Anda di halaman 1dari 41

1

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MANUAL INSTRUMEN SARINGAN DOMAIN LINUS PENDIDIKAN KHAS 2011

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

2 PENGENALAN Program LINUS NKRA Pendidikan Khas diwujudkan sebagai satu program alternatif kepada LINUS NKRA yang dilaksanakan untuk semua murid sekolah rendah aliran perdana. Program khusus untuk murid berkeperluan khas ini dibangunkan untuk menyokong aspirasi Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas) Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah dimulakan pada tahun 2009. Sasaran utama LINUS NKRA adalah supaya semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dalam Bahasa Malaysia dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas, selepas tiga tahun mengikuti pendidikan di sekolah rendah. Oleh kerana murid berkeperluan khas tidak diambil kira dalam LINUS NKRA, maka Program LINUS Pendidikan Khas dibangunkan khusus untuk murid berkeperluan khas yang belajar di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah aliran perdana. Tujuan utama Program LINUS Pendidikan Khas adalah untuk membolehkan murid berkeperluan khas menguasai kemahiran literasi dan numerasi dan mencapai tahap pencapaian optimum dalam 6 domain perkembangan iaitu kognitif, bahasa dan komunikasi, sosio-emosi, tingkah laku, motor halus dan motor kasar. Di bawah Program LINUS Pendidikan Khas, semua murid bermasalah pendengaran dan penglihatan yang belajar di Tahun 2 hingga Tahun 6 di sekolah pendidikan khas dan murid bermasalah pembelajaran yang belajar di tahun kedua dan ke atas yang dikenal pasti mampu menduduki Saringan 1 LINUS Pendidikan Khas. Instrumen Saringan 1 LINUS Pendidikan Khas menggunakan Instrumen Saringan 2/2010 LINUS NKRA aliran perdana yang dibuat modifikasi bersesuaian dengan kategori murid berkeperluan khas. Murid yang tidak melepasi Saringan 1 LINUS Pendidikan Khas ini akan menjalani Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas untuk mengenalpasti tahap perkembangan murid secara spesifik mengikut enam domain perkembangan yang tersebut di atas.

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

3 OBJEKTIF Instrumen Saringan Domaian LINUS Pendidikan Khas ini dilaksanakan untuk mencapai objektif berikut: 1. 2. 3. Mengenalpasti secara spesifik tahap perkembangan murid berdasarkan enam domain perkembangan kanak-kanak. Menentukan program / aktiviti intervensi yang bersesuaian yang menepati keperluan murid. Membantu murid mencapai tahap literasi dan numerasi mengikut kemampuan mereka.

INSTRUMEN Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas ini dibahagi berdasarkan kepada enam domain perkembangan seperti di bawah: BAHAGIAN 1: BAHAGIAN 2: BAHAGIAN 3: BAHAGIAN 4: BAHAGIAN 5: BAHAGIAN 6: Domain Kognitif; Domain Bahasa dan Komunikasi; Domain Sosioemosi; Domain Tingkah laku; Domain Motor kasar; dan Domain Motor halus.

Setiap Bahagian dalam instrumen saringan ini dimulai dengan definisi mengikut domain dan panduan kepada guru untuk mentadbir setiap item dalam instrumen saringan. Guru pendidikan khas yang akan melaksanakan saringan ini perlu membaca dengan teliti dan memahami setiap arahan dalam manual ini supaya pelaksanaan saringan dapat dibuat dengan lancar.
Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

DEFINISI
________________________________________________________

1. KOGNITIF
Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang diguna untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hierarki kognitif yang disusun dari aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintaksis dan penilaian (S. Bloom 1956). Dalam konteks instrumen saringan domain LINUS Pendidikan Khas, domain kogntif adalah lebih berfokus kepada aras yang paling asas iaitu pengetahuan dan pemahaman. Domain Kognitif Bloom membahagikan domain kognitif ini kepada enam (6) peringkat, yang bermula dengan tahap yang mudah dicapai kepada tahap yang sukar dicapai (Bloom et al., 1989). Objektif pertama Domain Kognitif ialah Pengetahuan (Knowledge), yang bermaksud keupayaan mengingat fakta, idea, pendapat, prinsip, prosedur dan peristiwa yang berlaku (Abu Bakar Nordin, 1986). Aspek tingkah laku yang diutamakan pada peringkat ini ialah dari segi daya ingatan. Keupayaan pada semua aras yang lebih tinggi memerlukan keupayaan mengingat, iaitu mengingat adalah pra syarat untuk menguasai pemikiran yang lebih tinggi. Objektif kedua Domain Kognitif ialah Kefahaman (Comprehension), yang bermaksud keupayaan pelajar menjelaskan pengetahuan secara yang bermakna. Pelajar boleh menjelaskan kefahaman mereka dalam bentuk tulisan, lisan atau simbol tertentu.

