang diserang adalah Lithocarpus
densiflorus (Tanoak), dan Quercus agrifolia (Coast Live Oak).

Kesan serangan patogen tumbuhan terhadap kepentingan biodiversiti merupakan


sesuatu yang amat penting. Sebagai contoh, kepentingan serangan patogen Phytopthora
ramorum terhadap pokok oak yang telah dewasa memberikan ruang kepada regenerasi
baru untuk tumbuh seterusnya mengekalkan biodiversiti sesuatu ekositem di kawasan
tersebut. Selain itu, serangan patogen terhadap pokok yang lemah juga dapat
memperkuatkan sistem pertahanan keseluruhan dirian spesies pokok yang terdapat di
kawasan tersebut.
Sebuah artikel yang dipetik menerangkan mengenai kepentingan pokok dewasa
untuk mati. Petikan tersebut menyatakan:

Even as pathogens, the role of fungi and Phytophthoras can be seen as beneficial
at the ecosystem level. Tree death is a natural and necessary aspect of the forest
ecosystem. The death of large old trees is necessary for the regeneration of new trees and
the continuation of the forest. Death is necessary for life. Tree diseases that attack
especially weak trees can improve the overall vigor of a stand. In addition, the death of a
large tree in the forest creates a gap in the canopy, letting sunlight reach the forest floor
and allowing the regeneration of species that would not otherwise grow in the shade of
the tree. Therefore, tree death can improve the diversity of the forest. This is important
because diversity confers resilience to a system. Pathogens often have some degree of
host specificity, meaning they only attack certain species of trees. A forest that contains
only one type of tree is in danger of being completely obliterated by a single pathogen
whereas the damage would be more confined in a forest with greater species diversity.
Secara kesimpulannya, kehadiran patogen tumbuhan mempunyai kebaikan yang
tersendiri selain daripada mempunyai keburukan terhadap pertumbuhan pokok di alam
ini.

Anda mungkin juga menyukai