Anda di halaman 1dari 6

Slogan Membaca Jambatan Ilmu menunjukkan bahawa untuk menjadikan aktiviti membaca mendatangkan pelbagai faedah kepada seseorang.

Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadikan membaca sebagai amalanhidup. Pendahuluan : Ketika Malaikat Jibril memeluknya dan mengajarkan baginda membaca, Nabi Muhamad SAW sebelum itu adalah buta huruf. Namun, dengan berkat membaca yang bermula dengan surah Iqra, baginda telah bangkit sebagai pemimpin agung yang memancari seluruh jazirah Arab dan dunia amnya dengan wadah keilmuan yang tiada tolok bandingannya. Demikianlah suatu keajaiban ilmu dengan wasilah membaca. Membaca Jambatan Ilmu adalah antara slogan yang menyatakan sekiranya mahu berada dalam alam bijaksana pilihlah wadah membaca. Demi merealisasikan tradisi keilmuan itu, wajarlah pelbagai langkah dan strategi diambil oleh seseorang untuk mengangkat martabat diri ke persada ilmu. Isi-isi penting : Isi 1 : Memupuk diri sendiri untuk mencintai ilmu dan membudayakan ilmu ilmu dijadikan alat mengubah cara berfikir dan gaya hidup Isi 2 : Memilih kawan dan khalayak yang gemar membaca dan menuntut ilmu menjadi motivasi agar saling menyokong dan bersaing dalam kegiatan yang berfaedah Isi 3 : Menyediakan sendiri perpustakaan mini di rumah sentiasa berbangga dengan koleksi buku Isi 4 : Mengunjungi pusat-pusat pameran buku, kedai buku, dan pusat sumber dapat membentuk jiwa yang cenderung dan berminat kepada segala jenis maklumat yang dihidangkan di dalam buku Isi 5 : Menyimpan impian agar pada suatu hari kelak anda akan berjaya menjadi seorang ilmuwan dan seterusnya menyumbangkan idea dengan menulis buku-buku anda sebagai pewaris ilmu dan penyebar ilmu (peribahasa: gajah mati dikenali tulang, harimau mati dikenali tulang, dan manusia dikenali jasa) Kesimpulan : Sesungguhnya, insan yang paling bijaksana ialah insan yang dapat mengenali dirinya. Langkah untuk mengenali diri hendaklah dengan wadah ilmu. Tuntutlah ilmu sama ada dunia mahupun akhirat kerana ilmu pelita hidup.

KEPENTINGAN MEMBACA Dalam mendepani era globalosasi pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad pembangunan negara bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pembangunan negara yang semakin hari semakin membangun ini seperti tenggelam sama basah timbul sama hanyut seiring dengan negara atas angin. Negara yang maju tidak akan wujud sekiranya tidak mempunyai generasi muda yang bersahsiah mulia, berfikiran matang dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Biasanya, anak-anak muda yang berdarah panas yang memerlukan perhatian yang secukupnya oleh semua pihak. Anak-anak ini boleh dianalogikan seperti bunga yang baru mekar dan berbau harum yang mampu memimpin negara sehingga ke persada dunia. Menurut Perdana Menteri Malaysia, maju mundur sesebuah negara bergantung kepada pelapis yang memimpinnya. Sekiranya negara melahirkan generasi muda yang kurang berilmu pengetahuan, maka negara akan mengalami kesusahan dalam membentuk negara yang berwibawa yang boleh mencetus satu fanomena yang boleh membawa negara standing dengan negara maju. Oleh itu, dalam membina generasi muda yang berilmu pengetahuan, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak mereka. Hal ini disebabkan, tanpa ilmu pengetahuan yang banyak, anak-anak diibaratkan seperti layanglayang yang terputus talinya. Amalan membaca perlu dipupuk sejak usia anak-anak melangkau lima tahun bagi mendorong minat anak-anak terhadap amalan membaca tersebut. Tambahan pula, bukan sahaja ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam memupuk budaya membaca malahan semua pihak seharusnya berganding bahu dalam merealisasikan budaya membaca sebagai satu budaya dalam kehidupan seharian. Sudah terang lagi bersuluh, membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Kecermelangan pembangunan negara bermula dengan permata negara yang dinamik. Kepentingan membaca dapat menjadikan masyarakat berpengetahuan dengan mendapat maklumat yang banyak daripada pelbagai risalah, majalah, surat khabar, ensiklopedia dan buku-buku. Marhaen yang membaca dapat membezakan dirinya dengan orang lain kerana mereka mempunyai kelebihan dan memiliki pelbagai kemahiran. Di samping itu, peningkatan ilmu pengetahuan dapat memajukan diri kita. Masyarakat yang lebih berdaya maju akan berusaha untuk mendapatkan ilmu yang terbaik tanpa mengenepikan kepentingan orang lain dan boleh membantu orang lain bagi menyelesaikan masalah. Hal ini bertepatan dengan kata-kata Francis Barchan bahawa ilmu ialah kuasa. Menurut Dato Dr. Fadzillah Kamsah, membaca merupakan jambatan ilmu yang perlu diterokai dan dicari. Oleh itu, tabiat membaca perlu diperkasakan agara peningkatan kualiti wacana nasional dapat dilestarikan. Dari sudut kodifikasi yang berbeza, membaca dapat meningkatkan diri kita dalam penguasaan bahasa terutamanya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kebanyakkan pelajar di Malaysia selalu mengalami masalah dalam penulisan karangan mereka kerana terpengaruh dengan bahasa pasar dan bahasa slanga yang menjadi budaya percakapan mereka seharian. Apabila mereka banyak membaca, mereka akan lebih memahami perbezaan bahasa itu. Natijahnya, pelajar akan dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam bahasa. Biasanya kita sering mengabaikan kepentingan menguasai bahasa Inggeris. Hal ini disebabkan, kita tidak mengetahui tentang pentingnya penguasaan ini. Bahasa Inggeris juga sama penting dengan bahasa Melayu kerana apabila mereka sudah belajar di universiti penggunaan bahasa Inggeris lebih banyak digunakan. Kita perlu banyak

