Anda di halaman 1dari 4

4.0: MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH DALAM OPERASI MATEMATIK.

MURID PEMULIHAN

4.1: DISKALKULIA Diskalkulia didefinisikan sebagai masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi pemerolehan / pembelajaran kemahiran aritmetik (Wikipedia, 2008). Menurut Departmant for Education Skills 2001 DfES (Pendidikan Disleksia), Diskalkulia diterangkan sebagai sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai atau memperoleh kemahiran aritmetik. Kanak-kanak diskalkulia

menghadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap nombor, dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur. Murid-murid yang menghadapi masalah Diskalkulia akan menghadapi kesukaran mengenal nombor dan simbol-simbol dalam matematik seperti +, -, x,dan . Selain itu, mereka akan mengalami kesukaran membezakan nilai besar dan kecil. Contohnya, tidak dapat menentukan nilai terbesar antara 23 dan 32.

Tambahan pula, murid Diskalkulia menghadapi kesukaran mengira dalam gandaan dua atau lima dan sebagainya serta tertib menurun. Di samping itu, murid Diskalkulia mempunyai masalah membuat anggaran dan pengukuran, seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair. Seterusnya, murid Diskalkulia juga mengalami kesukaran membaca peta dan jadual, kerana kurang kesedaran tentang kedudukan, arah, orientasi dan organisasi ruang; menggunakan peraturan dan prosedur, oleh itu mereka tidak dapat mengingat langkah-langkah untuk menyelesaikan pengiraan matematik dan dalam pengiraan spontan.

4.2: PRANOMBOR Menurut Bahagian Pendidikan Guru , Kementerian Pendidikan Malaysia 1998(Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Nombor Bulat untuk Sekolah Rendah), konsep pranombor perlu dipelajari oleh murid-murid pemulihan sebelum mereka boleh menggunakan konsep nombor keseluruhannya dengan betul. Malahan, murid-murid pemulihan menghadapi masalah dalam memperoleh

sebahagian gambaran yang berkesan tentang nombor keseluruhannya. Hal ini menyebabkan, mereka akan mengalami kesukaran untuk mengelaskan objek atau

benda mengikut warna, bentuk dan saiz. Selain itu, mereka juga akan mengalami kesukaran dalam mengenal kuantiti melalui perbandingan : banyak atau sedikit ; sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang.

4.3: MEMPUNYAI MASALAH MENGINGAT Murid pemulihan mempunyai masalah ingatan.Hal ini kerana, otak manusia terdiri daripada dua bahagian, iaitu hemisfera kiri dan kanan . Bagi kebanyakan orang, hemisfera kiri lebih dominan berbanding hemisfera kanan. Pada sesetengah kes, diskalkulia berlaku akibat terdapatnya gangguan atau kekurangan cerebral atau dominasi hemisfera otak. Oleh hal yang demikian, sebahagian hemisfera otak gagal medominasi fungsi-fungsi pengiraan. Maka, hal ini menyebabkan murid pemuliahn mengalami masalah dalam pengiraan matematik dan mengingat nombor-nombor. Selain itu, mereka akan sering lupa cara-cara membuat pengiraan tambah, tolak, darab dan bahagi.

4.4: KONSEP NOMBOR Menurut Zainal Kassan & Suhaila Abdullah -2010(Pendidikan Disleksia), konsep nombor disimpulkan oleh pemikiran seseorang daripada kumpulan atau kumpulan benda yang dilihat.Murid pemulihan mempunyai masalah dari segi konsep nombor. Mereka tidak dapat menggambarkan bilangan atau banyaknya benda bagi sesuatu kumpulan , iaitu sifat kuantiti benda tersebut manakala angka adalah simbol atau tanda yang mewakili serta menggambarkan konsep nombor. Murid pemulihan menghadapi masalah dalam menentukan nilai tempat -kedudukan digit mewakili niai tertentu; asas sepuluh-bermaksud koleksi sepuluh yang mempunyai 10 digit dari sifar ke sembilan; penggunaan sifar- simbol untuk sifar yang menyatakan sesuatu yang tidak wujud; mempunyai nilai tambah , iaitu nombor boleh ditambah berdasarkan nilai tempat.