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

5
PENTADBIRAN ITEM DOMAIN KOGNITIF TUGASAN ARAHAN GURU TINDAKAN MURID

A. PENGAMATAN Penerangan Keupayaan mendiskriminasi objek, bentuk, saiz dan menyambungkan titik. Membantu murid memahami tugasan/Membacakan soalan. Menjawab soalan berdasarkan arahan yang diberikan. i. Memadankan objek yang sama.

ii. Menandakan ( /) bentuk yang sama.

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

TUGASAN

ARAHAN GURU

TINDAKAN MURID

iii. Menandakan ( ) saiz yang sama.

iv. Menyambungkan titik.

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

TUGASAN

ARAHAN GURU

TINDAKAN MURID

B. PRANOMBOR Penerangan Keupayaan membezakan bentuk, saiz dan menyambungkan titik. Membantu murid memahami tugasan/Membacakan soalan. Menjawab soalan berdasarkan arahan yang diberikan. i. Menanda ( ) haiwan yang lebih besar.

ii. Menanda ( ) objek yang lebih panjang

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

TUGASAN

ARAHAN GURU

TINDAKAN MURID

iii. Menanda ( ) pada bilangan yang lebih banyak.

v. Menanda ( ) pada bilangan yang lebih sedikit

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

TUGASAN

ARAHAN GURU

TINDAKAN MURID

C. Nombor Penerangan Keupayaan membilang objek, mengenal nombor, memadankan objek dengan nombor, menyusun nombor dengan urutan menaik dan menurun. Membantu murid memahami tugasan/Membacakan soalan. Menjawab soalan berdasarkan arahan yang diberikan. i. Menanda ( ) angka yang sama.

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

10

TUGASAN

ARAHAN GURU

TINDAKAN MURID ii. Membilang objek dan menandakan ( ) pada nombor yang betul

iii. Membilang objek dan memadankan pada nombor yang betul.

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

11

TUGASAN

ARAHAN GURU

TINDAKAN MURID

iv. Mengisi nombor yang tertinggal mengikut urutan menaik.

v.

Mengisi nombor yang tertinggal mengikut urutan menurun.

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

12

DEFINISI
________________________________________________________

2.

BAHASA DAN KOMUNIKASI

DEFINISI BAHASA:
Merupakan 1. Satu sistem simbol bunyi yang arbitrari dan melalui bahasa manusia dapat berkomunikasi. 2. Pemerolehan ilmu pengetahuan dan pengalaman melalui proses berfikir dan kesedaran mental.
3.

Tingkah laku dan aktiviti mental di mana pengetahuan diperoleh dan diproses secara aktif sebagai pengalaman baru.

DEFINISI KOMUNIKASI:
Merupakan pemindahan maklumat dan kefahaman daripada satu individu dengan individu lain melalui simbol-simbol yang bermakna (Kamus Dewan, 1992). Unsur komunikasi adalah merentas semua aktiviti yang disediakan dalam instrumen saringan.

