Anda di halaman 1dari 12

Maklumat Asas Lukisan Nama Lukisan : Rakit Medusa (The Raft of The Medusa) Nama Pelukis : Jean Louis

Andr Thodore Gricault : 1818 1819

Tahun Dihasilkan

Tempat Dihasilkan: The Louvre, Paris, Perancis Dimensi Karya : 491cm x 716cm Media Utama Karya: Cat minyak di atas latar kanvas Genre Karya Aliran : Lukisan sejaran/ Seni Marin : Romantisme

Jean Louis Andr Thodore Gricault atau Thodore Gricault adalah tokoh seni yang telah menghasilkan karya agung The Raft of The Medusa (1818 - 1819). Beliau telah dilahirkan di Roue, Normandy, Perancis pada 26 September 1791. Thodore sememangnya anak jati Perancis. Ciri khas karya lukisan yang dihasilkan oleh Gricault boleh dilihat pada komposisi atau gubahan yang dinamik, unsur figura yang kaku seperti patung, dan pencahayaan yang dramatik. Gricault merupakan pengagum Michelangelo, David serta seni lukis Baroq. Salah satu karya Gricault adalah The Raft Of The Medusa (1818 - 1819) yang berukuran sangat besar iaitu 491cm x 716cm dan kini ia ditempatkan di Muzium Louve, Perancis Tema lukisan itu mendapat inspirasi daripada peristiwa tenggelamnya kapal Perancis, La Medusa di pantai Afrika pada tahun 1816. Di antara 150 orang penumpang di dalam kapal itu, hanya 15 orang sahaja yang selamat. Mereka membuat rakit dari saki-baki kayu kapal itu dan terapung-apung di laut selama 13 hari. Dalam lukisan ini, objek rakit dan figura-figura membentuk komposisi diagonal atau berpenjuru untuk menekankan kesan gerak. Unsur gelap-terang dibuat sangat berbeza untuk menggambarkan perasaan. Untuk mencapai kesan yang realism yang begitu kuat, Gricault melakukan rujukan terhadap mayat-mayat di bilik mayat. Dalam menggambarkan manusia telanjang, Gricault mendapat pengaruhbdari karya Michelangelo. Hasil lukisan ini, sekiranya dilihat pada mata kasar ia menunjukkan suasana tragik atau kesengsaraan yang berlatarbelakangkan lautan yang sedang bergelora. Ia jelas ditunjukkan pada bahagian kiri dan kanan lukisan yang menunjukkan keadaan air laut yang berombak sedehana tinggi

Dalam lukisan ini, terdapat juga figura-figura manusia yang bercampur aduk antara lelaki dan wanita dalam satu kelompok yang padat. Figura-figura ini jelasnya berkulit cerah dan gelap. Figura-figura ini juga kelihatan bersesak-sesak dalam suatu objek terapung yang diperbuat daripada kayu yang berkemungkinan sebuah rakit. Rakit ini pula bersaiz sederhana besar dan berbentuk segiempat tepat serta kelihatan kurang kukuh.Di samping itu juga, lukisan turut memaparkan keadaan kain layar yang kelihatan agak lusuh tetapi masih berfungsi dan berkembang di tiup angin lautan. Terdapat sebidang kain layar lagi tetapi sudah tidak berfungsi dan dijadikan tempat berlindung figura di dalamnya. Dalam lukisan tersebut kelihatan dua utas tali bersaiz sederhana besar yang diikat tegang pada tiang layar merentasi bahagian depan dan belakang rakit kayu ini. dalam lukisan ini juga turut kelihatan dua figura yang kelihatan sedang mengibar-ngibarkan dua helai fabrik lembut yang berlainan warna. Jika diamati lukisan ini, kita dapat melihat hampir kesemua figura kelihatan memandang ke satu arah di tengah laut yang luas. Paparan lukisan karya Jean Louis Andr Thodore Gricault ini juga jelas menunjukkan seorang figura lelaki separuh usia dengan fizikal berjanggut, bermisai dan berambut beralun dan tebal kelihatan menongkat siku kemurungan sambil tangannya menyentuh seorang lagi figura yang berada dalam keadaan telanjang. Figura yang tidak berpakaian ini kelihatan seperti sudah meninggal dunia dan berkemungkinan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan lelaki separuh umur tadi lantaran ekspresi wajah beliau. Selain daripada figura yang diratapi oleh lelaki tua itu, kelihatan juga beberapa figura yang berkemungkinan sudah mati seperti figura yang ditonjolkan pada bahagian kanan bawah lukisan yang kelihatan separuh bogel dan hampir terjunam ke dalam laut yang bergelora kelihatan juga awan cerah memutih ufuk di jauh garisan. Dapat juga diperhatikan awan kelabu pada lelangit lukisan, begitu juga keadaan air laut bergelora yang diwarnai dengan rona hijau kehitaman pada sebelah kiri lukisan dan kelabu keputihan pada ombak di sisi sebelah kanan Keadaan air laut diperkuatkan lagi dengan rakit yang terumbang-ambing kerana tidak dikemudi. Dari segi susuk tubuh fizikal figura, walaupun mereka kelihatan lemah, lesu, tidak bermaya dan menderita, jelas kelihatan susuk tubuh mereka agak tegap, berisi dan berotot terutamanya bagi figura lelaki. Figura wanita pula kelihatan agak gebu susuk tubuhnya. Keadaan fizikal figura ini kelihatan agak aneh bagi karya yang penuh dramatic dan penuh kesengsaraan seperti ini. Dari aspek pakaian pula, jelas ditonjolkan figura lelaki kebanyakkannya tidak berbaju manakala figura wanita pula lengkap berpakaian. Pakaian yang ditonjolkan dalam lukisan ini bercirikan gaya zaman Eropah lama dan melambangkan mereka berkemungkinan daripada golongan bawahan.

