Anda di halaman 1dari 1

Aktiviti keluarga

Pada hari Ahad yang lalu, aku sekeluarga berkhemah di Sungai Congkak yang terletak di Hulu Langat. Kawasan hutan lipur itu begitu mendamaikan. Kami dapat mendengar deru air sungai mengalir serta burung berkicauan. Kami memasang khemah berhampiran dngan anak sungai. Aku menolong ayah memasang dua khemah. Satu khemah untuk ayah dan ibu manakala satu khemah untuk aku dan adik. Aku tidak dapat melupakan pengalaman berkhemah di sini kerana banyak aktiviti yang menyeronokkan telah dilakukan.