membaca supaya kita lebih faham makna dan kita dapat berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris. Menurut Albert Einstein, mundur bangsa kerana ilmu. Oleh itu, kita seharusnya banyak membaca supaya kita dapat menguasai kedua-dua bahasa dengan baik dan cemerlang. Jika kita sudah menguasainya, kita juga dapat memperkenalkan bahasa kita kepada bahasa asing yang lain. Memetik wasitah nirmala seterusnya, membaca dapat menjamin keberkesanan dalam melahirkan masyarakat yang kreatif lagi inovatif. Individu yang telah tersemat dengan kepelbagaian kreativiti dan inovatif yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk atau ciptaan baru berpandukan kepadatan idea yang datangnya daripada membaca. Hal ini kerana dengan aktiviti membaca yang dijadikan amalan ini akan memberi kesinambungan idea yang tidak putus-putus. Sebenarnya, masyarakat telah pun mendapat pendedahan secara meluas bermulanya di peringkat sekolah lagi. Jadi, masyarakat dapat mempraktikkan ilmu tersebut ke dalam kehidupan seharian malah dapat membantu masyarakat sekeliling dengan ilmu di dada mereka. Hal ini bertepatan dengan peribahasa orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Dengan amalan ini, hal ini dapat memastikan populasi masyarakat akan bertambah maju sejurus menyumbang kemajuan ini kepada negara tercinta. Di samping itu, kejayaan ini dapat mewujudkan masyarakat yang berdaya saing dengan penduduk negara maju. Misalnya, negara China yang kian maju berasaskan pendidikan industri. Menurut kajian, statistik menunjukkan kebanyakkan rakyat negara China gemar membaca sarat dengan pelbagai idea untuk menghasilkan perkara baru. Oleh itu, mereka tidak bergantung kepada negara luar untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Kejayaan mereka yang jelas kelihatan pada era globalisasi kini patut diberi pujian yang tinggi kerana pencapaian mereka hanyalah berasaskan membaca. Secara kesimpulannya, masyarakat Malaysia perlu menghayati pencapaian itu kerana sabda Rasulullah S.A.W, tuntutlah ilmu hingga ke negara China. Sebagai pengitlakannya, amalan membaca dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap individu tidak kira golongan tua mahupun golongan muda. Sekiranya semua pihak tidak memekakkan telinga, tidak hanya membisukan mulut, membutakan mata mereka, maka negara akan berdiri standing dengan negara moden pada masa ini. Dalam mengejar wawasan 2020, semua rakyat perlu memahami amalan membaca supaya amalan ini mampu menjadi amalan turun temurun. Jika kita halusi dengan lebih terperinci, negaranegara moden seperti Jepun mengamalkan amalan membaca yang sangat penting dalam diri setiap penghuni yang berada dalam negara tersebut. Hal ini disebabkan mereka mengamalkan amalan membaca dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kita perlu berganding bahu memupuk amalan membaca supaya amalan ini boleh memberi 1001 manfaat ke arah pembentukan negara maju. Menggorak langkah berjalan pulang, Mawar disisip hiasan dara, Membaca amalan cemerlang terbilang, Mencorak ke arah kemajuan negara.

