Anda di halaman 1dari 13

Tajuk 1

SEKSUALITI DAN SAYA-KEMAHIRAN KESELAMATAN DIRI

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengetahuan tentang seksualiti,mengamal gaya hidup sihat,perkembangan fizikal diri remaja.seksualiti kalangan remaja,dan kekeluargaan. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. 4. 5. menjelaskan konsep dan demensi seksualiti serta unsur-unsur yang terdapat dalam setiap dimensi menyatakankan kepentingan pengetahuan seksualiti menjelaskan amalan-amalan gaya hidup sihat mengenalpasti persamaan dan perbezaan perkembangan fizikal remaja lelaki dan remaja perempuan serta tingkah laku khusus perkembangan sosial dan emosi menjelaskan tentang perlakuan asertif Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini SEKSUAL ITI DAN SAYA

Konsep dan demensi seksualiti

Kepentingan pengetahuan seksualiti

Amalan gaya hidup sihat

Persamaan dan perbezaan perkembangan fizikal remaja lelaki dan remaja perempuan Perlakuan asertif

KANDUNGAN 1.0 Seksualiti dan saya Seksualiti merupakan satu ekspresi identiti gender.Ia juga suatu perasaan peribadi di mana ia melibatkan kefahaman diri tentang tindak balas dan emosi terhadap seks.Perasaan ini melibatkan nilai peribadi dan kepercayaan, yang berinteraksi konsep umum tentang seks.Contohnya: cinta dan orientasi seksual.Seksualiti manusia bukan sekadar mempersoalkan hubungan asmara, tetapi juga bagaimana seseorang itu melahirkan perasaan serta memancarkan perwatakannya . 1.1 Konsep dimensi Konsep dimensi adalah meliputi komponen-komponen psikologi, biologi,budaya dan etika.Komponen ini membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat.Keseluruhan dimensi mencerminkan perasaan peribadi di mana ia melibatkan kefahaman diri tentang tindak balas dan emosi terhadap se ks Seseorang individu perlu tahu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan.

1.1.1

Psikologi Mengkaji bagaimana proses pembelajaran dan perubahan emosi seksualiti manusia Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan

berfungsi secara optimal 1.1.2 Biologi Mengkaji dan melaporkan tentang gerak balad dan mekani sme kitaran rangsangan seksual 1.1.3 Budaya Meneropong ciri-ciri persamaan dan kelainan perlakuan seks, serta tanggapan mereka tentang seksualiti manusia mengikut pengaruh silang budaya sesuatu kaum dan masyara kat di dunia 1.1.4 Etika Nilai etika memainkan peranan penting untuk menentukan seksualiti manusia iaitu dari segi sikap ,kepercayaan dan kefahaman yang dianuti. 1.2 Kepentingan Pengetahuan Seksualiti Dapat memberi kefahaman berkaitan hubungan antara manusia meliputi perasaan kewanitaan, kelelakian,keinginan,kepuasan,kasihsayang,kehilangan,kesedihan, kemesraan, tertekan, perhatian,perkongsian,sentuhan,cemburu,penolakan harga diri dan kebahgiaan di kalangan remaja.Kemahiran pengetahuan seksualiti akan dapat Membantu remaja mengelakkan diri daripada gejala sosial dan tingkahlaku berisiko Contoh:-Seks sebelum nikah -Kehamilan -Gangguan seksual -Rogol dan -Gangguan tingkahlaku yg.lain Pertama: Revolusi teknologi dan rangkaian lebuhraya maklumat yang banyak memperkatakan tentang isu seksualiti manusia pada zaman yang serba canggih ini akan mudah membuatkan kita terpesong dengan maklumat yang kurang tepat .Contoh: teknologi media massa menyediakan peluang untuk kita menonton adegan lucah Kedua: mempelajari seksualiti manusia merupakan sumber motivasi.Ia memberi kefahaman tentang tingkah laku manusia Contoh: seorang perempuan yang marah-marah terhadap orang lain sebenarnya mungkin berasa tidak puas berjimak kerana tidak mengalami puncak orgasma.