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

13

TIGA BENTUK KEMAHIRAN: A. KEMAHIRAN (Mendengar dan Bertutur): Kemahiran asas mengenal huruf
1. Keupayaan mengenal dan mengecam objek/ anggota badan 2. Keupayaan mengenal dan mengajuk bunyi yang didengar

B. KEMAHIRAN (Bacaan): Kemahiran asas membaca


1. Keupayaan mengajuk nama huruf

2. Keupayaan menamakan huruf (a-z)

C. KEMAHIRAN (Tulisan): Kemahiran asas menulis


1. Keupayaan menyambung titik membentuk huruf

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

14

TUGASAN

ARAHAN GURU

TINDAKAN MURID

MENDENGAR DAN BERTUTUR 1. Mengenal dan mengecam objek / anggota badan Penerangan: Keupayaan mengenal dan mengecam objek/ anggota badan * Guru boleh menggunakan bahan maujud sebagai sokongan kepada gambar. 1.2 Meminta murid menyebut anggota badan yang ditunjuk 1.2 Menyebut anggota badan yang ditunjuk guru 1.1 Meminta murid menunjukkan objek yang disebut . 1.1 Menunjukkan objek yang disebut guru

mata

mulut

hidung

kaki

telinga

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

15

TUGASAN

ARAHAN GURU

TINDAKAN MURID

MENDENGAR DAN BERTUTUR 2. Mengenal dan mengajuk bunyi yang didengar Penerangan: Keupayaan mengenal dan mengajuk bunyi haiwan dan benda yang dibunyikan oleh guru Moo! Moo! 2.1 Meminta murid mengajuk bunyi haiwan (Guru membunyikan bunyi haiwan secara lisan) 2.1 Mengajuk bunyi haiwan yang dibunyikan oleh guru

Kuek! Kuek!

Meow! Meow!

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

16

TUGASAN

ARAHAN GURU

TINDAKAN MURID

2.2 Meminta murid mengajuk bunyi benda (Guru membunyikan bunyi benda secara lisan)

2.2 Mengajuk bunyi benda yang dibunyikan oleh guru

Ni no! Ni no!

Vroom! Vroom!

Pritt! Pritt!

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

17

TUGASAN

ARAHAN GURU

TINDAKAN MURID

BACAAN 1. Mengajuk nama huruf yang disebut guru Penerangan: Keupayaan mengajuk nama huruf yang disebut guru Meminta murid mengajuk nama huruf (Guru menyebut nama huruf secara lisan) Mengajuk nama huruf yang disebut guru

a p k

t o d l

n g h

a p k

t o d l

n g h

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

18

TUGASAN

ARAHAN GURU

TINDAKAN MURID

BACAAN 2. Menamakan huruf (a-z) yang ditunjukkan oleh guru Meminta murid menamakan huruf yang ditunjukkan Menamakan huruf yang ditunjukkan oleh guru

Penerangan: Keupayaan menamakan huruf (a-z)

b u m t

a s e k

b u

a s e t k

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

19

DEFINISI
________________________________________________________

3.

SOSIOEMOSI

DEFINISI
Perkembangan sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat. Proses ini berlaku apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Secara amnya, emosi merujuk kepada keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap sesuatu benda atau keadaan yang menghasilkan perubahan dalam fikiran, tingkahlaku, perasaan dan pengalaman (Kementerian Kesihatan Malaysia). Emosi boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu emosi yang positif dan emosi yang negatif. Menurut Dr. Sharifah Nor, dalam perkembangan sosioemosi, kanak-kanak dapat mengurus dan memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan harian.

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

20

PROSEDUR PELAKSANAAN
Instrumen pelaksanaan ini ditadbir secara lisan dan pemerhatian oleh guru. Instrumen ini mengandungi 3 bahagian iaitu : A. Soal jawab dengan murid B. Pemerhatian guru Perlakuan sosio emosi positif C. Pemerhatian guru (i) Perlakuan sosio emosi negatif ringan (ii) Perlakuan sosio emosi negatif berat (10 soalan) (10 soalan) (5 soalan) (5 soalan)

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

21

A)

SOAL JAWAB DENGAN MURID BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. PANDUAN GURU Guru meminta murid menyebut nama sendiri Guru meminta murid menyebut nama ibu Guru meminta murid menyebut nama bapa Guru bertanyakan jantina murid Guru meminta murid menyebut nama guru yang dikenali Guru meminta murid menyebut nama kawan yang dikenali Guru menyoal cara murid datang ke sekolah Guru meminta murid menyebut nama sekolah Guru bertanyakan makanan kegemaran murid Guru bertanyakan permainan kegemaran murid

