Anda di halaman 1dari 5

1. Nama Dan Alamat Organisasi SMK KEMPAS JOHOR BAHRU.

2. Penyelidik MOHD AZIEZUL BIN ABDULLAH

3. Tajuk Kajian Meningkatkan kemahiran penguasaan tatacara ibadat Haji dan Umrah murid tingkatan 5 dengan menggunakan Kaedah Diari Haji dan Umrah

4. Refleksi masalah / Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu Berdasarkan hasil kerja murid dan sesi soal jawab , 20 orang murid tingkatan 5 PS 2/3 tidak dapat menjawab soalan latihan yang berkaitan dengan tatacara ibadat Haji dan Umrah. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan ibadat haji dan umrah secara tepat dan betul serta tidak dapat memahami aliran tatacara ibadat Haji dan Umrah ini secara menyeluruh.

5. Fokus Kajian Melibatkan 20 orang murid Tingkatan 5 yang belum menguasai tatacara ibadat Haji dan Umrah.

6. Objektif Kajian ( Am Dan Khusus )

6.1 Objektif Am i ) Mengenal pasti punca masalah murid yang tidak menguasai tatacara ibadat Haji dan Umrah. ii) Mempertingkatkan penguasaan tatacara ibadat Haji dan Umrah dalam kalangan murid

6.2 Objektif Khusus i ) 20 orang murid menguasai dan memahami tatacara ibadat haji dan Umrah. ii) 20 orang murid yang terlibat dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan ibadat haji dan Umrah.

7. Kumpulan Sasaran Melibatkan 20 orang murid tingkatan 5 PS 2/3 SMK KEMPAS.

8. Tindakan yang dicadangkan i. Mengadakan Ujian - Pra kepada murid sasaran untuk mengenal pasti masalah asas murid. ii. Memberi bimbingan kemahiran penguasaan tatacara ibadat Haji dan Umrah dengan menggunakan Kaedah dan Bahan Inovasi. iii. Memberi latih tubi menjawab soalan kepada murid-murid. iv. Membuat ujian Pos kepada murid-murid untuk melihat sejauh mana keberkesanan Kaedah dan Bahan Inovasi yang digunakan. v. Membuat analisis data hasil ujian Pos. vi. Membuat Laporan Kajian berkaitan dengan kekuatan dan kekurangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

9. Bahan Dan Anggaran Kos BIL JENIS ALAT /BAHAN KOS (RM) 1 Kertas A4 = 10 x RM13.00 130.00 2 Kos percetakan ( dakwat printer ) 150.00 3 Fail murid = 20 x RM2.50 50.00 4 Komputer riba 5 LCD projektor 6 CD = 20 keping 30.00 JUMLAH 360.00

10.Membina Diari Haji dan Umrah. 1.Guru membuat slide show mengenai pergerakan dalam ibadah haji bermula hari pertama niat ihram dan seterusnya ibadah-ibadah lain. 2.Guru menerangkan pergerakan haji mengikut bilangan hari haji dilakukan menuruti tertib ibadahnya. 3.Pelajar mencatat pada buku nota maklumat pergerakan ibadah haji mengikut tertib. 4.Pelajar membina sendiri diari Haji dan Umrah berdasarkan kepada catatan mereka pada buku nota dengan bimbingan guru. 5.Guru menyediakan contoh diari haji yang telah siap dibina.

11. Jadual Pelaksanaan Kajian / Carta Gantt BIL AKTIVITI TARIKH 1 Penyediaan kertas Cadangan 21 Mac 2012 2 Merancang Kajian 22 Mac 2012 3 Menyediakan soalan Ujian- Pra dan soalan soal selidik 28 Mac 2012 4 Melaksana Ujian- Pra 4 April 2012 5 Pemprosesan Data Ujian-Pra 6 April 2012 6 Melaksana Soal selidik dan temu bual 11 April 2012 7 Pemprosesan data soal selidik dan temubual 13 April 2012 8 Perancangan Tindakan 15 April 2012 9 Pelaksanaan Tindakan 1 18 April 2012 10 Refleksi Tindakan 1 19 April 2012 11 Pelaksanaan Tindakan 2 20 April 2012 12 Refleksi Tindakan 2 21 April 2012 13 Pelaksanaan Tindakan 3 22 April 2012 14 Refleksi Tindakan 3 23 April 2012 15 Pelaksanaan Tindakan 4 25 April 2012 16 Refleksi Tindakan 4 26 April 2012 17 Perancangan dan Pelaksanaan Ujian-Post 3 Mei 2012

18 Pemprosesan Data Ujian-Post 5 Mei 2012 19 Penilaian kendiri / renungan / Refleksi 20 Penulisan Laporan Kajian Tindakan 21 Pemurnian Laporan 23 Penyerahan Laporan

Lampiran 1 : Borang Soal Selidik

Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah ini dan bulatkan nombor yang paling sesuai menandakan tahap persetujuaan anda mengikut skala nilaian yang disediakan.

Skala : 1 = Tidak setuju 2 = Kurang setuju 3 = Setuju 4 = Sangat setuju

BIL ITEM NILAIAN 1234 1 Saya suka belajar tajuk ibadat haji dan umrah 2 Saya dapat memahami tajuk ibadat haji dan umrah ini dengan baik 3 Saya boleh mengenal pasti istilah-istilah yang terdapat dalam tajuk ibadat haji dan umrah 4 Saya dapat memahami dan menggambarkan perjalanan tatacara ibadat haji dan umrah secara menyeluruh yang dilakukan oleh jemaah haji sewaktu musim haji 5 Saya dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan ibadat haji dan umrah dengan baik 6 Ibubapa saya sering membimbing saya menjawab soalan yang berkaitan dengan Pendidikan Islam 7 Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang sangat saya minati

Anda mungkin juga menyukai