Tema : membaca Arah : usaha Dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir keruncingan minat membaca bukubuku ilmiah dalam kalangan masyarakat di Malaysia . Keruncingan minat membaca bukubuku ilmiah di negara kita semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dan tokoh ilmuwan baik di warung-warung kopi mahupun di parlimen . Hal ini kerana, kita sering didedahkan dengan isu ini di dada-dada akhbar di dalam negara kita . Karya-karya para ilmuwan dapat memberikan pengetahuan yang penting dalam kehidupan seharian . Melalui membaca bahan ilmiah , kita tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung yakni tidak mengetahui sebarang perkembangan mahupun pengajaran . Membaca juga dapat membentuk sahsiah diri yang terpuji dan tinggi dalam kalangan marhaen. Selain itu , ibu bapa dapat memainkan peranan yang penting dalam mengatasi isu ini . Ibu bapa dapat melatih anak anak sejak kecil untuk meminati buku ilmiah seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya . Tiada penyakit yang tiada penawarnya , maka usaha usaha yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi . Pada realitinya , memang tidak dapat dinafikan bahawa membeli bahan bacaan yang berbentuk ilmiah dan dijadikan sebagai hadiah ialah prakarsa utama yang dapat menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah di negara kita kita . Dalam konteks ini , anak-anak akan berasa teruja dan dapat meningkatkan keinginan anak anak untuk membaca apabila ibu bapa menghadiahkan bahan bacaan kepada mereka . Selain itu , ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak anak dengan membaca sekurang kurangnya surat khabar harian untuk memberi galakan kepada anak anak supaya mereka turut gemar membaca. Sekiranya usaha ini berjaya , negara kita akan dapat melahirkan generasi muda yang berilmu pengetuan dan cendekiawan serta dapat menjadi tunjang kekuatan negara pada masa akan datang . Menurut Dr .H.M Tuah Iskandar Al-Haj, pengetahuan ialah teman anda yang terbaik dan sentiasa mengikut anda ke mana-mana pun anda pergi dan tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga. Sesungguhnya terbuktilah bahawa membeli bahan bacaan yang berbentuk ilmiah sebagai hadiah merupakan usaha yang pramatik yang dapat mengalakkan anak-anak mengamalkan amalan membaca tanpa mengira masa serta tempat. Sebagaimana yang kita maklumi bahawa menggalakkan anak-anak ke perpustakaan awam dan membuat pinjaman buku-buku ilmiah secara berkala oleh ibu bapa merupakan usaha seterusnya yang boleh menggalakkan anak-anak membaca karya ilmiah di negara kita. Dalam konteks ini anak-anak dapat mendekatkan diri dengan buku-buku di perpustakaan dan menanamkan sifat membaca buku yang bermanfaat dalam diri mereka. Di samping itu, anak-anak dapat membaca buku-buku ilmiah secara berterusan apabila mereka sentiasa dibawa oleh ibu bapa ke perpustakaan. Oleh itu, situasi ini boleh menyebabkan mereka minat membaca buku-buku ilmiah dan mencapai tahap yang memuaskan sebagaimana yang dikehendaki oleh ibu bapa mereka. Usaha ini juga boleh