Analisis Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan struktur serta organisasi rekaan. seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemenelemen gubahan yang melibatkan unsur seni dan prinsip rekaan serta olahan komposisi karya. Persoalan proses dan teknik serta mencari pertaliannya dengan persoalan idea dan perasaan adalah perlu diambil kira. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana. Garisan Garisan dalam lukisan ini, jelas kelihatan beberapa jenis garisan telah digunakan oleh pengkarya. Antaranya adalah garisan tebal. Jika diperhatikan kepada rakit kayu, garisan tebal kelihatan di antara bilah-bilah kayu yang membahagikan antara kayu dengan kayu yang lain. Garisan yang sama juga dapat dilihat pada tali layar, beberapa bahagian badan figura dan seterusnya adalah garisan halus yang ditonjolkan pada anggota badan figura dan fabrik kain. Selain itu, ada juga garisan beralun yang digunakan pada bahagian rambut, ombak dan awan. Bentuk Dalam lukisan ini, unsur bentuk terhasil daripada gabungan garisan dan seterusnya menghasilkan keluasan, ketinggian dan permukaan. Bentuk yang terdapat dalam lukisan ini adalah bentuk konkrit dan abstrak. Bentuk konkrit di sini bermaksud lukisan ini mempunyai sifat tiga dimensi. Terdapat pelbagai bentuk yang boleh dilihat dalam gambar ini. bentuk yang boleh kita lihat ialah seperti rakit kayu, figura-figura manusia, layar yang berkembang, tong kayu dan buih-buih ombak. Bentuk abstrak yang kelihatan dalam lukisan ini ialah keadaan awan dan langit. Bentuk rakit terhasil daripada garisan tegak, melintang dan tebal. Bentuk figura manusia terhasil daripada garisan tebal, nipis, beralun dan bertitik-titik. Manakala kain layar pula terhasil daripada garisan mengak, garisan tebal, garisan halus, garisan lintang dan garisan putus-putus.

Contoh bentuk konkrit tong kayu dan figura-figura manusia Contoh bentuk abstrak langit/awan dan ombak Warna Unsur warna adalah asas terpenting dalam lukisan ini. sebagaimana yang telah dinyatakan, aliran Romantisme banyak menggunakan warna yang kusam, gelap dan kelam bagi menambahkan nilai-nilai tragis sesuatu karya. Dalam karya ini Thodore banyak menggunakan warna-warna hitam, kelabu, coklat, merah, putih, hijau, jinga keperangan dan sedikit kebirubiruan. Warna hitam jelas digunakan di dua sudut fokus lukisan iaitu di bahagian tengah lukisan