Ketiga: pengetahuan tentang seksualiti manusia yang tepat amat penting untuk kesejahteraan rumah tangga.Contoh: Mereka akan menghargai keselamatan dan kebahagiaan seks sebagai anugerah T uhan Keempat : dengan kefahaman yang betul tentang seksualiti manusia, seseorang itu akan mudah memah ami krisis yang berbangkit akibat dari malapetaka.Contoh: perlakuan seksual seperti menghadapi jangkitan penyakit kelamin, dirogol atau ditimpa masalah peribadi disebabkan penglibatan diri dalam aktiviti seksual rambang 1.3 Gaya hidup Sihat Secara umumnya, gaya hidup sihat berkait rapat dengan kon sep kualiti hidup.Kualiti hidup merangkumi bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi meliputi juga aspek lain seperti sosial, psikologi, kebudayaa n, politik dan alam sekitar. Kualiti hidup di Malaysia ditakrifkan sebagai merangkumi kemajuan diri, gaya hidup yang sihat,akses dan kebebasan memperolehi pengetahuan. Masyarakat yang mempunyai gaya hidup yang sihat dikatakan mempunyai kualiti hidup yang tinggi. Namun tidak semestinya mempunyai gaya hidup yang sihat.Gaya hidup sihat ditakrifkan sebagai satu proses atau amalan kesihatan ke arah perubahan hidup yang memuaskan yang meliputi aspek penjagaan pemakanan yang seimbang, bersenam, mengawal tekanan atau s tres dan yang paling penting adalah menghindar diri daripada aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko. Menurut kajian Lyons R. dan Langille L. (2001), konsep gaya hidup sihat dikategori kan sebagai satu kehidupan yang s eimbang di mana seseorang membuat satu pilihan dengan bijak.Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO, 1946) pula mentakrifkan perkataan sihat sebagai: Suatu keadaan sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya tidak hanya ketika ketiadaan sakit.Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.Alkohol juga boleh menyebabkan anda mendapat kanser, strok, sakit jantung dan darah tinggi.Kesan alkohol pada lelaki akan mengakibatkan pengaru h buruk pada testis dan hipotalamus, iaitu menyebabkan pengurangan hormon test osteron. Bagi wanita pula, alkohol dapat menyebabkan kitaran haid menjadi tidak teratur dan pengecilan payudara serta alat kelamin.Alkohol dan dadah membuat seseorang itu berkhayal. Badan yang sihat dan cergas menjanjikan kehidupan yang sempurna.Apabila anda mengamalkan gaya hidup yang sihat, secara automatiknya anda dapat mengelak dari melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.

1.3.1 Mengamalkan sikap yang positif terhadap seksual iti Memberi Pendidikan yang Betul dan Sec ukupnya Pendidikan adalah cara yang terbaik untuk mencegah dari menular. Tetapi bagaimana pendidikan itu disampaikan adalah penting. Sejak beberapa dekad ini,kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit untuk mengadakan ceramah,bengkel,kaunseling, majalah dan sebagainya sebagai langkah pencegahan. Namun begitu,ia masih tidak mencukupi.Anda tidak boleh meletakkan semua beban dan tanggungjawab ini kepada kerajaan semata-mata. Ini kerana anda mempunyai peranan sendiri dalam memastikan misi ini berjaya.Anda boleh mendidik anak-anak anda, keluarga dan rakan-rakan agar menjauhi aktiviti-aktiviti yang boleh membawa kepada jangkitanHIV/AIDS seperti seks bebas atau menghisap dadah. Ini adalah kerana penyakit ini paling kerap diakibatkan oleh dua punca ters ebut. Justeru itu,pendidikan dari akar umbi atau di rumah seharusnya diterapkan agar penyakit ini berkurangan. Peranan dan Tanggungjawab Komuniti Sebagai satu masyarakat, kita tidak boleh meletakkan semua tanggungjawa dan beban untuk mencegah di atas bahu kerajaan sahaja. Ini kerana ia juga adalah tanggungjawab kita bersama. Sentiasa Memantau Aktiviti-aktiviti Anak-anak Anak-anak adalah harta yang tidak ternilai. Mereka juga adalah warisan untuk generasi akan datang. Pada masa kini, terdapat pelbagai masalah berkaitan dengan golongan muda. Biasanya masalah ini berpunca dari keluarga itu sendiri. Oleh yang demikian ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam mendidik dan memantau anak-anak mereka daripada aktiviti-aktiviti yang tidak menyihatkan supaya mereka menjadi insan yang berguna. Mereka juga harus meluangkan sedikit masa untuk anak-anak mereka agar mereka rasa disayangi dan dihargai. Dengan pendekatan ini, masalah penagihan dadah dan s eks bebas dapat dihapuskan dan penyakit HIV/AIDS dapat dijauhi. 1.4 Persamaan dan perbezaan perkembangan fizikal remaja lelaki dan remaja perempuan Persamaan perubahan yan g berlaku pada kedua-dua remaja lelaki dan perempuan 5