dijayakan melalui program Perpustakaan Bergerak dari sekolah ke sekolah oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui usaha ini, anak-anak dapat meminjam buku-buku ilmiah secara berkala dan mudah. Sesungguhnya terbuktilah bahawa menggalakkan anakanak ke perpustakaan awam dan membuat pinjaman buku-buku ilmiah secara berkala sejak kecil seperti, melentur buluh biarlah dari rebungnya merupakan usaha yang pragmatik untuk menanamkan sifat membaca dalam diri anak-anak. Jika ditelusuri secara mendalam antara usaha lain yang boleh diimplementasikan ialah ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai sesuatu aktiviti bersifat ilmiah seperti diskusi ilmiah tentang sesebuah buku yang baharu diterbitkan. Hal ini kerana, anak-anak berpeluang untuk berkongsi idea antara satu sama lain melalui diskusi yang diadakan. Tambahan pula, mereka dapat memperoleh informasi baharu dan pengetahuan terkini. Melalui diskusi ini juga, anak-anak dapat meningkatkan penguasaan bahasa melayu mereka melalui membaca dan menambahkan keyakinan mereka serta dapat bertukartukar pandangan dengan rakan-rakan yang lain. Sebagai contoh, Kementerian Pelajaran Malaysia juga menyarankan pihak sekolah mengadakan aktiviti ilmiah seperti resensi buku murid-murid dan guru. Sekiranya hal ini dilaksanakan dengan penuh jaya, sudah pastilah sikap membaca dalam kalangan anak-anak dapat diterapkan ke dalam sanubari mereka, bak kata pepatah membaca itu jambatan ilmu. Satu lagi peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca karyakarya ilmiah adalah dengan menyediakan bahan-bahan ilmiah di sudut bacaan. Dalam konteks ini, dengan menubuhkan satu perpustakaan mini di rumah dapat menyemai tabiat membaca dalam diri anak-anak. Ibu bapa perlulah mengambil langkah pragmatik bagi memastikan anak-anak mereka menggunakan perpustakaan yang telah disediakan dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, perpustakaan mini tersebut mestilah dilengkapi bahan-bahan bacaan yang menarik, bermanfaat dan bersesuaian dengan minat dan umur anak-anak. Susun atur buku dan perabot juga mestilah ringkas dan sistematik. Hal ini dapat menggalakkan anak-anak mereka untuk membaca dan dapat menghalang mereka membazir masa lapang dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah di luar rumah. Sesungguhnya membaca itu jambatan ilmu dan masa itu emas. Selain itu, penubuhan perpustakaan mini dapat memudahkan anak-anak untuk mencari maklumat. Hal ini kerana, mereka boleh memperoleh maklumat tersebut di rumah tanpa perlu mengeluarkan kos dan masa yang lebih panjang untuk ke perpustakaan awam. Jelaslah bahawa dengan menyediakan bahan-bahan ilmiah di sudut bacaan di rumah dapat menggalakkan anakanak membaca dan menambah ilmu pengetahuan dan tidak jadi seperti katak di bawah tempurung. Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah menggalakkan anak-anak mengumpul koleksi buku-buku ilmiah yang diminati merupakan usaha seterusnya untuk menanam sikap minat membaca buku. Dalam konteks ini, ibu bapa dapat menarik minat anak-anak untuk membaca buku. Selain itu, anak-anak dapat menambah ilmu pengetahuan daripada membaca pelbagai buku ilmiah yang dikumpul. Di samping itu, anak-anak akan berfikiran lebih matang dan seterusnya menjadi insan yang kamil. Oleh itu, situasi ini boleh dijayakan sekiranya ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Pepatah ini amat bersesuaian dengan sikap ibu bapa

kepada anak-anak. Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. ialah surah al-Alaq ayat satu hingga lima yang memerintahkan umat Islam supaya membaca. Ayat ini menerangkan bahawa melalui pembacaan, seseorang itu akan mendapat ilmu dan menambahkan ilmunya. Oleh itu, sebagai umat Islam, kita diwajibkan membaca keran perkara ini telah tertulis dalam surah Al-Alaq. Sesungguhnya terbuktilah bahawa menggalakkan anak-anak mengumpul koleksi ilmiah merupakan satu usaha untuk menanam sikap minat membaca. Secara tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa minat untuk menelaah buku-buku ilmiah dalam kalangan remaja masih di tahap sederhana dan perlu dipertingkatkan lagi. Namun begitu, isu ini dapat diatasi jika ibu bapa dan pihak luar berganding bahu mengambil langkah pragmatik bagi memperhalusi masalah ini agar anak-anak remaja gemar untuk membaca bahan-bahan ilmiah yang memberikan keuntangan kepada mereka. Selain itu, harapan Perdana Menteri dapat direalisasikan apabila melihat anak-anak didik cemerlang yang kaya dengan ilmu intelek dapat dilahirkan. Lantaran itu, sudah tentu Malaysia mempunyai lapisan generasi yang berkualiti dan berilmu pengetahuan yang dapat memartabatkan negara kita. Generasi ini akan membawa Malaysia memacu ke hadapan untuk mencapai kejayaan yang setanding dengan negara lain ibarat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Sesungguhnya, membaca buku ilmiah membawa banyak maslahat yang positif dan tidak merugikan sesiapa.