Anda di halaman 1dari 3

Satu-satunya cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan di agenda paling atas adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya.

Cabaran ini adalah suatu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerai benteng sosio budaya sesuatu kelompok masyarakat belia dapat disempurnakan maka segala usaha untuk mengharungi bidang -bidang yang lain akan menjadi lebih mudah. Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio budaya. Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Sesungguhnya, tidaklah mengejutkan apabila sistem sosio budaya masyarakat muda kini sudah di rungkai sehingga segala nilai tradisi kita kini sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara. Dalam arena pendidikan, guru perlu membentuk satu bilik darjah yang mesra budaya untuk menyemai sikap cintakan budaya agar tidak hilang dalam sesebuah masyarakat. Sehubungan itu, mata pelajaran Budaya dan Pembelajaran yang telah saya lalui ini dapat membantu untuk membentuk satu bilik darjah yang mesra budaya. Pertama, kefahaman murid terhadap istilah budaya dan budaya sesebuah masyarakat itu sendiri perlu diterapkan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Budaya merupakan keseluruhan pemikiran dan hasil karya manusia yang berasaskan proses pembelajaran (Koentjaraningrat, 2002).Kepentingan memahami konsep budaya perlu dititikberatkan oleh guru di dalam kelas. Guru yang kreatif perlu membuat anjakan paradigma agar murid dapat menyelami budaya yang telah ada di dalam dirinya. Contohnya, sewaktu proses p dan p berlangsung, guru juga perlu menekankan kurikulum tersirat supaya murid tahu mengenai etika mereka apabila berada di dalam kelas. Nilai-nilai murni yang ada dalam setiap budaya dapat membentuk bilik darjah yang mesra budaya. Tolong-menolong, hormat-menghormati, bertolak ansur,

bertimbang rasa, empati, kasih- sayang merupakan nilai-nilai yang perlu disemai dalam diri murid. Menurut Roureck dan Warren (1979) menyatakan bahawa, masyarakat merupakan satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif serta merasakan bahawa mereka hidup bersama.

Terdapat hubungan terus menerus dalam kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama beberapa abad.Ini bermakna, masyarakat ialah kumpulan individu yang mempunyai hubungan secara tetap serta menjalankan aktiviti bersama. Pernyataan ini boleh diaplikasikan oleh guru untuk mengadakan aktiviti di dalam kelas. Aktiviti yang bersesuaian dengan murid yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza dapat membuatkan murid memahami budaya yang ada pada kaum lain. Contohnya, aktiviti bercerita mengenai cerita rakyat, menyanyikan lagu-lagu rakyat, tarian tradisional dan sebagainya. Secara tidak langsung, guru dapat menerapkan nilai dan kepercayaan sesebuah budaya kaum tertentu yang membawa kepada penyerapan budaya yang pelbagai. Selain itu, sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperti sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Dengan adanya sudut ini di dalam kelas, murid dapat menambahkan ilmunya agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung muridmurid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormatmenghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum . Guru juga boleh menyediakan pelbagai aktiviti - aktiviti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. Sebagai contoh, Ziham boleh bertukar-tukar pandangan dan pendapat mengenai kebudayaan Mutusamy di sudut tersebut melalui multimedia interaktif dan beliau tahu untuk menjaga sensitiviti sesebuah kaum. Begitu juga dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian keep in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover knowledge. Pada masa yang sama, guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik supaya sudut-sudut ini akan

menyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam kelas.

Kesimpulannya, bilik darjah yang mesra budaya memainkan peranan yang penting dalam membentuk perpaduan murid pada waktu persekolahan. Sekolah merupakan agen untuk mengubah murid supaya menjadi manusia yang menghormati budaya dan adat resam kaum yang lain.

Anda mungkin juga menyukai