4.5: OPERASI TAMBAH Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Murid pemulihan akan mengalami masalah dalam operasi tambah iaitu menyatukan kedua-dua nombor. Hal ini kerana, mereka tidak dapat mengingat dan mudah lupa cara untuk mengira operasi tambah. Murid-murid pemulihan menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baharu atau sukar

mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran. Selain itu, murid pemulihan gagal menggabungkan kedua-dua nombor dengan menggunakan bahan maujud dan bentuk lazim. Masalah ini menyebabkan ,mereka ketinggalan dalam pengiraan asas iaitu tambah.

4.6: OPERASI TOLAK Menurut Zainal Kassan & Suhaila Abdullah -2010(Pendidikan Disleksia), murid pemulihan gagal memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melihatkan baki yang tinggal. Di samping itu, murid

pemulihan juga tidak mengetahui konsep mengambil serta membilang objek yang konkrit (dalam satu-satu , dua-dua, dan seterusnya) untuk menjadi satu set objek; membilang serta mengeluarkan beberapa objek dari sesuatu set objek berkenaan; membilang bilangan objek yang tertinggal (dalam satu-satu, dua-dua dan seterusnya) ketika tamat proses pengasingan; dan menyatakan keseluruhan proses yang telah berlaku secara lisan dalam bahasa komunikasi.

Seterusnya, murid pemulihan akan menghadapi masalah dalam membuat perbandingan. Antaranya ialah mengambil dua set objek yang berasingan; menyusun objek dalam sebaris dan membilang objek dalam setiap set objek; memadankan set objek pertama dengan set objek kedua secara satu dengan satu; dan membilang objek dalam mana-mana set objek yang tidak ada padanan yang juga disebut sebagai perbezaan antara kedua-dua set objek. Akhirnya, murid pemulihan juga mempunyai masalah untuk mengingat fakta asas tolak.

4.7: OPERASI DARAB Selain itu, murid pemulihan sering menghadapi masalah dalam konsep pendaraban. Antaranya ialah , mereka tidak dapat tambah berulang; kali atau ganda; baris dan lajur tatasunan ; dan kombinasi objek. Menurut Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia -1998 (Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Nombor Bulat untuk Sekolah Rendah),murid pemulihan mempunyai masalah dalam mengingat fakta asas darab. Menurut Nocolson dan Fawcett -1995(Pendidikan Disleksia), menerangkan bahawa serebrum otak dan keanehan otak boleh memberi kesan kepada kawalan motor, perkembangan automatif, dan organisasi sesuatu kemahiran. Hal ini termasuk kemahiran dalam pengiraan.

4.8: OPERASI BAHAGI Operasi bahagi ialah songsangan operasi darab kerana proses bahagi akan membalikkan proses darab. Namun demikian, murid pemulihan mempunyai masalah dalam operasi bahagi ini. Maka murid pemulihan, gagal mengetahui konsep pembahagian seperti pembahagian sebagai operasi tolak berulang; pembahagian dengan garis nombor; pembahagian dengan tatasusunan; dan pembahagian dengan faktor skala. Di samping itu, murid pemulihan menghadapi masalah dalam algoritma pembahagian. Antaranya ialah pengiraan dari arah kiri ke kanan; fakta asas bahagi dan tolak; penganggaran; algoritma darab dan tolak dan langkah-langkah yang coraknya berbeza dan berlainan.

4.9: PENGELASAN Menurut Zainal Kassan & Suhaila Abdullah -2010(Pendidikan Disleksia), pengelasan adalah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciriciri yang jelas. Malah, murid pemulihan mengalami masalah dalam membezakan dan mengumpulkan objek berdasarkan persamaan dan perbezaan. Tambahan pula, murid pemulihan mempunyai kesukaran dalam klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan satu ciri ( contoh: warna atau bentuk atau saiz); dua ciri (contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz);dan tiga ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz)

4.10: MEMBILANG Membilang adalah satu proses yang rumit dan memerlukan ketelitian muridmurid memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor. Murid pemulihan mempunyai masalah dan kesukaran dalam prinsip membilang. Antaranya ialah prinsip padanan satu dengan satu; prinsip susunan nombor yang mengikut ururan; prinsip cardinal , iaitu nama dan nombor yang terakhir adalah jumlah objek yang dibilang; dan ketakberkaitan (order irrelevance), iaitu boleh memulakan pengiraan dari manamana kedudukan.