atau tengah rakit dan bahagian langit. Warna hitam juga disiplikasi sedikit untuk objek rakit dan kulit manusia Lukisan ombak pula diwarnakan dengan dua ton warna iaitu kehijauan (sebelah kiri) dan kelabu pada ombak sebelah kanan lukisan. Bahagian langit pula mempunyai kombinasi warna kelabu, kejingaan dan putih. Warna coklat sama ada coklat tua atau coklat muda banyak digunakan pad bahagian rakit, tong kayu, badan figura, layar dan pakaian. Objek-objek berkenaan diwarna dengan teknik campuran warna tertentu untuk mendapatkan impak warna yang dikehendaki. Kelihatan jelas bahagian hadapan lukisan terutamanya pada tubuh badan figura kelihatan agak keputihan atau sedikit cerah. Ini menunjukkan arah cahaya adalah daripada bahagian hadapan lukisan. Ruang Ruang merupakan kawasan yang kosong dikelilingi oleh sesuatu objek. Susunan objek-objek menimbulkan perbezaan jarak dan kedudukan. Ruang mampu dibentuk melalui warna, garisan dan juga bentuk. Contoh paling ketara dalam lukisan The Raft Of The Medura adalah ruang hadapan dan belakang rakit. Ia menampakkan semakin ke belakang objek antara ruang tersebut maka akan semakin kurang jelas dan kecil bentuk figura. Ini jelad dipaparkan melalu wajah figura apabila figura berada di hadapan, wajahnya jelas kelihatan tetapi figura di belakang wajahnya semakin kurang jelas dan kelam. Begitu juga dengan pergerakan ombak. Ombak di bahagian hadapan depan rakit lebih jelas geloranya berbanding ombak di bahagian belakang. Prinsip Rekaan Dalam karya Seni Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam karya seni visual. Prinsip seni terbahagi kepada imbangan, irama, penegasan dan kesatuan. Imbangan Imbangan merupakan prinsip rekaan yang penting dalam sesuatu karya. Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan. Imbangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu imbangan simetri dan imbangan tidak simetri. Imbangan simentri ialah unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ,,axis dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut). Imbangan tidak simetri pula ialah unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan. Dalam karya The Raft Of The Medusa, Thodore telah menghasilkan lukisan tesebut dengan imbangan tidak simetri. Ini kerana sekiranya karya ini dibahagikan kepad empat (rujuk ilustrasi grid di bawah), maka kita akan melihat wujud ketidakseimbangan antara keempat-empat bahagian. Pemberatan ilustrasi berua figura manusia berada pada bahagian grid 2, 3 dan agak padat pada grid 4. Grid 1 kelihatan kosong tetapi ruang kosong itu dipenuhkan dengan ilustrasi

kain layar yang bersaiz sederhana lebar. Namun begitu, karya ini kelihatan seimbang apabila Thodore membuat penyatuan antara unsur warna dan juga garisan. Kedudukan Kedudukan merujuk kepada saiz atau skala dalam kepelbagaian elemen-elemen atau unsurunsur seni. Ia juga menunjukkan kesesuaian atau logikal kedudukan elemen seni di dalam sebuah karya. Kedudukan dalam erti kata lain memfokuskan kepada perhubungan antara objek dan bahagian keseluruhan dalam sesebuah karya. Dalam lukisan ini, kedudukan lukisan adalah bersesuaian dengan maksud lukisan di mana pelukis telah melukiskan ilustrasi mengikut keadaan yang logik bagi situasi tragedi di tengah lautan Contohnya, keadaan figura-figura yang pelbagai aksi dan lentok tubuh bagi menggambarkan emosi mereka yang muram dan kesedihan. Namun begitu, ada sedikit kemusykilan berhubung dengan kain layar. Kain layar iru kelihatan berkembang mengikut angina rah barat laut tetapi figura-figura kelihatan menggapai tangan kea rah timur laut dan rakit berkenaan juga kelihatan menuju kea rah yang sama. Irama Irama pula merujuk kepada susunan elemen-elemen seni yang boleh mempengaruhi mood atau perasaan. Irama boleh dibahagikan kepada lima iaitu ombak, radial, tegak, mendatar dan letupan. Contoh yang dapat ditunjukkan bagi karya The Raft of the Medusa ini adalah irama dari aspek kepelbagaian reaksi liuk lentuk tubuh badan figura yang berlainan antara satu sama lain Figura-figura ini kelihatan ada yang sedang berdiri, terlentang di kiri dan kanan, melengkung dan sebagainya. Selain itu, didapati ilustrasi figura disusun dari kontur rendah ke tinggi seolah-olah membentuk piramid. Ini dapat kita perhatikan daripada tiga figura yang paling hampir yang bekedudukan melintang dalam naskah seni ini dan diakhiri dengan figura paling tinggi yang kelihatan berdiri sambil memegang sehelai fabrik Elemen irama dalam karya ini juga dapat dilihat pada kayu rakit kerana dilukis secara separa lintang di samping terdapat sebatang kayu yang lebih lintang sebagai tanda ia mungkin telah tercabut atau patah. Penekanan/Penegasan Prinsip seterusnya ialah penekanan atau penegasan yang merujuk kepad sesuatu yang menjadi tumpuan. Tambahan pula, objek dominan yang sering menjadi tumpuan atau yang difokuskan. Penekanan boleh dilihat dari bentuk, warna, jalinan, posisi dan saiz. Elemen penekanan apabila mata memandang pada karya The Raft of The Medusa ini adalah tumpuan kepada dua fokus utama figura. Pertama ialah pada bentuk figura yang sedang menongkat dagu dengan wajah yang sedih dan sugul di hadapan figura tanpa pakaian yang sudah menjadi mayat.