ialah pertumbuhan dan keluaran bulu-bulu terutama bulu ketiak bertambah seperti orang dewasa ,jerawat mula bertumbuh. Perbezaan perubahan yan g berlaku pada remaja lelaki ialah suara menjadi garau, misai dan janggut mula tumbuh ,bahu dan dada menjadi bidang ,mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani ,zakar dan buah zakar mula membesar . Bagi remaja perempuan pula perubahan yang akan dialami seperti buah dada (payudara) mula membesar bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan mula didatangi haid suara mungkin berubah da ri suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang. Kesemua organ dan sistem tubuh terus berkembang sehingga dewasa.Jantung, buah pinggang, hati, dan struktur sistem pernafasan membesar,mata dan sistem pendengaran juga turut berkembang.Remaja Lelaki, pita suara memanjang dan menebal, lalu menyebabkan suara semakin dalam.Peringkat remaja pertumbuhan sistem saraf semakin menurun.Sistem saraf, memainkan peranan penting dalam mengawal permulaan baligh. }

KULIT Kulit kelihatan bertambah matang berbanding semasa kanak-kanak yang lembut dan sensitif Kelenjar di kulit lebih giat merembeskan sebum menyebabkan remaja lebih cenderung ditumbuhi jerawat Lemak di bawah kulit meningkat pada remaja perempuan, tetapi berkurangan pada remaja lelaki Pertumbuhan bulu di bahagian pubis berlaku berperingkat-peringkat, diikuti pertambahn bulu di bahagian ketiak Pada remaja lelaki, pertumbuhan bulu di muka iaitu janggut dan misai menyusul diikuti dengan peningkatan pertumbuhan bulu roma

PAYU DARA Pada remaja perempuan, perkembangan payu dara berlaku berperingkatperingkat Pada peringkat awal, kawasan di sekeliling puting payu dara membesar, diikuti kemudiannya oleh pembesaran payu dara akibat peningkatan enapan lemak Kawasan di sekeliling puting membesar sedikit dan bertambah gelap Perubahan payu dara juga berlaku pada remaja lelaki

ORGAN PEMBIAK AN Organ pembiakan berkembang pesat semasa remaja Pada remaja lelaki, tanda awal ialah testis dan skrotum Testis mental Kulit skrotum menjadi lebih gelap Penis memanjang dan kemudiannya membesar, bentuk dan saiznya seperti orang dewasa yang berkembang merembeskan hormon testosteron yang

bertanggungjawab bagi perubahan ciri-ciri seks kelakian dari segi fizikal dan

OTOT DAN TULANG RANGKA Otot-otot membesar dan menjadi bertambah kuat Perubahan ini lebih ketara pada re maja lelaki Tulang juga membesar dan menebal (tulang tengkorak dan tulang rahang) Pembesaran tulang rangka berlaku dengan pembesaran kaki dan tangan, diikuti dengan pe mbesaran pinggul, dada, bahu da n akhir sekali badan me manjang Remaja lelaki, pertumbuhan tulang panjangnya lebih ketara berbanding remaja perempuan Remaja perempuan, perubahan yang ketara ialah pembesaran pinggul

KETINGGIAN MEMUNCAK Berlaku terutamanya disebabkan oleh pertumbuhan memanjang badan Berlaku selama dua setengan tahun pada kedua-dua remaja Remaja lelaki bertambah tingginya kira-kira 20cm dan remaja perempuan kirakira 16cm Ketinggian pada lazimnya akan terhenti pada umur 18 tahun pada remaja lelaki dan perempuan. Namun, sedikit pertumbuhan ketinggian masih berlaku tetapi pada kadar yang perlahan