Penggunaan bahasa yang difahami oleh murid diterima sebagai jawapan


Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

22
B) PEMERHATIAN GURU PERLAKUAN SOSIO EMOSI POSITIF BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. PANDUAN GURU Bertindakbalas terhadap senyuman guru Murid membalas senyuman guru Menjawab salam/ucap selamat guru Guru memberi salam/ucap selamat dan murid menjawab salam/ ucap selamat guru Menjawab ucapan terima kasih Guru memberikan ucapan terima kasih dan murid membalas ucapan Memberitahu guru sebelum keluar kelas Murid meminta izin daripada guru sebelum keluar kelas Memberi tumpuan ketika guru sedang bercakap secara individu Guru memerhati mata murid ketika memberi arahan atau penerangan Memberi tindakbalas apabila dipuji oleh guru Guru memerhati reaksi murid setelah dipuji contoh tersenyum, mengucap terima kasih Mudah bergaul dengan rakan sebaya Murid boleh melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan Berkongsi alat tulis dengan rakan Murid bersedia/ boleh berkongsi alat tulis Membantu guru tanpa arahan Murid kerap membantu guru apabila diperlukan walaupun tanpa diminta Menggunakan tandas tanpa bantuan Murid boleh menggunakan tandas dengan betul tanpa bantuan

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

23

C)

PEMERHATIAN GURU

(i) PERLAKUAN SOSIO EMOSI NEGATIF ( RINGAN ) BIL 1. PANDUAN GURU Murid suka mengasingkan diri Murid tidak suka bergaul dan sering menyendiri terutama di dalam kelas Murid suka berkhayal ketika guru sedang mengajar Murid tidak memberi fokus atau mudah hilang tumpuan semasa guru mengajar Murid suka mengganggu rakan di dalam dan luar kelas Murid mengusik atau mengejek rakan untuk menarik perhatian. Selalu ketawa tanpa sebab Murid kerap ketawa dengan kuat di dalam kelas. Selalu mengadu untuk menarik perhatian Murid kerap berjumpa guru untuk memberitahu sesuatu hal yang remeh.

2.

3.

4.

5.

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

24

C)

PEMERHATIAN GURU

(ii) PERLAKUAN SOSIO EMOSI NEGATIF ( BERAT ) BIL PANDUAN GURU Mudah mengamuk tanpa sebab Murid melakukan tingkah laku luar biasa seperti menjerit, menendang meja, mencampak barang Kerap membuat bising Murid menjerit, mengetuk meja, menyanyi sehingga menggganggu pengajaran guru. Kerap memeluk tanpa sebab Murid suka memeluk rakan atau guru secara tiba-tiba.

1.

2.

3.

4.

Kerap menangis dalam kelas Murid menangis apabila di usik oleh rakan atau sebab-sebab lain. Membuat perlakuan tidak senonoh Murid menunjukkan isyarat lucah, meraba, membuat perlakuan lucah atau menyebut perkataan lucah.

5.

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

25 PEMARKAHAN

BIL.

PERKARA

Markah melepasi 5/10

Markah murid /10

Melepasi

Tidak melepasi

Soal jawab dengan murid

Perlakuan sosio emosi positif

5/10

/10

C (i)

Perlakuan sosio emosi negatif ringan

3/5

/5

C (ii)

Perlakuan sosio emosi negatif berat

5/5

/5

Penilaian Skor : Murid yang tidak melepasi salah satu bahagian dalam domain sosio emosi perlu diberi intervensi.

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

26

DEFINISI
________________________________________________________

4.

TINGKAHLAKU DEFINISI MASALAH TINGKAH LAKU:


Masalah tingkah laku boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat, tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat atau sekolah. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh mengganggu kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah.

DEFINISI TINGKAH LAKU PERLAKUAN AGRESIF:


Tingkah laku perlakuan agresif pula didefinisikan sebagai masalah serius berterusan, konsisten dan sukar diubah. Ianya memerlukan intervensi jangka panjang, kaunseling atau modifikasi tingkah laku. Jika tidak dibetulkan menjadi masalah emosi dan sosial yang serius. Tingkah laku ini mungkin melibatkan permusuhan nyata. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam yang akan memberi kesan yang buruk kelak. Contoh : tumbuk-menumbuk, bergaduh, vandalisme dll.

