Anda di halaman 1dari 3

Bantuan Ibu Bapa Terhadap Perkahwinan Anak-anak

by Gereja Yesus Benar Sabah on Nov 11th, 2012 No Comments Sesungguhnya, anak-anak lelaki adalah milik pusaka dari pada TUHAN, dan buah kandungan adalah suatu upah. (Mzm127: 3) Di dalam dunia ini, Tuhan mengkehendaki supaya ibu bapa bertindak sebagai pengurus anak-anak, oleh itu ibu bapa mempunyai kewajipan untuk menguruskan pusaka ini dengan baik, termasuklah dari segi tubuh, akhlak, pendidikan, pekerjaan, perkahwinan, kepercayaan anak-anak dan sebagainya. Dalam soal perkahwinan, anak-anak memerlukan tunjuk ajar daripada ibu bapa untuk membantu anak-anak menguruskan perkahwinan, ia merupakan suatu peringkat yang sangat penting dalam kehidupan. Jika demikian, bagaimanakah seharusnya ibu bapa membantu dalam perkahwinan anak-anak? A. Mempunyai pengertian yang jelas tentang kebenaran Ibu bapa terlebih dahulu diri sendiri haruslah mempunyai pengenalan yang jelas terhadap kebenaran dalam perkahwinan, barulah dapat membimbing perkahwinan anak-anak dengan tepat. Jika tidak, ia hanyalah orang buta menuntun orang buta (Luk 6:38), dan tidak akan mendapat hasil yang baik. 1. Perkahwinan di dalam Tuhan merupakan kehendak Tuhan (2 Kor 6:10). Kehendak manusia boleh dituruti dan juga boleh diingkari, namun kehendak Tuhan adalah sama sekali baik (Kej 50:20; Rom12:2), yang memberikan kebaikan kepada manusia. Oleh itu, manusia patut menurutinya (2 Taw 12:14). Di samping itu, Tuhan juga menuntut supaya manusia berpegang pada kehendak-Nya (Mikha 6:8). 2. Peintah Tuhan itu diberikan demi kasih-Nya kepada anak-anak (1 Tim 1:5). Segala perbuatan Tuhan adalah sungguh bererti, juga adalah baik untuk kita (Mzm 16:2; 84:11). Oleh itu, kita harus menuruti perintah Tuhan, Alkitab mencatatkan bahawa mendengarkan lebih baik daripada korban sembelihan (1 Sam 15:23). 3. Berbahagialah mereka yang mendengarkan firman Allah (Luk11: 2728). Segala berkat Tuhan dicurahkan kepada barangsiapa yang mendengarkan suara TUHAN (Ul 28:2,8). Alkitab mengatakan bahawa kuasa pemberi berkat ada pada Tuhan (Kej 49:25). Berkat yang sesungguhnya dan yang tetap tidak berubah ada pada

Tuhan ( Mzm 73:26), manusia tidak dapat memperolehnya dengan bersandar pada diri sendiri. B. Tindakan Bantuan (Kej 24:1-5; 37,38) 1. Mengajarkan kebenaran yang berkaitan dengan perkahwinan dalam Alkitab kepada anak-anak tepat pada masanya (Ul 6:6-7). Memupuk jiwa rohani anak-anak, supaya mereka belajar untuk tunduk kepada Tuhan, dan juga boleh memberitahu mereka tentang contoh-contoh realiti dalam kehidupan. Abraham dalam Alkitab merupakan seorang ayah yang arif dari segi mengajar anak-anak. 2. Mengajar anak-anak agar berserah pada Tuhan dalam hal perkahwinan, selalu berdoa bersama dengan anak-anak demi hal tersebut, memohon pimpinan dan aturan jodoh yang sesuai (Kej 24:12-15). 3. Membantu anak-anak menghubungi dengan Kordinator Perkahwinan (Marriage Coordinator) ataupun teman-teman sekerja penatua dan diakon, supaya mereka dapat mencarikan jodoh yang takut akan Tuhan dan berakhlak baik (Kej 24:13-14). 4. Tidak boleh menuruti kehendak anak-anak sepenuhnya (Kej 24: 68). Ini adalah kerana anak-anak tidak mempunyai pengalaman dari segi ini, senang saja mereka akan bertindak menurut kehendak manusia dan darah daging, sehingga mereka menyimpang dari kebenaran Alkitab, tidak mendapat berkat tetapi sebaliknya menimbulkan kecelakaan (Ul 7: 3-4; Mal 9: 12-24; Yosua 23: 12-13). Oleh itu, para ibu bapa haruslah mempunyai pandangan dan pendirian sendiri. 5. Jadikanlah kegagalan dari ketidakbahagiaan perkahwinan yang dihadapi oleh mereka yang kahwin-mengahwini orang kafir sebagai peringatan. Berikan pertimbangan yang sewajarnya tentang budaya, umur, pekerjaan dan sebagainya, sebaik-baiknya kurangkan atau jangan menyebut tentang aspek fizikal (material). C. Memahami Kebaikan Berkahwin Di Dalam Tuhan 1. Hanyalah dengan berkahwin dalam Tuhan, barulah kepercayaan anak-anak mendapat jaminan; sebaliknya, sebaik sahaja anak-anak kahwin dan mengahwini orang kafir, maka akan wujudnya risiko, iaitu dia akan dipengaruhi untuk menyembah berhala dan allah lain (Ul 7: 3-4). 2. Selalunya ibu bapa berharap agar anak-anak taat pada mereka supaya mereka dapat menikmati usia tua mereka, namun sebenarnya hanyalah orang yang takut akan Tuhan akan memiliki ketaatan yang sesungguhnya dan yang berkekalan (Kej 24: 14-20;

Ams30: 30). Ibu bapa bagi anak-anak yang kahwin mengahwini dengan orang kafir tidak akan dapat menikmati hidup mereka dengan sebaik-baiknya (Kej 24: 34-35). 3. Kepercayaan bagi keturunan yang berkahwin di dalam Tuhan akan berterusan, malah akan diberkati Tuhan (Kel 20:6).

Anda mungkin juga menyukai