Anda di halaman 1dari 2

Jahit Manik Jurai

Salam ceria kawan-kawan semua. Kali ni cheq-sue nak berkongsi pula cara-cara untuk jahit manik jurai. Manik jurai ini sesuai dijahit pada leher baju dan dibentuk seolah-olah seperti loket rantai. Sebelum tu sepanjang leher baju perlulah dijahit manik. cheq jahitkan manik pintal yang simple aje di sekeliling leher baju. Di penjuru belahan leher cheq-sue jahitkan sekuntum bunga supaya ia kelihatan seakan-akan loket rantai.

Langkah-langkah jahit manik jurai: 1. Keluarkan jarum di tengah kelopak bunga tarik benang hingga habis dan isikan manik sebanyak 20 biji atau lebih (ikut kepanjangan yg diingini). Kemudian masukkan sebutir manik beras/pearl. Masukkan pula sebutir manik lagi sebagai penghujung.

2. Kemudian halakan jarum arah ke belakang semula dan cucuk jarum pada manik beras. Teruskan menyusup benang melalui manik-manik tersebut hingga ke pangkalnya. Pastikan saiz jarum yg digunakan boleh melalui manik-manik tersebut.

3. Setelah jarum yg disusup sampai ke hujung pangkal benang, keluarkan jarum dan perlahan-lahan tarik benang hingga semua manik tergantung/terjurai dengan kemas. Matikan jahitan.

4. Maka siaplah manik jurai! Nampak senang tapi perlu berhati-hati semasa menarik benang ke pangkal. Cuba dulu baru tahu. OK.SELAMAT MENCUBA!

Comments