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

27

DEFINISI TINGKAH LAKU NEGATIF:


Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana tingkah laku negatif bukan sahaja kanak-kanak yang suka mengganggu rakan lain malah kanakkanak yang sering memberontak dalam kelas juga merupakan contoh kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku negatif.

PROSEDUR PELAKSANAAN :
1. 2. Pelaksana boleh membuat penilaian tingkah laku murid berdasarkan pemerhatian guru. Pelaksana terdiri daripada guru yang telah mengenali murid itu selama satu tahun. Bagi guru yang baru bertugas di sesebuah sekolah, perlu merujuk kepada guru lama di sekolah tersebut(guru perujuk).

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

28

Bahagian ini terdiri daripada 2 elemen dan dilaksana melalui pemerhatian guru. A) Perlakuan Agresif
1. Merosakkan harta benda sendiri. Contohnya: mematahkan pensel warna dan alat tulis kepunyaan sendiri.

2. Merosakkan harta benda orang lain. Contohnya: mengoyak buku rakan.

3. Mencederakan diri sendiri. Contohnya: menggigit diri sendiri, menghantuk kepala berulang kali ke meja dan sebagainya sehingga mencederakan diri sendiri.

4. Mencederakan diri orang lain. Contohnya: membaling objek ke arah orang lain, menendang dan sebagainya.

5. Bergaduh dengan rakan Contohnya: semasa waktu pengajaran dan pembelajaran murid bergaduh berebut peralatan melukis, bahan bantu belajar dan sebagainya.

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

29

B) Perlakuan Negatif
1. Tidak memberi kerjasama dalam kumpulan Contohnya: murid tidak mahu memberi kerjasama dengan ahli kumpulan. 2. Tidak mengikut arahan guru. Contohnya: guru meminta murid beratur dalam barisan tetapi murid tidak menghiraukan arahan guru. 3. Kerap bercakap perkara yang tidak berfaedah. Contohnya: murid suka bercerita perkara yang tidak berkaitan dengan pembelajaran. 4. Berbahasa kasar. Contohnya: murid suka mengeluarkan perkataan bodoh, sial, babi, dan seumpamanya. 5. Kerap mengambil barang tanpa kebenaran. Contohnya: murid mengambil sesuatu barang bukan miliknya tanpa kebenaran.

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

30

DEFINISI
________________________________________________________

5.

MOTOR KASAR

DEFINISI
Pergerakan motor kasar adalah kebolehan menggunakan kumpulan otot besar untuk pergerakan kasar. Perkembangan pergerakan kasar adalah hasil koordinasi aktiviti sistem serat dan otot. Dengan kematangan kedua-dua sistem ini, pergerakan kasar akan menjadi lebih khusus dan berkoordinasi. Perkembangan pergerakan motor kasar adalah mengikut prinsip haluan kepala ke kaki dan dari pangkal lengan dan peha ke hujung jari tengah dan kaki, iaitu bermula dari keupayaan mengawal kepala,duduk,dan berjalan. Dari sini kanakkanak akan meningkatkan pergerakan tersebut kepada kemahiran koordinasi pergerakan tersebut serta menjadikan pergerakannya lebih khusus seperti berjalan, berlari, melompat, memanjat dan sebagainya.

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

31

KEPENTINGAN MOTOR KASAR


- Membina otot-otot kaki - Membina otot-otot tangan - Membina koordinasi yang melibatkan mata dan kaki - Membina koordinasi mata dan tangan - Membina koordinasi tangan dan kaki - Membina otot pada bahagian leher dan kepala - Membina koordinasi otot-otot pada keseluruhan anggota badan

FAEDAH MOTOR KASAR


- Menggunakan motor kasar dengan keyakinan - Berjalan menaik dan menurun tangga - Berlari dengan mengawal arah dan kelajuan - Menggunakan otot dengan seimbang - Menangkap bola atau pundi kacang - Mengimbangi badan semasa melalui bangku kayu

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

32

MANUAL DOMAIN MOTOR KASAR


1. Mengangkat tangan ke atas. Guru meminta murid berdiri dan mengangkat tangan ke atas dengan kiraan 5

2.

Meluruskan tangan ke depan dan membengkok siku. Guru meminta murid berdiri, meluruskan tangan kehadapan dan membengkok siku.