1.5 Perlakuan asertif Perlakuan asertif adalah Kemampuan untuk berkomunikasi dengan perasaan dan gagasan positif mahupun negatif secara terbuka, jujur,langsung dan tanpa kekerasan yang merugikan mana-mana pihak. Perlakuan asertif memungkinkan kita untuk berkonfrantasi secara positif dan kedua-dua belah pihak akan menemui kepuasan

dalam penyelesaian sesuatu masalah.Kelakuan atau tindakan seseorang dalam menyatakan perasaan, pandangan da n haknya dengan jelas dan tegas tanpa mengganggu perasaan atau hak orang lain. 7

1.5.1 Bila perlakuan asertif perlu diamalkan? v Ketika menolak permintaan v Ketika membuat permintaan v Ketika memberi pujian v Ketika memberi pendapat v Ketika mengambil tindakan 1.5.2 Bagaimana untuk berkelakuan asertif? v Nyatakan secara langsung situasi yang dikehendaki v Memberi arahan pendek dan jangan membebel v Tolak permintaan negatif tanpa rasa bersalah v Luahkan perasaan secara berterus-terang v Bersikap rasional dan tidak emosional v Jangan pentingkan diri sendiri tetapi tidak juga merasakan orang lain lebih tinggi v Biarlah orang lain menghormati pilihan anda 1.5.3Apakah faedah-faedah perlakuan asertif? v Disenangi oleh ramai orang v Dihormati oleh orang lain v Dapat memuaskan hati semua pihak v Dapat mengelakkan perselisihan faham v Dapat mengelakkan situasi berisiko v Dapat mengutamakan hak sendiri dan menghormati hak orang lain v Dapat meningkatkan keyakinan diri 1.5.4Situasi kemahiran asertif Situasi selesa dan situasi tidak selesa Contoh situasi: Ahmad diajak oleh Choong untuk keluar malam sedangkan Ahmad masih mempunyai tugasan kuliah yang perlu disiapkan. Selesa: Ahmad menghargai pelawaan Choong tetapi dalam masa yang sama dia terpaksa menolak pelawaan tersebut dengan baik kerana tugasannya belum siap Tidak selesa: Ahmad menolak pelawaan Choong dan menyatakan keluar malam adalah perbuatan yang membuang masa. Choong tersinggung dengan kata-kata Ahmad

TUGASAN TERARAH 1. Menjelaskan tentang konsep dan dimensi seksualiti dan unsur-unsur yang terdapat dalam setiap dimensi mengikut penulisan grafik masing-masing. Kajian Kes : Johan dalam perjalanan ke latihan sukan olahraga. Rakan-rakannya mengajak dia untuk bersama mereka menonton video lucah. Apa yang harus Johan lakukan? 2. Senaraikan persamaan dan perbezaan perkembangan fizikal remaja lelaki dan remaja perempuan. Kajian Kes: Faiz telah jatuh cinta dengan seorang kawan dalam chat club melalui laman web, dan ini telah menyebabkan dia tidak memberi perhatian kepada pelajaran.Faiz telah menghabiskan masa berjam-jam chatting dengan kawannya itu. Ibu bapan ya marah kerana bil telefon telah meningkat dan keputusan peperiksaan Faiz semakin merosot. Faiz tidak sanggup memutuskan hubungan dengan kawannya itu. Apa yang harus Faiz lakukannya?

3.

Senaraikan amalan gaya hidup sihat mengikut keutamaan. Kajian Kes: Jenab tinggal bersama ibu kandung dan bapa diri. Semasa ibunya tiada di rumah, bapa tirinya selalu mengganggu Jenab dengan meraba-raba badan Jenab. Apakah tindakan yang patut Jenab lakukan dalam situasi ini?

4.

Membincangkan perkembangan seksualiti remaja dan menyelesaikanmasalah dengan bijak Mengenal pasti tingkah laku khusus yang ditunjukkan oleh remaja semasa proses kematangan atau perkembangan sosial dan emosi Membezakan seksualiti antara remaja lelaki dan perempuan dari segi emosi, mental, fizikal dan sosial.

Kajian Kes: Alice mempunyai ramai kawan yang telah bekerja. Mereka berpakaian berjenama dan selalu belanja Alice makan di restoran mewah. Mereka sering mengajak Alice keluar berpacaran bersama beberapa orang de wasa dengan menawarkan wang yang lumayan. Patutkah Al ice mengikuti mereka?

5.