Kemudian mata tertumpu juga kepada figura yang sedang berdiri sambil memegang sehelai fabrik seolah-olah menunjukkan ada sinar harapan di sebalik imej kemuraman lukisan ini. Penekanan warna yang digunakan oleh pelukis pula ialah pada warna langit dan ombak yang dicat dengan warna hitam, coklat, perang muda, kelabu dan rona putih untuk menaikkan mood kesengsaraan karya ini dan batang pokok kelapa yang berwarna coklat. Kesatuan Akhir sekali prinsip seni mempunyai kesatuan dalam penghasilan lukisan yang seimbang. Kesatuan merujuk kepada pengumpulan sebahagian atau keseluruhan elemen-elemen dan prinsip-prinsip seni. Prinsip kesatuan ini dapat dilihat dalam lukisan oleh Thodore Gricault di mana beliau telah meletakkan semua elemen-elemen dan prinsip-prinsip seni yang perlu ada seperti penekanan warna, saiz, imbangan dan sebagainya.

Mentafsir Mengungkap sesuatu tema, makna dan fungsi. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) , perlambangan dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna dan mesej tersebut. Ia juga dilihat melalui falsafah umum dan manusia sejagat dan norma-norma masyarakat setempat. Tafsiran Karya Berdasarkan kajian dan rujukan yang telah saya lakukan, saya mendapati naskah seni yang berjudul The Raft of The Medusa ini telah menjadi hasil seni dan ikon kontroversi apabila pertama kali ianya dipamerkan kepada umum pada tahun 1819. Karya ini dilukis berdasarkan kejadian sebenar yang pernah berlaku pada pemerintahan autokratik Napoleon Ia berkisarkan tentang pengalaman 15 orang anak kapal Medusa yang hanyut di tengah laut, selepas kapal itu tenggelam di kawasan perairan Mauritania. Dalam kejadian tragik itu, hanya 15 orang daripada 150 anak kapal yang berjaya diselamatkan. Ianya menjadi satu tragedi Negara. Selain itu, berdasarkan sejarah, didapati semasa kapal Medusa karam, pegawai-pegawai yang mengemudi kapal telah mengambil bot-bot kecemasan dan menyelamatkan orang-orang kenamaan dan berpangkat manakala golongan bawahan hanya diberi cebisan cebisan kayu kapal Medusa untuk menyelamatkan diri sendiri. Begitulah amalan pegawai pegawai Napoleon yang bersikap double-standard dan korupsi yang lebih mementingkan pangkat dan kerakusan kuasa. Justeru, Theodore Gericault telah mengambil langkah menggambarkan keadaan kekejaman kerajaan yang berkuasa ketika itu dengan cuba menggambarkannya secara paling realistic sebagai tanda protes dan kutukan terhadap Napoleon dan pegawai-pegawai nya yang kebanyakannya terdiri daripada kaum keluarga dan sekutu kuatnya.

Lukisan ini menjadi satu isu apabila, siasatan yang dijalankan telah mendapati kapal Medusa tenggelam adalah kerana di jurumudi oleh kapten kapal yang tidak berpengalaman. Peristiwa ini menjadi satu suara politik, membawa mesej tentang betapa teruknya sistem birokrasi Perancis ketika itu, sehingga berlakunya tragedi yang boleh dielakkan. Penyokong kerajaan menghentam hasil karya Gericault dengan kritikan-kritikan yang dashyat kerana ia berbeza dengan karya-karya lukisan daripada pengkarya lain yang rataratanya berunsurkan mengampu pemerintah dengan hasil karya yang bertemakan kemewahan, kekuasaan, kehebatan dan kegagahan pemerintah Napoleon. Kritikan-kritikan tersebut telah memberi kesan kepada Gericault sehingga beliau mengalami kemurungan dan menyatakan betapa masyarakat tidak memahami apa maksud seni itu sebenar. Tetapi keadaan berubah apabila Gericault membawa lukisan itu ke kota London pada