3.

Menggenggam dan membuka jari Guru meminta murid menggenggam dan membuka jari beberapa kali. (minimum 3 kali)

4.

Mendongakkan kepala. Guru meminta murid berdiri dan mendongakkan kepala ke atas dengan kiraan 5.

5.

Menundukkan kepala. Guru meminta murid berdiri dan menundukkan kepala dengan kiraan 5.

6.

Memalingkan muka kanan dan kiri. Guru meminta murid berdiri memalingkan muka ke kanan dan kiri dengan kiraan 5.

7.

Membongkokkan badan ke hadapan Guru meminta murid berdiri dan membongkokkan badan ke hadapan dengan kiraan 5.

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

33
8. Membengkokkan badan ke sisi. Guru meminta murid berdiri dan membengkok badan ke sisi dengan kiraan 5 9. Berdiri sambil menjulurkan kaki ke hadapan. Guru meminta murid berdiri dan menjulurkan kaki kanan dan kiri dengan kiraan 5.

10. Menghayun sebelah kaki Guru meminta murid berdiri dan menghayunkan kaki kanan dengan kiraan 5 diikuti kaki kiri. 11. Menghentak kaki. Guru meminta murid berdiri dan menghentak kedua-dua belah kaki dengan kiraan 10 12. Berjalan perlahan. Guru meminta murid berjalan perlahan dari satu kon ke kon yang lain dalam jarak 3 meter. 13. Berjalan dengan hujung jari kaki. Guru meminta murid berdiri dan berjalan dengan hujung jari kaki dalam 5 langkah 14. Berjalan dengan tumit Guru meminta murid berjalan dengan tumit kaki kanan dan kiri dalam 5 langkah 15. Berjalan menaiki dan menuruni anak tangga. Guru meminta murid berjalan menaiki dan menuruni tangga.
Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

34

16. Berjalan laju. Guru meminta murid berdiri dan berjalan laju dalam jarak 5 meter. 17. Berlari setempat. Guru meminta murid berlari setempat selama 10 saat 18. Berlari perlahan. Guru meminta murid berlari perlahan bersama guru dalam jarak 5 meter. Murid tidak boleh mendahului guru. 19. Melompat setempat dan mendarat kedua belah kaki Guru meminta murid berdiri, melompat setempat dan mendarat dengan kedua belah kaki 20. Melompat setempat dan mendarat sebelah kaki. Guru meminta murid berdiri, melompat setempat dan mendarat dengan sebelah kaki 21. Lompat bintang Guru meminta murid berdiri, melompat bintang bersama guru. 22. Melompat Ketingting Guru meminta murid mengangkat sebelah kaki dan melompat ketingting dengan kiraan 5.

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

35
23. Merangkak bebas Guru meminta murid merangkak dalam kawasan yang ditetapkan 24. Melambung dan menyambut bola besar dua belah tangan. Guru meminta murid melambung bola (bersaiz bola sepak) ke atas dan menyambut dengan menggunakan kedua-dua belah tangan . 25. Melambung dan menyambut pundi kacang dua belah tangan secara individu Guru meminta murid melambung pundi kacang ke atas dan menyambut dengan kedua belah tangan.

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

36

DEFINISI
________________________________________________________

6.

MOTOR HALUS

DEFINISI
Pergerakan motor halus adalah kebolehan menggunakan kumpulan otot-otot kecil di bahagian tengah dan jari-jari tangan. Ianya memerlukan koordinasi mata dan tangan yang baik. Seperti perkembangan pergerakan motor kasar, pergerakan motor halus juga berkait rapat dengan perkembangan system serat dan otot. Kematangan kedua-dua sistem akan menghasilkan pergerakan halus yang lebih khusus dan berkoordinasi.