Melengkapkan grafik KBKK berkaitan dengan dimensi seksualiti Etika Budaya Biologi Psikologi

Baca petikan di bawah, bincangkan strategi dan tindakan yang sepatutunya dilakukan oleh Suzy dan Dora untuk mengelakkan kejadian tersebut daripada berlaku

Dan peranan Ben bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kepada rakan-rakan karibnya.

Petikan: Suzy, Dora dan Ben adalah tiga sahabat karib. Pada suatu petang, semasa bersiarsiar, Suzy dan Dora berjumpa dengan Ben dan teman wanitanya Vanitha di perhentian bas. Ben mempelawa untuk menghantar mereka ke rumah. Dalam perjalanan, Ben mengaj ak mereka menghadiri majlis harijadi Vanitha. Melihatkan kesungguhan Ben dan Vanitha, Suzy dan Dora bersetuju untuk menghadiri majlis harijadi tersebut. Dalam majlis, tanpa disedari, minuman Suzy dan Dora telah dicampurkan dengan pil khayal. Apabila tersedar, Suzy dan Dora mendapati bahawa mereka telah diperkosa oleh kawan-kawan Vanitha.

6.

1. 2. 3.

Mencari maksud kemahiran Asertif Menyatakan dua situasi selesa dan dua situasi tidak selesa Menjelaskan kemahiran asertif dalam situasi berisiko

Kajian Kes: Jika anda atau rakan anda menjadi mangsa rogol, gangguan seksual atau penderaan seks, siapakan yang akan anda beritahu atau hubungi untuk mendapatkan bantuan. Pilih satu sahaja...

10

Ibu Bapa Guru Guru agama Kaunselor Jururawat Doktor Polis Rakan pembimbing Dll

Nyatakan mengapa anda me milih pilihan anda itu. Jelaskan dari sudut positif dan negatif 1. Menyatakan maksud perlakuan Asertif 2. Mengenal pasti situasi perlakuan ini patut diamalkan 3. Menyatakan tiga cara mengelakkan diri daripada situasi berisiko 4. Menjelaskan faedah perlakuan asertif 7. Kajian kes: Remy dan kawan-kawannya mengunjungi sebuah pu sat hiburan. Sambil menyanyi mereka minum minuman kera s sehingga mabuk. Susan yang mabuk telah mengajak Remy balik. Remy memandu kere ta dan dalam perjalanan , Remy meminta Susan menciumnya. Susan menolak, tetapi Remy terus memujuk dan merayu agar Susan membuktikan cintanya. Timbul perasaan serba salah dalam diri Susan sama ada untuk menerima atau menolak pujuk rayu remy. Susan dalam dilema. 7.1 Sebagai remaja, apa pilihan bijak yang boleh diambil jika anda berada dalam situasi Susan? 7.2 Apakah strategi yang boleh diambil oleh Susan supaya dia tidak kehilangan kawannya itu? 7.3 Apakah tindakan Remy itu tingkah laku sedar, separuh sedar, atau tidak sedar? 7.4 Kenapa anda berkata demikian?

11

RUJUKAN

Fetter,M.P.(1990),Healthy Sexuality:A Self Assessment Manual ,Times Mirror & Mosby College Publishing,St.Louis. Hassan Hj.Mohd Ali(1996),Checklist Keluarga Bahagia ,Tinggi Press Sdn.Bhd,Kuala Lumpur. Kamal Abd.Manaf(1996),Manusia dan personaliti ,Zizi Press Sdn Bhd,Kualla Lumpur. Kumpulan Kerja Kebangsaan(2001),Promosi Keluarga Sihat Kempen Cara Hidup Sihat,Manual Mesej Utama dan Sokongan,Kementerian Kesihatan Malaysia,Kuala Lumpur. Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San Francisco, CA: Benjamin Cummings. Teng Boon Tong. (1984). Pendidikan jasmani dan kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia. Wee Eng Hoe. (1998). Pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan(pengkhususan). Shah Alam: Fajar Bakti.

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

LAMAN WEB URL:http://www.siecus.org/ URL:http://www.serc.mb.ca/ URL:http://www.unescobkk.org/ URL:http://www.plannedparenthood.org/education/ URL:http://www.safehealthyschools.org/sexualityeducation/gateway.htm URL:http://www.latrobe,edu.au/aidsap/icaap/themes/gendero4.html

12

13