tahun 1820. Ianya dijulang kepada satu hasil seni agung yang mengambarkan erti pejuangan yang sebenar. Berdasarkan ilustrasi yang dipaparkan dalam karya agung Theodore Gericault ini, jika diperhatikan figura-figura yang berada di atas rakit kelihatan penuh sengsara, sedih, murung, ketakutan dan pelbagai ekspresi emosi yang negatif. Secara tidak langsung, ia membawa mesej bahawa rakyat ketika itu hidup dalam ketakutan dan sengsara akibat sikap kerupsi dan kekejaman pemerintah yang diketuai oleh Napoleon Figura yang dilukis sudah meninggal dunia pula mengambarkan kehidupan rakyat yang sangat susah dan mungkin juga mengalami kebuluran. Figura yang berada pada kedudukan paling tinggi dengan memegang cebisan kain sambil mengibar-ngibarkan kain tersebut, berkemungkinan membawa maksud bahawa rakyat memerlukan pertolongan atau bantuan daripada pihak-pihak pemerintah lain supaya penderitaan rakyat dapat dihapuskan Figura-figura yang kelihatan mengapai tangan pada suatu arah yang tidak jelas arahnya menunjukan kemungkinan aka nada sinar harapan yang akan membantu mereka suatu hari nanti atau mungkin itu hanya suatu harapan koong sahaja. Permainan warna yang gelap, kusam dan kelabu mengambarkan zaman pemerintah kejam Napoleon bersama-sama pegawai-pegawainya merupakan era kesengsaraan rakyat ketika itu Figura yang kelihatan tidak berpakaian pula adalah simbol yang mengambarkan keadaan rakyat yang hidup menderita dan miskin sedangkan golongan pemerintah semakin kaya dan terus berkuasa hasil peras ugut terhadap rakyat ketika itu. Rakyat dipaksa membayar cukai yang tinggi sehinggakan hidup menderita dan miskin di tanah air sendiri. Ombak-ombak yang menganas pula adalah simbol perasaan rakyat yang marah, kecewa, takut dan menderita pada zaman tersebut Figura-figura yang bersesak-sesak di atas rakit pula mengambarkan walaupun keadaan mereka ketika itu hidup dalam kesusahan dan kesempitan makanan, mereka akan terus berjuang menuntut keadilan demi kesejahteraan hidup anak cucu mereka kelak. Sinar harapan jelas ditunjukkan dalam karya ini kerana di sebalik zaman kelam yang dipaparkan dengan rona warna kelam dan gelap pada lelangit, wujud rona cerah keemasan di ufuk jauh langit yang menggambarkan akan ada juga sinar kebahagiaan untuk rakyat suatu hari nanti.

Penilaian Penilaian boleh dibuat dalam bentuk formalistik, ekspresif, atau instrumentalis. Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi dan merujuk kepada formalistik. Pertimbangan dari sudut formalistik adalah pertimbangan berdasarkan aspek-aspek keindahan dan harmoni . Ekspresif ialah pertimbangan berdasarkan keupayaan menyampaikan mesej,idea dan perasaan. Secara keseluruhan, naskah seni ini sememangnya sesuai dan tepat untuk diangat sebagai salah satu khazanah seni terhebat dunia sepertimana Monalisa (Leonardo da Vinci), The Last Judgement (Michelangelo), karya Pablo Picasso dan ramai lagi. Kekuatan karya ini terletak pada unsur-unsur ilustrasi yang lengkap menggambarkan suasana yang penuh penderitaan, kemurungan dan kelam di atas sebuah rakit di tengah-tengah lautan. Ilustrasi seperti figura manusia, rakit, ombak, langit, layar dan sebagainya jelas menggambarkan situasi kapal yang karam. Ditambah pula dengan figura-figura ditonjolkan seperti imej 3 dimensi seolah-olah lukisan ini hidup dan bernyawa. Permainan warna oleh pelukisnya telah menghidupkan lagi perasaan kesuraman dan penderitaan seolah-seolah individu yang melihat karya ini turut merasai penderitaan figura di dalam lukisan tersebut. Aspek pencahayaan yang digarap oleh pelukis juga turut membantu menghidupkan lukisan ini Selain itu, kekuatan naskah ini juga hadir melalui mesej yang cuba disampaikan oleh pelukisnya, Thodore Gricault yang menggambarkan penderitaan rakyat di bawah pemerintah autokratik Perancis, Napoleon. Ternyata terjemahan pelukis yang cuba menggambarkan kekejaman pemerintah dengan cara paling realistik ini telah mendapat perhatian golongan atasan ketika itu walaupun karya tersebut telah dikritik hebat oleh golongan bangsawan.