KEPENTINGAN MOTOR HALUS - Membina otot-otot tangan dan jari - Membina koordinasi mata, jari dan tangan - Mengoyak kertas dan menampal pada kertas yang disediakan
- Bermain dengan bongkah atau blok binaan

- Mewarna bentuk,corak dan objek - Melakukan aktiviti permainan air dan permainan pasir
Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

37

FAEDAH MOTOR HALUS


- Dapat meningkatkan keupayaan membina koordinasi di antara mata dan tangan - Menggunakan otot-otot untuk menguasai kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian - Menggunakan otot-otot untuk membina sesuatu objek

MANUAL DOMAIN MOTOR HALUS A) AKTIVITI ASAS MOTOR HALUS


1. Meramas doh Murid diminta murid meramas doh menggunakan tangan. - Meramas menggunakan tangan kanan atau kiri. - Meramas menggunakan kedua-dua belah tangan

2. Merenyuk kertas Murid diminta merenyuk sehelai kertas dengan tangan kanan atau tangan kiri 3. Mengoyakkan kertas Murid mengoyak suratkhabar yang diberi. - Koyakan besar atau kecil diterima.

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

38
4. Mengocak dadu Murid mengocak dadu dengan kedua-dua tapak tangan yang ditekup. - Guru boleh menggunakan bahan lain yang sesuai. 5. Membentuk doh menjadi bebola. Murid diminta membentuk doh seperti guli menggunakan jari. 6. Memotong doh Murid diminta memotong doh menggunakan pisau plastik sehingga putus. 7. Mengambil objek menggunakan penyepit makanan. Murid diminta menyepit dan mengalihkan kedudukan objek menggunakan penyepit makanan. - Murid dikira berjaya apabila dapat menyepit 3 daripada 5 percubaan.

8. Menampal keratan gambar. Murid diminta menampal keratan gambar menggunakan glue stickpada kad manila. - Contoh gambar buah-buahan, kenderaan, sayur-sayuran dan sebagainya - Murid dikira Berjaya sekiranya dapat menampal 3daripada 5 keping gambar.

9. Memasukkan tali melalui lubang manik. Murid memasukkan tali melalui lubang manik yang berbentuk bulat. - Murid dikira berjaya sekiranya dapat memasukkan 3 daripada 5 kali percubaan.

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

39
10.Menggunting kertas mengikut bentuk. Murid menggunting kertas mengikut keseluruhan bentuk yang diberikan - Contoh segi empat dan segitiga - Murid dikira berjaya sekiranya dapat menggunting keseluruhan bentuk tersebut

B) AKTIVITI MULTI-SENSORI
1. Melakar di atas permukaan pasir. Murid diminta melakar secara bebas menggunakan jari di atas permukaan pasir 2. Membezakan 2 jenis permukaan Murid diminta membezakand uajenispermukaan - Contoh; licin (cermin) dan kasar (span pencuci pinggan) - Murid dikira berjaya sekiranya dapat mengesan kedua-dua jenis permukaan.

3. Menyebut O Murid diminta menyebut O. - Murid dikira berjaya sekiranya dapat menyebut O samaada panjang atau pendek

4. Meniup lilin Murid diminta meniup sebatang lilin menyala - Murid dikira berjaya sekiranya lilin terpadam dengan sekali tiupan
Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

40

5. Membezakan bau Murid diminta membezakan bau. - Contoh : Bau wangi - sabun, bunga dan seumpamanya Bau busuk - belacan sampah dan seumpamanya - Murid dikira berjaya apabila dapat mengesan kedua-dua jenis bau

6. Membezakan rasa Murid diminta membezakan rasa. - Contoh : Manis-gula, madu dan seumpamanya Pahit-kopi dan seumpamanya - Murid dikira berjaya apabila dapat mengesan kedua-dua jenis rasa

C) AKTIVITI KESEIMBANGAN DAN STABILITI


1. Berjalan di atas garisan lurus/lantai. Guru membuat satu garisan lurus di atas lantai dengan pita pelekat. ( jarak 3 meter) - Murid dikira berjaya apabila boleh berjalan lurus melepasi jarak 3 meter.

2. Mengimbangi badan Guru meminta murid meletakkan pundi kacang di atas kepala dan bergerak lima langkah ke hadapan tanpa memegangnya.

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

41
3. Berdiri sebelah kaki Guru meminta murid berdiri dan mengangkat sebelah kaki dengan kiraan 3. 4. Berjalan di atas bangku panjang Guru meminta murid berjalan di atas bangku panjang dari mula ke hujung. - Boleh menggunakan sekeping papan beralaskan batu-bata

Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

Anda mungkin juga menyukai