Anda di halaman 1dari 2

PEMIMPIN BERKESAN Pemimpin yang berkesan adalah pemimpin yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti kepintaran, kejujuran dan

integriti, dorongan kepimpinan, keyakinan diri dan kreativiti. Huraiannya juga amat terperinci dalam membincangkan peranan pengetua yang sangat penting di mana gaya kepimpinannya dapat mempengaruhi dan memajukan tahap perubahan dan berbagai-bagai pembaharuan di sekolah. Hasil daripada bacaan, saya merumuskan bahawa terdapat tiga elemen utama yang ada di persekitaran sekolah iaitu Pengetua / Guru Besar, Guru dan kehendak Pendidikan Negara yang merangkumi semua aspek luaran termasuklah masyarakat seperti yang ditunjukkan di rajah di bawah.

Sekolah

Pengetua / Guru Besar


2 3 4 Pendidikan

Guru

Negara / Masyarakat

Pada pandangan saya Guru Besar yang mengamalkan kepimpinan bertanda 1 adalah personal yang membuat keputusan seumpama sekolah tersebut beliau yang punya. Kepimpinan yang bertanda 3 pula adalah lebih kepada personal yang sentiasa merujuk kepada buku dan segala keputusan adalah berdasarkan akta dan pekeliling yang termaktub dalam perlembagaan. Gaya kepimpinan 2 pula adalah gaya kepimpinan yang amat disukai oleh guru kerana Guru Besar meletakkan kepentingan guru sama seperti kepentingan beliau dan melebihi keperluan

masyarakat. Guru Besar yang dapat mengamalkan gaya kepimpinan yang bertanda 4 adalah pemimpin yang mampu membawa kecemerlangan kepada sekolah, guru dan akan sentiasa dihormati. Ini adalah kerana personal ini dapat mengimbangi keperluan guru dan masyarakat selari dengan keperluan peribadi yang ingin dicapai oleh semua individu yang berada dalam lingkungan pentadbirannya. Pada pandangan saya juga, untuk mencapai gaya kepimpinan yang bertanda 4, elemen lain yang perlu dimasukkan dalam gaya kepimpinan ( selain daripada yang dinyatakan dalam jurnal ) adalah seperti; Kasih sayang Kesabaran Memahami keperluan setiap individu adalah berlainan Istiqamah dan bermuhasabah diri

Anda mungkin juga menyukai